Tuesday, November 8, 2011
Jalan Takdir
Tuhan..
Aku merasai kekuatanku mula hadir dengan bantuanmu..
Sikit tidak aku menjangka jalan takdirku begini..
Namun, aku akur pada ketentuan yang Kau ukir buatku..
Tuhan..
Andai aku lemah lagi..
Jangan kau biarkan aku hanyut dalam lautan kelemasan..
Biarlah air jernih itu hanya tersimpan dan terlerai keranamu..
Tuhan..
Pernah aku merasai kesakitan yang amat perit...
Sedang aku tahu Kau setia mendengar doa-doaku..
Tangisku panjang dalam doa yang hening...
Tuhan..
Aku tidak menolak jalan takdirku..
Sudahku tahu anugerah milikMu..
Namun, adakala aku hamba yang lemah ini terleka..
Tuhan..
Suburkanlah kekuatan dalaman buatku..
Mengharungi hari2 yang mendepaniku..
Tersedar, mungkin aku masih jauh dariMu..
Tuhan..
Saat lemah itu datang..
Aku tahu Kau menemaniku..
Gamitkan aku dengan keredhaan dan kelapangan hati..
Agar aku tahu dan mengerti Kau sentiasa bersamaku...
Tuhan..
Adakala aku kalah dengan perasaanku sendiri..
Naluri wanitaku terlalu halus untuk direntap..
Jiwa dan sanubariku kadangkala tidak dapat mentafsir yang tersurat..
Mindaku juga adakala tidak nampak yang tersirat...
Tuhan..
Saat ini...
Aku menadah tangan..agar Kau mendengar doaku...
Aku ingin menjadi hamba yang meredhai dengan lapang hati takdirMU buatku..
Bimbinglah aku...Berilah aku petunjuk...
Kerana Kau...Tuhanku...
Tuhan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment