Pages

Tuesday, December 15, 2015

Sayangi Aku Temanilah Aku 53

“ Penat?”. Soal Ariff lembut di pendengaran Sara.
“ Hmm”.
“ Tidurlah…nanti dah sampai abang kejutkan”. Sara beberapa kali mengalih kedudukan duduknya.
“ Kenapa?”. Soal Ariff lagi.
“ Tak ada apa”. Balas Sara pendek.
“ Tak selesa?”.
“ Hmmm”. Ujar Sara sambil mengurut perlahan pinggangnya.
“ Sakit pinggang ya?”. Sara sekadar mengangguk.
“ Okay depan tu ada R&R…kita berhenti…penat duduk lama dalam kereta kan”.
“ Tak apa lah bang…biasa je ni”.
“ Kita berhenti lah sekejap…abang tahu sakit tu..kalau tak, tak kan Sara nampak tak selesa”.
“ Suka hati abanglah”. Ariff sesekali menoleh ke arah isterinya sewaktu memandu.


“ Sara nak pergi tandas?”. Soal Ariff sewaktu mereka tiba di R&R.
“ Tak nak lah…abang nak pergi, pergilah. Sara tunggu sini”. Ariff sekadar mengangguk.
“ Nak air?makanan?”. Sempat Ariff menyoal sebelum dia melangkah. Sara sekadar menggeleng. Ariff mengangguk dan tersenyum kemudian melangkah pergi. Sara mengurut perlahan pinggangnya yang terasa sengal dan sakit.
“ Aduh…”. Sara mengetap bibir dan mengerutkan dahi menahan sakit. Matanya dipejam seketika dengan harapan sakit itu akan hilang.
“ Sara okay?”. Soal Ariff yang baru tiba. Dilihat waktu itu Sara masih memejamkan mata dan memegang pinggang.
“ Sakit”. Balas Sara perlahan. Ariff membuka pintu kereta sebelah belakang dan mengambil sebotol minyak di dalam beg.
“ Abang urutkan sikit ya”. Ujar Ariff kemudian dengan berhati-hati menuang minyak di tangannya dan dengan lembut menyelak sedikit baju milik isterinya di bahagian pinggang. Sara hanya membiarkan.


“ Dah bang..”. Tegur Sara lembut kemudian membetulkan semula bajunya kemudian dia bersandar di kerusi. Ariff menutup kembali botol minyak tadi.
“ Okay sikit?”.
“ Alhamdulillah”.
“ Abang tak patut ajak Sara…jalan jauh-jauh macam ni…naik kereta lama, jalan jauh”.
“ Sara yang nak pergi…tak apa…sikit je ni…normal kan…kalau duduk rumah pun, nak sakit akan sakit juga….lagi Sara seorang je, abang tak ada”. Sara melemparkan senyuman.
“ Manja”. Ariff menyentuh lembut hidung isterinya.
“ Biarlah…suami kita”. Ariff tersenyum riang.
“ Masa abang jumpa client tadi Sara buat apa je?”.
“ Tak ada apa…baca buku yang abang beli tu”.
“ Hmmm…macam mana?bermanfaat tak buku tu?”. Sara mengangguk sambil melemparkan senyuman.


“ Sara nak pergi tandaslah”. Ujar Sara sambil membuka pintu kereta. Ariff juga bergerak ke arah isterinya.
“ Jom…”. Ujar Ariff sambil memimpin tangan isterinya.
“ Sara boleh je pergi sendiri”. Balas Sara sambil merenung suaminya, namun dia telah menapak perlahan.
“ Tak apa lah…abang nak beli air sekali”. Sara hanya membiarkan Ariff memeluk bahunya. Berhati-hati Ariff memimpin Sara menaiki tangga.
“ Penat?”. Ujar Ariff mendengar Sara menarik nafas deras.
“ Sikit, abang tunggu sini…Sara masuk sekejap”.
“ Okay…hati-hati”. Sempat Ariff berpesan. Sara sekadar mengangguk.
“ Termenung apa tu? Ingat makwe lama ya?”. Tegur Sara sambil mengambil tempat di sebelah suaminya.
“ Tak lah…tadi ada makwe baru lalu sini….cantik pula tu, terpikat abang”. Ariff sengaja mengusik isterinya.
“ Gatal abang ni!”.Sara mencubit lengan suaminya.
“ Agak-agak bila abang boleh kahwin baru ya?”. Ariff semakin galak menyakat isterinya.
“ Mengada lah abang ni…pergi lah nak kahwin sangat”. Sara bangkit meninggalkan suaminya. Ariff juga bangkit.
“ Sayang ni gurau sikit pun tak boleh…jom kita makan dulu”.
“ Tak nak lah…nanti Sara gemuk, abang betul-betul kahwin lain”. Sara memuncungkan mulutnya.
“ Tak adanya nak gemuk….dah, jom”. Ariff menarik lembut tangan isterinya. Sara tidak membantah.


