Pages

Sunday, May 24, 2009

hati saya milik awak

“ Saya tak nak dengar apa-apa lagi..cukuplah…”.
“ Tapi..tak adil bagi saya wak, saya perlu jelaskan pada awak kedudukan sebenar.”
“ Tak adil awak cakap?? Jadi adil lah bagi saya terima semua ni? Macam tu? Saya tak sangka kesetiaan saya di balas begini. Saya dah tak nak dengar apa-apa. Hati saya sakit awak tahu tak?sakit…”. Kata-kata itu dihabiskan dengan air mata. Teresak-esak dia menangis. Entah kenapa sudah seminggu dia tetap begini, masih tidak kuat berdepan dengan lelaki yang pernah menyentuh hati dan hidupnya dulu. Kini? Dia sendiri takut dengan bayangan cintanya.
“ Nur, jangan menangis sayang, kesedihan awak meruntun hati saya”. Tubuh gadis kesayangannya itu ingin di dakap erat. Dia memang mencintai gadis itu sepenuh hatinya. Namun dengan pantas gadis itu menghalang.
“ Jangan sentuh saya, awak tak layak dan tak berhak…tinggalkan saya..pergi!!!”. Makin deras air matanya mengalir.
“ Nur…jangan seksa diri awak…saya tak sanggup tengok awak macam ni..”.
“ Seksa diri saya?? Tak sanggup awak kata…siapa yang buat saya jadi macam ni? Siapa? Saya betul-betul tak sangka orang yang paling saya sayang dan percaya sanggup buat saya macam ni. Apa kurangnya saya Fir? Apa salah saya? Awak tahu tak betapa dalamnya cinta saya pada awak, kenapa saya wak? Kenapa awak??”. Nur menghamburkan marahnya dalam tangisan. Firdaus kaku dan kelu untuk berkata. Sungguh dia tidak pernah melihat Nur marah dan sedih begini. Dia tahu memang dia telah melukakan hati gadis itu. Memang tidak layak untuknya memohon kemaafan lagi, namun dia ingin gadis itu jelas tentang keadaan sebenar.
“ Hati saya sakit..saya tak boleh terima semua ni…sampai sekarang entah kenapa saya tak dapat percaya awak telah menduakan cinta saya. Awak bukan lagi milik saya, awak kahwin dengan dia…awak kejam Fir..kejam..”.
“ Nur sayang…to..”.
“ Jangan panggil saya sayang. Saya jijik dengan panggilan tu”.
“ Nur..tolonglah dengar penjelasan saya, saya tak mampu nak menolak Nur…saya berkahwin dengan dia hanya kerana mahu menolong…dia perlukan perlindungan Nur.”
“ Perlindungan awak kata? Sedangkan awak gembira buat semua tu kan? Perlindungan apa yang awak maksudkan sampai awak mengorbankan rasa kasih saya pada awak? Kesetiaan saya..penantian saya..kepercayaan saya..pernah awak fikir semua tu sebelum awak buat semua ni hah?? Saya kecewa dengan awak..tinggalkan saya..pergi”. Nur menangis dan terus menangis. Firdaus tidak mampu. Langkahnya di atur meninggalkan gadis itu. Dia tidak tega sebenarnya meninggalkan gadis kesayangannya itu, namun jika dia terus berada di situ Nur Kaisara akan tetap terus menangis. Demi Tuhan dia amat menyintai gadis itu. Apakah cerita di sebalik kisahnya ini ada penghujung bersama gadis itu.
‘ Kenapa awak pergi Fir? Kenapa tak pujuk saya macam selalu..saya perlukan awak dalam hidup saya, saya tahu awak terpaksa melakukannya, hati saya sakit..saya tahu dia bukan perampas kebahagiaan saya dan awak..tapi untuk menidakkan kekecewaan saya tentang semua ni saya tak pernah mampu’..
………………………………………………………………………………………………………
Nur terus menjalani hidupnya seperti biasa. Dia memaksa dirinya meredhakan pemergian Firdaus. Untuk kesekian kalinya dia terpaksa akur Firdaus bukan miliknya lagi. Pernah dia terserempak dengan Firdaus dan isterinya. Firdaus tidak mampu menatap pandangan mata Nur. Sedangkan isterinya Humaira melayan Nur dengan baik. Dia tahu kisah Firdaus dan Nur Kaisara. Dia tidak meminta untuk menjadi perampas kebahagiaan orang. Namun, pengorbanan yang telah di lakukan Firdaus amat di hargainya. Dia Nampak Nur Kaisara merasai penderitaan itu. Begitu juga Firdaus.
“ Abang, boleh tinggalkan Maira dengan kak Nur? Maira balik naik teksi nanti ye bang??”.
