Pages

Tuesday, November 8, 2011

Jalan Takdir

Tuhan.. Aku merasai kekuatanku mula hadir dengan bantuanmu.. Sikit tidak aku menjangka jalan takdirku begini.. Namun, aku akur pada ketentuan yang Kau ukir buatku.. Tuhan.. Andai aku lemah lagi.. Jangan kau biarkan aku hanyut dalam lautan kelemasan.. Biarlah air jernih itu hanya tersimpan dan terlerai keranamu.. Tuhan.. Pernah aku merasai kesakitan yang amat perit... Sedang aku tahu Kau setia mendengar doa-doaku.. Tangisku panjang dalam doa yang hening... Tuhan.. Aku tidak menolak jalan takdirku.. Sudahku tahu anugerah milikMu.. Namun, adakala aku hamba yang lemah ini terleka.. Tuhan.. Suburkanlah kekuatan dalaman buatku.. Mengharungi hari2 yang mendepaniku.. Tersedar, mungkin aku masih jauh dariMu.. Tuhan.. Saat lemah itu datang.. Aku tahu Kau menemaniku.. Gamitkan aku dengan keredhaan dan kelapangan hati.. Agar aku tahu dan mengerti Kau sentiasa bersamaku... Tuhan.. Adakala aku kalah dengan perasaanku sendiri.. Naluri wanitaku terlalu halus untuk direntap.. Jiwa dan sanubariku kadangkala tidak dapat mentafsir yang tersurat.. Mindaku juga adakala tidak nampak yang tersirat... Tuhan.. Saat ini... Aku menadah tangan..agar Kau mendengar doaku... Aku ingin menjadi hamba yang meredhai dengan lapang hati takdirMU buatku.. Bimbinglah aku...Berilah aku petunjuk... Kerana Kau...Tuhanku... Tuhan..

Suara Hati

Ada beberapa perkara yang mungkin kita tak sedar akan berlaku dalam hidup kita...sedar-sedar kita telah melaluinya...dan tanpa sedar rupanya mungkin kita telah,sedang dan bakal melepasinya...pernah terfikir mengapa hati kadangkala terasa kuat, adakala jiwa terasa hancur dimamah rasa...agak lama membicarakan tentang soal hati, adakala penghujungnya tidak juga tiba kerana kita tidak bisa lari...berdepan dengan situasi yang kita tidak mahu boleh jadi membuat kita belajar sesuatu...sekurang-kurangnya erti kuat,redha, tabah, sabar...dan SYUKUR...siapa tahu tangisan kita saat ini rupanya bayaran untuk kebahagiaan hari esok kan?? dan siapa tahu kita pasti bisa punya tekad mendepani hikmah yang selalu tidak cepat hadir...percaya atau tidak apa yang selalu segera hadir tatkala kita tidak mendapat apa yang kita mahu,tidak diundang juga pasti hadirnya sendiri...satu, air mata...dua,lemah jiwa...tiga,persoalan yang terdiri daripada....banyak...jika mahu diselit di ruang ini, pasti jari ini tidak mampu menari...:)...yang pasti soalannya MENGAPA? betul tak?tak setuju..tidak mengapa juga sebenarnya...namanya juga suara hati kan....tapi pernah terfikir tak..dalam kehidupan kita...paling tidak bila kita jatuh dan tersungkur..pasti kita cari Tuhan....yang jauh dari Tuhan pun, pasti kali ini dialah paling hampir...waktu itu kita jadi sehina-hinanya hamba memohon dari pencipta...TUHAN...kita?hamba.............mahu atau tidak kita terima sahaja ketentuan DIA buat kita...pahit pun, realitinya Tuhan paling tahu apa yang terbaik buat kita....ya, pasti sakit menghadapi saat-saat kejatuhan dan berada di bawah...baru terfikir juga, kita juga pernah berada di atas...pernahkah kita bersyukur?????dan pernah tak terfikir anugerah yang sedang dimiliki dah pasti-pasti milik TUHAN..dah pasti-pasti pinjaman...jika pemiliknya mahukan semula, berhak tak kita tidak mengizinkan??tak izin pun........Tuhan Maha Kuasa...genggamlah sekuat mana pun...pasti terlepas juga jika itu takdirnya...hanya senyuman pengubat luka...adakala senyuman itu juga menyakitkan kerana di dalamnya duka yang panjang...ikhlaslah...pasti senyuman itu mampu menyinari hari yang gelap dan suram...setidaknya orang sekeling kita BAHAGIA...dengan izin Tuhan...mereka mendoakan KEBAHAGIAAN kita...insyaallah..aminnnnn.....La Tahzan..Inna Allaha ma 'ana...

Sunday, October 2, 2011

Suara Jiwa...

Tuhan..entah mengapa kurasakan sendu ini makin menyengat.. Resah yang terpalit semakin menghimpit.. Tatkala lagu sedih menghantar pandangan hiba.. Aku seperti tersedar mengapa aku begini... Tuhan...jangan kau biarkan aku tanpa bimbinganMu.. Jangan merelakan aku kaku dan kering tanpa basahan doa.. Baruku rasa tangisan itu hanya melemahkanku.. Ridak seharusnya aku begini... Tuhan... Berilah aku ruang agar aku tidak menjauhiMU.. Jangan Kau biarkan rasa ini membuat aku melalaikanMU,.. Aku ingin fitrah ini menghampirkan aku kepadaMu.. Bukan leka dihanyut perasaan yang tidak seharusnya aku lalui.. Tuhan... Entah mengapa... Aku terasa terlalu berdosa.. Membiarkan diriku terus dimamah fitrah dunia.. Sedang aku tahu...Engkaulah segalanya...

Ruang Rindu 9

“ Mak we baru ya tadi?”. Puan Sarah tersenyum manis. Farhan mengangkat keningnya. “ Merepeklah mak cik…kawan je…Han baru je kenal dia…”. Balas Farhan bersahaja. “ Tapi mak cik tengok Han macam suka je kat dia…”. Farhan tergelak kecil mendengar kata-kata ibu saudaranya. “ Apa lah mak cik ni…fikir macam tu pulak, Han tak kenal sangat pun dia…lagi pun Han serik mak cik…serik nak bercinta…”. Balas Farhan sambil mengeluh kecil. “ Jangan macam tu Han, Han masih muda…mak cik tengok Dania tu baik budaknya…manis pun manis…sopan-santun…”. Farhan segera memotong kata-kata ibu saudaranya. “ Mak cik jangan nak mula ok…Han memang tak nak, Han Cuma nak berkawan je dengan dia..Han sebenarnya kesian tengok dia…”. “ Maksud Han?”. Puan Sarah seperti berminat. “ Tiga kali Han terserempak dengan dia, setiap kali itu jugalah Han nampak dia menangis…Han rasa…entahlah…”. Farhan kehilangan kata. Puan Sarah tersenyum manja. “ Han…Han…setahu mak cik lah, anak saudara mak cik ni bukan senang nak kesian kat orang…lagi-lagi orang yang dia tak kenal…tapi kes yang ini lain macam je bunyi…”. Puan Sarah sengaja memerli. “ Mak cik ni, Han serius…”. Ujar Farhan tegas. “ Mak cik pun serius apa…”. Balas Puan Sarah bersahaja. “ Dah lah mak cik…kita tutup cerita ni…Han malas nak cakap pasal ni lagi…”. “ Apalah Han ni…dengan mak cik pun nak malu…Han suka kat dia ya?”. Puan Sarah sengaja menyakat. “ Mak cik!”. Puan Sarah tergelak mesra. Akhirnya Farhan tergelak sama. “ Betul…mak cik, Han memang tak de perasaan pada dia…Han Cuma berminat nak berkawan dengan dia…Han nak bantu dia…dia berhak bahagia dan ceria macam orang lain…”. Ujar Farhan tegas. “ Tak pe lah Han…teruskanlah niat Han tu…tak salah berkawan…”. Balas Puan Sarah juga tegas. Farhan melemparkan senyuman. Setelah itu dia hanya menumpukan fokusnya pada pemanduan apabila dilihat ibu saudaranya leka melihat pemandangan di sekeliling. ………………………………………………………………………………………. “ Wah…ni yang buat aku sayang sangat kau Nia…”. Ujar Maya sambil tersengih. Dania hanya tersenyum manis. “ Ah…kau Maya, banyaklah kau punya sayang ek…”. Ria sengaja mengusik. Maya tergelak kecil. Naina sedang sibuk menggoreng keropok lekor di dapur. SelepasDaniau keluar dari Pnatai Cahaya Bulan, dia singgah sebentar membeli ole-ole buat teman-teman, yang pasti keropok lekor Terengganu tidak tertinggal. “ Nia…macam mana kau dengan Fauzi kat sana? Ok tak…”. Tanya Maya sambil tersenyum nakal. Dania mengeluh berat. “ Kenapa?”. Naina yang tiba dari dapur dengan sepinggan keropok lekor mencelah. “ Aku kalau cerita mesti korang gelakkan aku…malaslah…”. Dania mencapai keropok. Mereka bertiga merenungnya. “ Apa?”. Dania sengaja tidak mengendahkan. “ Tadi Fauzi telefon aku…beria dia Tanya kau ada pakwe ke…dia kata ada seorang lelaki jawab telefon kau…Nia kau…?”. Tanya Ria perlahan, namun dapat ditangkap oleh mereka semua. Sekali lagi mereka bertiga merenung tajam kepada Dania. “ Merepeklah…mana ada…si Fauzi tu buat aku rimas…asyik nak berkepit je…bayangkan dua hari kursus aku sentiasa kena mengadap muka dia…dia buat aku ni macam isteri dia je…aku menyampah lah dengan dia…semua dia nak buat…lepas tu, kena begini lah…jangan begitu…”. Tidak sempat Dania menghabiskan ayat. Mereka bertiga sudah tergelak besar. “ Ya ke Nia…habis tu, kau ikut je ke?”. Giliran Maya bertanya. Dania mendengus kecil. “ Mana nak ikut…dah puas aku marah…tapi dia tu jenis tak faham bahasa, muka tembok…segala muka yang tebal la…malu aku bila semua orang tengok…dia suka lah…aku ni mana nak letak muka? Aku rasa waktu tu macam nak bunuh dia…dia tu betul-betul menjengkelkan..kalau korang lah berada kat tempat aku waktu itu, mesti korang dah naik angin tahap gila lah…dia layan aku macam isteri dia je…lepas tu tak nak berenggang dengan aku langsung…kejap-kejap, awak…bosan aku dengan mamat tu…huh…memang gila…”. Mereka tekun mendengar cerita. “ Fauzi tu hensem ke?”. Tanya Naina yang sememangnya tidak mengetahui siapa Fauzi kerana bekerja di tempat lain. Hanya Dania, Ria dan Maya bekerja satu pejabat. “ Hensem memang hensem…tapi tulah…”. Balas Maya. Kami tergelak sama. “ Tapi tulah apa?”. Naina bertanya lagi. “ Menjengkelkan…”. Balas Ria sambil tersenyum. Naina tersenyum juga. “ Kiranya mamat tu memang berkenan kat kau lama dah ek?”. Tanya Naina lagi. “ Memang lama dah, tapi Nia ni yang tak layan…dulu dia ada couple ngan seorang kawan pejabat kitorang lepas tu putus sebab tak tahan dengan perangai mengawalnya tu…dah faham sangat dia macam mana…”. Ria menjawab tenang. Naina leka mendengar. Dania dan Maya pula leka menjamah keropok. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Serentak mereka bertiga memandangnya. Dania melihat nombor di skrin dan tersenyum. “ Eh-eh senyum pula minah ni…biar betul…siapa yang telefon?”. Tanya Maya. Dania hanya menggeleng, kemudian menjawab panggilan. “ Assalamualaikum…”. Pemilik suara di hujung talian memberi salam. “ Wa’alaikumsalam”. Dania membalas perlahan. Mereka bertiga masih merenungnya hairan. “ Dah sampai?”. Tanya Farhan bersahaja. “ Dah…awak?”. Gilirannya bertanya. “ Dah…”. Balas Farhan pendek. “ Mmm…kita cakap nanti ya, saya ada kerja sikit..”. Dania sengaja mengelak. Mereka bertiga tergelak kecil. “ Ok…nanti saya telefon awak…awak nak telefon pun tak apa…saya tak kisah…bye…assalamualaikum”. Ujar Farhan. “ Wa’alaikunsalam”. Dania mematikan talian. Telefon diletakkan di sisinya. “ Bukan Fauzi kan?”. Tanya Maya sambil merenungnya tajam. Dania menggeleng. “ Habis siapa?”. Naina pula bertanya. Dania hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. “ Minah ni sewel ke apa…ada aku ketuk kang…”. Ujar Maya sambil melayangkan tangannya. Dania hanya tergelak kecil. Ria hanya memandang. Dania membalas pandangannya sebentar. “ Wei…aku penat lah…nak tidur dulu…korang makan lah ek…”. Ujar Dania dan mahu bangkit. “ Ya lah tu…pergi lah tidur…”. Balas Maya tidak puas hati. “ Tak baik tau kau Nia…cerita tak habis…”. Naina menarik muka masam. Namun tiba-tiba telefonnya bordering, lantas dia tersenyum. “ Penyakit angau kalau menyerbu rumah kita ni memang parah…yang marah boleh tersenyum, yang murung boleh bertukar jadi lain macam…”. Perli Maya sambil menyuap keropok ke mulutnya. Dania dan Ria hanya tersenyum. Naina segera beredar ke ruang balkoni menjawab panggilan. “ Eleh…kau pun sama Nia…”. Ujar Maya bersahaja. “ Eh, apa pula aku…ok, aku masuk tidur dulu lah…bye…bye…”. Dania bangkit perlahan, namun sempat melemparkan senyuman kepada Ria dan Maya. Mereka hanya menggelengkan kepala.