“ Duduk sini…nak makan apa?”.
“ Hmm…Sara nak makan mee rojak tu”. Ujar Sara sambil menghalakan pandangan ke arah makanan yang dijual di situ.
“ Lepas tu..air tembikai ya”. Sambung Sara lagi.
“ Amboi tadi takut sangat gemuk….beria pula ni”. Ariff merenung isterinya manja.
“ Biarlah…lantak nak gemuk pun gemuklah…abangkan sayang Sara”.
“ Eleh..ya lah tu…okay, tunggu sekejap…abang beli”. Ariff melangkah pergi.
“ Nah…istimewa untuk sayang”. Ariff meletakkan pinggan di hadapan isterinya.
“ Wah…terliurnya Sara”.
“ Sara tu memang…semua terliur…makan kuah kacang ni…sakit perut baru tahu”.
“ Insyaallah tak…abang ni janganlah minta macam tu”.
“ Tak lah…abang bukan minta, cuma cakap je…dah lah, makan”.
“ Abang?”.
“ Abang kenyang…Sara makanlah…abang minum air je”.
“ Sedap air ni”. Ujar Sara bersungguh-sungguh sambil menyedut air tembikai di hadapannya.
“ Degil…minum air sejuk”. Ariff sempat menegur isterinya.
“ Bukan selalu”.
“ Ya lah tu”. Sara menyuap mee rojak ke mulutnya.


“ Esok Sara nak balik rumah ibu lah…dah lama tak makan ketam masak lemak cili api ibu…terliur Sara bang”.
“ Makan lagi?”.
“ Ya lah…kenapa tak boleh?”. Sara merenung suaminya.
“ Boleh…bila pula abang kata tak…Cuma esok kita pergi petang ya rumah ibu”.
“ Pagi abang nak pergi mana? Abang ada program lain ya?Kalau ada tak apa Sara boleh pergi sendiri”.
“ Tak lah…pagi abang nak rehat…hari ni kan kita penat jalan jauh”.
“ Lupa…hehe…apa lah Sara ni”. Ujar Sara sambil tersenyum manja.
“ Petang ya?”. Soal Ariff sekali lagi. Sara sekadar mengangguk.
“ Okay..dah..jom”. Ajak Sara selepas menyudahkan makanannya.

“ Jom”. Ariff menghulurkan tangan kepada isterinya. Sara menyambut mesra huluran suaminya itu.

Thursday, December 10, 2015

Sayangi Aku Temanilah Aku 52

“ Itulah degil…abang cakap tak nak dengar”. Ariff mengomel perlahan.
“ Biarlah…abang kalau tak nak urut kaki Sara tak  apa..sara tak kisah pun…tapi tak perlu lah nak merungut”.
“ Siapa merungut?”.
“ Abang lah”.
“ Bila masa pula abang merungut”.
“ Tadi tu”.
“ Abang bukan merungut…abang cakap je…Sara tu yang degil sangat…”.
“ Bila masa pula Sara degil?”. Sara masih tidak mahu mengalah.
“ Kalau Sara tak sibuk-sibuk nak berjalan tadi tak lah jadi macam ni”.
“ Alah…kalau Sara tak berjalan pun kaki ni nak sakit, akan sakit juga”.
“ Masalahnya Sara tu lain…mereka tak apa lah…Sara tu bawa budak”.
“ Orang cakap…elok banyakkan berjalan..nanti senang nak bersalin”.
“ Ya lah tu…sampai terhincut-hincut macam ni?”. Balas Ariff geram.
“ Sikit je ni…abang je risau lebih-lebih”.
“ Sikit..sikit…”. Ariff menjeling isterinya geram.