“ Jangan..nanti abang ambil Maira, da selesai nanti telefon abang..abang pergi dulu..assalamualaikum”. Firdaus berlalu namun sempat memandang Nur. Jauh di sudut hatinya dia amat merindui Nur. Namun dia tidak boleh terus menyeksa gadis itu. Dia juga agak keberatan dengan permintaan Maira untuk bersama Nur, yang lebih di bimbanginya Nur akan terus terseksa. Nur pula dapat melihat sikap ambil berat dan rasa kasih Firdaus pada Maira. Sejujurnya dia cemburu. Namun siapalah dia untuk merasakan begitu. Dia berjanju dengan dirinya yang dia akan cuba untuk menerima takdir yang telah terlakar untuknya.Maira pula dapat melihat lirikan mata Firdaus pada Nur. Dia tahu suaminya itu masih menyintai Nur, dia tidak pernah menyalahkan atau merasa kecewa kerana Firdaus masih begitu. Dia juga dapat melihat penderitaan Nur dan ketabahan hati wanita itu.
“ Kak, akak cintakan abang Fir?”. Soalan itu menjerat Nur.
“ Mari Maira kita duduk kat kedai tu sambil minum-minum..”. Nur terus melangkah tanpa menunggu jawapan daripada Maira. Maira mengikut langkah Nur dan mereka duduk di sudut yang agak tersorok.
“ Maira tahu akak masih cintakan abang Fir kan? Maira pun tahu abang juga ada perasaan yang sama dengan akak. Maira tahu kak, Maira dah merampas hak akak..Maira…”.
“ Sudahlah dik, perkara dah berlaku..sekarang abang Firdaus milik Maira..Maira tak rampas hak akak, da memang dia jodoh Maira yang Allah tentukan dalam hidup ni”.
“ Tapi kak..Maira rasa kejam, Maira dapat melihat penderitaan yang akak lalui. Maira juga dapat rasa kak pada abang Firdaus. Maira tahu dia perlukan akak..”. Maira memegang tangan Nur. Nur memandang dan dapat merasai gadis itu ikhlas dan jujur.
“ Kak. Akak kahwin dengan abang Firdaus ye..Maira izinkan”. Nur terus melepaskan tangannya daripada genggaman Maira. Sungguh dia begitu terkejut dengan kata-kata Maira.
“ Tidak dik..akak takkan…”.
“ Akak…Maira nak lihat akak bahagia, Maira sayangkan akak…entah dari mana lahir perasaan ni, tapi Maira betul-betul nak lihat akak tersenyum dan gembira”.
“ Maira, akak gembira dengan hidup akak, Maira tak payah risau pasal akak..akak dah terima kenyataan ni…sudahlah..Maira telefon abang Firdaus sekarang..akak tunggu sampai dia datang ambil Maira”.
“ Tapi kak…Maira..”.
“ Maira, kalau Maira sayangkan akak telefon abang Firdaus sekarang”. Maira mengambil telefon bimbitnya dalam beg.
“ Hello abang, Maira da siap..Maira tunggu abang kat kedai depan tadi..”. Sejurus Firdaus sampai Nur terus melangkah pergi. Firdaus dan Maira pula terus pulang. Dalam perjalanan mereka hanya diam, sehinggalah Miara menimbulkan perkara ini.
“ Abang…abang sayang Maira kan?”.
“ Maira kenapa Tanya soalan tu? Abang memang sayangkan Maira.”
“ Kalau macam tu, Maira nak abang kahwin dengan kak Nur. Masa Maira da tak lama bang..Maira nak lihat abang dan kak Nur kahwin.” Sugguh Firdaus terkejut dengan permintaan Maira.
“ Maira apa yang Maira cakap ni? Abang tak suka..”
“ Tak pela bang, abang fikir dulu.”. Mereka masing membius setelah itu sehingga sampai rumah.
………………………………………………………………………………………………………
“ Nur..kita kahwin..”.
“ Mudahnya awak cakap kan..tolong fikir perasaan Maira. Saya tak nak dia kecewa dan menderita macam saya dulu.”.
“ Nur, abang pasti Nur juga tahu pendirian Maira..berilah saya peluang untuk membahagiakan awak.”
“ Tidak Fir, saya takkan rampas awak daripada dia”/
“ Nur…saya tak mampu nak pujuk awak atau paksa awak terima saya. Awak tahu kan saya mengahwini Maira hanya kerana dia perlukan perlindingan. Dia sakit Nur. Dia perlukan seseorang untuk jaga dia.Saya tak ambil kesempatan, saya buat semua ni atas kewarasan saya sebagai seorang manusia.Saya tak pernah berhenti untuk menyintai awak. Awak fikirlah..”.
Sudah lama Nur memikirkannya. Dia tidak mampu menidakkan perasaannya pada Firdaus, namun dia juga tidak mampu untuk mengelak daripada berfikir tentang kesannya nanti.