Monday, September 26, 2011

Ruang Rindu 8

“ Mak cik…”. “ Mmm…kenapa?”. “ Kita memang kena ke pergi sana?”. “ Pergi mana?”. “ Pantai Cahaya Bulan”. “ Owh..a’a…kenalah…mak cik teringin pergi sana”. “ Tapi bukan ke dah selalu mak cik ke sana, kita tak payah pergi kali ini boleh tak?”. “ Kenapa pula? Han tak suka ke…”. Farhan mengeluh panjang. “ Bukan Han tak suka, tapi…”. Dia kematian kata. Puan Sarah tersenyum panjang. “ So, takde alasan lah kan…”. Puan Sarah memberi kata putus. Puan Sarah merupakan ibu saudara Farhan yang paling bongsu. Sudah lima tahun bergelar janda. “ Jom lah kita ke sana…tadi Han telefon siapa? Tasha ke?”. Farhan merenung tajam ibu saudaranya. “ Mak cik kan tahu Han dengan dia dah takde apa-apa…kenapa pula Han nak telefon dia…takde sebab…Han minta pada mak cik, jangan sebut nama dia depan Han lagi…ok”. Ujar Farhan tegas sambil menghidupkan enjin kereta. “ Ya lah, mak cik tanya je…budak ni kalau datang angin dia…”. Puan Sarah membebel perlahan. Farhan tersenyum dalam sembunyi. “ Mak cik membebel apa tu?”. Tanya Farhan sambil tersenyum. Puan Sarah tersentak. Farhan tergelak kecil. Akhirnya mereka tergelak sama. Farhan memandu tenang menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Pada mulanya Fahimi, abang kepada Farhan yang mahu menghantar ibu saudaranya ke Terengganu, namun pada saat akhir dia perlu ke Jepun atas urusan perniagaan. Akhirnya terpaksalah Farhan yang menghantar Puan Sarah, ibu saudaranya itu yang mahu bertemu dengan ibu mertuanya. “ Mak cik nak buat apa kat sini?”. Farhan masih tidak memahami mengapa ibu saudaranya itu suka berkunjung ke sini apabila menjejaki negeri Terengganu. “ Banyak kenangan dan nostalgia mak cik kat sini Han…”. Ujar Puan Sarah perlahan. “ Maksud mak cik?…selama ni Han tak pernah tahu kenapa…memang Han tahu mak cik suka pergi sini, tapi tak tahu sebab apa”. Tanya Farhan sambil memandang ibu saudaranya. “ Banyak kenangan mak cik dengan arwah dekat sini…mak cik rindukan dia…”. Balas Puan Sarah sebak. Farhan mengelus lembut bahu ibu saudaranya. Puan Sarah menjadi janda dalam usia yang muda. Pada usianya 32 tahun, suaminya meninggal dunia kerana menghidap penyakit Kanser Otak. “ Maafkan Han mak cik…buat mak cik sedih…mak cik janganlah nangis, tak elok orang pandang…nanti orang fikir bukan-bukan pula…mak cik ni muda lagi tahu…cantik, bergaya…kalau orang tengok mesti fikir Han ni pak we mak cik…”. Farhan sengaja mengusik ibu saudaranya. “ Han ni saja je tau…”. Puan Sarah tergelak kecil. Dia mengesat air matanya dengan tisu yang dihulurkan oleh anak saudaranya. “ Mak cik nak pergi sana…Han nak ikut?”. Ujar Puan Sarah sambil menunjukkan tangannya ke arah pantai. “ Mak cik pergilah…Han tunggu kat sini je…”. Balas Farhan sambil melemparkan senyuman. Puan Sarah melangkah pergi setelah mengangguk perlahan. Tekak Farhan terasa haus. Dia bergerak menuju ke kedai berhampiran. Setelah membeli air, sengaja dia duduk di salah satu bangku sambil memerhatikan ibu saudaranya dari jauh. Sungguh dia simpati pada ibu saudaranya itu, kehilangan suami tanpa zuriat. Dalam termenung dan memerhatikan ibu saudaranya yang leka memandang kea rah laut, dia terpandang susuk tubuh dan wajah yang dikenalinya. ‘ Dia buat apa kat sini? Jauhnya cari ketenangan ’. Getus hatinya. Namun akhirnya dia melangkah perlahan menghampiri gadis itu. Gadis itu leka menghadap laut. Rambutnya beralun lembut ditiup angin. “ Assalamualaikum”. Ujar Farhan perlahan apabila sudah berdiri di sebelah gadis itu. “ Wa’alaikumsalam”. Dania tersentak, namun sempat menjawab salamnya. “ Dania kan?”. Dania tambah terkejut apabila lelaki yang berdiri di hadapannya waktu ini mengetahui namanya. “ Awak…”. Ujar Dania sambil merenungnya. “ Tak baik tau renung anak teruna orang lama-lama…”. Dania malu disindir begitu. Segera dialih pandangan ke arah laut semula. “ Saya bergurau je tadi…saya Farhan”. “ Mana awak tahu nama saya?”. Tanya Dania lembut. Dia tidak mahu berkasar dengan orang yang dtidak dikenalinya ini. Namun dia harus tahu dari mana lelaki ini tahu mengenai dirinya. “ Perlu ke awak nak tahu…awak buat apa kat sini? Menangis lagi ke?”. Dnai merenung tajam wajahnya. “ Awak tak de hak campur urusan saya…”. Balasnya geram. Farhan tersenyum manis. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Dia melihat nama pemanggil di skrin dan mengeluh perlahan. Namun dijawab juga pangilan itu. Lelaki di sebelahnya itu hanya memerhati. “ Kenapa lagi ni?”. Ujar Dania kasar. “ Tak…saya risaukan awak…awak dah sampai mana?”. Tanya Fauzi lembut di hujung talian. “ Tak payah risau…saya pandai jaga diri saya sendiri…saya minta tolong sangat-sangat pada awak, tolong jangan ganggu saya lagi…saya bosan tahu tak?”. Dania mengendurkan suaranya. Dia mahu Fauzi faham. Lelaki di sebelahnya menghulurkan tangan tanda meminta telefonnya. Dania memandangnya hairan, namun entah mengapa dia tetap menghulurkannya. “ Assalamualaikum, encik…tak kanlah perlu di ulang banyak kali, bila orang dah kata tak suka maksudnya tak suka…untuk pengetahuan encik, dia selamat…jangan risau pasal dia ok…”. Farhan bertutur lembut. Dania hanya memerhati. ‘Huh, lelaki ini biar betul’. “ Awak ni siapa?”. Tanya Fauzi kuat. “ Siapa saya, encik tak perlu tahu…tapi apa yang encik perlu sangat tahu, Dania tak suka diganggu encik…ok, bye..assalamualaikum.”. Farhan mematikan talian, kemudian menghulurkan telefon kepada Dania. Dia melemparkan senyuman. Dania teragak-agak mahu membalas senyuman itu. Namun akhirnya Dania tergelak kecil. Farhan juga sama, dia leka memerhatikan wajah gadis dihadapannya. “ Kan cantik selalu macam ni…manis je dipandang”. Dania menghentikan tawanya. Malu ditegur begitu. “ Terima kasih”. Ujarnya pendek. “ Sama-sama kasih ”. Balas Farhan sambil tersenyum lagi. ‘Asyik tersenyum saja, nanti luruh jantung aku melihatnya. Oops. Aku senyum dalam sembunyi’. “ Maksud saya terima kasih sebab tolong jawab telefon tadi…”. Farhan tergelak kecil. “ Tahu”. Balasnya pendek dalam sisa senyumnya. “ Dia ke orang yang awak marah-marah tadi?”. Tanya Farhan serius. Dania merenungnya hairan. “ Marah siapa?”. Dia bertanya semula kepada Farhan. “ Eh…lupa pula”. Farhan mengeluarkan telefonnya. Dia menaip sesuatu, namun tiba-tiba telefon Dania berdering. Dania melihat di skrin ditelefonnya. Nombor pemanggil misteri tadi. “ Awak…”. Dania terkedu. Farhan menghalakan telefonnya kepada Dania. Nama Dania tertera di skrin telefonnya. “ Awak…”. Dania kematian kata sekali lagi. Farhan mematikan talian. Dania merenungnya tajam. “ Mana awak dapat nombor saya…nama saya…”. Tanyanya serius. “ Kaunter khidmat pelanggan”. Ujar Farhan bersahaja. “ Saya serius ni…”. Dania berlagak tenang. “ Saya pun serius apa…nampak macam main-main ke?”. Farhan bergerak ke kerusi tempat dia duduk tadi. Terasa lenguh lama berdiri. Dania menuruti langkahnya. “ Kenapa awak ikut saya? saya bukan suami awak tau…”. Farhan sengaja mengusik. Dania menjelingnya geram. “ Ala…la…gurau je…duduklah dulu…saya letih sebenarnya berdiri lama-lama…”. Dania menuruti arahannya. “ Awak belum jawab soalan saya…orang yang sama ke awak marah tadi, masa awak marah-marah saya waktu saya telefon tadi?”. Soal Farhan lembut. “ Sorry…saya bukan marah awak…saya ingat dia yang telefon”. Balas Dania sambil mengalihkan pandangan apabila Farhan merenungnya. “ Tahu…boleh tahan juga garang awak ni ek?”. Farhan tergelak kecil. Dania tertunduk malu. “ Awak buat apa kat sini? tak kan jauh sangat cari ketenangan…”. “ Tak lah…suka-suka je awak perli saya…saya ada kursus kat sini…tengah hari tadi baru habis…saja ambil angin kat sini…saya suka pantai ni…cantik”. Ujar Dania jujur. Farhan mengangguk perlahan. “ Awak pula?”. Giliran Dania menyoal. “ Bawa mak we jalan-jalan”. Farhan membalas bersahaja. “ Hah?”. Dania agak terkejut. Farhan tergelak kecil. “ Mana mak we awak?”. Dania memandang sekeliling. Farhan menunjukkan ke arah seorang wanita di hujung sana. Wanita itu kelihatan leka memandang ke arah laut. “ Owh…kenapa tak temankan dia?”. Soal Dania lagi. “ Saja…dia perlukan ruang untuk bersendiri…”. Balas Farhan masih selamba seperti tadi. “ Kenapa? Awak bergaduh dengan dia ke?”. Kali ini Farhan tergelak besar. Namun akhirnya dia berhenti apabila Dania merenungnya tajam. “ Kenapa? Salah ke soalan saya?”. Soal Dania geram. “ Tak de lah…tak salah…Cuma kelakar”. Farhan tersenyum lagi. “ Mak we awak tak cemburu ke tengok awak duduk dengan saya kat sini?”. Dania merenung wajah lelaki di hadapannya. Frahan tergelak lagi. “ Bukan saya yang duduk dengan awak, awak yang duduk dengan saya…”. Farhan membalas selamba. Dania ingin bangkit, namun cepat dihalang olehnya. “ Eh…saya gurau je lah…dia tak kan cemburu…lagi suka ada lah agaknya…”. Dania pelik mendengar jawapannya. Waktu itu wanita yang dikatakan mak wenya itu menghampiri mereka. Dania mula kaget, namun Farhan dilihat masih selamba. “ Han…siapa ni? Kawan Han ke?”. Lembut suara wanita itu. ‘Umurnya dalam lingkungan 30 lebih, tapi masih cantik dan bergaya. Tidak hairanlah lelaki ini menyukainya’. Aku mengatur kata dalam hati. “ A’a…kawan Han…Dania nama dia’. Balas Farhan sambil berdiri bersebelahan wanita itu. Dania menghulurkan tangan ingin bersalam. Huluran tangannya di sambut mesra. “ Cantik”. Dania dapat mendengar wanita itu berbisik kepada Farhan. Farhan hanya tersenyum. “ Mm…cik?”. Soal Dania takut-takut. Farhan dan wanita itu tergelak. Dania hanya memerhati. “ Panggil je mak cik Sarah…”. Ujarnya sambil tersenyum. Dania memandang Farhan hairan. Farhan tentu tahu persoalan di benaknya. “ Kenapa?”. Wanita itu menyoalnya apabila melihat dahinya berkerut. “ Mm…tadi…”. Dania kematian kata. “ Mak cik ni, mak saudara Han…kenapa Dania nampak hairan je…”. Soal wanita itu lagi. Farhan tegelak kecil. “ Awak…!”. Dania menjeling geram. “ Saya bergurau je tadi…jangan marah..”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Han cakap apa dengan Dania tadi?”. “ Han kata mak cik ni mak we Han…”. Mereka berdua tergelak sama. Dania hanya memandang sebal padanya. “ Teruklah Han ni…kesian Dania…minta maaflah Dania, Han ni memang suka bergurau…”. Puan Sarah cuba menjernihkan keadaan. “ Tak pelah mak cik…Saya minta diri dulu…”. Dania menyalami wanita itu. Puan Sarah menyambut mesra namun menjeling anak saudaranya. Farhan hanya tersenyum. Dania bergerak meninggalkan mereka. “ Dania…tunggu”. Farhan tiba-tiba terjerit kecil. Waktu itu Puan Sarah beredar ke arah lain. “ Marah ke?”. Tanya Farhan lembut. “ Tak lah…tak de sebab saya nak marah…saya nak balik dulu”. Dania mempercepatkan langkahnya. “ Ya lah…orang marah kat kita kan, nak buat macam mana..ok lah…saya pun nak balik juga…hati-hati ya memandu…assalamualaikum”. Farhan bergerak pergi. Dalam diam Dania menjawab salamnya. Dia melihat Farhan memasuki keretanya, kelihatan Puan Sarah melambaikan tangan ke arahnya dan tersenyum manis. Dania membalas lambaian dan senyuman itu. Farhan merenung dari jauh. Dania tidak mengendahkan. Lantas dia memasuki kereta dan beredar.

