Pages

Sunday, October 2, 2011

Suara Jiwa...

Tuhan..entah mengapa kurasakan sendu ini makin menyengat.. Resah yang terpalit semakin menghimpit.. Tatkala lagu sedih menghantar pandangan hiba.. Aku seperti tersedar mengapa aku begini... Tuhan...jangan kau biarkan aku tanpa bimbinganMu.. Jangan merelakan aku kaku dan kering tanpa basahan doa.. Baruku rasa tangisan itu hanya melemahkanku.. Ridak seharusnya aku begini... Tuhan... Berilah aku ruang agar aku tidak menjauhiMU.. Jangan Kau biarkan rasa ini membuat aku melalaikanMU,.. Aku ingin fitrah ini menghampirkan aku kepadaMu.. Bukan leka dihanyut perasaan yang tidak seharusnya aku lalui.. Tuhan... Entah mengapa... Aku terasa terlalu berdosa.. Membiarkan diriku terus dimamah fitrah dunia.. Sedang aku tahu...Engkaulah segalanya...

Ruang Rindu 9

“ Mak we baru ya tadi?”. Puan Sarah tersenyum manis. Farhan mengangkat keningnya. “ Merepeklah mak cik…kawan je…Han baru je kenal dia…”. Balas Farhan bersahaja. “ Tapi mak cik tengok Han macam suka je kat dia…”. Farhan tergelak kecil mendengar kata-kata ibu saudaranya. “ Apa lah mak cik ni…fikir macam tu pulak, Han tak kenal sangat pun dia…lagi pun Han serik mak cik…serik nak bercinta…”. Balas Farhan sambil mengeluh kecil. “ Jangan macam tu Han, Han masih muda…mak cik tengok Dania tu baik budaknya…manis pun manis…sopan-santun…”. Farhan segera memotong kata-kata ibu saudaranya. “ Mak cik jangan nak mula ok…Han memang tak nak, Han Cuma nak berkawan je dengan dia..Han sebenarnya kesian tengok dia…”. “ Maksud Han?”. Puan Sarah seperti berminat. “ Tiga kali Han terserempak dengan dia, setiap kali itu jugalah Han nampak dia menangis…Han rasa…entahlah…”. Farhan kehilangan kata. Puan Sarah tersenyum manja. “ Han…Han…setahu mak cik lah, anak saudara mak cik ni bukan senang nak kesian kat orang…lagi-lagi orang yang dia tak kenal…tapi kes yang ini lain macam je bunyi…”. Puan Sarah sengaja memerli. “ Mak cik ni, Han serius…”. Ujar Farhan tegas. “ Mak cik pun serius apa…”. Balas Puan Sarah bersahaja. “ Dah lah mak cik…kita tutup cerita ni…Han malas nak cakap pasal ni lagi…”. “ Apalah Han ni…dengan mak cik pun nak malu…Han suka kat dia ya?”. Puan Sarah sengaja menyakat. “ Mak cik!”. Puan Sarah tergelak mesra. Akhirnya Farhan tergelak sama. “ Betul…mak cik, Han memang tak de perasaan pada dia…Han Cuma berminat nak berkawan dengan dia…Han nak bantu dia…dia berhak bahagia dan ceria macam orang lain…”. Ujar Farhan tegas. “ Tak pe lah Han…teruskanlah niat Han tu…tak salah berkawan…”. Balas Puan Sarah juga tegas. Farhan melemparkan senyuman. Setelah itu dia hanya menumpukan fokusnya pada pemanduan apabila dilihat ibu saudaranya leka melihat pemandangan di sekeliling. ………………………………………………………………………………………. “ Wah…ni yang buat aku sayang sangat kau Nia…”. Ujar Maya sambil tersengih. Dania hanya tersenyum manis. “ Ah…kau Maya, banyaklah kau punya sayang ek…”. Ria sengaja mengusik. Maya tergelak kecil. Naina sedang sibuk menggoreng keropok lekor di dapur. SelepasDaniau keluar dari Pnatai Cahaya Bulan, dia singgah sebentar membeli ole-ole buat teman-teman, yang pasti keropok lekor Terengganu tidak tertinggal. “ Nia…macam mana kau dengan Fauzi kat sana? Ok tak…”. Tanya Maya sambil tersenyum nakal. Dania mengeluh berat. “ Kenapa?”. Naina yang tiba dari dapur dengan sepinggan keropok lekor mencelah. “ Aku kalau cerita mesti korang gelakkan aku…malaslah…”. Dania mencapai keropok. Mereka bertiga merenungnya. “ Apa?”. Dania sengaja tidak mengendahkan. “ Tadi Fauzi telefon aku…beria dia Tanya kau ada pakwe ke…dia kata ada seorang lelaki jawab telefon kau…Nia kau…?”