“ Aduh..sakitlah…”.
“ Haa..tahu pun sakit”.
“ Ya lah..abang tekan kuat sangat”.
“ Kalau Sara jatuh tadi macam mana?”.
“ Sara tak jatuh kan?”.
“ Itu pun nasib baik”.
“ Abang suka Sara jatuh ke?”.
“ Apa Sara ni!”. Ariff meninggikan suara. Sara terpempan dengan intonasi suara suaminya.
“ Tak lah….Sara cuma….”. Sara menunduk tidak berani memandang wajah suaminya.
“ Sara cuma  nak jalan-jalan macam mereka tu…kan seronok pergi pasar malam…lagi pun Sara teringin sangat nak makan murtabak daging”.
“ Dah tak boleh nak tunggu abang?”.
“ Mmm…ala, bukan Sara pergi lama pun….”.
“ Bukan masalah lama atau pun tak…abang boleh kan pergi beli…yang Sara sibuk nak ikut mereka pergi buat apa”.
“ Mereka jiran-jiran kita kan…apa salahnya”.
“ Ini bukan masalah salah atau tidak…sekarang apa dah jadi pada Sara….mereka tak apa lah boleh jalan laju…Sara?tertinggal di belakang”.
“ Tak lah…mereka jalan sama-sama dengan Sara lah bang”.
“ Ya lah tu…bukan Sara kejar mereka?”.
“ Mana ada”.
“ Habis tu yang terhincut-hincut ni kenapa?”.
“ Ini bukan sebab apa…sebab Sara lama tak berjalan…abanglah manjakan Sara sangat”.
“ Cuba bangun”. Arah Ariff sambil membantu isterinya.


“ Nampak? Sara tak boleh berjalan…”.
“ Eh…boleh lah”. Sara berkeras, namun tidak sampai seminit dia memegang dinding.
“ Degil”.
“ Orang sakit nak marah-marah”. Ujar Sara berkecil hati.
“ Marah lah..Sara cari susah sendiri…yang sakitnya Sara…siapa yang susah?abang kan?”.
“ Abang tak perlu susah-susah..Sara boleh jaga diri sendiri”.
“ Berlagak tu”.
“ Mana ada…abang kan tak nak susah…tak perlu nak susah-susah sebab Sara”. Sara menepis perlahan tangan suaminya. Ariff hanya memerhati.
“ Aduh..”. Sara mengaduh perlahan sambil memegang pinggangnya. Ariff membantu Sara duduk semula.
“ Jom lah kita naik atas…abang urutkan pinggang Sara ni”. Sara sekali lagi menepis tangan suaminya.
“ Apa sara ni…jangan lah degil…”.
“ Janganlah marah-marah Sara”.
“ Ya lah..tak marah…abang marah pun sebab abang sayangkan Sara tahu tak?”.
“ Tahu”.
“ Habis tu?”.
“ Abang betul-betul marah ya tadi?”. Sara menunjukkan wajah simpati.
“ Abang bukan marah..abang Cuma risaukan Sara je…abang tak nak Sara sakit…lagi-lagi dalam kedaaan macam ni…sudah lah tu..kita naik atas…sakit lagi tak pinggang?”. Sara sekadar mengangguk.
“ Kan dah semua sakit…kaki sakit, pinggang sakit…semua sakit….”.
“ Abang ni kan macam mak nenek lah”.
“ Kita serius, dia buat lawak pula”. Sara tersenyum namun masih mengerut dahi menahan sakit.
“ Abang…”.

“ Tak boleh berjalan kan…abang dukung senang…”. Cepat Ariff menjawab. Sara menyembunyikan senyuman.

Wednesday, December 2, 2015

Sayangi Aku Temanilah Aku 51

“ Nah”. Ariff menghulurkan al-Quran kepada isterinya usai mereka solat maghrib tadi. Sara menyambut sambil tersenyum.
" Kita baca sama-sama ya”. Ujar Ariff lagi. Sara mengangguk perlahan.
“ Sara bersyukur sangat bang…”. Ujar Sara setelah mereka selesai membaca al-Quran, mereka masih di atas sejadah.
“ Kenapa?”. Soal Ariff memandang lembut wajah isterinya.
“ Perkahwinan kita ajar Sara banyak perkara….dan Sara bertuah sebab abang dapat bimbing Sara dengan baik….”.
“ Abang juga tidak sempurna…Sara sempurnakan hidup abang”. Ariff melemparkan senyuman ikhlas buat isterinya.
“ Sara tak pernah mimpi akan bahagia macam ni dengan abang…syukur sangat-sangat…abang benar-benar buat Sara bahagia…Sara tidak dapat bayangkan andai Sara kehilangan abang suatu hari nanti”.
“ Sshhh…semua tu di tangan Allah..kita kena yakin dengan takdir yang Allah aturkan buat kita…”.
“ Ya…Sara tahu”.