Monday, September 12, 2011

Suara jiwa

Dalam kerendahan hati sebagai hamba kepada pencipta... Tadahan doa ini aku selitkan dengan rasa syukur... Adakalanya aku terkaku dan tersedu sendiri Namun ternyata bibir ini menguntum senyum dengan anugerahnya... Entah mengapa... saat ini aku bahagia melaluinya... Rasa yang tidak pernah kau tempuh sebelum ini.. Ternyata ia berbeza... Sukar diungkap dengan kata-kata.. Sekadar bermain-main di sanubari dan jiwa Andai Kau tahu... Betapa aku menghargai anugerah terindah ini.. Namun aku juga sentiasa menyedari... Bahawa aku perlu sentiasa mengingati Jalan ini bukan milikku mutlak... kerana Kau selalu ada... Andainya permintaanku ini keterlaluan... maafkan aku... andai bisa.... Restuilah anugerah ini tetap milikku... Kata hati...Kata jiwa... Biarkan aku di sini..........................

Tuesday, August 16, 2011

Anugerah Suci (1)



" Kenapa awak ambil keputusan ni?". Soal Balqis perlahan. Waktu itu Asyraf duduk bertentangan dengannya.
" Saya minta maaf mengecewakan awak…saya tak nak awak anggap saya gembira dengan keputusan ni, Cuma mungkin ini terbaik untuk kita". Balas Asyraf bersahaja.
" Apa maksud awak?saya tak faham…". Soal Balqis lagi.
" Balqis…saya tahu awak jelas tentang perasaan kita masing-masing, tapi semakin lama saya dapat rasakan apa yang kita lalui ini tidak benar caranya…bila awak selalu kelihatan cantik untuk saya, saya takut berdepan dengan dosa yang mungkin saya cipta untuk awak…bila awak sentiasa bersama saya, saya takut iman saya tak kuat menahan nafsu saya…bila awak melebihkan saya daripada orang lain, saya bimbang awak terlepas sesuatu yang lain…mungkin sesuatu yang lebih penting daripada itu…". Balas Asyraf panjang lebar.

" Kalau awak rasa macam tu, kenapa awak tak tamatkan semua ni dengan cara yang halal?". Balqis seakan tidak puas hati.
" Balqis, saya bukan mahu melarikan diri daripada tanggungjawab, andai saya rasa saya mampu dan layak bergelar suami untuk awak, pasti dah lama saya sunting awak jadi permaisuri yang halal bagi saya…saya tak nak cipta alasan yang nampak kolot bagi awak dan orang sekeliling kita, tapi percayalah Qis mungkin Tuhan nak kita belajar sesuatu daripada pengalaman ini…masih banyak yang perlu kita belajar…sebelum kita melangkah setapak lagi, iaitu alam perkahwinan…saya tak mahu terus menyemai harapan untuk awak, sedangkan saya sendiri belum pasti apa yang menanti di hadapan sana…saya tak pernah meragui perasaan awak pada saya, atau pun sebaliknya, tapi saya bimbang mungkin saya akan jadi punca penderitaan awak pada masa akan datang…". Balqis tekun mendengar.

" Awak seolah tidak menghargai perasaan saya sebelum ni, apakah segala yang telah kita lalui tidak mempunyai nilai langsung sehingga awak tergamak mengambil keputusan yang awak tahu benar-benar mengecewakan saya…saya kesal orang yang selama ini saya beri kepercayaan penuh melakukan semua ini pada saya…". Ujar Balqis sambil merenung tajam lelaki di hadapannya.
" Awak memang berhak marah saya Qis…kalau saya jelaskan semuanya pun awak tetap akan kecewa…maafkan saya". Asyraf tidak mampu melihat air mata itu gugur.
" Saya tak mahu terus memaksa awak…memang saya akan merasai kesakitan atas keputusan ini, tapi saya juga ingin melihat awak bahagia…andai inilah jalan takdir untuk saya dan awak…saya akan cuba belajar terima kenyataan…". Akhirnya Balqis mengalah.

" Awak redha kan Qis?". Soal Asyraf pula.
" Kalau saya tak redha pun, awak tak kan tarik keputusan ni kan?".Balas Balqis bersahaja. Asyraf tersenyum nipis.
" Saya bukan tolak awak Qis…saya tak buang awak, awak masih kawan saya, Cuma kita tak akan menjalani kehidupan seperti sebelum ini…".
" Saya tak janji boleh teruskan…saya harap awak faham kalau saya tak tegur awak lepas ni…jujur saya tak bencikan awak sebab keputusan ini, tapi saya harap saya diberi kekuatan menghadapi semua ni…rasanya saya dah jelas tentang semua ni…saya balik dulu…terima kasih untuk segala-galanya…". Balqis bangkit dari duduknya dan ingin beredar, namun langkahnya terhenti apabila Asyraf bersuara. Waktu itu tubuhnya membelakangkan Asyraf.

" Awak boleh nangis Qis, saya tak nak awak pendam perasaan seorang diri…tapi saya minta maaf sebab tak dapat menyapu air mata awak lagi lepas ni…". Asyraf bersuara lirih. Balqis menahan air matanya yang bergenang. Dia menghantar pandangan sayu pada Asyraf.
" Saya faham…terima kasih". Balqis melangkah pergi.
" Qis…". Asyraf memanggil perlahan. Balqis hanya memperlahankan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.
" Jaga diri". Ujar Asyraf. Balqis hanya berhenti melangkah sebentar, kemudian dia meneruskan langkahnya bersama air mata yang bergenang. Balqis tahu dia perlu kuat menghadapi semua ini.
Asyraf hanya menghantar pemergian Balqis dengan pandangan sayu.'Saya minta maaf Qis'. Getus Asyraf dalam hati.

Monday, August 15, 2011

Buat aku Tersenyum...

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku
Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu
Rumahnya Cikgu Ayu
Pujaan hatiku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu
Juga kawan-kawanku ayah ibu

Cikgu Ayu
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cikgu Ayu

" I'm appreciate it "..

Bicara Hati

Lembut bayu yang menyentuh hati
Seolah memahami perasaan yang hadir
Tatkala hati bergetar menanti sinar
Tangan juga ditadah menggamit kelapangan hati

Di saat aku merasa tersisih
Di kala malam sepi yang meniupkan wajah duka
Aku berterima kasih pada bintang-bintang yang setia bersamaku
Sedang tangis yang menemani seketika cuma...

Purnama kasih yang dikirim mengiringi cahaya yang suram
Terasa damai melihat puing-puing harapan bersama taburan debu ombak
Walau kerelaanku diragut...ternyata aku bahagia di sini
Bersama-sama redup fajar yang bakal tiba...
Biarkan aku merasai kemanisan ini
Andai jalan takdirku tidak lagi seperti ini kelak...
Kemanisan yang berteman suara ombak yang memecah sepi yang datang...

Saturday, August 13, 2011

Bicara Hati


Redup angin yang hadir, membuat aku tertunduk..
Bayu yang seolah mencelah di sebalik mentari yang ada..
Terbit fajar yang hilang menadah gerimis yang datang..
Dalam rembesan temu ada jiwa yang terhenti...

Seringkali terdampar di pulau sepi tanpa kata-kata..
Hanyut dalam arus kerakusan duniawi yang bersifat memperdaya..
Resah menanti di sebalik usia yang semakin memamah masa..
Tiada kata dapat diungkap menceritakan segalanya..
Hanya kita...dan Dia..yang tahu rahsianya...

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 46

" Abang". Tegur Sara lembut sambil melemparkan senyuman apabila Ariff kelihatan memasuki ruang bilik dia ditempatkan di hospital.
" Sara ok?". Soal Ariff perlahan. Sara hanya menganggukkan kepalanya.
" Abang ok?". Soal Sara pula kerana hairan Ariff seperti tidak gembira.
" Ok…jom balik". Balas Ariff bersahaja sambil membantu isterinya turun dari katil. Masih terngiyang-ngiyang di telinganya suara lelaki itu. Semalam sejurus dia pulang, dia membelek lagi telefon isterinya.
' Sombong sangat ya sekarang?tak kan dah lupa saya…sedih lah macam ni'. Ariff membaca mesej yang baru masuk di telefon isterinya. Ariff segera mendail nombor pemilik mesej tadi. Sengaja dia mendiamkan diri menanti orang di hujung talian memulakan bicara.

" Hello, sayang..Tuhan je tahu gembiranya saya bila awak telefon…awak sihat?". Ariff hanya mendengar.
" Kenapa tak nak cakap?saya rindu nak dengar suara awak…". Pemilik talian berbicara lagi. Ariff menahan rasa. Akhirnya dia mematikan talian.
" Abang..". Tegur Sara lagi kerana dilihat suaminya mengelamun.
" Mm..".
" Abang kenapa? Tak sihat?".
" Taklah..jom..abang hantar Sara rumah mama ya? Abang kena pergi Pulau Pinang hari ni sampai esok..".
" Kalau Sara duduk rumah je tak boleh?". Balas Sara seperti meminta simpati. Ariff merenung tajam wajah isterinya.
" Ok..Sara duduk rumah mama". Ujar Sara lagi apabila renungan tajam itu seolah menggertaknya.
" Abang tak nak apa-apa jadi kat Sara nanti…tinggal rumah mama ada teman". Ujar Ariff pula sekadar menutup kata.
" Ok". Balas Sara sambil memeluk lengan suaminya. Ariff hanya membiarkan. Hatinya tidak keruan memikirkan siapa lelaki yang berhubung di telefon isterinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………...

" Abang…". Panggil Sara lembut. Waktu itu mama dan papa hanya menjadi pemerhati. Ariff hanya berpaling sikit. Sara segera menghampiri suaminya kemudian disalami tangan suaminya.
" Hati-hati bang". Ujar Sara lembut sambil melemparkan senyuman. Ariff hanya mengangguk namun endah tak endah. Sara hairan melihat suaminya, namun dibiarkan sahaja. Akhirnya dia hanya melihat dari jauh Ariff pergi tanpa menoleh sedikit pun kepadanya.
" Sara dengan Ariff ada masalah ke?". Soal mama lembut setelah papa berlalu ke dapur.
" Entahla ma..Sara rasa ok je..tak tahu kenapa abang tiba-tiba macam tu…mungkin Sara ada buat salah apa-apa agaknya". Balas Sara sambil tersenyum hambar. Mama mengusap perlahan bahu menantunya.

" Tak ada apa lah tu..mungkin dia nak cepat..Sara jangan ambil hati ye?".
" Tak apa ma..". Balas Sara lagi.
" Dah lah..Sara pergi rehat kat atas…mama nak pergi pasar dengan papa kejap, ke Sara nak ikut?".
" Tak pe lah ma…Sara letihlah..lagi pun doctor nasihat jangan aktif sangat kan?".
" Mm..yelah..betul juga…mama pergi dulu ya?". Ujar mama lagi setelah papa kelihatan ke ruang tamu sambil memegang kunci kereta.

"Baiklah ma…".
" Sara pergilah rehat kat bilik…nanti apa-apa telefon papa ye". Ujar papa pula sambil melemparkan senyuman. Sara hanya mengangguk. Tidak lama kemudian dia berlalu ke biliknya di tingkat atas. Dia mendail nombor suaminya menggunakan telefon rumah di biliknya.
" Hello abang…assalamualaikum".
" Waalaikumussalam..kenapa Sara?".
" Tak ada apa..abang ok?".
" Ok je..Sara ok ke?".
" Sara ok..Cuma rindu kat abang..".
" Abang baru je pergi tak sampai 10 minit, tak kan dah rindu?".
" Rindu sangat-sangat". Balas Sara manja.
" Esok abang balik…Sara jaga diri".
" Ok..abang pun..assalamualaikum".
" Waalaikumussalam". Sara mematikan talian setelah mendengar suaminya menjawab salam. Hatinya lega kerena dapat mendengar suara suaminya kedengaran biasa. Mungkin tadi suaminya benar-benar nak cepat. Sara mengambil tempat di katil kemudian merehatkan dirinya di situ.











