“ Penat?”. Soal Ariff lembut di pendengaran Sara.
“ Hmm”.
“ Tidurlah…nanti dah sampai abang kejutkan”. Sara beberapa kali
mengalih kedudukan duduknya.
“ Kenapa?”. Soal Ariff lagi.
“ Tak ada apa”. Balas Sara pendek.
“ Tak selesa?”.
“ Hmmm”. Ujar Sara sambil mengurut perlahan pinggangnya.
“ Sakit pinggang ya?”. Sara sekadar mengangguk.
“ Okay depan tu ada R&R…kita berhenti…penat duduk lama dalam
kereta kan”.
“ Tak apa lah bang…biasa je ni”.
“ Kita berhenti lah sekejap…abang tahu sakit tu..kalau tak, tak
kan Sara nampak tak selesa”.
“ Suka hati abanglah”. Ariff sesekali menoleh ke arah isterinya
sewaktu memandu.
“ Sara nak pergi tandas?”. Soal Ariff sewaktu mereka tiba di
R&R.
“ Tak nak lah…abang nak pergi, pergilah. Sara tunggu sini”.
Ariff sekadar mengangguk.
“ Nak air?makanan?”. Sempat Ariff menyoal sebelum dia melangkah.
Sara sekadar menggeleng. Ariff mengangguk dan tersenyum kemudian melangkah
pergi. Sara mengurut perlahan pinggangnya yang terasa sengal dan sakit.
“ Aduh…”. Sara mengetap bibir dan mengerutkan dahi menahan sakit.
Matanya dipejam seketika dengan harapan sakit itu akan hilang.
“ Sara okay?”. Soal Ariff yang baru tiba. Dilihat waktu itu Sara
masih memejamkan mata dan memegang pinggang.
“ Sakit”. Balas Sara perlahan. Ariff membuka pintu kereta
sebelah belakang dan mengambil sebotol minyak di dalam beg.
“ Abang urutkan sikit ya”. Ujar Ariff kemudian dengan
berhati-hati menuang minyak di tangannya dan dengan lembut menyelak sedikit
baju milik isterinya di bahagian pinggang. Sara hanya membiarkan.
“ Dah bang..”. Tegur Sara lembut kemudian membetulkan semula
bajunya kemudian dia bersandar di kerusi. Ariff menutup kembali botol minyak
tadi.
“ Okay sikit?”.
“ Alhamdulillah”.
“ Abang tak patut ajak Sara…jalan jauh-jauh macam ni…naik kereta
lama, jalan jauh”.
“ Sara yang nak pergi…tak apa…sikit je ni…normal kan…kalau duduk
rumah pun, nak sakit akan sakit juga….lagi Sara seorang je, abang tak ada”.
Sara melemparkan senyuman.
“ Manja”. Ariff menyentuh lembut hidung isterinya.
“ Biarlah…suami kita”. Ariff tersenyum riang.
“ Masa abang jumpa client tadi Sara buat apa je?”.
“ Tak ada apa…baca buku yang abang beli tu”.
“ Hmmm…macam mana?bermanfaat tak buku tu?”. Sara mengangguk
sambil melemparkan senyuman.
“ Sara nak pergi tandaslah”. Ujar Sara sambil membuka pintu
kereta. Ariff juga bergerak ke arah isterinya.
“ Jom…”. Ujar Ariff sambil memimpin tangan isterinya.
“ Sara boleh je pergi sendiri”. Balas Sara sambil merenung
suaminya, namun dia telah menapak perlahan.
“ Tak apa lah…abang nak beli air sekali”. Sara hanya membiarkan
Ariff memeluk bahunya. Berhati-hati Ariff memimpin Sara menaiki tangga.
“ Penat?”. Ujar Ariff mendengar Sara menarik nafas deras.
“ Sikit, abang tunggu sini…Sara masuk sekejap”.
“ Okay…hati-hati”. Sempat Ariff berpesan. Sara sekadar
mengangguk.
“ Termenung apa tu? Ingat makwe lama ya?”. Tegur Sara sambil
mengambil tempat di sebelah suaminya.
“ Tak lah…tadi ada makwe baru lalu sini….cantik pula tu,
terpikat abang”. Ariff sengaja mengusik isterinya.
“ Gatal abang ni!”.Sara mencubit lengan suaminya.
“ Agak-agak bila abang boleh kahwin baru ya?”. Ariff semakin
galak menyakat isterinya.
“ Mengada lah abang ni…pergi lah nak kahwin sangat”. Sara
bangkit meninggalkan suaminya. Ariff juga bangkit.
“ Sayang ni gurau sikit pun tak boleh…jom kita makan dulu”.
“ Tak nak lah…nanti Sara gemuk, abang betul-betul kahwin lain”.
Sara memuncungkan mulutnya.
“ Tak adanya nak gemuk….dah, jom”. Ariff menarik lembut tangan
isterinya. Sara tidak membantah.
“ Duduk sini…nak makan apa?”.
“ Hmm…Sara nak makan mee rojak tu”. Ujar Sara sambil menghalakan
pandangan ke arah makanan yang dijual di situ.
“ Lepas tu..air tembikai ya”. Sambung Sara lagi.
“ Amboi tadi takut sangat gemuk….beria pula ni”. Ariff merenung
isterinya manja.
“ Biarlah…lantak nak gemuk pun gemuklah…abangkan sayang Sara”.
“ Eleh..ya lah tu…okay, tunggu sekejap…abang beli”. Ariff
melangkah pergi.
“ Nah…istimewa untuk sayang”. Ariff meletakkan pinggan di
hadapan isterinya.
“ Wah…terliurnya Sara”.
“ Sara tu memang…semua terliur…makan kuah kacang ni…sakit perut
baru tahu”.
“ Insyaallah tak…abang ni janganlah minta macam tu”.
“ Tak lah…abang bukan minta, cuma cakap je…dah lah, makan”.
“ Abang?”.
“ Abang kenyang…Sara makanlah…abang minum air je”.
“ Sedap air ni”. Ujar Sara bersungguh-sungguh sambil menyedut
air tembikai di hadapannya.
“ Degil…minum air sejuk”. Ariff sempat menegur isterinya.
“ Bukan selalu”.
“ Ya lah tu”. Sara menyuap mee rojak ke mulutnya.
“ Esok Sara nak balik rumah ibu lah…dah lama tak makan ketam
masak lemak cili api ibu…terliur Sara bang”.
“ Makan lagi?”.
“ Ya lah…kenapa tak boleh?”. Sara merenung suaminya.
“ Boleh…bila pula abang kata tak…Cuma esok kita pergi petang ya
rumah ibu”.
“ Pagi abang nak pergi mana? Abang ada program lain ya?Kalau ada
tak apa Sara boleh pergi sendiri”.
“ Tak lah…pagi abang nak rehat…hari ni kan kita penat jalan
jauh”.
“ Lupa…hehe…apa lah Sara ni”. Ujar Sara sambil tersenyum manja.
“ Petang ya?”. Soal Ariff sekali lagi. Sara sekadar mengangguk.
“ Okay..dah..jom”. Ajak Sara selepas menyudahkan makanannya.
“ Jom”. Ariff menghulurkan tangan kepada isterinya. Sara
menyambut mesra huluran suaminya itu.