Pages

Monday, November 16, 2009

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 1

Entah mengapa seringkali dia ingin melupakan lelaki itu, dia akan kalah dengan hatinya sendiri. Dia tahu berdosa dia masih menaruh hati pada insan yang bukan miliknya. Lagi-lagi sekarang dia sudah bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Sungguh dia tidak pernah merelakan pekahwinan itu. Atas dasar ingin menghormati keputusan dan impian orang tuanya dia sanggup berkorban. Tidak pernah sekali pun orang tuanya menghalang kehendak dan cita-citanya, namun apabila dia memilih untuk tetap setia menanti kekasih hatinya sejak peristiwa itu, dia sendiri akhirnya terpaksa mengalah. Sudah tiga bulan usia perkahwinan Sara dan Ariff, namun Sara masih menganggap suaminya itu seperti orang asing dalam hatinya. Memang dia akui Ariff seorang lelaki dan suami yang baik, walau kadangkala Ariff seperti berputus asa dengan sikap Sara. Itu hanya pada pandangan Sara. Sara menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dari segi luarannya. Cukup sempurna, segala-galanya. Namun hanya zahirnya sahaja. Memang betul mungkin hati tidak boleh dipaksa. Ariff memang tidak pernah lagi dapat mencuri hati Sara. Jauh di sudut hatinya, Ariff telah menyayangi Sara sejak akad menemukan mereka sebagai suami isteri. Sara melayannya dengan baik, namun dia tahu hati Sara masih belum boleh dimiliki. Dia tidak pernah memaksa, tetapi dia juga punya hati dan perasaan. Terdetik perasaan cemburunya apabila melihat Sara menangisi sesuatu kerana lelaki lain. Sungguh dia tidak mahu melihat air mata itu mengalir lagi. Apalah yang dia boleh lakukan lagi. Hati memang tidak boleh di paksa.



“ Mmm..awak saya nak minta izin keluar petang ni boleh?”
“ Awak nak pergi mana?” Ariff cuba berlembut.
“ Mmm..sa..saya..”. Sara kematian kata-kata. Ariff memandang lembut wajah Sara. Sara hanya menunduk apabila pandangannya bertembung dengan mata Ariff.
“ Saya izinkan…” Ariff terus bangun dari tempat duduknya di meja itu. Tadi dia bersarapan bersama-sama Sara. Sara buru-buru bangun. Lantas dia mengejar suaminya dan menggapai tangan Ariff untuk disalami.
“ Awak…saya minta maaf..saya nak minta izin keluar jumpa kawan saya..”. Sara menyalami tangan Ariff dan menciumnya. Ariff tidak lepas memandang Sara, tangan Sara juga digenggam erat. Sara gelisah melihat perlakuan Ariff.
“ Tapi..kalau awak tak izinkan saya takkan pergi”. Cepat-cepat Sara menarik tangannya dan menjauhkan diri sedikit dari Ariff. Ariff terkejut dengan tindakan Sara. Namun akhirnya dia tersenyum. Lantas dia mendekati Sara dan mengucup dahi isterinya itu.
“ Saya izinkan..”. Ariff memandang Sara dengan senyuman. Sara juga membalasnya. Kali ini dia benar-benar ikhlas tersenyum.