. Tanya Ria perlahan, namun dapat ditangkap oleh mereka semua. Sekali lagi mereka bertiga merenung tajam kepada Dania. “ Merepeklah…mana ada…si Fauzi tu buat aku rimas…asyik nak berkepit je…bayangkan dua hari kursus aku sentiasa kena mengadap muka dia…dia buat aku ni macam isteri dia je…aku menyampah lah dengan dia…semua dia nak buat…lepas tu, kena begini lah…jangan begitu…”. Tidak sempat Dania menghabiskan ayat. Mereka bertiga sudah tergelak besar. “ Ya ke Nia…habis tu, kau ikut je ke?”. Giliran Maya bertanya. Dania mendengus kecil. “ Mana nak ikut…dah puas aku marah…tapi dia tu jenis tak faham bahasa, muka tembok…segala muka yang tebal la…malu aku bila semua orang tengok…dia suka lah…aku ni mana nak letak muka? Aku rasa waktu tu macam nak bunuh dia…dia tu betul-betul menjengkelkan..kalau korang lah berada kat tempat aku waktu itu, mesti korang dah naik angin tahap gila lah…dia layan aku macam isteri dia je…lepas tu tak nak berenggang dengan aku langsung…kejap-kejap, awak…bosan aku dengan mamat tu…huh…memang gila…”. Mereka tekun mendengar cerita. “ Fauzi tu hensem ke?”. Tanya Naina yang sememangnya tidak mengetahui siapa Fauzi kerana bekerja di tempat lain. Hanya Dania, Ria dan Maya bekerja satu pejabat. “ Hensem memang hensem…tapi tulah…”. Balas Maya. Kami tergelak sama. “ Tapi tulah apa?”. Naina bertanya lagi. “ Menjengkelkan…”. Balas Ria sambil tersenyum. Naina tersenyum juga. “ Kiranya mamat tu memang berkenan kat kau lama dah ek?”. Tanya Naina lagi. “ Memang lama dah, tapi Nia ni yang tak layan…dulu dia ada couple ngan seorang kawan pejabat kitorang lepas tu putus sebab tak tahan dengan perangai mengawalnya tu…dah faham sangat dia macam mana…”. Ria menjawab tenang. Naina leka mendengar. Dania dan Maya pula leka menjamah keropok. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Serentak mereka bertiga memandangnya. Dania melihat nombor di skrin dan tersenyum. “ Eh-eh senyum pula minah ni…biar betul…siapa yang telefon?”. Tanya Maya. Dania hanya menggeleng, kemudian menjawab panggilan. “ Assalamualaikum…”. Pemilik suara di hujung talian memberi salam. “ Wa’alaikumsalam”. Dania membalas perlahan. Mereka bertiga masih merenungnya hairan. “ Dah sampai?”. Tanya Farhan bersahaja. “ Dah…awak?”. Gilirannya bertanya. “ Dah…”. Balas Farhan pendek. “ Mmm…kita cakap nanti ya, saya ada kerja sikit..”. Dania sengaja mengelak. Mereka bertiga tergelak kecil. “ Ok…nanti saya telefon awak…awak nak telefon pun tak apa…saya tak kisah…bye…assalamualaikum”. Ujar Farhan. “ Wa’alaikunsalam”. Dania mematikan talian. Telefon diletakkan di sisinya. “ Bukan Fauzi kan?”. Tanya Maya sambil merenungnya tajam. Dania menggeleng. “ Habis siapa?”. Naina pula bertanya. Dania hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. “ Minah ni sewel ke apa…ada aku ketuk kang…”. Ujar Maya sambil melayangkan tangannya. Dania hanya tergelak kecil. Ria hanya memandang. Dania membalas pandangannya sebentar. “ Wei…aku penat lah…nak tidur dulu…korang makan lah ek…”. Ujar Dania dan mahu bangkit. “ Ya lah tu…pergi lah tidur…”. Balas Maya tidak puas hati. “ Tak baik tau kau Nia…cerita tak habis…”. Naina menarik muka masam. Namun tiba-tiba telefonnya bordering, lantas dia tersenyum. “ Penyakit angau kalau menyerbu rumah kita ni memang parah…yang marah boleh tersenyum, yang murung boleh bertukar jadi lain macam…”. Perli Maya sambil menyuap keropok ke mulutnya. Dania dan Ria hanya tersenyum. Naina segera beredar ke ruang balkoni menjawab panggilan. “ Eleh…kau pun sama Nia…”. Ujar Maya bersahaja. “ Eh, apa pula aku…ok, aku masuk tidur dulu lah…bye…bye…”. Dania bangkit perlahan, namun sempat melemparkan senyuman kepada Ria dan Maya. Mereka hanya menggelengkan kepala.