Pages

Thursday, December 10, 2015

Sayangi Aku Temanilah Aku 52

“ Itulah degil…abang cakap tak nak dengar”. Ariff mengomel perlahan.
“ Biarlah…abang kalau tak nak urut kaki Sara tak  apa..sara tak kisah pun…tapi tak perlu lah nak merungut”.
“ Siapa merungut?”.
“ Abang lah”.
“ Bila masa pula abang merungut”.
“ Tadi tu”.
“ Abang bukan merungut…abang cakap je…Sara tu yang degil sangat…”.
“ Bila masa pula Sara degil?”. Sara masih tidak mahu mengalah.
“ Kalau Sara tak sibuk-sibuk nak berjalan tadi tak lah jadi macam ni”.
“ Alah…kalau Sara tak berjalan pun kaki ni nak sakit, akan sakit juga”.
“ Masalahnya Sara tu lain…mereka tak apa lah…Sara tu bawa budak”.
“ Orang cakap…elok banyakkan berjalan..nanti senang nak bersalin”.
“ Ya lah tu…sampai terhincut-hincut macam ni?”. Balas Ariff geram.
“ Sikit je ni…abang je risau lebih-lebih”.
“ Sikit..sikit…”. Ariff menjeling isterinya geram.


“ Aduh..sakitlah…”.
“ Haa..tahu pun sakit”.
“ Ya lah..abang tekan kuat sangat”.
“ Kalau Sara jatuh tadi macam mana?”.
“ Sara tak jatuh kan?”.
“ Itu pun nasib baik”.
“ Abang suka Sara jatuh ke?”.
“ Apa Sara ni!”. Ariff meninggikan suara. Sara terpempan dengan intonasi suara suaminya.
“ Tak lah….Sara cuma….”. Sara menunduk tidak berani memandang wajah suaminya.
“ Sara cuma  nak jalan-jalan macam mereka tu…kan seronok pergi pasar malam…lagi pun Sara teringin sangat nak makan murtabak daging”.
“ Dah tak boleh nak tunggu abang?”.
“ Mmm…ala, bukan Sara pergi lama pun….”.
“ Bukan masalah lama atau pun tak…abang boleh kan pergi beli…yang Sara sibuk nak ikut mereka pergi buat apa”.
“ Mereka jiran-jiran kita kan…apa salahnya”.
“ Ini bukan masalah salah atau tidak…sekarang apa dah jadi pada Sara….mereka tak apa lah boleh jalan laju…Sara?tertinggal di belakang”.
“ Tak lah…mereka jalan sama-sama dengan Sara lah bang”.
“ Ya lah tu…bukan Sara kejar mereka?”.
“ Mana ada”.
“ Habis tu yang terhincut-hincut ni kenapa?”.
“ Ini bukan sebab apa…sebab Sara lama tak berjalan…abanglah manjakan Sara sangat”.
“ Cuba bangun”. Arah Ariff sambil membantu isterinya.


“ Nampak? Sara tak boleh berjalan…”.
“ Eh…boleh lah”. Sara berkeras, namun tidak sampai seminit dia memegang dinding.
“ Degil”.
“ Orang sakit nak marah-marah”. Ujar Sara berkecil hati.
“ Marah lah..Sara cari susah sendiri…yang sakitnya Sara…siapa yang susah?abang kan?”.
“ Abang tak perlu susah-susah..Sara boleh jaga diri sendiri”.
“ Berlagak tu”.
“ Mana ada…abang kan tak nak susah…tak perlu nak susah-susah sebab Sara”. Sara menepis perlahan tangan suaminya. Ariff hanya memerhati.
“ Aduh..”. Sara mengaduh perlahan sambil memegang pinggangnya. Ariff membantu Sara duduk semula.
“ Jom lah kita naik atas…abang urutkan pinggang Sara ni”. Sara sekali lagi menepis tangan suaminya.
“ Apa sara ni…jangan lah degil…”.
“ Janganlah marah-marah Sara”.
“ Ya lah..tak marah…abang marah pun sebab abang sayangkan Sara tahu tak?”.
“ Tahu”.
“ Habis tu?”.
“ Abang betul-betul marah ya tadi?”. Sara menunjukkan wajah simpati.
“ Abang bukan marah..abang Cuma risaukan Sara je…abang tak nak Sara sakit…lagi-lagi dalam kedaaan macam ni…sudah lah tu..kita naik atas…sakit lagi tak pinggang?”. Sara sekadar mengangguk.
“ Kan dah semua sakit…kaki sakit, pinggang sakit…semua sakit….”.
“ Abang ni kan macam mak nenek lah”.
“ Kita serius, dia buat lawak pula”. Sara tersenyum namun masih mengerut dahi menahan sakit.
“ Abang…”.

“ Tak boleh berjalan kan…abang dukung senang…”. Cepat Ariff menjawab. Sara menyembunyikan senyuman.

No comments:

Post a Comment