“ Nia…awak marah lagi kat saya?”. Tiba-tiba Fauzi menegur ketika Dania sedang Photostat. Dania memandangnya sekilas.
“ Saya bukan jenis simpan dendam, tapi saya jenis susah nak lupa apa yang dah orang buat pada saya…”. Balas Dania tanpa memandangnya.
“ Saya tahu awak marah…tapi tak kan sampai benci sangat nak pandang saya…”. Fauzi cuba berlembut. Sememangnya setelah dua bulan peristiwa Dania ditampar olehnya berlalu, baru kini Fauzi dapat bersua dan bercakap dengannya. Sebelum ini Dania seringkali mengelak.
“ Itu hak saya kan…”. Dania masih tidak memandangnya dan leka membuat kerja. Dania tahu dia sengaja ke sini hanya untuk bercakap tentang itu.
“ Kenapa awak sombong Nia…saya sukakan awak…jujur saya sayangkan awak…”. Fauzi merenung wajah Dania.
“ Fauzi…perasaan suka, sayang tu terlalu subjektif…hak milik peribadi masing-masing…saya tak salahkan awak, itu hak awak nak ada rasa apa pun terhadap saya…tapi saya nak awak tahu yang saya ada hak peribadi saya juga…awak berhak menyukai saya, tapi awak tak boleh paksa saya juga ada perasaan yang sama terhadap awak…itu tak adil bagi saya…memang awak berhak tentukan hidup awak, tapi hidup saya, saya yang berhak tentukannya…awak kena faham…selama ni saya sedar tentang semua tu sebab itu lah saya tak nak member harapan pada awak…saya hargai perasaan awak pada saya, tapi saya juga ada hak kan nak tentukan pada siapa saya nak beri hati saya? Saya tak nak berkasar dengan awak, tapi awak paksa saya Fauzi…saya tak pernah benci awak, tapi apa yang dah berlaku antara kita buat saya terfikir yang saya kena bertindak…cinta itu anugerah…tapi bukan memaksa kita ingin memiliki…awak berhak bahagia…carilah kebahagiaan tu dengan orang lain…saya doakan awak…cukuplah dengan apa yang terjadi…saya hanya teman sepejabat awak…tidak lebih dari tu…bukan silap awak saya menolak cinta awak, saya bukan untuk awak…awak juga bukan untuk saya…kita terima hakikat ni sama-sama…walau apa pun terima kasih banyak-banyak atas segala-galanya…saya hargai semuanya…”. Ujar Dania sambil merenung mata Fauzi. Fauzi tekun mendengar.
“ Saya…”. Fauzi kematian kata.
“ Cukuplah…saya harap sampai di sini je…saya pasti awak faham apa yang saya sampaikan…dan saya rasa semua penjelasan saya tadi cukup jelas untuk awak kan..”. Dania melangkah pergi. Fauzi masih termenung. Dania tahu semua itu pasti melukakan hati Fauzi, namun dia perlu menjelaskannya. Fauzi perlu tahu dan sedar tentang semua itu. Dania juga tidak mahu berpura-pura. Memang sakit bila orang yang kita suka dan sayang menolak kita pergi jauh dari hidupnya. Namun inilah permainan takdir. Tuhan pasti ada sebab mengukir takdir sebegitu. ‘Apakah aku juga cukup kuat menerima takdir yang sudah sekian lama terukir untukku? Aku tidak punya jawapan itu sekarang’.Getus Dania sendirian.
“ Nia…siang tadi aku nampak kau berborak dengan Fauzi…”. Ujar Ria bersahaja ketika mereka menonton televisyen. Waktu itu hanya mereka berdua yang berada di rumah. Maya dan Naina keluar makan di luar dengan teman masing-masing.
“ A’a…biasalah dia…”. Balas Dania pendek. Pandangannya masih pada televisyen.
“ Dia masih pujuk kau?”.
“ Kadang-kadang aku tak faham kenapa dia suka kat aku, apa lah yang aku ada…tapi ya lah perasaan tu fitrah kan…aku tak boleh nak halang…Cuma aku nak dia sedar kenyataan sebenar tentang perasaan aku…”. Dania melemparkan pandangan kepada Ria.
“ Aku faham…aku kesian juga pada dia…tapi perasaan tak boleh di paksa-paksa kan…dia terima penjelasan kau?”.