“ Indah kan hikmah Allah pada kita…Dia datangkan hujan pada kita…kita bersedih dan terluka…akhirnya Allah hadiahkan kita pelangi yang bersinar…cukup buat kita mampu tersenyum … dan kesyukuran panjang kita panjatkan buat Dia…Subhanallah”.
“ Ya bang…pelangi indah itu lah yang mewarnai kehidupan kita…”.
“ Abang sayang Sara dunia akhirat”.
“ Sara pun…”. Air mata Sara menitis di pipi.
“ Ssshhh…mama mana boleh sedih-sedih kan sayang..nanti papa pun sedih juga”. Balas Ariff sambil menyentuh lembut perut isterinya kemudian mengesat air mata isterinya. Sara hanya tersenyum.
“ Papa sedih ke kalau mama sedih?”. Sara sengaja menyoal begitu.
“ Mestilah…papa mana boleh nampak mama sedih…”.
“ Abang ni….suka buat orang sedih….”.
“ Eh..abang pula yang salah…Sara yang emosi terlebih tadi…”.
“ Itu lah…sikit-sikit nak sedih kan…apa lah..”. Ujar Sara kemudian tersenyum lagi.
“ Tapi kan bila Sara senyum…cair abang..”. Ariff merenung isterinya.
“ Mengada lah tu…”.
“ Betul…”.
“ Dah azan isyak…Sara nak ambil wuduk dulu…”.
“ Laju saja ubah topik…”. Ariff membantu isterinya bangkit. Sara hanya menjeling manja.
………………………………………………………………………………………………………


“ Sayang..kenapa menangis ni?”. Tegur Sara kepada seorang anak perempuan kecil lebih kurang 5 tahun umurnya.
Mummy Eisya tinggalkan Eisya…”. Anak kecil tadi menangis lebih kuat.
“ Sshhh…Eisya jangan nangis ya…aunty tolong Eisya tolong cari mummy ya…”. Anak kecil tadi mengangguk laju. Sara memandang keadaan sekeliling.
“ Eisya datang dengan mummy tadi?”. Anak kecil tadi sekadar mengangguk.
“ Mummy Eisya suruh Eisya tunggu situ tadi…tapi mummy …”. Dia kembali menangis.
“ Okay…Eisya jangan nangis ya…mari duduk sini…”. Anak kecil tadi tidak membantah.
“ Mana pula abang ni?”. Ujar Sara perlahan sambil meninjau mencari suaminya.
“ Aunty!”.
“ Ya sayang…tunggu sekejap ya…”.
“ Eisya rasa mummy Eisya ada di sana”. Tunjuk anak kecil tadi sambil mengesat tangis.
“ Mana?”.
“ Sana”.
“ Okay…jom kita pergi cari ya…mari sini sayang…”. Sara menghulurkan tangan kepada anak kecil itu tadi.


“ Mummy!..mummy!”.
“ Eisya….mana Eisya pergi…puas mummy cari…”. Ujar seorang wanita lantas memeluk anak kecil itu tadi.
“ Eisya cari mummy..kenapa mummy tinggalkan Eisya..Eisya takut..”. Anak kecil itu membalas pelukan wanita tadi.
“ Sshhh…maafkan mummy sayang…kan mummy suruh Eisya tunggu sana..kenapa Eisya pergi tempat lain?”.
“ Eisya lihat orang main layang-layang mummy….”.
“ Puan..”. Wanita tadi menegur Sara.
“ Ya…”. Balas Sara sambil melemparkan senyuman ikhlas kepadanya.
“ Terima kasih…anak saya ni memang macam ni..kadang-kadang leka…”.
“ Tak apa puan…biasa lah budak-budak…”.
“ Minta maaf ya menyusahkan …saya Diana…panggil saja kak Diana”. Wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalam.


“ Saya Sara…”. Sara tersenyum lagi.
“ Akak datang berdua saja?”. Soal Sara mesra.
“ A’a…”. Balas wanita itu juga mesra.
“ Eisya dah tak ada daddy…”. Anak kecil itu tiba-tiba bersuara. Wanita itu sekadar menunduk.
“ Eisya….mummy ada kan sayang”. Wanita itu memujuk anaknya lembut.
“ Tapi Eisya nak daddy…kawan-kawan Eisya semua ada daddy…”. Anak kecil itu berwajah sedih.
“ Eh….mari kita duduk sana..”. Ujar wanita itu tadi sambil melihat Sara menyentuh perutnya. Sara sekadar mengangguk. Anak kecil itu hanya mengikuti langkah ibunya.
“ Suami akak meninggal dunia dalam kemalangan 6 bulan lepas…”. Wanita itu bersuara lirih. Sara memandang penuh simpati. Anak kecil itu tadi sekadar memerhati. Anak sekecil itu mana mungkin mengerti.
“ Maaf kak..”.
“ Tak apa…”. Wanita itu cuba melemparkan senyuman. Namun Sara tahu, senyuman itu kelat.
“ Akak kerja?”.
“ Kerja….alhamdulillah ada rezeki akak…”.
“ Alhamdulillah…banyakkan bersabar ya kak…berat dugaan Allah pada akak…tapi saya boleh nampak akak seorang wanita yang kuat dan tabah…”.
“ Rela atau tidak…inilah takdir akak…akak redha dengan ketentuanNya…”. Wanita itu tersenyum. Sara membalas senyuman itu ikhlas.


