“ Kenapa kamu makan sikit sangat Sara?”. Tegur ayah lembut.
“ Sara dah kenyang yah..”. Balas Sara juga lembut.
“ Tadi bukan bersungguh-sungguh sangat ke….tiba masa sikit je
makan…kamu kenapa?sakit?”. Soal ibu pula.
“ Eh tak lah yah, bu…Sara memang tak selera nak makan banyak..”.
Ariff hanya memerhati.
“ Dia memang makan sikit ayah…ibu…puas Ariff paksa…selalu macam
tu lah”.
“ Lah…kamu ni…mana boleh macam tu…makanlah banyak sikit…kamu tu
berdua…bukannya seorang…jangan nak tahan-tahan makan…bukannya kamu gemuk
pun..”. Tegur ibu lagi.
“ Ala…Sara..”.Sara kematian kata di situ.
“ Kamu tegur Sara gemuk ke Riff?”. Soal ibu tiba-tiba kepada
Ariff.
“ Hah?”. Ariff seakan terkejut dengan soalan ibu mertuanya itu.
Ayah tergelak kecil.
“ Abang gelak ni kenapa pula?betul lah saya tanya…mana lah
tahu..Sara ni takut gemuk…sebab tu tahan makan”. Kali ini Sara pula menyertai
ayahnya. Ariff hanya melemparkan senyuman.
“ Apalah ibu ni…soalan tak tahan…kelakar…kalau abang tegur Sara
gemuk pun, Sara peduli apa….biarlah nak gemuk pun…buat apa nak tahan-tahan
pula”.
“ Bu..anak ibu ni sejak dari awal kami nikah sampai sekarang
mana pernah gemuk pun..macam tu lah juga Ariff rasa..tak berubah pun…yang
berubahnya pun sebab ada baby…dia suka makan sikit…tegur lebih-lebih
nanti dia kata Ariff paksa pula…”.
“ Mmm…dah, makan banyak sikit…jangan nak mengada-ngada ikut
sedap hati sendiri je…makan ni”. Ujar ibu lagi sambil menambah nasi di pinggan
anaknya. Sara mencebikkan mulut.
“ Ish…”. Tegur ibu.
“ Betul ke kalau abang tegur Sara gemuk..Sara tak kisah?”. Ariff
menyoal tiba-tiba. Ayah dan ibu berpandangaan.
“ Kenapa?gemuk ke?”. Sara bangkit perlahan.
“ Ish kamu ni…duduklah…ingat sikit kamu tu kan mengandung…suka
hati dia je nak bangun”. Tegur ibu lagi.
“ Tulah..tadi kata tak kisah..baru cakap sikit..dah
terkejut..abang gurau je lah…kalau Sara gemuk pun sebab Sara mengandung…”.
Ariff melemparkan senyuman. Sara menjeling suaminya kemudian menendang perlahan
kaki suaminya melalui bawah meja.
“ Auchh”. Ariff terjerit kecil.
“ Kenapa?”. Soal ayah. Waktu itu Sara tersenyum puas.
“ Tak ada apa…nyamuk banyak yah…”. Ayah sekadar mengangguk.
Ariff merenung isterinya. Sara pura-pura berselera menikmati makanan.
“ Nanti ibu basuh pinggan-pinggan tu…kamu duduk je”. Tegur ibu
apabila melihat Sara bangkit menuju ke sinki.
“ Ya bu..selalu memang abang yang basuh”. Sara melemparkan
senyuman.
“ Ariff yang basuh?”.
“ A’a bu…sejak akhir-akhir ni je…Sara ni selalu degil..berkeras
nak buat kerja…Ariff puas paksa…baru dia nak ikut….”.
“ Elok lah tu…suami kena selalu tolong isteri..lagi-lagi masa
macam ni”. Balas ibu sambil melemparkan senyuman kepada menantunya.
“ Kira hari ni..Ariff cuti lah ya bu?”. Ujar Ariff kepada ibu
mertuanya.
“A’a…”. Ibu tersenyum manis. Sara hanya mencebikkan bibir kepada
suaminya.
“ Mengada lah abang ni”.
“ Bukan selalu..”. Ariff tersenyum manis.
“ Jom kita pergi depan Riff”. Ajak ayah.
“ Ya yah..”.
“ Abang pergi depan dulu ya sayang”. Ariff sengaja mengusik
isterinya.
“ Pergilah..siapa kisah”. Ibu hanya menggelengkan kepala melihat
telatah anak dan menantunya.
……………………………………………………………………………………………………..
“ Sara gemuk ye?gemuk sangat ke?”. Soal Sara sambil membelek
tubuhnya di cermin. Ariff pura-pura tidak dengar.
“ Abang dengar tak ni Sara tanya..ish…geram betul lah…kita tanya
dia diam je”. Sara membuang pandang.
“ Sara ni kan sejak mengandung semakin kuat merajuk dan
mengada-ngada ya?”. Ariff sengaja mahu mengusik isterinya.
“ Jawab soalan Sara sudah..jangan nak buka topik lain pula….”.
“ A’a…Sara gemuk…”.
“ Hah?”.
“ Apa masalahnya pun kalau gemuk kan?”. Ariff memegang bahu
isterinya.
“ Sara tak nak gemuk…”.
“ Abang nak tanya Sara tu mengandung dah berapa bulan?”.
“ Tak kan abang tak tahu?”
“ Bukan…jawab je soalan abang”.
“ 6 bulan”.