“ Entahlah…aku Cuma jelaskan apa yang patut, selebihnya dia boleh fikir sendiri…aku tak hina cinta dia, tapi kebahagiaan aku adalah pilihan aku kan…walau aku tahu dia terluka, aku terpaksa…biarlah dia cari orang lain…”. Ria mengangguk perlahan.
“ Kau pun patut cari kebahagiaan kau Nia…”.
“ Aku bahagia sekarang…”. Ujar Dania bersahaja.
“ Nia, kau kawan aku sejak kita sekolah menengah lagi…aku nak tengok kau bahagia…”. Dania merenung temannya.
“ Ria…aku pasti kau tahu semua tentang kisah hidup aku…aku takut Ria, sejarah silam pun aku masih tak dapat terima dengan redha lagi, macam mana aku nak mulakan yang baru…aku tak de sapa-sapa lagi dalam dunia ni, selain korang kawan-kawan aku…kalau di beri pilihan aku nak macam orang lain, ada mak ayah…aku belum puas rasa semua tu…tapi Tuhan lebih sayangkan mereka…aku terima Ria…walaupun aku sangat-sangat rindukan mereka…”. Ria merapatkan tubuhnya. Tanpa segan silu Dania memeluknya.
“ Aku rindukan kasih sayang seorang ibu…belaian seorang ayah…kemesraan dengan adik-beradik yang lain, tapi semua tu aku takkan boleh dapat lagi…mereka semua dah pergi tinggalkan aku…bila aku ada seseorang yang dapat menggantikan mereka, dia Cuma singgah hanya untuk seketika…kenapa Ria, kenapa aku kena terima semua ni…jahatkah aku Ria sampai aku langsung tak boleh nak dapat semua tu…kenapa kebahagiaan aku selalu hanya seketika…tapi penderitaan aku berpanjangan…”. Tersedu-sedu Dania menangis di bahu Ria. Ria mengelus lembut belakang tubuh temannya.
“ Nia, kau jangan jadi lemah macam ni…aku tahu kau tabah…kuatkan semangat kau Nia, Tuhan sedang menguji kau sebab Dia sayangkan kau…kau bukan seorang diri dalam dunia ni, ramai orang yang sayangkan kau Nia…aku tak nak kau rasa bersendirian, kau ada aku…Maya, Naina…teman-teman yang lain…Farhan…”. Dania meleraikan pelukan dan merenung wajah teman di hadapannya.
“ Farhan?”. Dania mengesat air matanya dengan hujung baju.
“ Ya…dia kawan kau kan…”. Dania mengangguk lambat. Ria melemparkan senyuman.
“ Dia baik Nia…aku dapat lihat keikhlasan dia berkawan dengan kau…”.
“ Apa maksud kau?”.
“ Tak de apa-apa…hanya kau yang ada jawapan tu…”.
“ Ria, dia hanya kawan…macam korang…kitorang tak ada apa-apa…”. Balas Dania tegas.
“ Aku tak kata korang ada apa-apa kan…”. Ria tersengih nakal.
“ Ria kau jahat…”. Dania memukul perlahan tangan Ria.
“ Aduh, sakitlah…”.
“ Padan muka…”. Dania tergelak besar.
“ Tapi kan Nia, kalau korang ada apa-apa pun, aku suka…sesuai..”.
“ Mengadalah kau ni, jangan nak merepek…”. Dania memukul pehanya pula.
“ Kau ni, pukul-pukul orang pula…aku report kat abang aku nanti…”.
“ Reportlah…tak takut…nanti aku report pulak dekat…”. Dania kematian kata. Dia tertunduk. Ria memegang tangannya.
“ Kau report dekat Farhanlah…”. Ria sengaja mengusiknya. Dania menolak bahu temannya perlahan.
“ Betul lah…aku rasa mesti dia akan bersedia jadi hero untuk kau…macam spiderman tu…”. Mereka tergelak sama.
“ Kau ni, apalah…ada ke samakan Farhan tu dengan spiderman…”. Dania masih dalam sisa-sisa gelakny.
“ Ya lah…saya Farhan bersedia untuk melindungi dan menjaga Cik Nur Dania Iman daripada segala musuh-musuh jahat…”. Ria mendepakan tangannya seperti orang ingin berlawan. Dania tergelak lagi.
“ Kau ni!!”. Ria tertawa bersama Dania. Dania tahu Ria sengaja ingin menghiburkannya. Mereka leka menonton televisyen di ruang tamu hingga lewat malam. Apabila Naina dan Maya pulang, mereka juga menyertainya.
No comments:
Post a Comment