Tuesday, July 26, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 45

" Alhamdulillah, kandungan isteri encik selamat..Cuma berlaku sedikit pendarahan..saya nasihatkan isteri encik diberikan rehat yang lebih cukup dan elakkan terlalu aktif untuk tempoh terdekat…". Ariff menarik nafas lega. Namun otaknya ligat berfikir. Setahunya, Sara memang banyak dihalang melakukan kerja dan dia sentiasa mengawasi isterinya, Cuma mungkin ini semua di luar jangkaan mereka.
" Terima kasih doctor…boleh saya bawa isteri saya balik?".
" Saya nasihatkan biar isteri encik berehat di hospital untuk sehari dua…mungkin dia perlukan ketenangan". Balas doctor muda itu sambil melemparkan senyuman manis buat Ariff.

" Baiklah doctor, terima kasih". Ujar Ariff sambil tersenyum kelat. Setelah doctor itu berlalu, Ariff juga melangkah perlahan menghampiri bilik isterinya. Waktu jelas kelihatan Sara terbaring dan sedang lena tidur. Ariff melangkah masuk kemudian menuju ke hujung sudut bilik rawatan itu. Ariff membuang pandang ke arah tingkap dihadapannya.

Akhirnya dia mengeluh perlahan, kemudian berpaling dan bersandar ke tingkap sambil menatap wajah isterinya dari jauh. Lama ditatapnya, baru dia perasan ada ruang keresahan di wajah itu. Namun dia sendiri tidak mengerti apakah sebabnya. Setahunya dia dan Sara sekarang bahagia, Cuma Sara dilihat seakan-akan menyembunyikan sesuatu. ' Telefon'. Getus Ariff sendiri. ' Adakah ada kena mengena dengan panggilan tidak berjawab di telefon isterinya'. Ariff menghampiri isterinya. Dia mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil isterinya.

" Apa masalah Sara sebenarnya?". Bisik Ariff sambil mengelus lembut tangan isterinya. Sekali lagi Ariff merenung wajah isterinya. Tidak sedar waktu itu mama dan papa melangkah masuk ke bilik dan menghampiri mereka.
" Macam mana dengan Sara Riff?". Soal mama tidak sabar.
" Riff!". Tegur mama perlahan. Ariff tersentak kemudian memandang ke arah pemilik suara.
" Mama…papa". Ujar Ariff sambil tersenyum nipis.
" Sara macam mana?". Soal papa pula. Mama sekadar mengangguk.

" Alhamdulillah…Sara dan kandungan dia taka pa-apa..Cuma ada berlaku sedikit pendarahan..doktor kata Sara perlukan rehat yang lebih".
" Alhamdulillah". Balas mama dan papa serentak.
" Kenapa kamu termenung tadi?kami masuk pun tak perasan". Soal mama sambil mengambil tempat berhadapan dengan Ariff. Di situ terletak satu kerusi. Ariff bangkit kemudian member laluan kepada papanya.
" Tak ada apa ma..Ariff penat…". Balas Ariff pendek.
" Mmm, kenapa kamu pakai pakaian pejabat lagi ni?". Soal papa sambil melirik dari atas ke bawah kepada anaknya.

" Ariff balik lewat malam tadi…,balik kerja terus terlena…bila bangun, Sara sediakan air panas untuk Ariff mandi..tiba-tiba jadi macam ni..tak sempat nak tukar". Balas Ariff panjang lebar. Mama dan papa sekadar mengangguk.
" Abang..". Ariff segera merapati isterinya apabila mendengar panggilan Sara.
" Ya, abang kat sini…Sara ok?". Soal Ariff lembut. Sara menyelak selimut yang menutupi perutnya. Dia menyentuh perutnya perlahan. Dia tersenyum apabila dapat merasakan gerakan janin di dalam tubuhnya.

" Alhamdulillah". Ucap Ariff seolah mengetahui apa yang sedang bermain di fikiran isterinya.
" Sara kena banyak berehat, kurangkan aktif untuk masa ni…pendarahan boleh berlaku dalam macam-macam situasi, Sara kena hati-hati ye..". Nasihat mama sambil menyentuh bahu menantunya. Papa sekadar menjadi pendengar.
" Baik ma..Sara akan lebih hat-hati".
" Ariff pergilah balik dulu,,,mandi dan rehat. Biar mama jaga Sara kat sini". Arah mama lembut.
" Tapi ma…".
" Baliklah dulu, papa tengok kamu pun letih sangat…kalau kamu sakit nanti, siapa nak jaga Sara…". Ujar papa pula member arahan lebih tegas. Ariff dan Sara bertemu pandang. Sara mengangguk perlahan kepada suaminya.

" Abang balik kejap, siap mandi abang datang semula ya?".
" Sara rasa ada baiknya abang datang siang nanti je..lagi pun dah pagi ni…abang mesti penat…rehatlah dulu kat rumah…Sara boleh jaga diri Sara, jangan risau".
" Ok lah, kalau Sara dah cakap macam tu…abang balik dulu. Nanti abang datang". Balas Ariff sambil mengucup perlahan dahi isterinya. Sara sekadar mengangguk. Ariff berlalu setelah itu.
" Mama dengan papa…Sara tak kisah je tinggal sini, Sara tak nak susahkan mama dan papa…".
" Tak apa…biar mama temankan kamu…".Sara hanya melemparkan senyuman.
" Tidurlah Sara…Sara kena banyak berehat". Ujar papa lembut. Seperti anak kecil Sara hanya menuruti, kemudian dia memejamkan matanya.
" Ma..pa..". Sara membuka mata semula. Mama dan papa serentak memandang menantu mereka.
" Terima kasih". Ucap Sara pendek sambil melemparkan senyum nipis. Mama dan papa sekadar mengangguk.

Monday, July 25, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 44

' Rindu saya tak?'. Sara memadam mesej misteri itu dengan segera. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering. Sara membiarkan. Namun deringan telefon itu nampaknya menganggu tidur suaminya.
" Sara…kenapa tak angkat telefon tu?". Soal Ariff dari atas katil. Ketika itu Sara duduk di sofa berhadapan katil dalam bilik tidur mereka. Ariff yang baru pulang kerja jam 10 malam tadi terlena kepenatan. Sara segera menekan butang merah di telefonnya.

" Maaf bang…Sara tak perasan tadi". Ariff bangkit dari pembaringan. Dia melemparkan senyuman nipis kepada isterinya.
" Letihnya abang hari ni…". Ujar Ariff lembut.
" Nak Sara masak air panas untuk abang mandi?". Ujar Sara pula sambil cuba bangkit perlahan.
" Eh, tak payah…". Tegur Ariff cepat. Sara masih juga bangkit, kemudian mengambil tempat di sisi suaminya.
" Mandi air panas kan selesa nanti..Sara masak kejap ye..". Sara berlalu. Ariff hanya membiarkan. Ariff bangkit dan menuju ke arah sofa tempat isterinya duduk tadi. Segera dicapai telefon bimbit milik isterinya. Dibuka ruangan panggilan tidak berjawab. Ada 10 panggilan tidak berjawab dengan pemanggil yang sama. Dahinya berkerut sedikit, namun akhirnya dia meletakkan kembali telefon milik isterinya ke tempat asal.

" Abang…".
" Ya…abang datang". Ariff berjalan menuju ke pintu bilik air.
" Kenapa ni?". Soal Ariff kaget apabila melihat isterinya berkerut menahan sakit.
" Darah..". Ujar Sara perlahan sambil menyelak sedikit kainnya. Ariff nampak terkejut.
" Hah? Kenapa?". Balas Ariff sambil memaut tubuh isterinya. Sara memegang perutnya yang sedikit membesar sambil meminta simpati suaminya. Ketika ini usia kandungannya baru mencecah 4 bulan. Ariff segera mencempung tubuh isterinya lalu beredar keluar dari bilik air.
" Kita pergi hospital..".Ujar Ariff membuat keputusan. Sara sekadar mengangguk. Mereka terus ke hospital.
" Sara takut bang…".
" Sshhh…abang ada, jangan risau". Ariff cuba menenangkan isterinya.

Sunday, June 5, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 43

" Sara…Sara…". Panggil Ariff lembut sejurus keluar dari bilik air. Namun tiada suara yang menyahut. Juga tidak kelihatan di sekitar bilik.
' Mana pula Sara ni?'. Getus Ariff dalam hati. Dia menyarung seluar dan t-shirt biasa. Setelah itu dia keluar dari bilik mencari isterinya.
" Sara…". Panggil Ariff lagi.
" Kat bawah agaknya". Ariff segera menghayun langkah menuruni tangga dan bergerak ke ruang tamu rumah mereka.

" Sara kat mana ni? Puas abang panggil tak sahut". Ujar Ariff sendiri. Ariff melangkah ke ruang dapur pula.
" Sa…Sara!". Ariff menjerit kuat. Dia menghampiri tubuh isterinya yang terbaring di atas lantai di dapur. Segera dipangku kepala isterinya.
" Sara…Sara..". Panggil Ariff agak kuat sambil menepuk perlahan pipi isterinya.
" Itu lah..degil abang cakap..tak nak dengar…". Bebel Ariff kaget. Segera dia mencempung tubuh isterinya menuju ke kereta. Dengan kadar segera dia memandu ke hospital berhampiran.

" Macam mana isteri saya doctor?". Tanya Ariff gelisah.
" Sabar encik…isteri encik tak ada apa-apa…ini Cuma symptom biasa…tapi saya nasihatkan dia banyakkan berehat…".
" Maksud doctor?". Soal Ariff lagi. Doktor muda itu melemparkan senyuman manis buatnya. Ariff mengangkat kening kepada wanita di hadapannya.
" Isteri saya….". Ariff tidak menghabiskan katanya.
" Ya..isteri encik mengandung 3 bulan…". Sekali lagi doctor muda itu tersenyum padanya.
" Doktor tak bergurau kan?". Ariff seakan tidak percaya sangkaannya benar-benar berlaku. Dia sangat menggimpikan saat ini buat kali kedua setelah peristiwa dulu.

" Saya tak bergurau…encik boleh bawa isteri encik pulang sekarang…tapi ingat jangan lupa beri dia makan ubat dan bawa dia ke hospital seperti waktu yang telah ditetapkan".
" Terima kasih doctor..terima kasih banyak-banyak". Ariff tersenyum mesra. Segera dia bangkit dan menemui isterinya di bilik rawatan.
" Terima kasih sayang…". Ujar Ariff begitu lembut di pendengaran Sara. Ariff mengucup dahi isterinya perlahan.
" Sara tunggu saat ni bang". Balas Sara sambil mencium tangan suaminya. Ariff mengangguk-nganggukkan kepalanya.
" Abang tahu..alhamdulillah…syukur pada Tuhan sayang, Dia perkenankan doa kita". Sara melemparkan senyuman. Waktu itu ada air jernih mengalir dari tubir matanya, yang pasti rasa terharu ini bersatu dengan syukur yang amat mendalam. Ariff mengesat air mata isterinya lembut.
" Patutlah perangai Sara pelik sangat…rupanya ada anak papa ye dalam ni?". Ujar Ariff sambil menyentuh lembut perut isterinya. Sara tertawa bahagia.

Friday, June 3, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 42

" Jomlah kita pergi klinik ye?". Puas Ariff memujuk isterinya dari tadi.
" Tak nak lah..Sara banyak kerja lah bang..".
" Muka Sara dah pucat sangat ni, abang risaulah macam ni..jom lah, kita pergi sekejap je".
" Ala, Sara taka pa-apa lah..abang je fikir bukan-bukan…dah lah..abang pergi mandi dulu..Sara nak siapkan kerja ni". Sara meneruskan kerjanya. Sejak Ariff pulang dari kerja tadi, Sara asyik sibuk dengan kerja di hadapan laptopnya.
" Sara ni degillah". Akhirnya Ariff melabuhkan punggungnya di atas tilam berhadapan isterinya. Sara tidak mengendahkan. Dia masih sibuk dengan kerjanya.
" Kepala abang sakitlah…Sara boleh tolong picitkan?". Ariff sekadar memancing isterinya. Sara hanya memandang sekilas.

" Mm, ". Sara bangkit perlahan, langkah di atur perlahan menghampiri suaminya.
" Sakit kat mana?". Soal Sara lembut.
" Sini". Balas Ariff perlahan sambil meletakkan tangan Sara di atas dadanya.
" Tadi kata sakit kepala?".
" Sakit kat sini lagi sakit…".
" Nak urut macam mana?". Soal Sara lurus. Ariff menggelengkan kepalanya perlahan.
" Apa yang sibuk sangat sampai kerja tu Sara kena selesaikan cepat…esok kan cuti..".
" Tadi kata sakit, membebel kat Sara pula ni kenapa?".
" Abang Cuma ajak Sara pergi klinik..muka Sara pucat ni". Ujar Ariff lembut sambil menyentuh pipi isterinya perlahan.