………………………………………………………………………………………………………
“ Kak, terima kasih sebab tunaikan permintaan Maira..Maira sayang akak dunia akhirat”. Nur tidak mampu menahan air matanya. Dia semakim menyayangi gadis itu. Semakin hari dia merasakan tidak mahu berpisah dengan gadis itu.
“ Maira, akak pun sayang Maira…jangan tinggalkan akak dik”. Makin laju air matanya. Firdaus hanya memandang. Dia sendiri merasa sedih dengan situasi itu. Sudah tiga bulan dia mengahwini Nur dengan kerelaan hati Maira. Hari ini entah mengapa dia dapat merasakan dia akan kehilangan Maira pula. Gadis itu sudah lama menderita kanser otak.
“ Abang…boleh abang peluk Maira untuk kali terakhir..boleh kan kak?” Sayu hati Nur melihat Maira. Gadis itu masih meminta kebenarannya sedangkan gadis itu berhak berbuat demikian. Mereka berkongsi kasih.
“ Abang..peluklah Maira bang..” ujar Nur dalam tangisan.
“ Akak, Maira nak akak pun peluk Maira..Maira..Mai..”, suaranya tersekat-sekat. Lantas Nur dan Firdaus terus memeluk Maira. Masing-masing mengongoi dan menangis. Dan akhirnya Maira pergi..Pergi yang takkan kembali.
……………………………………………………………………………………………………..
“ Bang..”.
“ Ye sayang,”.
“ Nur rindu pada Maira…abang pun kan..”. Firdaus menghampirinya isterinya dan mendakap erat.
“ Nur…kita sama-sama sayangkan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dah lima tahun dia pergi. Kita yang masih hidup ni selalu lah sedekahkan Fatihah dan Yassin pada dia ye Nur.”.
“ Terima kasih bang sebab bahagiakan Nur..Nur hargai pengorbanan Maira.”.
“ Abang pun hargai pengorbanan Nur..”.
“ Bang..”.
“ Mama..mama..tak aci tul la asyik mama je kena peluk dengan papa”. Tiba Aiman muncul dengan muncung yang panjang.
“ Meh sayang papa ni…ala la sayang..merajuk lah tu konon..da besar pun nak merajuk ye..meh meh papa peluk Aiman pulak.”. Firdaus terus memeluk anaknya dan mendukungnya.
“ Aiman..Aiman tak boleh selalu manja macam ni tau..Aiman da besar..”
“ Mama pun da besar apa..kenapa papa selalu manjakan mama jugak”. Ahh anak ini terlalu banyak keletahnya. Namun ini lah yang menambah keserian rumah tangga Nur dan Firdaus.
“ Meh kat mama pulak..Aiman terus memeluk mamanya dengan kuat.”
“ Aduh..sayang..janganlah kasar-kasar macam ni…sakit mama…”. Nur mengerutkan dahinya menahan kesakitan.
“Nur??”. Firdaus terus mengangkat Aiman daripada tubuh Nur .
“ Nur ok bang, jangan risau.”.
“ Mama sakit ye..sory ye mama..Aiman tak sengaja…”. Lantas Aiman terus mencium pipi Nur.
“ Papa pulak sayang..”. lantas Aiman mencium pipi papanya berkali-kali. Namun Firdaus menghentikan Aiman apabila melihat Nur Nampak tidak selesa sambil memgang perutnya.
“ Aiman..pergi masuk dulu ye..pergi kat nenek..cakap kat nenk suruh mandikan Aiman..”
“ Mmmm..yelah..” Aiman terus masuk ke dalam rumah.
“ Nur? Nur ok tak..abang tengok Nur Nampak macam tak ok..da sampai masa ke??”.Firdaus cemas.
“ Nur ok bang..jangan risau belum sampai masa lagi..Cuma anak abang ni suka menendang.”. Nur memandang sambil tersenyum.
“ Ish anak papa ni sian mama tau”.Firdaus mendekatkan kepalanya ke perut Nur, sambil mengusap perut Nur yang memboyot. Mereka Nampak bahagia.
“ Papa!!Mama!!owh..pandai..tak aci betul…masuk…”. Firdaus dan Nur yang terkejut akhirnya ketawa melihat muncung Aiman.
“ Nakal betul anak abang tu..tengok tu..dah pandai mengarah kita masuk”.
“ Anak awak jugak kan…hehe”. Firdaus bangun dan membantu Nur untuk bangun dan masuk ke dalam rumah. Mereka sangat bahagia. Kehadiran Maira dalam hidup mereka tidak akan pernah di lupakan. Walau Maira tiada lagi namun mereka masih tetap mengingati.‘Terima kasih Maira…..
P/S :- hIdUp memang begini..kadangkala kita terpaksa merasai kesakitan dan kekecewaan sebelum bertemu dengan kebahagiaan…Kasih jangan kau pergi…sayang hadirlah selalu…Rindu temanilah daku…Cinta marilah bersatu…Bahagia menarilah denganku…