“ Eisya suka pergi pantai?”. Soal Sara pula kepada anak kecil itu tadi.
“ Suka…Eisya suka pergi pantai…aunty pun suka ya?”.
“ Ya sayang…lain kali Eisya kena dengar cakap mummy ya…nanti puas mummy nak cari Eisya”. Ujar Sara lagi lembut. Anak kecil itu sekadar mengangguk. Wanita itu hanya memerhati dan dan melemparkan senyuman kepada Sara.
“ Eisya suka makan coklat?”.
“ Suka!”. Laju sahaja anak kecil itu menjawab.
“ Eisya nak tak kalau aunty bagi Eisya coklat?”.
“ Nak!”.
“ Eisya…”. Wanita itu menegur anaknya. Anak kecil tadi menunduk.
“ Tak apa kak…”. Balas Sara sambil membuka beg tangannya.
“ Nah…ambil ni..”.
“ Mummy…”. Anak kecil itu memandang ibunya. Wanita itu merenung Sara kemudian menganggukkan kepala kepada anaknya.
“ Coklat Cadbury lah mama…terima kasih aunty..Eisya suka”. Anak kecil itu menyambut huluran Sara dengan gembira.
“ Terima kasih Sara..susah-susah saja…Eisya ni memang suka makan coklat”. Sara tersenyum bahagia.


“ Dah berapa bulan?”. Soal wanita itu tadi sambil melepas pandang pada Sara.
“ 7 kak..”. Balas Sara sambil tersenyum.
“ Alhamdulillah…Sara datang dengan siapa?suami?”.
“ Allah!.”. Sara seperti terkejut dari lamunan.
“ Kenapa?”
“ Suami saya…mesti dia cari saya..”. Sara memandang keadaan sekeliling. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Segera Sara menjawab panggilan.
“ Abang…ya Sara tahu…maaf”. Kemudian Sara mematikan talian.
“ Suami saya..”. Sara melemparkan senyuman. Wanita itu membalas senyuman. Tidak lama kemudian Ariff datang menghampiri mereka.
“ Puas abang cari…”. Tegur Ariff kemudian memandang wanita itu dan anaknya.
Uncle….”. Tegur anak kecil itu ramah. Ariff tersenyum mesra kepada anak kecil itu tadi.
“ Maaf encik…tadi anak saya sesat..Sara yang tolong pulangkan anak saya ni pada saya”. Wanita itu menjelaskan keadaan.
“ Tak apa kak…suami saya ni okay je..kan bang?”. Ujar Sara sambil bangkit perlahan kemudian berdiri di sebelah suaminya.
“ Tak apa…”. Balas Ariff sambil melemparkan senyuman ikhlas untuk wanita itu.
“ Minta diri dulu ya kak”. Ujar Sara lembut.
“ Ya…terima kasih tadi…Eisya salam aunty dengan uncle..”. Wanita itu mendorong anaknya menyalami Sara dan Ariff. Anak kecil itu hanya menuruti.
“ Eisya jangan nakal-nakal ya…”. Pesan Sara sambil menggosok perlahan kepala anak kecil itu.
“ Ya aunty…”. Ujar anak kecil itu kemudian menyalami Ariff. Ariff  hanya tersenyum.
“ Pergi dulu kak..assalamualaikum”.
“ Wa’alaikummussalam”.
“ Jom bang”. Ujar Sara kemudian menyambut huluran tangan suaminya dan beredar sambil menceritakan apa yang berlaku.


