Pages

Saturday, April 9, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 33

“ Sayang…dah bangun…”. Ariff menegur isterinya lembut. Sara tersenyum mesra.
“ Abang janji nak temankan Sara…tapi abang tak de kan waktu tu?”. Sara bertanya dengan nada merajuk.
“ Maafkan abang…abang lambat sikit waktu tu, tapi abang ada kat luar…tunggu Sara…”. Balas Ariff lembut sambil duduk di sisi isterinya. Sara menganggukkan kepalanya.
“ Mana anak kita? Kenapa tak ada kat sini? Anak kita kat mana bang? Sara teringin nak pegang…”. Ariff menggenggam erat tangan isterinya. Mama ada di situ. Papa, ayah dan ibu pulang ke rumah sebentar.

“ Sara…”. Ariff menyentuh bahu isterinya.
“ Kenapa? Ada pada ibu ye?”. Sara mencari ibunya dengan menoleh ke kiri dan kanan. Ariff dan mama terdiam.
“ Kenapa diam ni…mama…anak Sara mana ma? Mama mesti dah tengok kan…masa scan hari tu doctor cakap anak lelaki…mesti dia kacak macam abang kan ma?…comel tak cucu mama?”. Berseri wajah Sara bertanyakan hal itu. Mama menghampiri menantunya. Ariff mengeratkan lagi genggaman tangannya.
“ Sabarlah Sara…Allah lebih menyayangi anak Sara”. Ujar mama berhati-hati. Sara merenung suaminya.

“ Memanglah ma…Sara pun sayangkan anak Sara, abang pun sayangkan anak kami…apa mama cakap ni…”. Balas Sara sambil tersenyum. Ariff memeluk isterinya.
“ Sara…anak kita dah tak ada…dia tak dapat diselamatkan…”. Ariff berkata lembut sambil mengeratkan lagi pelukannya.
“ Apa abang merepek ni…Sara tak suka lah abang bergurau macam ni…”. Ujar Sara tidak percaya. Dia hanya membiarkan Ariff memeluk dirinya. Dia selesa begitu.
“ Ariff tak merepek Sara…memang anak kamu berdua dah meninggal…doctor tak dapat selamatkan dia…doctor terpaksa buat pilihan waktu tu antara kamu atau bayi yang kamu kandung…sabarlah nak…Allah lebih menyayangi dia…”. Mama mencelah lembut. Sara meleraikan pelukannya.

“ Mama bohong kan bang?”. Sara mengharap suaminya mengangguk. Namun Ariff menggelengkan kepalanya perlahan. Dia ingin memeluk kembali isterinya, namun Sara segera ingin turun dari katil. Ariff menghalang isterinya.
“ Apa abang ni? Mama…mama dengan abang berpakat nak bergurau dengan Sara kan…Sara tak percayalah…”. Sara masih berkeras.
“ Sara…abang tak bohong…mama pun tak bohong…kami tak kan bergurau dalam hal macam ni…anak kita tak dapat diselamatkan…kita sabar ye sayang…”. Ariff memujuk lembut.
“ Taklah…anak kita selamat…Sara yang lahirkan dia…memang Sara tak sedar waktu tu…tapi Sara tahu anak kita ada”. Ujar Sara lagi sambil menyelak baju di perutnya. Ada kesan jahitan di situ. Dia menyentuh perlahan. Terasa masih sakit. Ariff menahan air matanya dari keluar. Mama sudah menangis dan segera mengesat air matanya melihat reaksi Sara.

“ Sara…dengar cakap abang sayang…anak kita memang dah tak ada…abang tak bohong…”. Ariff mengangguk perlahan kepada isterinya. Sara kelu untuk bersuara. Tubuhnya juga kaku tidak bergerak. Ariff memeluk isterinya. Air mata Sara mengalir perlahan. Dia tidak membalas pelukan Ariff. Dia merasa berada di dunia yang jauh dan suram.
“ Sabar ye sayang…kita boleh cuba lagi…”. Ariff cuba memujuk perlahan. Waktu itu air mata Sara mengalir laju. Sara teresak-esak kuat.
“ Abang bohong…anak kita tak mati lah, anak Sara hidup…mana boleh anak kita mati…”. Ariff menguatkan lagi pelukan. Sara meronta-ronta ingin melepaskan diri. Mama dan Ariff risau melihat keadaan Sara. Namun Ariff cuba memujuk lembut.

