Sunday, April 29, 2012
Ruang Rindu 14
Wednesday, April 25, 2012
Ruang Rindu 13
Friday, April 20, 2012
Ruang Rindu 12
Thursday, April 19, 2012
Wednesday, April 18, 2012
Ruang Rindu 11
Tuesday, April 17, 2012
Sejenak...
Saturday, April 14, 2012
Ruang Rindu 10
“ Hello…”. Dania menjawab panggilan telefon dalam mamai-mamai.
“ Assalamualaikum, dah tidur ya…maaflah…”. Ujar Farhan di hujung talian. Dania menggosok matanya perlahan dan bangkit bersandar di bantal.
“ Wa’alaikumsalam…mm, a’a…awak tak tidur lagi ke ni…”. Balasnya masih dalam sisa-sisa mengantuk.
“ Kiranya saya terlambat lah ya telefon…tak baik kan kacau anak dara orang pagi-pagi buta ni…”. Dania tergelak kecil.
“ Dah tahu, kenapa telefon kan…”. Dania sengaja memerlinya. Terdengar tawa kecil di hujung talian.
“ Tu lah…tak tahu kenapa…nak telefon dari tadi, tapi takut kerja awak tak siap lagi…rupa-rupanya terlewat pula ek…”. Ujar Farhan sambil tersenyum.
“ Awak nak cakap apa ek dengan saya pagi-pagi buta ni…”. Dania membetulkan selimutnya.
“ Kenapa kita tak boleh berkawan ke? Pak we awak marah ?”. Farhan sengaja ingin mengorek rahsia.
“ Mmm, entahlah…”. Dania tidak berminat menjawab soalan itu.
“ Aik…entah pula…”. Balas Farhan tidak berpuas hati.
“ Ya lah…memang entah…awak jom lah kita tidur, dah pagi ni…kita cakap lain kali ya…”. Dania tidak mahu memanjangkan kata.
“ Eh, mana boleh…saya bukan suami awak tau…mana boleh tidur sama…”. Farhan sengaja mahu mengusik.
“ Siapa cakap saya ajak awak tidur dengan saya?? merepeklah awak ni…”. Balas Dania tegas.
“ Uishh…garangnya awak ni, saya bergurau je tadi…”. Ujar Farhan perlahan.
“ Mm…Saya…bukanlah..tak pelah…bye…assalamualaikum”. Dania menunggu Farhan menjawab salam.
“ Wa’alaikumsalam…selamat malam…”. Balas Farhan masih perlahan seperti tadi.
“ Awak…”. Panggil Dania agak kuat.
“ Kenapa?”. Tanya Farhan.
“ Mm, tak de apa…maaflah kalau terasa…saya tak niat…”. Dania kehilangan kata.
“ Tak apa, saya faham…ok tidurlah…assalamualaikum”.
“ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab lembut kemudian mematikan talian. Ada rasa tidak enak menyerang hatinya melayan Farhan sebegitu, namun dia baring semula dan melelapkan mata.
……………………………………………………………………………………….
“ Dania…siapa orang yang jawab telefon hari tu?”. Tiba-tiba Fauzi menjerkah dengan soalan sebegitu seusainya Dania mengambil tempat. Dania memandangnya geram kerana terkejut.
“ Awak ni kenapa Fauzi? Pagi-pagi dah jerkah-jerkah orang…tak de keje ke?”. Dania membalas agak kasar. Geram dijerkah sebegitu.
“ Ok…maaf…siapa yang jawab telefon hari tu Dania?”. Agak kalut Fauzi membetulkan intonasi suaranya.
“ Kenapa pula awak nak tahu? Saya rasa itu hak saya dan tak de kena mengena dengan awak kan?”. Dania merenungnya. Fauzi seakan hilang sabar.
“ Saya tanya awak! Siapa jantan tu?”. Suara Fauzi semakin kuat. Sudah hilang rasa hormatnya . Dania merenungnya lagi. Kali ini lebih tajam. Sungguh dia terkejut dengan sikap Fauzi.
“ Apa hak awak nak marah-marah saya hah?”. Dania membalas tengkingannya. Fauzi mencerlung ke arahnya.
“ Awak tu hak saya tahu tak…jangan cuba-cuba nak main dengan lelaki lain…”. Fauzi menuding jari ke arahnya. Waktu itu semua teman-teman sepejabat menghampiri mereka.
“ Awak jangan melampau Fauzi…saya bukan hak awak…bukan isteri dan bukan siapa-siapa pada awak…awak tak de hak nak sekat dengan siapa saya nak berkawan…awak dengar sini baik-baik, saya tak suka awak layan saya macam ni…saya tak suka…”. Belum sempat Dania menghabiskan kata, Fauzi melayangkan tangan ke pipinya. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Fauzi. Dania merenung tajam kea rah Fauzi. Ria mengambil tempat di sebelahnya.