abang sayang

“ Abang sayang Ina tak?”.

“ Tak”.

“ Abang!!”. Ina menarik muka masam dan berlalu. Zafril hanya menggeleng. Teruk benar perangai isterinya yang satu ini.

“ Ina…sayanglah..sayang sangat..”. Zafril terus berlalu. Itulah Zafril, dia tidak betah memujuk atau bermanja-manja. Ina hanya menjerut rasa.

“ Ina, abang nak keluar ni..jaga diri”. Ina hanya memandang lesu. Bukan nak di ajak atau apa. Selalu sangat macam ni. Kata sayang, tapi di tinggalnya selalu. Memang lah ada orang kata sayangkan isteri tinggal-tingalkan. Tapi…huhu.

…………………………………………………………………………………………………..

“ Abang, hari ni kita makan kat luar nak?”

“ Taknak lah..abang nak makan kat rumah”.

“ Ala abang ni, kedekut sangat..Ina belanjalah.”

“ Tak nak abang kata, titik”. Huh bosan betul dapat suami macam ni. Nak tak nak terpaksa juga dia masak hari ni. Sugguh terkilan dengan sikap suaminya. Memang Zafril tidak pernah berkasar atau menderanya, namun hatinya selalu sakit, dia mahukan suami yang penyayang dan mengambil berat tentangnya. Tapi..Zafril…huh..

…………………………………………………………………………………………………….

“ Apesal isteri kau tu? Muncung semacam je aku tengok.”. Hairil memandang Ina dan Zafril selang seli.

“ Kenapa pulak? Dia ok je..memang dia macam tu. Malas aku nak layan sangat.”.

“ Eh2 kau ni, biar betul”.

“ Apa pulak tak betulnya”. Hairil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Zafril hanya tersenyum. Tidak lama kemudian dia ketawa.

“ Yang kau gelak ni kenapa pulak..ahh sudah”.

“ Tak de apa.saje. Aku suka tengok dia macam tu. Biarlah. Sekali sekala”.

“ Suka hati kau lah”. Hairil hanya tersenyum.

………………………………………………………………………………………………………

“ Abang..hari ni Ina tak nak pergi kerjalah, penat”.

“ Kenapa pulak, jangan nak mengada-ngada”.

“ Abang tak nampak ke? Ina tak sihat ni, abang ni kenapa? Tak suka cakap jela”.

“ Jangan nak merepek”.

“ Abang tak payah nak berdalih lagi, kalau abang nak kahwin dengan perempuan tu, abang kahwinlah..Ina tak kisah”.

“ Betul??”.Ina memandang tajam wajah suaminya. Apakah suaminya betul-betul nekad. Zafril merenung dengan pandangan tajam juga.

“ Betul ke Ina sanggup?”.

“ Sanggup.”.Tidak sedar Ina telah menjawabnya. Ahh sudah..Dia terlepas kata. Kehendaknya tadi hanya ingin menduga dan mahu suaminya memujuk. Sekarang lain pulak jadinya.

“ Nanti jangan kata abang curang pada Ina pulak, abang itulah, abang inilah”. Zafril memandang wajah isterinya. Ada sendu di wajah itu. Dia tersenyum kecil. ‘Tulah nak sangat main-main dengan aku’.

…………………………………………………………………………………………………….

“ Kenapa kau menangis ni?”.

“ Aril..dia nak kahwin lagi”.

“ Dia minta izin kau ke?”.

“ Aku yang suruh”.

