Pages

Monday, June 25, 2012

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 49


“ Sara teringin lah nak makan buah jambu”. Ujar Sara perlahan. “ Hah?”. Soal Ariff sambil merenung isterinya. Ketika itu dia sedang leka mengadap laptop. “ Jambu..”. Balas Sara sambil senyum meleret. “ Owh…okay abang pergi beli sekarang”. Ariff bangkit. “ Eh..bukan sekarang..apa lah abang ni merepek..tengok jam tu dah pukul berapa…Sara Cuma cakap je…esok abang beli ye?”. Ariff duduk kembali kemudian menepuk dahi. “ Betul juga ya…”. Ujar Ariff sambil melemparkan senyuman buat isterinya yang sedang membaca majalah di sofa.





“Jangan lupa..beli tau”. Sara mengingatkan suaminya. “ Ya lah sayang..esok abang beli…”. “ Abang….”. “ Mmm..”. “ Kalau Sara nak minta sesuatu boleh tak?”. “ Tadi bukan dah minta ke?”. “ Ala…tak apalah…malas nak minta dah”. “ Eleh..merajuk lah pulak …Sara nak apa?” “ Kalau Sara kata Sara nak…………………”. “ Nak apa?”.Laju Ariff menyoal. “ Tak ada apa-apalah”. “ Pulak…Sara nak apa sebenarnya?”. “ Tak jadilah…Sara nak jambu je tadi”. Balas Sara kemudian bangkit dari sofa. “ Nak pergi mana?”. Soal Ariff. “ Dapur”. “ Buat apa?” “ Nak minum air…dahaga”. “ Tu…air”.Balas Ariff sambil menunjuk ke arah air di dalam botol di atas meja hadapan isterinya. “ Tak nak…Sara nak minum air sejuk”. Sara melangkah perlahan. “ La….tak elok kan minum air sejuk”. “ Sikit je pun…dahaga sangat…”. Ariff bangkit. “ Duduklah, abang ambil”. “ Tak payahlah…Sara ambil sendiri, abang buatlah kerja tu…”. “ Tak apa…ambil kejap je”. “ Tak payahlah! Sara kata kan nak ambil sendiri”. Ariff berhenti melangkah. “ Terpulang Sara lah”. Ujar Ariff sambil mengambil tempatnya semula. Sara berlalu pergi. “ Hati-hati”.Sempat lagi Ariff berpesan. Sara sekadar mengangguk.





Ariff leka dengan kerjanya. Tiba-tiba bunyi gelas pecah. Dia bergegas menuruni tingkat bawah dan bergerak ke dapur. “ Sara!”. “ Ya…”. Sahut Sara perlahan. “ Kenapa?”. Soal Ariff cemas. Waktu itu Sara sudah terduduk di lantai. Ariff segera mendapatkan isterinya. “ Sara kenapa?”. “ Sara Nampak…” Muka Sara pucat lesi. “ Nampak apa?” “ Ada orang”. “ Hah? Mana?”. “ Sara nak naik atas”. “ Okay…jom “. Balas Ariff sambil membantu isterinya bangkit. Ariff memandang sekeliling. “ Sara okay tak ni?”. Sara hanya mengangguk. “ Dah minum air belum?”. Sara hanya menggeleng. “ Minumlah dulu”. “ Tak nak lah…Sara nak masuk bilik”. Ariff sekadar mengangguk, kemudian memimpin isterinya ke bilik. Ariff menyuruh isterinya duduk di katil. “ Sara Nampak siapa?”. Soal Ariff tidak berpuas hati. “ Orang…” “ Sara duduk sini je..abang pergi tengok..”.





“ Abang!” “ Kejap je…biarlah abang tengok…Sara duduk sini je”. Sara mengangguk perlahan. Ariff bergerak ke tingkat bawah. Dia meninjau ke arah luar rumahnya di bahagian dapur melalui tingkap. Tiada siapa. ‘ Siapa pula? Tak kan lah pencuri’. Getus Ariff sendiri. Ariff membuka pintu dapur dan meninjau keadaan sekeliling. Setelah memastikan keadaan selamat, Ariff mengunci semula pintu. Dia membersihkan kaca yang pecah di atas lantai. Setelah selesai, Ariff bergegas bergerak ke atas sambil membawa segelas air sejuk. “ Minum air”. Tegur Ariff kemudian menghulurkan gelas kepada isterinya. Sara hanya menggelengkan kepala. “ Sara…minumlah..tadi Sara nak minum air kan…minum ya sayang”. Ariff masih memujuk lembut isterinya. Akhirnya Sara menyambut juga gelas itu dan diminum sedikit.





“ Sara dengar ada orang luar rumah kita…Sara Nampak bayang-bayang dia”. “ Ssshhh…abang dah cek tadi…mungkin perasaan Sara je…Sara tidurlah…Sara penat sangat agaknya…tidur ye”. “ Tak lah…memang Sara Nampak…Sara tak bohong”. “ Okay…abang tak nak Sara ingat semua tu…Sara baring ya…tidur”. Ariff membantu isterinya merebahkan diri di katil. “ Sara takut…”. “ Abang kan ada…jangan takutlah…lain kali Sara jangan turun bawah sendiri ye”. Sara hanya mengangguk perlahan. Kemudian dia memejamkan matanya. Ariff menyelimutkan isterinya. Ariff tahu isterinya tidak berbohong, namun dia tidak mahu memanjangkan perkara ini. .................................................................................