“ Comel budak tu tadi kan bang…”. Ariff hanya mengangguk.
“ Nah air…”. Ujar Ariff pula. Sara menyambutnya mesra.
“ Nanti anak kita mesti lagi comel”. Ariff memeluk bahu isterinya.
“ Kasihan akak tadi tu bang…Sara simpati pada dia..”.
“ Kenapa?”.
“ Suami dia dah meninggal 6 bulan lepas dalam kemalangan…anak dia kecil-kecil lagi dah tiada ayah…”. Ujar sara sambil menyentuh lembut perutnya. Ariff memerhati tindakan Sara.
“ Insyaallah..abang akan temankan Sara seumur hidup abang”. Ariff seperti tahu apa yang berada dalam fikiran isterinya.
“ Sara harap biar Sara yang pergi dulu sebelum abang…Sara tak sanggup kalau abang yang dulu tinggalkan Sara”.
“ Ish Sara ni…apa merepek ni…”.
“ Sara cakap je lah..”.
“ Ya lah..sudah lah tu…Sara penat tak?”.
“ Tak…Sara nak jalan-jalan lagi..kita jalan tepi pantai tu nak?”. Ariff mengangguk kemudian menghadiahkan senyuman manis buat isterinya.

andai ini takdirnya..

sy melangkah krn mahu awk bhgia..dan awk melepaskan sy pergi u buat sy lbh bhgia..smoge dgn anggapan tu, rs cinta thdp awk yg sy simpan kemas jauh di sudut hati sy akn buat sy menerima kenyataan yg sy bnr2 perlu melepaskan awk..smoge awk bhgia {»»}..dan 1 hr nnt andai tkdir menemukan kt, sy mengharapkan sy mmpu tersenyum melihat senyuman kbhgiaan awk..jg dr baik2..cinta awk akn sy kenang smp akhir..lelaki yg dl sy knl sbg {»»} slame {»»}thn lbh..dan sbg {»»} yg sy xkan lupe cinta sy pdnye..trime kasih krn pernah mmbuat sy bhgia..walau tkdir menemukan saat itu hadir sekejap cuma..sy ttp mghrgai awk..doakan sy dlm tadahan doa awk..mg Allah mberi kt pluang u bhgia dgn insan yg Allah bnr2 takdirkan buat kt..trime kasih..sy sgt mnghrgai jika luahan ht ini awk baca smp akhir..agplah ini surat cinta terakhir dr sy insan bernama {»»}buat insan bernama {»»}..

Tuesday, December 1, 2015

Di ulit pilu

duka dan derita yg berhimpun kau jadikan satu episod duka dlm stiap nafas yg kuhela..stiap denyut nadiku bersatu dgn langkah yg ku atur..kau berada di mana2 . aku hnya ingin rasa ini pergi bsma jasad yang tlh lama kau atur jauh. jiwaku tersiksa bkn kerna tdk memilikimu, tp langkahku mati stiap kali aku ign mberi pluang diriku bhgia.hatiku luluh,cinta yg kau tinggalkan buat aku trasa sgt trauma u melukis pelangi.kosong..bguslah kau menjauh dan mngelak..derita ini sudah sebati.sehingga diriku tdk kukenali.

Monday, November 30, 2015

Sayangi Aku Temanilah Aku 50

“ Kenapa kamu makan sikit sangat Sara?”. Tegur ayah lembut.
“ Sara dah kenyang yah..”. Balas Sara juga lembut.
“ Tadi bukan bersungguh-sungguh sangat ke….tiba masa sikit je makan…kamu kenapa?sakit?”. Soal ibu pula.
“ Eh tak lah yah, bu…Sara memang tak selera nak makan banyak..”. Ariff hanya memerhati.
“ Dia memang makan sikit ayah…ibu…puas Ariff paksa…selalu macam tu lah”.
“ Lah…kamu ni…mana boleh macam tu…makanlah banyak sikit…kamu tu berdua…bukannya seorang…jangan nak tahan-tahan makan…bukannya kamu gemuk pun..”. Tegur ibu lagi.
“ Ala…Sara..”.Sara kematian kata di situ.


“ Kamu tegur Sara gemuk ke Riff?”. Soal ibu tiba-tiba kepada Ariff.
“ Hah?”. Ariff seakan terkejut dengan soalan ibu mertuanya itu. Ayah tergelak kecil.
“ Abang gelak ni kenapa pula?betul lah saya tanya…mana lah tahu..Sara ni takut gemuk…sebab tu tahan makan”. Kali ini Sara pula menyertai ayahnya. Ariff hanya melemparkan senyuman.
“ Apalah ibu ni…soalan tak tahan…kelakar…kalau abang tegur Sara gemuk pun, Sara peduli apa….biarlah nak gemuk pun…buat apa nak tahan-tahan pula”.
“ Bu..anak ibu ni sejak dari awal kami nikah sampai sekarang mana pernah gemuk pun..macam tu lah juga Ariff rasa..tak berubah pun…yang berubahnya pun sebab ada baby…dia suka makan sikit…tegur lebih-lebih nanti dia kata Ariff paksa pula…”.
“ Mmm…dah, makan banyak sikit…jangan nak mengada-ngada ikut sedap hati sendiri je…makan ni”. Ujar ibu lagi sambil menambah nasi di pinggan anaknya. Sara mencebikkan mulut.
“ Ish…”. Tegur ibu.