" Kan Sara kata, Sara tak sakit..muka Sara memang macam ni…abang yang merepek…baringlah..Sara urut kepala abang..memang abang ni sakit kepala ". Ariff mengeluh perlahan.
" Kenapa mengeluh?". Soal Sara lagi.
" Abang nak Sara dengar cakap abang..kita pergi klinik lepas maghrib ni…abang nak confirmkan…". Kata-kata Ariff terhenti di situ.
" Confirmkan apa?".
" Jom je lah..Sara pergi siap, abang mandi dulu…".
" Nak pergi klinik sebab abang sakit ke?".
" Bukan abang..Sara".

" Sara malaslah nak layan abang macam ni..dah banyak kali Sara cakap, Sara tak sakit, tak sakitlah…". Ujar Sara kemudian mengeluh perlahan.
" Apa masalahnya kalau kita pergi klinik..suruh doctor cek..mungkin Sara ada sakit apa-apa ke". Geram Ariff dengan sikap isterinya kali ini.
" Nak cek apa pula? Sara sihat je…abang ni buat Sara pening kepala lah…tadi kata abang sakit kepala, lepas tu sakit dada, lepas tu Sara pula jadi mangsa".
" Ok lah..abang tak paksa…suka hati Sara lah…abang nak mandi". Ariff akhirnya mengalah. Sara menilik wajahnya di cermin meja solek di hadapannya.
" Pucat ke? tak lah…". Ujar Sara perlahan. Waktu itu Ariff sudah berada di kamar mandi.

Friday, May 27, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 41

" Nak pergi mana?". Soal Ariff kepada isterinya.
" Mandi".Balas Sara ringkas lantas mencapai tuala. Ariff menyentuh lengan isterinya perlahan.
" Malam ni je, dah berapa kali Sara mandi..kenapa ni?".
" Sara panaslah…".
" Pasang air-cond pun panas lagi?Sara ni biar betul…abang tengok dah lebih tiga kali Sara mandi…tak baiklah Sara mandi malam-malam, banyak kali pula tu…". Ujar Ariff lembut.
" Ala, Sara tak tahan..Sara mandi je lah..bukan apa..sekejap je ye?". Balas Sara juga lembut.

" Tak boleh..abang tak izinkan…Sara ni merepek mandi banyak kali malam-malam hari ni…dah, tidur je..abang kuatkan air-cond". Pujuk Ariff lagi.
" Abang nak tegah-tegah Sara ni kenapa?". Soal Sara merenung suaminya. Ariff terpempan dengan soalan isterinya.
" Sara…". Tegur Ariff masih lagi lembut. Sara akhirnya tertunduk.
" Abang risaulah tengok Sara macam ni..kita pergi klinik nak?".
" Buat apa?Sara bukan sakit".
" Habis tu, perangai pelik macam ni…".
" Nak mandi pun pelik ke?".

" Mandi tak pelik..tapi mandi banyak kali dalam masa yang singkat memang pelik..".
" Ye lah..Sara tidur". Sara lantas baring dan menarik selimutnya. Ariff menggeleng perlahan. Perangai isterinya malam ini memang pelik. Tangannya tetap mencapai alat kawalan air-cond dan menurunkan suhu bagi menyejukkan lagi suasana ruang bilik mereka.
" Sara tidur dulu ye..abang ada kerja kena siapkan". Sara hanya diam. Ariff dapat mendengar esak kecil isterinya, lantas dia mengambil tempat di sisi isterinya.
" Kenapa pula ni? tak kan abang tak bagi mandi nak menangis?". Sara masih membisu. Namun bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Ariff menyentuh bahu isterinya lembut.
" Sara..pandang abang…". Sara tidak berganjak.
" Sara…". Ariff masih sabar memujuk.

" Sara nak tidur, abang pergilah buat kerja". Balas Sara akhirnya. Ariff beralih tempat menghadap isterinya. Tadi posisinya berada di belakang Sara.
" Sara…Sara bukan orang yang macam ni tau sebelum ni…kenapa ni?Sara ada masalah ke?". Soal Ariff lembut memujuk.
" Tak ada apa…ok, Sara minta maaf tadi". Akhirnya Sara bangkit daripada pembaringan. Ariff merenung isterinya.
" Sara tahu kan, Sara tak boleh berbohong dengan abang…". Ujar Ariff lagi sambil mengesat air mata isterinya dengan tangan. Sara hanya membiarkan.
" Tak Sara tak bohong abang..Sara ok..Cuma Sara panas..tu je..tapi tak apalah…betul cakap abang, tak baik mandi malam..banyak kali pula tu…".
" Mm,,,tahu pun..dah, tak apalah..Sara tidur dulu..tapi sebelum tu, kenapa Sara menangis?".

" Entah".
" Pulak? Dia menangis, dia tak tahu sebab apa". Sara hanya tersenyum manja.
" Macam-macam lah isterinya abang ni..dah lah..tidur ye..". Ujar Ariff sambil menggosok perlahan rambut isterinya. Sara sekadar mengangguk.
" Pakailah selimut".
" Tak naklah..panas".
" Tapi sejuk ni..abang pasang air-cond kuat".
" Tak apa..Sara memang panas pun".
" Ye lah..Sara tidurlah…". Ariff akhirnya mengalah. Dia tidak mahu bertelagah lagi. Ariff bangkit meninggalkan isterinya. Dia selesai menyiapkan kerjanya sehingga lewat pukul satu. Sebelum tidur, dia menaikkan suhu air-cond dan menyelimutkan isterinya. Waktu itu, Sara sudah lena dibuai mimpi.

Monday, May 16, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 40

" Kenapa Sara? Sara nampak macam gelisah je.." Soal Ariff lembut. Sara memandang suaminya sekilas.
" Tak…Sara ok je bang…". Ariff melemparkan senyuman. Dia tahu isterinya berbohong. Namun dia tidak mahu memaksa.
" Abang percayakan Sara kan?". Soal Sara pula.
" kenapa Sara Tanya macam tu?".
" Saja…kenapa tak boleh ke?". Ariff memandang isterinya hairan.
" Bukan tak boleh, Cuma abang peliklah sayang Tanya abang macam tu…".
" Saja…". Sara melemparkan senyuman. Niatnya mati begitu sahaja. Dia tidak mahu Ariff mengesyaki yang negative tentangnya.

" Macam-macamlah Sara ni…". Akhirnya Ariff tergelak kecil. Sara hanya mengangkat bahu.
" Sara ni kenapa sebenarnya?cuba terus terang dengan abang, bagi abang faham kedudukan sebenar…". Soal Ariff lagi apabila melihat isterinya seakan merahsiakan sesuatu.
" Sara…". Kata-kata Sara mati di situ apabila ada suara orang member salam. Ariff memandang kea rah pintu seketika, sebelum matanya bertaut dengan pandangan isterinya yang kelihatan sangat redup.
" Sara pergi buka pintu..". Ariff menegah perlahan isterinya.
" Biar abang tengok…". Sara tidak jadi bangun, namun apabila dia mendengar suara lelaki segera dia beredar ke dapur. 10 minit kemudian, Ariff menghampirinya sambil membawa satu beg plastic.

" Siapa bang?". Soal Sara lembut.
" Jiran sebelah…katanya buah dari kampong".
" Buah apa?". Soal Sara lagi.
" Mempelam…tapi muda lagi". Ariff mengeluarkan buah tadi dari plastic kemudian meletakkan ke dalam raga di atas cabinet dapur. Sara yang pada mulanya hanya memerhati, bangkit menghampiri suaminya.
" Sedapnya..terliur Sara…". Ujar Sara perlahan sambil mencapai buah tadi. Ariff merenung isterinya.

" Ada makna apa-apa ke?". Ariff menyentuh lembut tangan isterinya. Sara memandang sekilas suaminya.
" Makna apa pula abang ni..kalau dah teringin, kita dapat..kira rezeki lah tu". Sara tidak memahami maksud tersirat suaminya.
" Tak, maksud abang…Sara…". Ariff tidak menghabiskan kata-katanya.
" Mengandung?". Sara menyambung kata suaminya. Ariff mengangguk laju. Sara tergelak perlahan sambil mengambil tempat di kerusi meja makan mereka. Ariff juga bertindak begitu.

" Kenapa gelak? Betul ke Sara mengandung?". Wajah Ariff berseri-seri.
" Mana ada lah…abang ni sama je dengan Balqis..merepeklah…". Ujar Sara lagi sambil menyuap ke mulut mempelam yang telah di hiris ke dalam piring.
" Tak masam ke?".
" Masam juga…tapi sedap..abang tak nak ke?". Soal Sara sambil mengunjuk kea rah piring di hadapan mereka.
" Tak nak lah…abang bukan suka masam-masam ni…tadi kita tak habis bincang..Sara nak cakap apa?". Soal Ariff ingin tahu. Sara memandang suaminya sekilas.
" Tak ada apalah..entah Sara dah tak ingat". Sara menghabiskan buah tadi kemudian dia bangkit menuju ke sinki. Ariff hanya menjadi pemerhati.
" Jom bang…". Ujar Sara mengajaknya suaminya meninggalkan dapur. Sara menghulurkan tangan kepada suaminya. Ariff menyambut huluran isterinya. Mereka mengambil tempat di ruang tamu. Agak lama mereka menghabiskan masa bersama di situ. Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam, barulah mereka masuk tidur, itu pun setelah Sara lena di pangkuan Ariff.

Saturday, May 14, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 39

Sara duduk di sisi suaminya. Ariff leka memerhatikan anak kak Fira sedang asyik bermain dengan abangnya. Sara menoleh sebentar kepada Ariff, kemudian mengalihkan pandangannya kepada anak kak Fira. Ibu yang baru tiba dari dapur sambil membawa sepinggan kuih dan duduk di sisi Sara. Ibu perasan Sara hanya menunduk. Ariff pula masih leka memandang anak saudaranya. Ibu tahu anak dan menantunya itu sangat terkilan kerana kematian zuriat mereka sebelum ini.

“ Ariff…makan kuih ni”. Ariff menoleh kepada ibu mertuanya.
“ Ya…bu”. Ujar Ariff sambil memandang isterinya.
“ Comel kan anak kak Fira…petah pulak tu”. Ujar Ariff kepada Sara. Sara hanya tersenyum. Tetapi Ariff perasan senyuman isterinya hambar.
“ Sara…”. Ariff menggenggam erat tangan isterinya. Ibu hanya memerhati.
“ Kita sabar ye sayang…insyaallah ada rezeki kita nanti…”. Ujar Ariff lembut sambil mengusap tangan isterinya perlahan dengan sebelah lagi tangannya. Sara hanya mengangguk. Ibu mengusap perlahan bahu anaknya. Sara melemparkan senyuman. Telefon Sara berdering.

" Hello..assalamualaikum..hello..hello?". Talian dimatikan.
" Siapa sayang?". Soal Ariff perlahan. Sara hanya mengangkat bahu. Telefonnya bordering lagi. Ariff merenung isterinya.
" Biar abang angkat..". Ariff mengambil telefon dari tangan isterinya.
" Hello…siapa ni?". Sekali lagi talian dimatikan.
" Siapa bang?". Soal Sara.
" Entah..terus letak pulak…kawan Sara agaknya…dengar suara abang terus letak". Ariff melemparkan senyuman kepada ibu. Seurus itu telefon diserahkan semula kepada isterinya.

" Abang nak keluarlah…ambil angin…". Bisik Ariff kepada isterinya.
" Abang keluarlah dulu…Sara nak buat air sekejap…nanti Sara keluar ye..". Ariff sekadar mengangguk. Sara berlalu ke dapur. Telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Sara meletakkan cawan di dalam dulang. Air yang sudah siap di buat tadi, diletakkan sama. Dulang itu di angkat dan diletakkan di atas meja makan dihadapannya.
' Awak sihat? Lama tak dengar suara…rindu'. Sara terkejut membaca mesej itu. Lantas dia memdamkan mesej tadi. Sara menyimpan telefon di dalam poket seluarnya, lantas membawa dulang tadi ke ruang tamu.

" Ariff ke mana Sara?". Soal ibu apabila melihat Sara meletakkan dulang di hadapannya.
" Ada dekat luar bu…".Balas Sara pendek.
" Sara keluar ye bu..". Ujar Sara sambil menatang secawan air.
" Kuih ni tak bawa?".
" Tak apalah bu…abang nak air je agaknya". Balas Sara sambil tersenyum. Ibu membalas senyuman anaknya.
" Air bang…". Tegur Sara sambil menghulur air kepada suaminya. Ariff lantas menyambut cawan daripada tangan isterinya. Dia meneguk air itu kemudian meletakkan cawan itu di meja sisi.

