Pages

Monday, September 26, 2011

Ruang Rindu 8

“ Mak cik…”. “ Mmm…kenapa?”. “ Kita memang kena ke pergi sana?”. “ Pergi mana?”. “ Pantai Cahaya Bulan”. “ Owh..a’a…kenalah…mak cik teringin pergi sana”. “ Tapi bukan ke dah selalu mak cik ke sana, kita tak payah pergi kali ini boleh tak?”. “ Kenapa pula? Han tak suka ke…”. Farhan mengeluh panjang. “ Bukan Han tak suka, tapi…”. Dia kematian kata. Puan Sarah tersenyum panjang. “ So, takde alasan lah kan…”. Puan Sarah memberi kata putus. Puan Sarah merupakan ibu saudara Farhan yang paling bongsu. Sudah lima tahun bergelar janda. “ Jom lah kita ke sana…tadi Han telefon siapa? Tasha ke?”. Farhan merenung tajam ibu saudaranya. “ Mak cik kan tahu Han dengan dia dah takde apa-apa…kenapa pula Han nak telefon dia…takde sebab…Han minta pada mak cik, jangan sebut nama dia depan Han lagi…ok”. Ujar Farhan tegas sambil menghidupkan enjin kereta. “ Ya lah, mak cik tanya je…budak ni kalau datang angin dia…”. Puan Sarah membebel perlahan. Farhan tersenyum dalam sembunyi. “ Mak cik membebel apa tu?”. Tanya Farhan sambil tersenyum. Puan Sarah tersentak. Farhan tergelak kecil. Akhirnya mereka tergelak sama. Farhan memandu tenang menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Pada mulanya Fahimi, abang kepada Farhan yang mahu menghantar ibu saudaranya ke Terengganu, namun pada saat akhir dia perlu ke Jepun atas urusan perniagaan. Akhirnya terpaksalah Farhan yang menghantar Puan Sarah, ibu saudaranya itu yang mahu bertemu dengan ibu mertuanya. “ Mak cik nak buat apa kat sini?”. Farhan masih tidak memahami mengapa ibu saudaranya itu suka berkunjung ke sini apabila menjejaki negeri Terengganu. “ Banyak kenangan dan nostalgia mak cik kat sini Han…”. Ujar Puan Sarah perlahan. “ Maksud mak cik?…selama ni Han tak pernah tahu kenapa…memang Han tahu mak cik suka pergi sini, tapi tak tahu sebab apa”. Tanya Farhan sambil memandang ibu saudaranya. “ Banyak kenangan mak cik dengan arwah dekat sini…mak cik rindukan dia…”. Balas Puan Sarah sebak. Farhan mengelus lembut bahu ibu saudaranya. Puan Sarah menjadi janda dalam usia yang muda. Pada usianya 32 tahun, suaminya meninggal dunia kerana menghidap penyakit Kanser Otak. “ Maafkan Han mak cik…buat mak cik sedih…mak cik janganlah nangis, tak elok orang pandang…nanti orang fikir bukan-bukan pula…mak cik ni muda lagi tahu…cantik, bergaya…kalau orang tengok mesti fikir Han ni pak we mak cik…”. Farhan sengaja mengusik ibu saudaranya. “ Han ni saja je tau…”. Puan Sarah tergelak kecil. Dia mengesat air matanya dengan tisu yang dihulurkan oleh anak saudaranya. “ Mak cik nak pergi sana…Han nak ikut?”. Ujar Puan Sarah sambil menunjukkan tangannya ke arah pantai. “ Mak cik pergilah…Han tunggu kat sini je…”. Balas Farhan sambil melemparkan senyuman. Puan Sarah melangkah pergi setelah mengangguk perlahan. Tekak Farhan terasa haus. Dia bergerak menuju ke kedai berhampiran. Setelah membeli air, sengaja dia duduk di salah satu bangku sambil memerhatikan ibu saudaranya dari jauh. Sungguh dia simpati pada ibu saudaranya itu, kehilangan suami tanpa zuriat. Dalam termenung dan memerhatikan ibu saudaranya yang leka memandang kea rah laut, dia terpandang susuk tubuh dan wajah yang dikenalinya. ‘ Dia buat apa kat sini? Jauhnya cari ketenangan ’. Getus hatinya. Namun akhirnya dia melangkah perlahan menghampiri gadis itu. Gadis itu leka menghadap laut. Rambutnya beralun lembut ditiup angin. “ Assalamualaikum”. Ujar Farhan perlahan apabila sudah berdiri di sebelah gadis itu. “ Wa’alaikumsalam”. Dania tersentak, namun sempat menjawab salamnya. “ Dania kan?”. Dania tambah terkejut apabila lelaki yang berdiri di hadapannya waktu ini mengetahui namanya. “ Awak…”. Ujar Dania sambil merenungnya. “ Tak baik tau renung anak teruna orang lama-lama…”. Dania malu disindir begitu. Segera dialih pandangan ke arah laut semula. “ Saya bergurau je tadi…saya Farhan”. “ Mana awak tahu nama saya?”