“ Betul ke kalau abang tegur Sara gemuk..Sara tak kisah?”. Ariff menyoal tiba-tiba. Ayah dan ibu berpandangaan.
“ Kenapa?gemuk ke?”. Sara bangkit perlahan.
“ Ish kamu ni…duduklah…ingat sikit kamu tu kan mengandung…suka hati dia je nak bangun”. Tegur ibu lagi.
“ Tulah..tadi kata tak kisah..baru cakap sikit..dah terkejut..abang gurau je lah…kalau Sara gemuk pun sebab Sara mengandung…”. Ariff melemparkan senyuman. Sara menjeling suaminya kemudian menendang perlahan kaki suaminya melalui bawah meja.
“ Auchh”. Ariff terjerit kecil.
“ Kenapa?”. Soal ayah. Waktu itu Sara tersenyum puas.
“ Tak ada apa…nyamuk banyak yah…”. Ayah sekadar mengangguk. Ariff merenung isterinya. Sara pura-pura berselera menikmati makanan.


“ Nanti ibu basuh pinggan-pinggan tu…kamu duduk je”. Tegur ibu apabila melihat Sara bangkit menuju ke sinki.
“ Ya bu..selalu memang abang yang basuh”. Sara melemparkan senyuman.
“ Ariff yang basuh?”.
“ A’a bu…sejak akhir-akhir ni je…Sara ni selalu degil..berkeras nak buat kerja…Ariff puas paksa…baru dia nak ikut….”.
“ Elok lah tu…suami kena selalu tolong isteri..lagi-lagi masa macam ni”. Balas ibu sambil melemparkan senyuman kepada menantunya.
“ Kira hari ni..Ariff cuti lah ya bu?”. Ujar Ariff kepada ibu mertuanya.
“A’a…”. Ibu tersenyum manis. Sara hanya mencebikkan bibir kepada suaminya.
“ Mengada lah abang ni”.
“ Bukan selalu..”. Ariff tersenyum manis.
“ Jom kita pergi depan Riff”. Ajak ayah.
“ Ya yah..”.
“ Abang pergi depan dulu ya sayang”. Ariff sengaja mengusik isterinya.
“ Pergilah..siapa kisah”. Ibu hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak dan menantunya.
……………………………………………………………………………………………………..


“ Sara gemuk ye?gemuk sangat ke?”. Soal Sara sambil membelek tubuhnya di cermin. Ariff pura-pura tidak dengar.
“ Abang dengar tak ni Sara tanya..ish…geram betul lah…kita tanya dia diam je”. Sara membuang pandang.
“ Sara ni kan sejak mengandung semakin kuat merajuk dan mengada-ngada ya?”. Ariff sengaja mahu mengusik isterinya.
“ Jawab soalan Sara sudah..jangan nak buka topik lain pula….”.
“ A’a…Sara gemuk…”.
“ Hah?”.
“ Apa masalahnya pun kalau gemuk kan?”. Ariff memegang bahu isterinya.
“ Sara tak nak gemuk…”.
“ Abang nak tanya Sara tu mengandung dah berapa bulan?”.
“ Tak kan abang tak tahu?”
“ Bukan…jawab je soalan abang”.
“ 6 bulan”.
“ Dah tu..apa yang nak risaunya…Sara bukan gemuk lah okay…”.


“ Ye ke?”.
“ Alah…kurus ke..gemuk ke abang tetap sayang lah…tak usah risau…lagi pun kalau Sara cantik sangat nanti ramai peminat pula…susah abang nanti”.
“ Eleh…Sara pun tak kisahlah kalau gemuk pun…biarlah, baru boleh uji abang setia ke tak kan?”.
“ Sampai ke situ ke Sara fikir?ish ish jauh betul ke depan….”.
“ Mana lah tahu kan?”.
“ Jangan merepek lah..nanti abang buat betul baru tahu”.
“ Buat apa?”.
“ Apa-apa lah…”.
“ Mengada…”. Ujar Sara sambil menjeling.
“ Gurau saja lah…sudahlah sayang…tidurlah…”.
“ Ibu dengan ayah dah tidur ke?”.
“ Belum…tadi ada di ruang tamu…kenapa?”.
“ Sara nak turun sekejap lah..”.
“ Jom lah…”.