“ Sara…jangan macam ni sayang…kita kena redha…sabar ye…”. Ariff mengelus lembut rambut isterinya. Dia tetap memeluk isterinya walaupun Sara berkeras ingin meleraikannya.
“ Sara tak percaya…abang bohong…mama bohong…semua orang bohong Sara kan…”. Suara Sara sudah mula perlahan. Dia tidak lagi meronta kuat seperti tadi. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Air matanya merembes deras. Ariff mengusap perlahan belakang isterinya.
“ Sshhh…sabar ye sayang, abang kan ada…abang tak kan tinggalkan Sara….”. Sara teresak-esak lagi. Dia membalas pelukan suaminya. Lama dia menangis di bahu Ariff. Ariff pula tidak jenuh memujuk isterinya. Mama menangis perlahan di sisi mereka.
“ Tadi mama cakap doctor terpaksa selamatkan antara Sara atau anak kita…kenapa pilih Sara?bukan anak kita?”. Tiba-tiba Sara meleraikan pelukannya dan bertanya agak kuat.

“ Sara…apa yang berlaku ada hikmahnya…doctor tak dapat nak selamatkan anak kamu…jantungnya lemah…kita kena redha nak…Sara bersyukurlah nak…”. Mama cuba memjuk perlahan.
“ Tak…kalau bukan sebab nak selamatkan Sara, mesti anak tu selamat kan? Kenapa abang tak halang doctor tu? Kenapa tak suruh selamatkan anak kita? Sara tak rela anak tu mati sebab Sara…Sara tak boleh terima…”. Ujar Sara kuat.
“ Sara, jangan macam ni…tak de siapa yang bersalah dalam hal ni…ini dugaan untuk kita sayang…kita kena banyak-banyak bersabar…insyaallah satu hari nanti kita akan ada rezeki yang lain…abang yakin Sara…Sara pun kena yakin…”. Ariff masih cuba memujuk.

“ Tapi mana boleh macam tu…Sara dah kandung Sembilan bulan abang tahu tak…tak kan Sara tak boleh tengok dia melihat dunia ni walaupun sekejap…semua ni tak adil…Sara tak boleh maafkan diri Sara…Sara yang bersalah…Sara tahu abang mesti kecewa kan? Abang mesti marahkan Sara sebab tak dapat lahirkan anak tu dengan selamat…Sara tahu abang nak sangat anak tu…abang mesti tak kan maafkan Sara…”. Air mata Sara mengalir deras sekali lagi. Ariff lantas memeluk isterinya.
“ Tak sayang…abang tak pernah marah atau salahkan Sara…ini bukan kehendak kita Sara…Sara tahukan abang sayangkan Sara lebih daripada nyawa abang sendiri…walau apa pun terjadi, abang tetap akan sayangkan Sara sepenuh hati abang…abang janji akan teman dan menyayangi Sara seumur hidup abang…”. Ujar Ariff sambil membelai rambut isterinya.

“ Jangan salahkan diri Sara…terus menyeksa diri macam ni sayang…abang tak sanggup tengok Sara macam ni…kita kena terima kenyataan ni dengan redha…sama-sama kita berdoa anak kita ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan rohnya dicucuri rahmat…”. Sara hanya membisu. Ariff meleraikan pelukannya dan menarik perlahan dagu isterinya untuk memandangnya.
“ Sara…kita redha ye sayang…abang sentiasa ada bersama Sara…mama, papa, ayah, ibu dan semua ahli kelaurga kita ada…kami semua tetap bersama Sara…abang janji tak kan biarkan Sara keseorangan…insyaallah kita akan dikurniakan zuriat yang lain tak lama lagi…apa yang penting sekarang kita kena banyak-banyak bersabar…ye sayang…”. Ujar Ariff dan mengucup perlahan dahi isterinya. Sara mengangguk perlahan, namun air matanya masih mengalir. Dia tidak dapat membendung kesedihan di atas kematian anaknya itu. Sara mengalihkan pandangan kepada ibu mertuanya. Mama mendekatkan dirinya kepada Sara.