“ Dah tu..apa yang nak risaunya…Sara bukan gemuk lah okay…”.
“ Ye ke?”.
“ Alah…kurus ke..gemuk ke abang tetap sayang lah…tak usah
risau…lagi pun kalau Sara cantik sangat nanti ramai peminat pula…susah abang
nanti”.
“ Eleh…Sara pun tak kisahlah kalau gemuk pun…biarlah, baru boleh
uji abang setia ke tak kan?”.
“ Sampai ke situ ke Sara fikir?ish ish jauh betul ke depan….”.
“ Mana lah tahu kan?”.
“ Jangan merepek lah..nanti abang buat betul baru tahu”.
“ Buat apa?”.
“ Apa-apa lah…”.
“ Mengada…”. Ujar Sara sambil menjeling.
“ Gurau saja lah…sudahlah sayang…tidurlah…”.
“ Ibu dengan ayah dah tidur ke?”.
“ Belum…tadi ada di ruang tamu…kenapa?”.
“ Sara nak turun sekejap lah..”.
“ Jom lah…”.
“ Kenapa turun lagi?tidur saja lah…ayah dengan ibu okay je”.
Tegur ayah apabila Ariff dan Sara menghampiri mereka.
“ Tak apa lah….Sara tak mengantuk lagi…Sara buatkan ayah dan ibu
air ya?”.
“ Sara duduklah…abang buatkan”. Ibu dan ayah hanya melemparkan
senyuman.
“ Betul ke? Sara buatlah….abang duduk sini”.
“ Okay kita buat”. Ariff lebih dahulu melangkah meninggalkan
isterinya. Sara melemparkan senyuman kepada ayah dan ibunya.
“ Sara boleh buatlah…”. Tegur Sara kepada suaminya.
“ Sara ingat abang buat air tak sedap ke?”.
“ Sara tak kata pun…”.
“ Abang baru teringat apa yang abang lupa tadi”.
“ Apa dia?”.
“ Buah jambu…maaf sayang, abang lupa sangat-sangat…esok ya abang
beli”.
“ Abang memang…sampai lupa…kempunan Sara tahu?”.
“ Ala…janganlah cakap macam tu…serius abang betul-betul lupa,
banyak sangat kerja di pejabat…abang janji esok abang beli ya sayang?”.
“ Ya lah…esok abang lupa lagi siap!”.
“ Okay puan!”.
“ Jangan nak puan-puan je…abang lupa esok, biar Sara beli
sendiri je”.
“ Okay..mesti tak lupa punya…esok Sara balik dengan abang je
lah..kita pergi beli sama-sama?”.
“ Haa…bagus juga macam tu..”.
“ Okay..duduk sini…biar abang buat air”. Ujar Ariff sambil
membantu isterinya duduk di kerusi.
“ Kan seronok kalau hari-hari macam ni”. Ariff tergelak kecil.
“ Kenapa abang gelak?kelakar ya?”.
“ Tak lah…nanti kita cari orang gaji…lepas Sara bersalin nanti
senanglah…”.
“ Tak nak lah Sara..nak buat apa pakai orang gaji”. Ujar Sara
kemudian mengambil balang biskut di kabinet almari dapur.
“ Kenapa pula…kan senang…”.
“ Entah..Sara tak rasa perlu pun…”.
“ Atau sebenarnya Sara cemburu kalau abang jatuh hati pada orang
gaji kita nanti?”. Soal Ariff sambil mengangkat kening dan senyum jahat.
“ Tolong sikit ya…tak ada masa lah Sara nak cemburu…”.
“ Ya lah tu..”. Ariff tergelak kecil.
“ Betul lah”. Ujar Sara lagi sambil memasukkan biskut ke dalam
piring.
“ Ya lah…nah cuba rasa air ni..sedap tak?”.
“ Mmm…sedap”. Ujar Sara sambil melemparkan senyuman.
“ Really? Ke saja ni nak ambil hati abang?”. Soal Ariff
sambil keningnya terangkat.
“ Betul lah…memang sedap…”. Balas Sara ikhlas.
“ Tu lah…abang dah kata abang memang terror buat air
okay..Sara je yang tak percaya dengan kemampuan abang…kalau abang buka kedai
ni…confirm ramai pelanggan”.
“ Eh..perasan lah abang ni..”. Ujar Sara sambil memukul perlahan
bahu suaminya.
“ Tak percaya lagi…ish ish..”.
“ Sudahlah bang…ibu dan ayah tunggu lama tu di luar…”.
“ Lupa pula…ingat kita berdua saja tadi”. Ariff mengenyitkan
mata.
“ Abang ni…”.
“ Biar abang bawa ni…Sara bawa piring biskut tu”. Sara hanya
mengangguk.
“ Minum yah..bu..”. Pelawa Ariff, kemudian mengambil tempat di
sebelah isterinya.
“ Ibu tinggal lah lama sikit ya…”. Ujar Sara manja.
“ Esok ibu dengan ayah kena balik…kamu pun tahu kan…ibu mana
boleh tinggalkan rumah lama-lama…”.
“ Ala….ibu ni…”.
“ Lain kali kami boleh datang lagi….kamu pun boleh balik sana
kan..”. Sambung ayah pula.
“ Mmm..insyaallah ayah..”. Ariff menjawab bagi pihak isterinya.
Sara hanya tersenyum. Mereka menghabiskan masa dengan berbual sehingga lah ayah
menegur menyuruh masuk tidur.
……………………………………………………………………………………………………
No comments:
Post a Comment