" Nak pergi mana?". Soal Ariff kepada isterinya.
" Mandi".Balas Sara ringkas lantas mencapai tuala. Ariff menyentuh lengan isterinya perlahan.
" Malam ni je, dah berapa kali Sara mandi..kenapa ni?".
" Sara panaslah…".
" Pasang air-cond pun panas lagi?Sara ni biar betul…abang tengok dah lebih tiga kali Sara mandi…tak baiklah Sara mandi malam-malam, banyak kali pula tu…". Ujar Ariff lembut.
" Ala, Sara tak tahan..Sara mandi je lah..bukan apa..sekejap je ye?". Balas Sara juga lembut.
" Tak boleh..abang tak izinkan…Sara ni merepek mandi banyak kali malam-malam hari ni…dah, tidur je..abang kuatkan air-cond". Pujuk Ariff lagi.
" Abang nak tegah-tegah Sara ni kenapa?". Soal Sara merenung suaminya. Ariff terpempan dengan soalan isterinya.
" Sara…". Tegur Ariff masih lagi lembut. Sara akhirnya tertunduk.
" Abang risaulah tengok Sara macam ni..kita pergi klinik nak?".
" Buat apa?Sara bukan sakit".
" Habis tu, perangai pelik macam ni…".
" Nak mandi pun pelik ke?".
" Mandi tak pelik..tapi mandi banyak kali dalam masa yang singkat memang pelik..".
" Ye lah..Sara tidur". Sara lantas baring dan menarik selimutnya. Ariff menggeleng perlahan. Perangai isterinya malam ini memang pelik. Tangannya tetap mencapai alat kawalan air-cond dan menurunkan suhu bagi menyejukkan lagi suasana ruang bilik mereka.
" Sara tidur dulu ye..abang ada kerja kena siapkan". Sara hanya diam. Ariff dapat mendengar esak kecil isterinya, lantas dia mengambil tempat di sisi isterinya.
" Kenapa pula ni? tak kan abang tak bagi mandi nak menangis?". Sara masih membisu. Namun bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Ariff menyentuh bahu isterinya lembut.
" Sara..pandang abang…". Sara tidak berganjak.
" Sara…". Ariff masih sabar memujuk.
" Sara nak tidur, abang pergilah buat kerja". Balas Sara akhirnya. Ariff beralih tempat menghadap isterinya. Tadi posisinya berada di belakang Sara.
" Sara…Sara bukan orang yang macam ni tau sebelum ni…kenapa ni?Sara ada masalah ke?". Soal Ariff lembut memujuk.
" Tak ada apa…ok, Sara minta maaf tadi". Akhirnya Sara bangkit daripada pembaringan. Ariff merenung isterinya.
" Sara tahu kan, Sara tak boleh berbohong dengan abang…". Ujar Ariff lagi sambil mengesat air mata isterinya dengan tangan. Sara hanya membiarkan.
" Tak Sara tak bohong abang..Sara ok..Cuma Sara panas..tu je..tapi tak apalah…betul cakap abang, tak baik mandi malam..banyak kali pula tu…".
" Mm,,,tahu pun..dah, tak apalah..Sara tidur dulu..tapi sebelum tu, kenapa Sara menangis?".
" Entah".
" Pulak? Dia menangis, dia tak tahu sebab apa". Sara hanya tersenyum manja.
" Macam-macam lah isterinya abang ni..dah lah..tidur ye..". Ujar Ariff sambil menggosok perlahan rambut isterinya. Sara sekadar mengangguk.
" Pakailah selimut".
" Tak naklah..panas".
" Tapi sejuk ni..abang pasang air-cond kuat".
" Tak apa..Sara memang panas pun".
" Ye lah..Sara tidurlah…". Ariff akhirnya mengalah. Dia tidak mahu bertelagah lagi. Ariff bangkit meninggalkan isterinya. Dia selesai menyiapkan kerjanya sehingga lewat pukul satu. Sebelum tidur, dia menaikkan suhu air-cond dan menyelimutkan isterinya. Waktu itu, Sara sudah lena dibuai mimpi.
ala naper skit sgt??
ReplyDeletex puas nak baca la.
akak,next n3 bt la pnjg2 baru da feel nak baca..
mesti sara pegnent ni..
ReplyDeletesorry sume..bzy skt..time cuti sek kene g study..insyaallah de ms sy post n3 br k..terima kasih krn membaca..:)
ReplyDelete