. Tanya Dania lembut. Dia tidak mahu berkasar dengan orang yang dtidak dikenalinya ini. Namun dia harus tahu dari mana lelaki ini tahu mengenai dirinya. “ Perlu ke awak nak tahu…awak buat apa kat sini? Menangis lagi ke?”. Dnai merenung tajam wajahnya. “ Awak tak de hak campur urusan saya…”. Balasnya geram. Farhan tersenyum manis. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Dia melihat nama pemanggil di skrin dan mengeluh perlahan. Namun dijawab juga pangilan itu. Lelaki di sebelahnya itu hanya memerhati. “ Kenapa lagi ni?”. Ujar Dania kasar. “ Tak…saya risaukan awak…awak dah sampai mana?”. Tanya Fauzi lembut di hujung talian. “ Tak payah risau…saya pandai jaga diri saya sendiri…saya minta tolong sangat-sangat pada awak, tolong jangan ganggu saya lagi…saya bosan tahu tak?”. Dania mengendurkan suaranya. Dia mahu Fauzi faham. Lelaki di sebelahnya menghulurkan tangan tanda meminta telefonnya. Dania memandangnya hairan, namun entah mengapa dia tetap menghulurkannya. “ Assalamualaikum, encik…tak kanlah perlu di ulang banyak kali, bila orang dah kata tak suka maksudnya tak suka…untuk pengetahuan encik, dia selamat…jangan risau pasal dia ok…”. Farhan bertutur lembut. Dania hanya memerhati. ‘Huh, lelaki ini biar betul’. “ Awak ni siapa?”. Tanya Fauzi kuat. “ Siapa saya, encik tak perlu tahu…tapi apa yang encik perlu sangat tahu, Dania tak suka diganggu encik…ok, bye..assalamualaikum.”. Farhan mematikan talian, kemudian menghulurkan telefon kepada Dania. Dia melemparkan senyuman. Dania teragak-agak mahu membalas senyuman itu. Namun akhirnya Dania tergelak kecil. Farhan juga sama, dia leka memerhatikan wajah gadis dihadapannya. “ Kan cantik selalu macam ni…manis je dipandang”. Dania menghentikan tawanya. Malu ditegur begitu. “ Terima kasih”. Ujarnya pendek. “ Sama-sama kasih ”. Balas Farhan sambil tersenyum lagi. ‘Asyik tersenyum saja, nanti luruh jantung aku melihatnya. Oops. Aku senyum dalam sembunyi’. “ Maksud saya terima kasih sebab tolong jawab telefon tadi…”. Farhan tergelak kecil. “ Tahu”. Balasnya pendek dalam sisa senyumnya. “ Dia ke orang yang awak marah-marah tadi?”. Tanya Farhan serius. Dania merenungnya hairan. “ Marah siapa?”. Dia bertanya semula kepada Farhan. “ Eh…lupa pula”. Farhan mengeluarkan telefonnya. Dia menaip sesuatu, namun tiba-tiba telefon Dania berdering. Dania melihat di skrin ditelefonnya. Nombor pemanggil misteri tadi. “ Awak…”. Dania terkedu. Farhan menghalakan telefonnya kepada Dania. Nama Dania tertera di skrin telefonnya. “ Awak…”. Dania kematian kata sekali lagi. Farhan mematikan talian. Dania merenungnya tajam. “ Mana awak dapat nombor saya…nama saya…”. Tanyanya serius. “ Kaunter khidmat pelanggan”. Ujar Farhan bersahaja. “ Saya serius ni…”. Dania berlagak tenang. “ Saya pun serius apa…nampak macam main-main ke?”. Farhan bergerak ke kerusi tempat dia duduk tadi. Terasa lenguh lama berdiri. Dania menuruti langkahnya. “ Kenapa awak ikut saya? saya bukan suami awak tau…”. Farhan sengaja mengusik. Dania menjelingnya geram. “ Ala…la…gurau je…duduklah dulu…saya letih sebenarnya berdiri lama-lama…”. Dania menuruti arahannya. “ Awak belum jawab soalan saya…orang yang sama ke awak marah tadi, masa awak marah-marah saya waktu saya telefon tadi?”. Soal Farhan lembut. “ Sorry…saya bukan marah awak…saya ingat dia yang telefon”. Balas Dania sambil mengalihkan pandangan apabila Farhan merenungnya. “ Tahu…boleh tahan juga garang awak ni ek?”. Farhan tergelak kecil. Dania tertunduk malu. “ Awak buat apa kat sini? tak kan jauh sangat cari ketenangan…”. “ Tak lah…suka-suka je awak perli saya…saya ada kursus kat sini…tengah hari tadi baru habis…saja ambil angin kat sini…saya suka pantai ni…cantik”. Ujar Dania jujur. Farhan mengangguk perlahan. “ Awak pula?”. Giliran Dania menyoal. “ Bawa mak we jalan-jalan”. Farhan membalas bersahaja. “ Hah?”. Dania agak terkejut. Farhan tergelak kecil. “ Mana mak we awak?”