“ Ma…”. Ujar Sara pendek. Mama terus memeluk menantunya itu. Sara menangis perlahan di bahu mama. Mama memujuk lembut.
“ Sabar ye nak…insyaallah kamu berdua akan dikurniakan anak yang lain lepas ni…kita sama-sama berdoa…”.
“ Mama kecewa?”. Sara bertanya perlahan. Dia masih tidak melepaskan pelukan ibu mertuanya. Ariff hanya memerhatikan.
“ Tak sayang…mama bersyukur Sara selamat…dah..Sara jangan fikir bukan-bukan ye…mama tetapkan sayangkan Sara…secara jujurnya Sara adalah menantu yang paling mama sayang…Sara kuat ye nak…kita perempuan ni kena tabah…Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita…mama percaya nanti Dia akan anugerahkan sesuatu yang lebih berharga setimpal dengan dugaan yang Dia takdirkan untuk Sara…apa yang perlu Sara lakukan sekarang, banyak-banyak bersabar…redha, tawakal dan mohon diberikan ketabahan oleh Allah untuk Sara melaluinya bersama-sama Ariff…mama kenal anak mama Sara…dia tak kan sia-siakan hidup Sara…”. Balas mama panjang lebar.

Memang mama agak kecewa dan terkilan kerana cucu yang dikandung oleh menantu kesayangannya ini tidak dapat melihat dunia, namun dia tidak mahu Sara merasa bersalah kerana itu. Sara tidak bersalah dalam hal ini. Takdir sudah terlukis begitu untuknya. Sara mengangguk perlahan sambil membalas pelukan ibu mertuanya erat. Waktu itu ibu dan ayah muncul. Mereka sudah dari tadi berada di sebalik pintu. Sengaja dibiarkan besannya memujuk anaknya itu. Bukan mereka tidak tahu, anaknya Sara itu amat disayangi oleh Puan Jamilah.

“ Ibu…ayah…”. Sara mengesat air matanya perlahan. Mama memberikan ruang kepada Puan Salmah untuk duduk di sisi Sara. Lantas Sara memeluk ibunya erat.
“ Sshhh…jangan nangis dah Sara…ibu tahu kamu sedih…kuatkan semangat, tabahkan hati…kami semua tetap berada di samping kamu walau apa pun terjadi”. Ibu memujuk lembut sambil mengusap penuh kasih sayang belakang anaknya. Ayah menghampiri Sara dan menyentuh bahu anaknya perlahan.
“ Anak ayah kena tabah dan kuat…ayah tahu Sara boleh melaluinya…be strong my dear”. Ujar ayah lembut tapi tegas. Sara memeluk ayahnya pula. Ayah mengusap-ngusap kepala anaknya lembut. Tidak lama kemudian, Sara kembali stabil dan sedikit tenang.

“ Sara nak makan?”. Tanya Ariff lembut. Sara menggeleng perlahan.
“ Sara sayang abangkan?”. Sara mengangguk laju seperti anak kecil.
“ Kalau Sara sayangkan abang…Sara kena makan…abang lagi sayangkan Sara…Sara tak nak tengok abang bersedih kan lihat keadaan Sara macam ni?”. Akhirnya Sara mengangguk perlahan. Ariff melemparkan senyuman untuk isterinya. Ariff menyuap nasi ke mulut isterinya. Nasi itu dibawa oleh ibu tadi. Menurut ibu, makanan orang lepas bersalin berbeza dengan orang biasa. Walaupun anak yang dikandung tidak dapat diselamatkan, namun Sara masih perlu menjalani pantang seperti wanita lepas bersalin yang lain.

Saturday, April 2, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 32

“ Mana anak kita bang?”. Tanya Sara perlahan. Ariff mengusap perlahan ubun-ubun kepala isterinya kemudian menciumnya.
“ Sara tak sabar nak jumpa anak kita…anak kita lelaki ke perempuan bang…Sara tak sedar masa tu…”. Ariff menahan perasaannya. Mama dan ibu menghampiri Sara.
“ Sara berehatlah dulu…”. Ujar mama lembut.
“ Tapi Sara nak jumpa anak Sara dulu…Sara teringin nak tengok…abang…”. Sara merengek perlahan. Ariff mengalihkan pandangannya.
“ Abang…”. Sara memanggil perlahan.

“ Ye sayang…Sara berehatlah dulu…nanti abang bawa Sara jumpa anak kita…”. Ariff mengusap perlahan rambut dan dahi isterinya. Dibetulkan selimut isterinya. Mama, papa, ayah dan ibu hanya menjadi pemerhati. Maisng-masing sayu melihat keadaan Sara.
“ Tidurlah…sayang”. Ujar Ariff sambil mengucup dahi isterinya perlahan. Sara tidak membantah. Dia terlena kembali. Ariff segera keluar dari bilik yang menempatkan Sara. Papa dan ayah mengekori langkah Ariff. Kelihatan Ariff mengesat air matanya perlahan. Dicubanya untuk bertenang, namun dia takut memikirkan bagaimana mahu memberitahu isterinya keadaan yang sebenar.