“ Fauzi! Kau ni dah gila ke?”. Ria menengking Fauzi. Dania memegang pipinya. Terasa perit. Namun hatinya lagi sakit mengenangkan perbuatan Fauzi.
“ Memang aku gila…aku gilakan dia tahu tak!”. Balas Fauzi tanpa rasa menyesal atas perbuatannya tadi. Air mata Dania terasa bergenang. Lantas dia bergegas ke tandas. Ria memanggil perlahan, namun dia tidak mengendahkan.
“ Kau memang gila Fauzi!”. Dania masih dapat menangkap kata-kata Ria memarahi Fauzi. Setelah itu dia megejarnya perlahan. Dania mengunci pintu tandas. Ria mengetuk perlahan.
“ Aku tak apa-apa…nanti aku keluar…kau pergilah sambung kerja”. Dania bersuara dalam tangis.
“ Nia…bukalah pintu ni…”. Ria masih mahu memujuk.
“ Takpe Ria…aku ok…”. Dania masih berkeras.
“ Nia…Fauzi memang tak patut buat kau macam tu…dia memang gila…!”. Ujar Ria agak kuat.
“ Tak pelah Ria…”. Dania membalas perlahan.
“ Nia…aku tak nak paksa kau…nanti kau keluar ya…”.
“ Ya nanti aku keluar…”. Ujar Dania dan mendengar Ria melangkah pergi. Dania menangis sepuasnya. Fauzi memang tidak patut menamparnya. Perbuatannya sudah melampau. Salahkah dia berterus-terang. Dia memang tidak menyukainya. Fauzi tidak berhak memaksanya. Dania mengesat sisa-sisa air matanya. Dia melihat wajah di cermin. Matanya sembap akibat menangis. Dia membasuh muka. Kemudian mengeringkannya dengan tisu. Segera dia keluar. Waktu dia ingin mengambil tempat, semua mata terarah padanya. Dania mengambil alat solek di dalam beg, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia meneliti nombor di skrin dan menekan butang merah. Sekali lagi nombor itu tertera tanda panggilan kedua masuk. Dania mencapai telefon dan alat solek tadi menuju ke tandas.
“ Hello..”. Dania menjawab panggilan tadi.
“ Assalamualaikum”. Terdengar suara di hujung talian. Farhan.
“ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab perlahan.
“ Awak kenapa?…saya dengar suara awak macam orang menangis…awak ada masalah ke?”. Tanya Farhan lembut tanda prihatin. Sungguh hingga kini dia tidak lagi dapat mengetahui rahsia gadis yang ingin dibantunya ini.
“ Tak de apa-apa…”. Dania cuba berselindung.
“ Dania…saya tahu awak dalam masalah sekarang…ceritalah, mungkin awak akan rasa lega…”. Farhan masih cuba memujuk.
“ Betul…tak de apa-apa…awak saya tengah kerja ni…”. Danai cuba mengelak. Namun air matanya tumpah lagi. Dia teresak kecil.
“ Dania…kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk kita meluahkan perasaan…kita akan rasa lega selepas kita bercerita…”.
“ Saya…”. Kata-katanya terhenti di situ. Tangisannya semakin menjadi-jadi.
“ Menangislah Dania…menangislah sepuas-puasnya…saya dapat rasa awak sedih sangat…saya bersedia mendengar cerita awak kalau awak nak luah apa-apa…”.
“ Salah ke kita menolak cinta orang lain awak?”. Ujar Dania dalam tangis.
“ Tak salah…tanpa kita memberi harapan”. Balas Farhan bersahaja.
“ Perlu ke kita berkorban demi orang yang sukakan kita? Demi menunaikan hasrat kebahagiaan dia walaupun kita tak menyukai dia?”. Soal Dania lagi.
“ Dania…perasan suka, berkorban dan kebahagiaan tu terlalu subjektif untuk dihurai…apa maksud awak? Boleh cerita pada saya apa yang dah berlaku…”. Ujar Farhan lembut.
“ Entahlah…saya tak faham kenapa saya mesti lalui semua ni…”. Balas Dania sambil mengesat air mata.
“ Dania…jangan bersikap macam ni…awak tak boleh jadi orang putus asa dan tidak bermaya macam ni…kuatkan semangat awak…”.
“ Terima kasih…awak, saya tengah kerja ni…nanti kita sembang lagi ya…”.
“ Awak ok?”.
“ Saya ok…terima kasih…”. Balas Dania pendek.
“ Nanti awak cerita pada saya ya…nanti saya call awak ok?”.
“ Mmm, tapi…”. Dania teragak-agak.
“ Dania…awak berhak buat keputusan, saya tak akan paksa awak…kuatkan semangat …air mata awak tu sangat berharga sebenarnya…assalamualaikum”. Farhan mematikan talian apabila Dania sudah menjawab salamnya.