“ Kau ni gila ke apa? Tak percaya aku si Aril tu nak wat kau gitu”.

“ Kalau kau nak menangkan dia, pergilah kat dia”. Ina berlalu pergi meninggalkan Nora. Apasal kawan aku ni. Sensitif semacam. Tapi logik lah ekk, suami dia nak kahwin lain. Kalau Hairil buat macam tu, tentu dia pun akan bengang. Tapi kan, aku tak percaya lah.

………………………………………………………………………………………………….

“ Bang betul ke Aril nak nikah lagi satu?”. Hairil hanya tersenyum.

“ Eh2 awak ni, kita Tanya dia senyum-senyum pulak”.

“ Awak dengar dari mana”.

“ Ina yang cakap”. Hairil terus tergelak.

“ Apa awak ni? Dah tak betul ke? Ina tu kawan saya tau bang.”.

“ Habis Zafril tu bukan kawan abang ke?”.

“ Eh2 main-main pulak dia, abang cakap lah betul2. Jangan cakap si Aril tu dah kemaruk nak cari lain pulak.”.

“ Sape yang kata.”.

“ Abang ni, makin kita cakap wat sakit hati je”. Nora menarik muka masam dan mahu berlalu. Dengan pantas Hairil menarik lengan isterinya.

“ Janganlah macam ni sayang…abang bergurau je tadi”.

“ Abang guraulah sorang2”. Nora membuang pandang.

“ Ok lah, abang tak gurau dah, ish2 isteri abang ni kuat merajuk jugak ekk”. Nora hanya menjeling. Hairil pun menceritakan hal sebenar.

…………………………………………………………………………………………………..

“ Ina…”.

“ Mmm…”.

“ Abang dah nak pergi ni..”.

“ Pergi jela.”.Ina terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuat.

“ Apesal pulak dia ni? Asyik bad mood manjang.”. Belum sempat Zafril keluar rumah, Ina memanggil suaminya. Zafril memandang isterinya.

“ Abang..Ina minta ampun, Ina…”. Ina terus menangis tersedu-sedu.

“ Eh, Ina ni kenapa pulak menangis?abang bukan nak pergi mati”.

“ Lepas ni Ina janji Ina dengar cakap abang, lepas abang kahwin dengan perempuan tu lepas ni, abang janji jalankan tanggungjawab abang dengan adil ye bang”. Zafril tersenyum. Ahh sudah.

“ Ina..”. Tidak sempat Zafril menghabiskan kata-katanya, Ina memeluknya sambil menangis.

“ Aduhai…Ina sayang basahlah baju melayu abang ni”. Ina terus bangkit.

“ Maaf, Ina..ok, abang pergilah..Ina izinkan..mana borang tu?”.

“ Borang apa?”. Zafril mengangkat keningnya.

“ Borang minta persetujuan isteri pertamalah”.

“ Nak buat apa?”.

“ Ina tau abang risau Ina marah abang kan, sebab tu abang tak bagi dari hari tu”.

“ Ina ni kenapa?”.

“ Kenapa pulak? Tak pelah bang, Ina rela..Ina sanggup, cepatlah nanti abang terlambat pulak”.

“ Memanglah abang dah terlambat pun, Ina ni lah”. Ina terasa dengan kata-kata itu. Namun di pendamkan saja.

“ Eh2 jap..tadi Ina kata borang persetujuan isteri pertama?”.

“ Yelah, mehla sini Ina tandatangan”.

“ Nak buat apa”.

“ Apa abang ni..”.

“ Apa pulak”.

“ Tadi kata dah lambat, mehla sini borang tu cepat”.

“ Nak buat apa borang tu, abang nak pergi majlis kahwin kawan abang je, takkan itu pun kena minta izin dari isteri?isteri pertama pulak tu..”.

“ Hah?”. Ina terlopong.

“ Kenapa? Ina ingat abang nak pergi mana?”.

“ Ooo..baru abang faham, Ina ingat abang nak pergi nikah ekk”.

“ Bukan abang nak pergi nikah ke?”.

“ Sape cakap”.

“ Hari tu kan abang cakap..”.

“ Siapa cakap? Abang Cuma Tanya Ina sanggup ke tak je”.

“ Habis tu kenapa abang pakai macam ni? Selalu abang pergi kenduri kahwin pakai baju batik je”.

“ Ina sayang, hari ni abang jadi pengapit si Iskandar tu, kenala pakai baju melayu sedondon dengan yang jadi pengapit si pengantin perempuan tu.”.