“ Kenapa turun lagi?tidur saja lah…ayah dengan ibu okay je”. Tegur ayah apabila Ariff dan Sara menghampiri mereka.
“ Tak apa lah….Sara tak mengantuk lagi…Sara buatkan ayah dan ibu air ya?”.
“ Sara duduklah…abang buatkan”. Ibu dan ayah hanya melemparkan senyuman.
“ Betul ke? Sara buatlah….abang duduk sini”.
“ Okay kita buat”. Ariff lebih dahulu melangkah meninggalkan isterinya. Sara melemparkan senyuman kepada ayah dan ibunya.
“ Sara boleh buatlah…”. Tegur Sara kepada suaminya.
“ Sara ingat abang buat air tak sedap ke?”.
“ Sara tak kata pun…”.
“ Abang baru teringat apa yang abang lupa tadi”.
“ Apa dia?”.
“ Buah jambu…maaf sayang, abang lupa sangat-sangat…esok ya abang beli”.
“ Abang memang…sampai lupa…kempunan Sara tahu?”.
“ Ala…janganlah cakap macam tu…serius abang betul-betul lupa, banyak sangat kerja di pejabat…abang janji esok abang beli ya sayang?”.
“ Ya lah…esok abang lupa lagi siap!”.
“ Okay puan!”.
“ Jangan nak puan-puan je…abang lupa esok, biar Sara beli sendiri je”.
“ Okay..mesti tak lupa punya…esok Sara balik dengan abang je lah..kita pergi beli sama-sama?”.
“ Haa…bagus juga macam tu..”.
“ Okay..duduk sini…biar abang buat air”. Ujar Ariff sambil membantu isterinya duduk di kerusi.


“ Kan seronok kalau hari-hari macam ni”. Ariff tergelak kecil.
“ Kenapa abang gelak?kelakar ya?”.
“ Tak lah…nanti kita cari orang gaji…lepas Sara bersalin nanti senanglah…”.
“ Tak nak lah Sara..nak buat apa pakai orang gaji”. Ujar Sara kemudian mengambil balang biskut di kabinet almari dapur.
“ Kenapa pula…kan senang…”.
“ Entah..Sara tak rasa perlu pun…”.
“ Atau sebenarnya Sara cemburu kalau abang jatuh hati pada orang gaji kita nanti?”. Soal Ariff sambil mengangkat kening dan senyum jahat.
“ Tolong sikit ya…tak ada masa lah Sara nak cemburu…”.
“ Ya lah tu..”. Ariff tergelak kecil.
“ Betul lah”. Ujar Sara lagi sambil memasukkan biskut ke dalam piring.
“ Ya lah…nah cuba rasa air ni..sedap tak?”.
“ Mmm…sedap”. Ujar Sara sambil melemparkan senyuman.
Really? Ke saja ni nak ambil hati abang?”. Soal Ariff sambil keningnya terangkat.
“ Betul lah…memang sedap…”. Balas Sara ikhlas.


“ Tu lah…abang dah kata abang memang terror buat air okay..Sara je yang tak percaya dengan kemampuan abang…kalau abang buka kedai ni…confirm ramai pelanggan”.
“ Eh..perasan lah abang ni..”. Ujar Sara sambil memukul perlahan bahu suaminya.
“ Tak percaya lagi…ish ish..”.
“ Sudahlah bang…ibu dan ayah tunggu lama tu di luar…”.
“ Lupa pula…ingat kita berdua saja tadi”. Ariff mengenyitkan mata.
“ Abang ni…”.
“ Biar abang bawa ni…Sara bawa piring biskut tu”. Sara hanya mengangguk.
“ Minum yah..bu..”. Pelawa Ariff, kemudian mengambil tempat di sebelah isterinya.
“ Ibu tinggal lah lama sikit ya…”. Ujar Sara manja.
“ Esok ibu dengan ayah kena balik…kamu pun tahu kan…ibu mana boleh tinggalkan rumah lama-lama…”.
“ Ala….ibu ni…”.
“ Lain kali kami boleh datang lagi….kamu pun boleh balik sana kan..”. Sambung ayah pula.
“ Mmm..insyaallah ayah..”. Ariff menjawab bagi pihak isterinya. Sara hanya tersenyum. Mereka menghabiskan masa dengan berbual sehingga lah ayah menegur menyuruh masuk tidur.
……………………………………………………………………………………………………