“ Mana?”. Tegur Sara sejurus Ariff keluar dari kereta. “ Mana apa?”. Balas Ariff seolah tidak mengerti. “ Lupa lah tu”. Sara memuncungkan wajahnya. “ Apa yang lupa? Tiba-tiba je Sara ni”. “ Tak apalah…”. Akhirnya Sara melangkah masuk ke dalam rumah. Ariff menggarukan kepalanya. “ Assalamualaikum….”. Ada suara memberi salam sejurus sebuah kereta berhenti di luar pagar rumah. “ Waalaikummussalam…eh ibu, ayah”. “ Baru balik kerja?”. Tegur ibu lembut sambil melemparkan senyuman. “ A’a…masuk bu..ayah”. Ujar Ariff sambil membuka pintu pagar rumahnya. “ Sara mana?”. Soal ayah. “ Ada dalam rumah…ibu masuklah dulu..Ariff angkat barang”. Ibu sekadar mengangguk.





“ Sara….”. Panggil ibu agak kuat. “ Ibu…bila sampai?kenapa tak cakap nak datang?”. Sara muncul dari tingkat atas. Dia melangkah menuruni tangga berhati-hati. Ibu hanya memerhati sehingga Sara menghampirinya. “ Ibu sihat?”. Ujar Sara sambil menyalami dan memeluk ibunya. “ Sihat…kamu sihat?”. “ Sihat bu…ayah mana?”. “ Ada tu di luar dengan Ariff…”. “ Ayah…apa khabar?”. Sara menghampiri ayahnya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. “ Sihat….ibu kamu ni yang bersungguh-sungguh sangat nak datang…”. Balas ayah setelah menyambut salam tangan anaknya. “ Ye ke bu? Rindu ye?”. Sara memeluk mesra tubuh ibunya. Ariff sekadar memerhati. “ Alamak!”. Ujar Sara tiba-tiba sambil meleraikan pelukan pada ibunya. “ Kenapa?”. Soal Ariff kaget. “ Lauk…dalam peti dah habis stok….”. “ Abang pergi beli nanti”. “ Tak usahlah…ibu dah bawa bekalan tadi masa datang sini…rendang ayam, kerabu mangga, ikan bawal masak merah..sayur nangka masak lemak”. “ Uish..banyaknya bu…macam ramai pulak tu yang nak makannya”. Tegur Ariff sambil melemparkan senyuman. “ Ni sayang ibu lebih macam ni!”. Ujar Sara pula sambil memeluk lengan ibunya. Ayah dan ibu hanya tersenyum melihat telatah anaknya. “ Ayah nak mandi….dah nak maghrib..nanti kita solat berjemaah sama-sama”. “ Naik bilik atas yah…”. Ujar Ariff lembut. “ Tak usahlah…bilik bawah ni saja…”. Balas ayah sambil menghampiri bilik di sudut kanan rumah.





“ Ye lah…ayah masuk lah dulu….Ariff bawa masuk beg ni…”. Ujar Ariff lagi. Ayah mendahului langkah menantunya. “ Ibu?”. Soal Ariff kepada ibu mertuanya. “ Nantilah…biar ibu bawa barang-barang ni dulu ke dapur”. “ Sara boleh bawa bu..tak apa…ibu masuklah bilik dulu..berehat”. “ Tak usahlah…kamu tu bukan boleh bawa barang berat-berat…ibu bawa ke dapur saja”. Sara hanya tersenyum manja. Ariff menuruti langkah bapa mertuanya. “ Ni yah…begnya…nanti kita solat kat bilik atas..ruang luas sikit..”. Tegur Ariff kepada bapa mertuanya yang sedang duduk di atas katil. “ Ya lah…”. Balas ayah sambil tersenyum. Sewaktu Ariff ingin melangkah keluar, ibu menghampiri pintu bilik. “ Ariff naik atas dulu ya bu…nanti kita solat maghrib di atas sama-sama…Sara dah naik atas ke bu?”. “ Belum…ada di dapur”. Ibu melemparkan senyuman, kemudian Ariff berlalu.





“ Sayang…”. “ Mmm..”. “ Tadi…yang Sara tanya abang lepas abang balik kerja tadi apa ya?”. “ Entah…dia yang lupa…”. “ Nak merajuk lagi lah tu…”. “ Jangan perasan ya…dah lah jom naik…ayah tunggu nanti…mula lah terkial-kial”. “ Eh..siapa yang terkial-kial…abang cepat okay”. “ Eleh…ya lah tu”. “ Jomlah naik..” Ujar Ariff kemudian menggamit lengan isterinya. “ Abang jangan nak mengada-ngada ya…ayah dengan ibu ada tu”. Tegur Sara sambil menjeling suaminya. “ Biarlah…isteri abang…bukan wanita simpanan pun”. Ariff sengaja mengusik. “ Abang jangan nak mula ya”. “ Okay…tak lah..gurau je…”. Sara mendahului langkah suaminya. “ Sayang..nanti abang ingatkan balik apa yang abang lupa tadi ya”. Sara sekadar menjungkit bahu. Sebelum Sara menaiki tingkat atas, dia singgah sebentar di bilik ayah dan ibunya menyerahkan tuala kepada mereka.

3 comments:

  1. Cik penulis,
    tolong buat paragraph..
    susahlah nak baca w/p cerita menarik..
    tq

    ReplyDelete
  2. cik penulis napa x de smbungan ye..

    ReplyDelete