" Abang fikir apa?". Soal Sara apabila suaminya hanya termenung memandang jalan di hadapan rumahnya.
" Tak ada apa…abang Cuma terfikir waktu-waktu kita mula kahwin dulu…". Ariff melemparkan senyuman.
" Malu Sara nak ingat bang..". Balas Sara sambil menyandarkan badannya ke bahu Ariff.
" Nak malu apa…Sara tahu tak, kali pertama abang lihat wajah Sara, abang sebenarnya dah jatuh cinta pandang pertama pada Sara…waktu tu, abang rasa, abanglah lelaki paling bahagia kerana memiliki wanita secantik Sara…". Sara tergelak mendengar luahan suaminya.

" Apalah abang ni…buat malu Sara je…". Sara memukul perlahan peha suaminya.
" Betul..abang tak bohonglah…". Ariff merenung mata isterinya.
" Eleh…ya lah tu…entah-entah belakang Sara, abang terbeliak mata lihat perempuan lain kan..". Sara sengaja ingin melihat reaksi suaminya.
" Memang pun..bukan setakat abang terbeliak mata lihat mereka tu, abang siap kenyit mata dan goda mereka lagi…Sara bukan tak tahu, suami Sara ni, lelaki idaman ramai wanita….silap-silap hari bulan, mereka tu pula terbeliak lihat abang yang sangat macho ni…".
" Wek…perasanlah abang ni..". Sara tergelak besar.

" Betul apa, Sara bertuah tahu sebab abang ni suami Sara". Ariff makin galak menyakat.
" Ya lah…bertuah sangat-sangat…". Sara menjeling manja kepada suaminya.
" Kenapa?Sara tak rasa bertuah ke?". Ariff sudah mula serius.
" Bertuah". Balas Sara pendek sambil melentokkan kepalanya ke bahu Ariff.
" Sara bertuah sangat-sangat sebab dianugerahkan suami macam abang…Sara lah isteri paling bahagia tahu…". Ariff menggenggam erat tangan isterinya.
" Abang pun bertuah dianugerahkan Sara dalam hidup abang". Sara melemparkan senyuman. Ariff membalas senyuman itu dengan mencubit pipi isterinya.

" Sakitlah bang..".Tiba-tiba telefonnya bergetar lagi. Ariff memberi ruang kepada isterinya. Sara segera mencapai telefon dengan tangan, lantas membuka mesej yang diterima. Waktu itu Ariff leka menilik jari tangan Sara yang digenggamnya tadi.
' Sombong sekarang ya? Tak sudi balas mesej saya lagi'. Sara menelan air liur. Segera dipadam mesej itu.
" Siapa Sara?". Soal Ariff yang masih lagi menggenggam tangannya. Segera Sara menyimpan telefonnya ke dalam poket.
" Alah, iklan bang…biasalah promosi entah apa-apa". Bohong Sara. Ariff sekadar mengangguk.

" Ariff!". Ibu muncul di muka pintu.
" Ya, bu".
" Ayah panggil kamu ke dapur…katanya nak minta tolong sikit". Ujar ibu sambil tersenyum. Ariff lantas bangkit. Tangan Sara masih digenggam seperti tadi.
" Abang..". Tegur Sara sambil matanya menghala kea rah tangannya yang masih erat digenggam Ariff.
" Owh…lupa". Ariff tersenyum mesra pada ibu mertuanya. Ibu membalas senyuman itu. Ariff melangkah pergi meninggalkan isteri dan ibu mertuanya, manakala ibu mengambil tempat di sisi anaknya. Mereka berbual mesra.

Friday, May 13, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 38

" Sayang…sayang..". Ariff menepuk perlahan bahu isterinya. Waktu itu Sara sudah terlena atas sofa di ruang tamu rumah mereka. Sara masih tidak sedar.
" Sara…kenapa tidur kat bawah ni?". Sara masih hanyut dalam tidurnya.
' Lena betul'. Getus Ariff sendiri. Lantas dengan hati-hati dia mengangkat tubuh isterinya. Beberapa saat dia merenung wajah isterinya. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Langkahnya terhenti apabila Sara tiba-tiba terjaga. Waktu itu dia sudah menapak tangga menuju bilik mereka di atas.

" Sayang dah bangun?". Ariff membetulkan dukungannya.
" Eh, kenapa abang angkat Sara?". Soal Sara sambil menggosok matanya perlahan.
" Dah Sara tak sedar tadi, abang kejut..Sara lena sangat tidur..penat ya?".
" Turunkanlah Sara…kesian abang". Ujar Sara sambil tersenyum manja. Namun Ariff meneruskan langkahnya.
" Abang ni…malu lah Sara".
" Bukan ada orang pun sayang..kita dua je..apa nak malu". Ariff tersenyum sendiri. Hati-hati Ariff meletakkan tubuh isterinya ke katil. Sara duduk bersila di atas katil. Ariff mengambil tempat di sisi isterinya.

" Lambat abang balik?". Soal Sara sambil membantu suaminya menanggalkan stokin dan tali leher. Ariff hanya membiarkan.
" Mm, banyak kerja sayang…esok pagi abang ada mesyuarat". Balas Ariff sambil membuka butang bajunya.
" Owh, abang dah makan?".
" Dah…sayang dah makan belum?". Sara sekadar mengangguk. Ariff melemparkan senyuman. Sara mengubah posisi berada di belakang suaminya, lantas tangannya mengurut perlahan bahu suaminya.
" Thanks sayang…". Ujar Ariff lembut. Sara hanya tersenyum manis.

" Kenapa sayang tidur kat bawah tadi?". Soal Ariff.
" Sara tunggu abang…tapi terlena pula".
" Lain kali Sara tak payah lah tunggu abang kat bawah…tidur je dulu ok kalau abang balik lewat". Sara hanya diam.
" Abang tak nak Sara susah..". Ujar Ariff lagi apabila isterinya hanya membisu.
"Mm…". Balas Sara pendek.
" Abang nak mandi…Sara tidurlah dulu..". Ujar Ariff sambil menyentuh tangan isterinya. Sara sekadar mengangguk. Ariff bangkit dan melangkah perlahan.

" Sara sayangkan abang!". Ujar Sara tiba-tiba. Ariff berpaling ke arah isterinya sambil tersenyum.
" Abang tahu…abang pun sayangkan Sara juga". Ariff menghampiri isterinya kemudian mengucup perlahan dahi isterinya. Sedang Sara mencium lembut tangan suaminya. Setelah itu lama mata mereka bertemu dalam kebisuan yang panjang.
" Sayang ni, nanti abang tak jadi mandi pula". Ujar Ariff sambil mengenyitkan matanya. Sara segera melepaskan tangan suaminya. Dia tahu Ariff sekadar mengusik. Ariff bangkit dalam gelak kecil melihat isterinya tertunduk malu. Sara baring setelah suaminya melangkah masuk ke kamar mandi.

Thursday, May 12, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 37

' Sayang, abang balik lambat petang ni'. Sara membaca mesej yang baru diterima, Waktu itu dia baru selesai menyudahkan kerjanya. Sara mengeluh perlahan.
" Kenapa Sara?". Soal Balqis yang terdengar temannya mengeluh.
" Ariff, balik lambat…". Balas Sara lemah.
" Kau balik tumpang aku jelah". Pelawa Balqis sambil melemparkan senyuman.
" Tak susahkan kau ke?".
" Mengada kau ni…dengan kau tak ada istilah susahnya". Ujar Balqis sambil mengemas meja.

" Ok..". Sara melemparkan senyuman. Tiba-tiba telefonnya berdering. Segera diangkat.
" Hello…sayang, boleh sayang balik naik teksi petang ni?". Soal Ariff lembut.
" Abang balik pukul berapa?". Soalan Ariff tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan.
" Mungkin malam, abang ada kerja kena siapkan…Sara tak kisahkan balik naik teksi?".
" Tak kisah…tapi tak apalah, Sara tumpang Balqis…".
" Mmm, lagi bagus macam tu…ok, abang kena letak telefon dulu..hati-hati ya, sampaikan terima kasih abang pada Balqis ya…bye, sayang..assalamualaikum".
" Ok, abang pun…jangan balik lambat sangat…waalaikumsalam".
" Ok, sayang". Talian dimatikan. Sara mengeluh lagi.
" Kau ni asyik mengeluh je, kenapa?". Soal Balqis lagi.
" Entahlah…sejak akhir-akhir ni, hati aku rasa tak sedap". Balas Sara lemah.

" Kenapa pulak?".
" Entah…aku sendiri tak faham…tak baik kan mengeluh". Balqis sekadar mengangguk dan melemparkan senyuman.
" Dah lah Sara, kau jangan fikir bukan-bukan…mungkin kau terlalu banyak fikir, sebab tu macam-macam perasaan kau rasa". Balqis sekadar mahu menyedapkan hati temannya.
" Mungkin juga, tapi ada kemungkinan aku ni manja sangat kan?". Balqis tergelak kecil.
" Kenapa kau gelak?".
" Taklah…rasa macam kelakar aku dengar, kau mengaku sendiri". Balqis menghabiskan tawanya.
" Mm, aku mengaku…aku perasan sangat-sangat, dulu aku tak macam ni". Ujar Sara serius.
" Biasalah tu..tak salah pun, dengan suami kau juga kan". Sara hanya melemparkan senyum.

" Dah siap? Nak balik?". Soal Balqis.
" Dah…jom".
" Ok, jom…".
" Qis, boleh singgah kat kedai kek yang kita pergi minggu lepas? Aku teringin lah nak makan cheese cake hari tu". Sara tersenyum manja.
" Ada makna ke teringin kau tu?". Balqis merenung temannya.
" Makna apa pulak kau ni".
" Ya lah…selalu orang perempuan teringin ni, dia….". Balqis sengaja tidak menghabiskan kata.
" Merepeklah kau Qis, bukanlah…aku teringin biasa je..tak ada makna apa-apanya". Sara menjeling temannya.
" Mana lah tahu kan…". Balqis masih mahu mengusik.
" Tak..serius tak, boleh tak ni? Aku teringin sangat…tadi konon nak ajak Ariff, tapi dia ada kerja pulak". Ujar Sara sambil memuncungkan mulutnya.
" Janganlah buat muka macam tu, ok…kita singgah nanti…aku tiba-tiba rasa nak makan cuppucino cake…". Balas Balqis sambil tersenyum mesra. Sara sekadar mengangguk.

Monday, May 9, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 36

“ Sara…”. Balqis menegur perlahan temannya. Kelihatan Sara sedang termenung. Sara mengalihkan pandangannya kepada Balqis sambil tersenyum.
“ Apa yang kau menungkan tu?”. Tanya Balqis lembut. Dia tahu Sara masih tidak dapat menerima sepenuhnya kematian bayi yang dikandungnya itu.
“ Tak ada apalah…”. Ujar Sara sambil melemparkan senyuman sekali lagi.
“ Aku faham perasaan kau Sara…sabar ye..”. Balqis merenung temannya itu.
“ Aku ok…jangan risaulah”. Balqis pula tersenyum mesra.
“ Aku tahu kau tabah…insyaallah satu hari nanti ada rezeki lain untuk kau…jom makan”.

“ Kau pergilah…aku tak de selera lah”. Balas Sara lemah.
“ Sara…kau tak boleh seksa diri kau tau…nanti Ariff marah aku pulak sebab tak ajak kau makan..”. Sara merenung temannya itu dengan pandangan tajam.
“ Kenapa pulak Ariff nak marah kau? Dia ada telefon kau ke?”. Tanya Sara serius.
“ Kenapa kau cemburu ke?”. Balqis sengaja mengusik temannya itu.
“ Mana ada…cakaplah dia ada telefon kau ke?”. Tanya Sara lagi.
“ Risau sangat…aku tak kan mengorat suami kau nyelah…mana lah dia ada nombor aku…”. Balas Balqis sambil tersengih.

“ Habis tu?”.
“ Kenapa kau ni…macam cemburu je…”. Balqis semakin galak mengusik temannya.
“ Mana ada…tak pelah…”. Sara pura-pura sibuk membuka fail dan meneruskan kerjanya. Balqis tergelak kecil. Sara merenung teman di hadapannya itu.
“ Kenapa kau gelak?”.
“ Kau ni kadang-kadang cepat terasa ek..merajuk…agaknye kan mesti puas si Ariff tu nak memujuk kau kan…”. Balqis tersenyum nakal.
“ Kau ni…sengaja je tau…”. Sara memuncungkan mulutnya tanda protes. Balqis tergelak lagi.

“ Aduhai…nasiblah kau Ariff…aku gurau je lah tadi…semalam masa Ariff tunggu kau…aku terserempak dengan dia…dia pesan kat aku suruh ajak kau makan setiap kali waktu tengah hari…risau sangat dia kat kau ek…sayanglah katakan…bahagianya hidup…kalaulah Ikhwan macam dia kan best…”. Ujar Balqis bersemangat. Sara hanya tergelak kecil.
“ Gelak pulak dia…jomlah makan…jangan nak banyak alasan”. Balqis menarik tangan temannya perlahan. Sara mencapai beg tangannya kemudian menuriti langkah Balqis.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

“ Riff…jom makan…”. Ajak Shakir hanya bersandar di pintu bilik Ariff.
“ Tunggu kejap…”. Balas Ariff pendek dan tidak menoleh kepada Shakir.
“ Ok..”. Shakir leka membelek telefonnya. Dia memadam mesej di peti masuk. Ariff memandang sebentar ke arah Shakir.
“ Kau buat apa? Mesej awek baru ke?”. Tanya Ariff sambil tersenyum nakal.
“ Merepeklah kau…aku malas lah nak layan awek-awek ni…”.
“ Yeke…kau tak teringin ke nak berumahtangga Kir?”. Tanya Ariff sambil menutup fail di hadapannya.