. Dania memandang sekeliling. Farhan menunjukkan ke arah seorang wanita di hujung sana. Wanita itu kelihatan leka memandang ke arah laut. “ Owh…kenapa tak temankan dia?”. Soal Dania lagi. “ Saja…dia perlukan ruang untuk bersendiri…”. Balas Farhan masih selamba seperti tadi. “ Kenapa? Awak bergaduh dengan dia ke?”. Kali ini Farhan tergelak besar. Namun akhirnya dia berhenti apabila Dania merenungnya tajam. “ Kenapa? Salah ke soalan saya?”. Soal Dania geram. “ Tak de lah…tak salah…Cuma kelakar”. Farhan tersenyum lagi. “ Mak we awak tak cemburu ke tengok awak duduk dengan saya kat sini?”. Dania merenung wajah lelaki di hadapannya. Frahan tergelak lagi. “ Bukan saya yang duduk dengan awak, awak yang duduk dengan saya…”. Farhan membalas selamba. Dania ingin bangkit, namun cepat dihalang olehnya. “ Eh…saya gurau je lah…dia tak kan cemburu…lagi suka ada lah agaknya…”. Dania pelik mendengar jawapannya. Waktu itu wanita yang dikatakan mak wenya itu menghampiri mereka. Dania mula kaget, namun Farhan dilihat masih selamba. “ Han…siapa ni? Kawan Han ke?”. Lembut suara wanita itu. ‘Umurnya dalam lingkungan 30 lebih, tapi masih cantik dan bergaya. Tidak hairanlah lelaki ini menyukainya’. Aku mengatur kata dalam hati. “ A’a…kawan Han…Dania nama dia’. Balas Farhan sambil berdiri bersebelahan wanita itu. Dania menghulurkan tangan ingin bersalam. Huluran tangannya di sambut mesra. “ Cantik”. Dania dapat mendengar wanita itu berbisik kepada Farhan. Farhan hanya tersenyum. “ Mm…cik?”. Soal Dania takut-takut. Farhan dan wanita itu tergelak. Dania hanya memerhati. “ Panggil je mak cik Sarah…”. Ujarnya sambil tersenyum. Dania memandang Farhan hairan. Farhan tentu tahu persoalan di benaknya. “ Kenapa?”. Wanita itu menyoalnya apabila melihat dahinya berkerut. “ Mm…tadi…”. Dania kematian kata. “ Mak cik ni, mak saudara Han…kenapa Dania nampak hairan je…”. Soal wanita itu lagi. Farhan tegelak kecil. “ Awak…!”. Dania menjeling geram. “ Saya bergurau je tadi…jangan marah..”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Han cakap apa dengan Dania tadi?”. “ Han kata mak cik ni mak we Han…”. Mereka berdua tergelak sama. Dania hanya memandang sebal padanya. “ Teruklah Han ni…kesian Dania…minta maaflah Dania, Han ni memang suka bergurau…”. Puan Sarah cuba menjernihkan keadaan. “ Tak pelah mak cik…Saya minta diri dulu…”. Dania menyalami wanita itu. Puan Sarah menyambut mesra namun menjeling anak saudaranya. Farhan hanya tersenyum. Dania bergerak meninggalkan mereka. “ Dania…tunggu”. Farhan tiba-tiba terjerit kecil. Waktu itu Puan Sarah beredar ke arah lain. “ Marah ke?”. Tanya Farhan lembut. “ Tak lah…tak de sebab saya nak marah…saya nak balik dulu”. Dania mempercepatkan langkahnya. “ Ya lah…orang marah kat kita kan, nak buat macam mana..ok lah…saya pun nak balik juga…hati-hati ya memandu…assalamualaikum”. Farhan bergerak pergi. Dalam diam Dania menjawab salamnya. Dia melihat Farhan memasuki keretanya, kelihatan Puan Sarah melambaikan tangan ke arahnya dan tersenyum manis. Dania membalas lambaian dan senyuman itu. Farhan merenung dari jauh. Dania tidak mengendahkan. Lantas dia memasuki kereta dan beredar.

Monday, September 12, 2011

Suara jiwa

Dalam kerendahan hati sebagai hamba kepada pencipta... Tadahan doa ini aku selitkan dengan rasa syukur... Adakalanya aku terkaku dan tersedu sendiri Namun ternyata bibir ini menguntum senyum dengan anugerahnya... Entah mengapa... saat ini aku bahagia melaluinya... Rasa yang tidak pernah kau tempuh sebelum ini.. Ternyata ia berbeza... Sukar diungkap dengan kata-kata.. Sekadar bermain-main di sanubari dan jiwa Andai Kau tahu... Betapa aku menghargai anugerah terindah ini.. Namun aku juga sentiasa menyedari... Bahawa aku perlu sentiasa mengingati Jalan ini bukan milikku mutlak... kerana Kau selalu ada... Andainya permintaanku ini keterlaluan... maafkan aku... andai bisa.... Restuilah anugerah ini tetap milikku... Kata hati...Kata jiwa... Biarkan aku di sini..........................