“ Ariff tak mampu pa, ayah…Ariff takut Sara tak boleh terima kenyataan ni…”. Ujar Ariff perlahan. Keadaannya nampak sedikit kusut.
“ Walau macam mana sekalipun, kamu kena bagi tahu hal yang sebenar…Sara perlu tahu Riff”. Papa membalas lembut.
“ Sara nak sangat anak tu…Ariff takut…dia mesti sedih bila dengar anak yang dikandung selama ni dah tak de…”.
“ Ariff, ibu mana yang tak kan sedih…memang sukar Sara nak terima kenyataan ni…ayah tahu, kamu pun sama terlalu menginginkan anak ni…tapi kamu berdua kena bersabar…masih ada peluang untuk kamu berdua…sebagai suami kamu kena kuat dan bantu Sara terima kenyataan ni…”. Pujuk ayah pula. Ariff hanya menunduk.

“ Ariff tak tahu ayah, pa…Ariff tak tahu Ariff cukup kuat atau tak…”.
“ Ariff…jangan macam ni…kita ni lelaki, kita mesti kuat…sebagai suami kita mesti lebih tabah dan kuatkan hati…Sara perlukan kekuatan dan dorongan semangat dari Ariff…dia perlukan Ariff waktu macam ni…Ariff tak boleh tunjuk lemah depan dia…kuatkan semangat nak…”. Ujar papa lembut memujuk anaknya. Ayah menganggukkan kepalanya kepada Ariff. Waktu itu mama dan ibu menghampiri mereka. Ariff hanya mampu memandang.

“ Maafkan Ariff…Ariff yang tak jaga Sara dengan baik…kalau tak tentu anak kami selamat…”. Ariff kembali kusut seperti tadi.
“ Ariff, jangan cakap macam tu…apa yang berlaku ada hikmahnya…kita masih beruntung kan…Sara selamat…Ariff nak Sara selamat kan?”. Ujar mama.Ariff mengangguk laju.
“ Ye Ariff…kamu berdua jangan patah harapan…masih ada peluang untuk kamu berdua nanti…kamu tak bersalah…Sara pun tak minta jadi begini…ini semua dugaan untuk kamu berdua…sabarlah bnayak-banyak…doa pada Tuhan agar semuanya berjalan lancar”. Ibu juga mencelah.

“ Ariff tak tahu macam mana nak bagi tahu Sara…nampak kan macam mana bersemangatnya Sara tadi nak jumpa anak kami…Ariff tak mampu…Ariff kesian, bimbang nak bagi tahu perkara sebenar…kalau Sara tak boleh terima kenyataan macam mana? Kalau Sara buat perkara yang tak elok macam mana? Ariff…”. Ariff benar-benar resah memikirkannya. Papa dan ayah mengusap perlahan bahu Ariff. Mama dan ibu pula duduk berhadapan Ariff.
“ Papa tak suka Ariff lemah dan berfikiran negative macam ni…kalau Ariff dah macam ni, Sara macam mana? Siapa nak bagi kekuatan pada dia…kalau dia nampak Ariff macam ni, dia akan rasa bersalah tahu tak…waktu tu dia akan menyalahkan dirinya sendiri kerana tak mampu nak lahirkan anak tu dengan selamat…kamu nak ke Sara macam tu? Kamu sanggup tengok Sara bersedih dan kecewa dengan sikap kamu ni? Kamu sampai hati nak musnahkan apa yang dia miliki sekarang? Kamu sanggup membiarkan Sara melaluinya sendiran? Sedangkan kamu sebagai suami tak main peranan…fikirlah Riff….”. Ujar papa panjang, yang lain hanya mendengar. Ariff mengangkat kepalanya.

“ Ariff janji pa, ma, ayah, ibu….Ariff takkan biarkan Sara keseorangan…Ariff sayangkan Sara lebih dari segala-galanya…Ariff akan yakinkan Sara, kami masih ada harapan kedua dan seterusnya”. Balas Ariff tegas. Semua yang ada di situ cuba melemparkan senyuman hambar.

p/s : sorry...bz sgt sjk 2 menjak ni..xsmpt nk post...hu...anyway thnks a lot for reading...comment please..tenkiu..:)..