“ Entah…tak jumpa yang berkenan…menepati citarasa aku…dan boleh go on dengan aku..”.
“ Kau memilih sangat kot Kir…sampai bila kau nak membujang..cuba kau cakap dengan aku…”. Ariff bangkit dari kerusinya kemudian menghampiri temannya itu.
“ Entahlah…belum ada jodoh agaknye…aku nak isteri yang macam Sara”. Ariff merenung tajam temnnya itu. Shakir tergelak kecil.
“ Releks la…aku bukan kata nak kan Sara…aku Cuma kata nak yang macam dia…”. Shakir menepuk perlahan bahu Ariff. Ariff tersenyum mesra.

“ Carilah…tak cari mana nak jumpa…”.
“ Malaslah…ha, Sara dah ok ke?”. Tanya Shakir sambil jalan bergandingan dengan Ariff menuju ke pintu lif.
“ Ok…tapi aku tengok dia sebenarnya masih tak boleh terima kenyataan sepenuhnya, banyak termenung…kurang bercakap…aku faham perasaan dia, aku pun rasa benda yang sama…tapi dia lebih merasainya sebab dia yang mengandungkan anak kami…kadang-kadang aku tak tahu nak cakap apa lagi supaya dia tak bermurung macam tu…entahlah…”. Balas Ariff lemah.
“ Kau kena kuat semangat Riff…dia perlukan kau waktu-waktu macam ni…biasalah tu…lama-lama nanti dia akan boleh terima kenyataan…kau kena bagi semangat pada dia, jangan biarkan dia keseorangan…bila dia bersendiri, dia memang akan teringat pasal tu…”. Ujar Shakir sambil menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan.

“ Betul cakap kau tu…aku memang sedang melakukannya…kita makan kat tempat lain hari ni nak?”. Tanya Ariff serius.
“ Ok je…kat mana?”. Balas Shakir.
“ Kat restoran dekat dengan pejabat Sara…”.
“ Ok”. Shakir memandu mengikut telunjuk Ariff menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Ariff. Setelah sampai mereka mengambil tempat di bahagian tengah-tengah restoran. Ariff memandang sekeliling.
“ Kau cari siapa? Sara ke? Telefon jelah dia…”. Ujar Shakir sambil meletakkan pinggan berisi nasi di atas meja.
“ Eh…tu Ariff…Sara dia macam tengah cari seseorang je…kau ada janji dengan dia ke?
. Tanya Balqis sambil menunjukkan kea rah Ariff.
“ Kau duduk kejap…aku pergi sana”. Balas sara kemudian berlalu.

“ Abang…cari siapa?”. Sara menepuk perlahan bahu suaminya. Shakir hanya tersenyum melihat aksi Sara.
“ Eh Sara…abang cari Saralah…Sara makan sorang je ke?”. Balas Ariff sambil merenung isterinya.
“ Taklah..tu dengan Balqis…kat sana”. Ujar Sara sambil menunjukkan tangannya ke arah Blaqis di hujung sana. Sara tersenyum manja.
“ Dah siap makan ke?”. Tanya Ariff sambil memandang sebentar kea rah Shakir. Shakir tidak lagi menyuap nasi. Dia menunggu Ariff.
“ Belum…tengah makan…abang nak join ke?jomlah…”. Ariff menganggukkan kepalanya.
“ Jom Kir…kita makan kat sana”. Shakir bangkit perlahan. Sara mengambil dua gelas air milik Ariff dan Shakir. Ariff dan Shakir hanya melemparkan senyuman. Mereka mengangkat pinggan masing-masing. Kemudian menuruti langkah Sara menuju ke meja Sara dan temannya yang bernama Balqis itu.

“ Qis…tak pe kan…diorang join kita…”. Tegur Sara sambil meletakkan dua gelas air minuman tadi di a as meja.
“ Yup…sure…”. Balas Balqis sambil tersenyum. Ariff mengambil tempat di sebelah Sara, dan Shakir terpaksa duduk di sisi Balqis.
“ Sikitnya makan…”. Tegur Ariff perlahan. Shakir dan Balqis berpandangan. Mereka tersenyum antara satu sama lain.
“ Abang ni…banyaklah nasi ni…nak suruh Sara gemuk ke…nanti abang menyesal tahu tak kalau Sara gemuk…”. Balas Sara sambil tersenyum mesra. Shakir dan Balqis hanya membiarkan perbualan suami isteri itu tanpa mencelah.
“ Tak lah…Sara gemuk ke. Kurus ke…abang tak kan rasa menyesal atau ralat…jangan risau…makan nasi abang ni…”. Ariff meletakkan nasinya sedikit ke dalam pinggan isterinya.

“ Abang…Sara dah kenyanglah…”. Balas Sara sambil memasamkan mukanya.
“ Makan…abang kata”. Sara membisu namun wajahnya mencuka.
“ Dia memang selalu makan sikit macam ni ke Balqis?”. Tanya Ariff serius. Balqis menganggukkan kepalanya. Sara membeliakkan matanya kepada Balqis. Balqis hanya tersenyum.
“ Dah tak payah nak marah Balqis pulak…makan cepat.”. Ujar Ariff sambil menyembunyikan senyumnya daripada dilihat oleh Sara. Shakir dan Balqis hanya tersenyum. Sara menghabiskan nasi di pinggannya.
“ Kenyang tahu tak..paksa-paksa orang pulak…”. Ujar Sara sambil merenung wajah suaminya.
“ Eloklah kenyang…”. Balas Ariff perlahan. Shakir dan Blaqis tergelak kecil. Sara membuntangka matanya kepada Shakir dan Balqis.

“ Manja…”. Ujar Shakir. Ariff, Sara dan Balqis memandang sesama sendiri. Sara tertnduk malu.
“ Gurau je lah Sara…Riff aku nak yang macam ni lah…nampak macam degil tapi menurut kata…hehe…so sweet…”. Ariff dan Shakir tergelak kuat. Sara dan Balqis saling berpandangan. Mereka tidak memahaminya.
“ Apa abang dengan Shakir gelak-gelak ni? Mengata Sara ye…”. Sara mencubit lengan suaminya perlahan.
“ Sakitlah sayang ni…”. Shakir dan Balqis pula tergelak mesra. Sara menarik muka masam. Ariff pura-pura tidak mengendahkan isterinya.
“ Qis…dah siap kan…jom balik…waktu lunch dah nak habis ni”. Ujar Sara sambil bangkit dari kerusi. Balqis menuruti temannya.

“ Ok, pergi dulu ye…nanti dia merajuk pulak dengan saya…”. Ujar Balqis perlahan smabil tersenyum. Waktu itu Sara sudah berjalan jauh ke depan meninggalkan mereka di meja itu. Ariff tersenyum mesra.
“ Dia memang macam tu, tapi sekejap je tu…alah…merajuk-rajuk sayang”. Mereka bertiga tergelak mesra. Balqis berlari anak mengejar langkah Sara.
“ Kau tak pujuk dia ke Riff?”. Tanya Shakir sambil bangkit daripada kerusinya. Ariff juga.
“ Tak payah…dia elok sendiri nanti…”. Balas Ariff perlahan. Shakir hanya tergelak kecil. Mereka bergandingan menuju ke kereta.
“ Kata tak payah pujuk…tu dok sibuk mesej apanya…”. Ujar Shakir sambil tersenyum. Ariff membalas senyuman itu. Akhirnya mereka tergelak kuat di dalam kereta.

Saturday, May 7, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 35

“ Abang nak air? Sara pergi beli kat sana kejap…”. Ujar Sara sambil matanya dihalakan ke kedai di hadapannya dan Ariff.
“ Biar abang pergi beli…Sara tunggu sini ye”. Balas Ariff dan berlalu. Sara hanya memerhati. Tidak lama kemudian Ariff kembali dengan dua botol air mineral. Dihulurkan satu botol kepada isterinya.
“ Jom kita jalan kat sana…”. Ujar Ariff sambil menarik tangan isterinya. Sara hanya menurut langkah suaminya. Waktu itu mereka berada di pantai. Sudah hampir sebulan Sara melepasi tempoh pantang. Hari ini, hari minggu Ariff sengaja mengajak Sara bersiar-siar di pantai.

“ Abang…kalau Sara tak boleh mengandung lagi, abang kahwinlah lain…Sara izinkan”. Ariff melepaskan tangan isterinya. Dia berjalan pantas meninggalkan isterinya sendirian. Sara mempercepatkan langkahnya agar dapat menyaingi langkah suaminya namun dia gagal melakukannya. Ariff berjalan pantas tanpa mengendahkan Sara. Botol air Sara terjatuh. Sara hanya membiarkan.
“ Abang…”. Sara memanggil suaminya. Ariff tidak mempedulikan panggilan isterinya.
“ Abang…”. Sara masih memanggil seperti tadi. Ariff menambah kelajuan.
“ Abang tunggu Sara…Sara tak larat nak kejar ni…”. Ujar Sara termengah-mengah. Ariff masih tidak menoleh dan meneruskan langkahnya.

“ Abang!”. Sara tersungkur di atas pasir. Ariff menoleh apabila terdengar seperti ada sesuatu yang jatuh. Ariff segera berlari mendapatkan Sara yang jatuh terduduk.
“ Sara tak apa-apa?”. Tanya Ariff risau sambil membelek tubuh isterinya. Sara hanya menggelengkan kepalanya. Tapak tangannya sedikit tercalar dan berdarah. Ariff menilik teliti.
“ Kenapa Sara lari? Kan dah terjatuh…”. Ujar Ariff tegas.
“ Kenapa abang jalan laju-laju? Kan Sara dah jatuh…”. Sara membalas seperti anak kecil.
“ Salah abanglah?”. Tanya Ariff tegas seperti tadi. Sebenarnya dia ingin tergelak melihat reaksi isterinya tadi, tetapi sengaja ditahan tawanya.

“ Yelah…salah abang…kalau abang tak jalan laju-laju, Sara tak kan kejar…lepas tu Sara tak kan lah jatuh tersungkur macam ni…kan?”. Ariff merenung tajam mata isterinya.
“ Apa?”. Sara bertanya seperti tidak mengetahui makna renungan suaminya. Ariff membeliakkan matanya.
“ Eleh…macamlah orang takut…”. Sara sengaja mengejek suaminya. Ariff berlagak serius. Sara merenung mata suaminya, namun akhirnya dia kalah dengan renungan tajam Ariff kepadanya.
“ Yelah…bukan salah abang, salah Sara…patutnya Sara kena pastikan Sara tak jatuh tadi…lepas tu biarkan abang terus lari dan lari tinggalkan Sara”. Ujar Sara menundukkan kepalanya. Ariff menyentuh bahu isterinya.

“ Maafkan abang?”. Ujar Ariff lembut. Sara hanya membisu.
“ Sara…”. Ariff memanggil lembut. Sara mengangkat wajahnya sebentar kemudian tunduk kembali.
“ Abang tak salah…jangan minta maaf dengan Sara”. Balas Sara pendek.
“ Pandang abang Sara…”. Ariff mengangkat dagu Sara memandang ke arahnya. Sara hanya menurut.
“ Kenapa Sara cakap macam tu tadi? Sara dah tak sayangkan abang? Sanggup Sara tengok abang jadi milik orang lain?”. Tanya Ariff lembut. Sara kembali menunduk.
“ Sara…jawab soalan abang…sanggup bermadu?”. Sara menggelengkan kepalanya perlahan.
“ Habis tu kenapa suruh abang kahwin lain pulak?”. Ariff berlagak serius.
“ Sara sayangkan abang…”. Ujar Sara perlahan.
“ Kalau sayangkan abang…kenapa nak abang jadi milik orang lain pulak?”. Ariff pura-pura marah.
“ Sebab Sara tak nak tengok abang sengsara tak ada anak…Sara tahu abang nak anak…”.
“ Habis tu Sara tu yakin ke Sara tak mampu bagi abang anak?”. Nada suara Ariff masih tegas seperti tadi.

“ Entah…”.
“ Sara ke yang tentukan abang bahagia ke tidak?”. Sara menggleng perlahan.
“ Sara tak nak mengandungkan anak untuk abang lagi?”. Sara menggeleng laju.
“ Sara rela kalau terpaksa mengandungkan ramai anak pun untuk abang”. Balas Sara lembut.
“ Habis tu apa yang Sara nak?”.
“ Sara nak abang gembira”. Ujar Sara gugup.
“ Sekarang abang tak gembira ke? Ada abang cakap abang tak bahagia?”. Suara Ariff tambah kuat.
“ Tak…Sara…”. Sara kematian kata-kata.
“ Sara ni suka sangat merepek…fikir bukan-bukan…belum apa-apa dah fikir macam-macam”. Ariff memarahi isterinya.
“ Abang marah Sara?”. Tanya Sara takut-takut. Ariff kembali merenung wajah isterinya.
“ Memang abang marah…Sara mencurigai hati dan kasih sayang abang tahu tak? Sara ingat abang ni apa…suka-suka hati nak beralih-arah…”. Sara menyentuh tangan suaminya lembut. Ariff menepis kasar. Sara terpempan.