SaYaNgLaH aKu TeMaNiLaH aKu 47
“ Kenapa abang Nampak lain?”. Soal Sara lembut kepada Ariff.
“ Lain macam mana pulak?” Balas Ariff sambil memandang isteri di hadapannya.
“ Yelah..lain”.
“ Bukan Sara ke yang lain?”.
“Apa maksud abang?”.
“ Entah..Sara lebih tahu”.
“ Sara tak faham”.
“ Abang lebih tak faham…Sara ada rahsiakan sesuatu dari abang kan?”.
“ Entah”.
“ Abang tahu kan abanglah nyawa Sara…Sara hanya ada abang”.
“ Abang ada lebih daripada Sara”.
“ Sara tahu..itu hak abang”. Balas Sara sambil menunduk.
“ Sara dah fikir jauh..abang tak pernah terfikir…abang Cuma nak Sara tahu…antara kita biarlah tiada rahsia lagi”.
“ Abang tahu sesuatu?”. Soal Sara sambil mengambil tempat di sisi suaminya. Ariff sekadar mengangkat bahu. Sara bangkit perlahan kemudian berlalu ke bilik tidur mereka di tingkat atas. Ketika itu mereka berada di ruang tamu.
“ Sara..”. Tegur Ariff.
“ Sara naik atas sekejap..nanti Sara turun balik”. Balas Sara seolah tahu apa yang sedang bermain di minda suaminya. Ariff sekadar mengangguk. Tidak lama kemudian Sara muncul dengan telefon bimbitnya di tangan kemudian mengambil tempat di sisi suaminya semula.
“ Abang..Sara tahu..cepat atau lambat..abang pasti akan tahu perkara ni…”. Ujar Sara sambil menekan butang di telefon bimbitnya.
“ Ini…”. Ujar Sara lagi sambil menghulurkan telefon kepada suaminya.
“ Jadi?”. Ariff sengaja bertanya begitu.
“ Dia bekas teman lelaki Sara dulu…kami putus lepas dia kahwin dengan orang lain”. Balas Sara berhati-hati.
“ Okay…jadi sekarang?”.
“ Sara tak tahu apa niat dia ganggu Sara lagi…”.
“ Perasaan Sara pada dia?”.
“ Dah lama hilang”.
“ Tapi perasaan dia pada Sara mungkin masih mekar macam dulu kan?”.
“ Abang jangan tanya Sara soalan macam ni…Sara hanya ada abang dan Sara hanya nak abang seorang je dalam hidup Sara…dia hanya kisah silam Sara”.
“ Sara tahu kana bang sayangkan Sara lebih dari nyawa abang sendiri…abang tak nak kehilangan Sara”. Tiba telefon yang sedang dipegang oleh Ariff bordering. Terpapar nombor pemanggil.
“ Abang jawab bagi pihak Sara…”. Ujar Sara apabila Ariff menghulurkan telefon kepadanya.
“ Sara kena terus-terang dengan dia”. Akhirnya deringan telefon itu berhenti sendiri.
“ Sara tak nak perkara ni akan ganggu hubungan kita…abang mesti percayakan Sara…demi rumahtangga kita dan anak ni”. Ujar Sara sambil menyentuh perutnya. Ariff hanya memandang wajah isterinya.
“ Abang percayakan Sara kan?”. Soal Sara sambil menyentuh tangan suaminya. Ariff menggenggam erat tangan isterinya sambil mengangguk.
“ Apa pun berlaku…Sara tetap milik abang…Sara akan tetap pilih abang…abang kena yakin dengan Sara”.
“ Sara tahu kan siapa Sara dalam hati abang?”. Soal Ariff sambil menarik isterinya ke dalam pelukan.
Detik Waktu..
Saat jari ini bergetar ...aku tahu jalan ini masih basah dengan suara doa yang tak pernah habis...andai ada yang ingin mencemuh apa yang aku rasa...silakan kerana aku tidak peduli..siapa aku, apa yang dirasa hanye cebisan remuk hanye aku yang tahu...terima kasih buat dia yang setia mendengar...aku tahu adakalanya dia pasti ingin aku segera bangkit...aku bangkit..jujur namun dengan sisa yang ada...aku masih memerlukan Dia...sedang Allah hantar dia buatku...aku memerlukan kekuatan untuk meneruskan hidup...untuk mereka yang berada di sekelilingku...adakalanya aku kuat..adakalanya aku juga rapuh...saat itu aku tersungkur kerana masih jauh...masih leka...seperti bait-bait lagu ini...aku...
Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
DAN............
ternyata aku masih jauh...
Saturday, April 7, 2012
JAUH DI SUDUT HATI.....
Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku
Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali
Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula
Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku
Subscribe to:
Posts (Atom)