“ Sape pengapit perempuan tu?”.

“ Yang Ina kata abang nak kahwin dengan dia tu”.

“Jadi?”.

“ Jadi apa?”.

“ Abang tak jadi kahwinlah ni?”.

“ Abang kan dah kahwin dengan Ina”. Ina hanya tersenyum malu.

“ Ina ni suka fikir bukan-bukan. Tu lah tak percaya pada suami sendiri”. Tiba-tiba telefon Zafril berbunyi.

“ We, kau kat mana? Cepatlah.”

“ Ok2..ni ada drama sebabak jap kat umah ni.”. Ujar Zafril sambil tersenyum kepada isterinya. Ina hanya tertunduk malu.

“ Abang pergi dulu ye, dah lambat ni, nanti kita sambung balik drama sebabak kita ni, ke Ina nak ikut?”.

“ Tak naklah bang, dah lambat ni..mata pun merah ni.huhu”.

“ Tulah abang dah cakap semalam, tapi Ina buat tak tahu je.Belum apa-apa Ina dah masuk tidur. Abang nak cakap hari ni nak pergi majlis kahwin, nak ajak Ina”.

“ Nape tak cakap awal-awal?”.

“ Macam mana nak cakap, Ina tu asyik bad mood je”. Zafril hanya tersenyum. Ina juga tersenyum.

“ Oklah sayang, abang pergi dulu ye.”. Sebelum pergi sempat Zafril mencium pipi dan mengucup dahi isterinya dan ‘ I Love u Honey..before, now n forever’. Ina tersenyum dan hatinya berbunga riang.

………………………………………………………………………………………………………

“ Abang..”.

“ Mmm…”.

“ Abang sayang Ina tak?.

“ Dia dah mula dah…”.

“ Cepatlah cakap?sayang ke tak?”.

“ Sayang……..”.

“ Macam tak ikhlas je.”.

“ Ina..Ina..”.

“ Abang?”.

“ Mmm..”.

“ Ina sayang sangat kat abang”. Lantas Ina terus memeluk suamimya. Zafril membalas erat.

“ Abang.”.

“ Ya, cakap je lah..”.

“ Kenapa dulu abang layan Ina macam tu?”.

“ Layan macam mana?”.

“ Yelah..macam tak peduli kat Ina je…Ina ada perasaan tau..Ina pun nak manja-manja dengan abang”.

“ Dulu abang saje je, tak nak manjakan sangat Ina, nanti Ina jadi lain”.

“ Maksud abang?”.

“ Yelah, kalau abang layan lebih-lebih nanti Ina terlebih manja pulak”.

“ Abang ni…”.

“ Sebenarnya abang nak Ina tahu dalam perkahwinan ni bukan sahaja hanya kasih sayang, malah tanggungjawab, komitmen, rasa percaya, jujur dan saling menghormati.”.

“ Ina…”.

“ Ina…abang sayangkan Ina sepenuh hati abang, sejak abang lafaz akad nikah..abang hanya biarkan dan simpan hanya Ina dalam hati abang, abang tak nak Ina terus-terus menjadi anak manja”. Ina mengeratkan dakapannya.

“ Sebab tu abang kena ajar ina sikit..abang bukan sengaja biarkan Ina, abang tahu Ina menangis tiap-tiap malam, hati abang tersentuh..tapi abang kena tegas…abang nak Ina sedar”.

“ Ina minta maaf…Ina tahu Ina melampau..Ina..”.

“ dahla Ina, abang tahu Ina dah sedar sekarang..”.

“ Abang nak Ina tahu..sayang abang, cinta, rindu, kasih hanya untuk Ina”.

“ Ina lebih daripada tu bang..”.

“ Abang minta maaf sebab layan Ina macam tu, abang tahu abang pun tak sempurna..kita kena saling melengkapi..”.

“ Ina janji bang…”.

“ Dah, jomlah kita tidur.”.

“ Abang…”. Langkah Zafril terhenti.

“ Ina janji akan bahagiakan abang”. Zafril mengucup dahi isterinya sambil tersenyum.

“ Jangan janji sayang..kita sama-sama usaha”.

“ Ina tak nak kehilangan abang”. Ina terus memeluk suaminya dan menangis.

“ Sshh…jangan nangis sayang..abang pun tak nak kehilangan Ina”. Zafril memujuk isterinya. Malam itu dia benar-benar menajdi suami yang sangat romantis dan penyayang. Ina benar-benar bahagia. Ya Allah..terima kasih kau anugerahkan dia padaku…