“ Abang”. Sara memanggil lembut. Ariff memalingkan wajahnya ke arah lain.
“ Maafkan Sara…Sara salah…Sara tak niat nak buat abang berkecil hati…Sara tak pernah mencurigai abang…Sara bahagia sangat sebab abang sentiasa ada di sisi Sara…Sara minta ampun…minta maaf…maafkan Sara ye bang”. Sara menyalami tangan suaminya dan dicium perlahan. Ariff membiarkan namun masih membisu.
“ Abang…cakaplah dengan Sara…”. Sara seperti ingin menangis. Ariff hanya membiarkan.
“ Abang…”. Sara menggenggam erat tangan suaminya. Ariff masih membisu.
“ Abang, jangan diam macam ni…cakaplah sesuatu”.
“ Sara nak suruh abang cakap apa? Nak suruh abang lepaskan Sara? Macam tu?”. Sara terkejut mendengarnya.
“ Abang!”. Sara melepaskan tangannya.
“ Abang dah tak sayangkan Sara lagi?”. Tanya Sara lembut.

“ Sara ada jawapan tu”. Balas Ariff tegas. Sara hanya menunduk.
“ Pandang mata abang Sara…renung dalam-dalam…ada tak Sara nampak cinta untuk orang lain dalam mata abang ni?”. Ujar Ariff lagi tegas. Sara merenung lama mata suaminya. Kemudian dia teresak-esak menangis. Pada mulanya Ariff hanya membiarkan, namun apabila tangisan Sara semakin kuat dia tidak sanggup melihatnya.
“ Sshhh…Sara, abang terlalu cintakan Sara…abang hanya sayangkan Sara…abang tak suka Sara cakap macam tu lagi…Sara kena yakin dan percayakan abang…walau apa pun terjadi…kita tetap akan bersama…tak kan ada orang ketiga antara kita…faham tak sayang…”. Ariff merangkul erat tubuh Sara. Ramai orang sekeliling yang memerhatikan mereka, namun Ariff sengaja buat-buat tidak nampak. Sara membalas erat pelukan suaminya.

“ Sara sayangkan abang”. Ujar Sara dalam tangisnya.
“ Abang tahu”. Balas Ariff pendek sambil membelai rambut isterinya.
“ Sshh…dah lah sayang, semua orang tengok kita ni…kita sambung dekat rumah nanti ye”. Ariff sengaja mengusik isterinya. Sara meleraikan pelukannya. Dia melihat sekeliling. Memang orang ramai sedang menyaksikan mereka. Sara malu sendirian. Ariff hanya tersenyum.
“ Dah…jom”. Ariff bangun kemudian menghulurkan tangannya kepada Sara. Sara menyambut huluran tangan itu dengan segera.
“ Abang…malu”. Bisik Sara di telinga suaminya.
“ Tahu pun…tulah sayang ni nak buat drama tadi tak agak-agak tempat…”. Ariff galak menyakat isterinya. Mereka berlalu pergi sambil melemparkan senyuman kepada mereka yang ada di situ.

“ Abang ni, jahatlah…”. Sara mencubit lengan suaminya perlahan.
“ Tak pe…sejahat-jahat abang pun ada orang sayang…”. Ariff masih galak menyakat. Sara memukul bahu suaminya perlahan.
“ Dahl ah sayang…sakit tau”. Ujar Ariff sambil mencuit hidung isterinya.
“ Mengada…”. Ujar Sara pendek.
“ Sara lah mengada-ngada…abang tak…”. Balas Ariff sambil tersengih manja. Sara memukul pula dada suaminya perlahan.
“ Sayang ni main kasar jugak ye”. Ariff masih mahu mengusik isterinya. Sara memuncungkan mulutnya.
“ Ala..la…cantik sangatlah tu ye…”. Ariff menyentuh bibir isterinya dengan tangan.
“ Apa abang ni…janganlah”. Ariff tersenyum nakal.
“ Dahlah sayang…abang gurau je…sekali-sekala”.
“ Jomlah balik…tangan Sara dah pedih ni…”. Ariff membelek tangan isterinya yang luka tadi.
“ Ok…jom, balik nanti abang sapukan minyak ye”. Ariff menarik tangan Sara yang sebelah lagi perlahan menuju ke kereta mereka, dan mereka berlalu pulang.

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 34

“ Sara nak pergi mana?”. Ariff bertanya lembut. Hanya mereka berdua yang berada di bilik waktu itu. Adik-beradik Sara baru pulang dari melawat sara. Ipar Sara sebelah Ariff pula sudah melawatnya kelmarin. Mereka semua datang memberi semangat dan nasihat kepada Ariff dan Sara.
“ Tandas…”. Ariff membantu isterinya turun daripada katil.
“ Tak pe…Sara boleh jalan sendiri”. Ariff tetap memapah isterinya. Ariff menunggu isterinya di luar pintu tandas. Setelah Sara keluar, Ariff memapahnya semula ke katil.
“ Abang…”. Sara memanggil perlahan.
“ Mmm…kenapa Sara?”.Ariff merenung isterinya.
“ Abang tak kerja ke hari ni?”.
“ Abang cuti seminggu…”. Ariff melemparkan senyuman.
“ Lamanya…kenapa? Sebab nak jaga Sara?”. Sara bertanya lembut. Ariff menganggukkan kepalanya, kemudian dia membetulkan selimut isterinya.

“ Tapi Sara tak macam orang lain…ibu bersalin lain, suaminya sibuk tolong jaga anak…abang tak…kena jaga Sara yang tak mampu lahirkan dengan selamat bayi yang dikandung selama Sembilan bulan…”. Ariff merenung isterinya. Dia tahu Sara masih tidak dapat menerima kenyataan ini, walaupun Sara cuba berlagak tenang dan redha di hadapan semua keluarga yang lain, tetapi Sara memang tidak dapat menyembunyikannya daripada Ariff, suaminya sendiri yang sentiasa menemaninya setiap masa.
“ Sara…jangan cakap macam tu, abang tak suka…Sara isteri abang kan…memang tanggungjawab abang jaga Sara…abang faham perasaan Sara…”. Ujar Ariff lembut.
“ Abang terpaksa?”. Sara sengaja bertanya begitu. Ariff duduk di sisi isterinya kemudian menggenggam tangan isterinya.
“ Sara rasa abang buat semua ni kerana terpaksa?”. Ariff bertanya lembut sambil merenung wajah isterinya. Sara hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“ Sara tak percayakan abang? Ragu-ragu dengan kasih-sayang abang? Sara rasa abang hanya simpati pada Sara? Macam tu?”. Tanya Ariff tegas. Sara menggelengkan kepalanya perlahan.
“ Habis tu?”. Ariff masih menggenggam erat tangan isterinya.
“ Sara takut abang susah…Sara tak nak susahkan abang…Sara takut abang bencikan Sara, Sara tak nak kehilangan abang…Sara…”.
“ Sshhh…Sara suka merepek macam ni…Sara, kalau Sara sayangkan abang, anggap abang ni suami Sara, tolong jangan cakap macam ni lagi....”. Sara membawa tangan Ariff ke dadanya kemudian dia mencium perlahan tangan itu.
“ Maafkan Sara…”. Ariff menggeleng perlahan kemudian dia menarik kepala isterinya perlahan ke dadanya.
“ Sara kena percayakan abang…apa yang abang buat ni semuanya kerana abang sayangkan Sara…”. Sara memeluk erat suaminya.
“ Sara pun sayangkan abang.”. Ariff meleraikan pelukannya, kemudian memegang kedua-dua belah pipi Sara dengan kedua-dua belah tangannya.

“ Kalau satu hari nanti, abang lumpuh dan tidak berdaya…hanya mampu terlantar atas katil, Sara akan tinggalkan abang?”. Tanya Ariff agak tegas. Sara menggeleng laju.
“ Abang suami Sara dunia akhirat…”. Sara memeluk kembali suaminya.
“ Macam tu jugaklah abang…walau apa pun yang berlaku…abang akan setia dengan Sara…itu janji abang…memang kita manusia hanya merancang, tapi abang nak Sara yakin, abang sanggup bersama-sama Sara tidak kira apa pun situasinya…sama-samalah kita berdoa semoga semuanya berjalan lancar ye sayang?”. Sara mengangguk perlahan.

“ Dah…jangan fikir bukan-bukan lagi…Sara berehatlah…kejap lagi papa dan mama datang, abang nak balik rumah kejap…lepas tu abang datang semula…”. Ujar Ariff lembut kemudian membantu isterinya baring di atas katil. Diselimutkan Sara dan dikucup perlahan dahi isterinya. Sara melemparkan senyuman, kemudian dia memejamkan matanya. Perutnya diraba perlahan apabila Ariff sudah berlalu. Sara cuba untuk membina semangat dan keyakinan baru. Walaupun dia tahu dirinya tidak cukup kuat untuk melaluinya, namun dia harus menerima kenyataan ini dengan redha. Hatinya terlalu banyak menangis sendiri. Dia perlu menghentikannya.

Saturday, April 9, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 33

“ Sayang…dah bangun…”. Ariff menegur isterinya lembut. Sara tersenyum mesra.
“ Abang janji nak temankan Sara…tapi abang tak de kan waktu tu?”. Sara bertanya dengan nada merajuk.
“ Maafkan abang…abang lambat sikit waktu tu, tapi abang ada kat luar…tunggu Sara…”. Balas Ariff lembut sambil duduk di sisi isterinya. Sara menganggukkan kepalanya.
“ Mana anak kita? Kenapa tak ada kat sini? Anak kita kat mana bang? Sara teringin nak pegang…”. Ariff menggenggam erat tangan isterinya. Mama ada di situ. Papa, ayah dan ibu pulang ke rumah sebentar.

“ Sara…”. Ariff menyentuh bahu isterinya.
“ Kenapa? Ada pada ibu ye?”. Sara mencari ibunya dengan menoleh ke kiri dan kanan. Ariff dan mama terdiam.
“ Kenapa diam ni…mama…anak Sara mana ma? Mama mesti dah tengok kan…masa scan hari tu doctor cakap anak lelaki…mesti dia kacak macam abang kan ma?…comel tak cucu mama?”. Berseri wajah Sara bertanyakan hal itu. Mama menghampiri menantunya. Ariff mengeratkan lagi genggaman tangannya.
“ Sabarlah Sara…Allah lebih menyayangi anak Sara”. Ujar mama berhati-hati. Sara merenung suaminya.

“ Memanglah ma…Sara pun sayangkan anak Sara, abang pun sayangkan anak kami…apa mama cakap ni…”. Balas Sara sambil tersenyum. Ariff memeluk isterinya.
“ Sara…anak kita dah tak ada…dia tak dapat diselamatkan…”. Ariff berkata lembut sambil mengeratkan lagi pelukannya.
“ Apa abang merepek ni…Sara tak suka lah abang bergurau macam ni…”. Ujar Sara tidak percaya. Dia hanya membiarkan Ariff memeluk dirinya. Dia selesa begitu.
“ Ariff tak merepek Sara…memang anak kamu berdua dah meninggal…doctor tak dapat selamatkan dia…doctor terpaksa buat pilihan waktu tu antara kamu atau bayi yang kamu kandung…sabarlah nak…Allah lebih menyayangi dia…”. Mama mencelah lembut. Sara meleraikan pelukannya.

“ Mama bohong kan bang?”. Sara mengharap suaminya mengangguk. Namun Ariff menggelengkan kepalanya perlahan. Dia ingin memeluk kembali isterinya, namun Sara segera ingin turun dari katil. Ariff menghalang isterinya.
“ Apa abang ni? Mama…mama dengan abang berpakat nak bergurau dengan Sara kan…Sara tak percayalah…”. Sara masih berkeras.
“ Sara…abang tak bohong…mama pun tak bohong…kami tak kan bergurau dalam hal macam ni…anak kita tak dapat diselamatkan…kita sabar ye sayang…”. Ariff memujuk lembut.
“ Taklah…anak kita selamat…Sara yang lahirkan dia…memang Sara tak sedar waktu tu…tapi Sara tahu anak kita ada”. Ujar Sara lagi sambil menyelak baju di perutnya. Ada kesan jahitan di situ. Dia menyentuh perlahan. Terasa masih sakit. Ariff menahan air matanya dari keluar. Mama sudah menangis dan segera mengesat air matanya melihat reaksi Sara.

“ Sara…dengar cakap abang sayang…anak kita memang dah tak ada…abang tak bohong…”. Ariff mengangguk perlahan kepada isterinya. Sara kelu untuk bersuara. Tubuhnya juga kaku tidak bergerak. Ariff memeluk isterinya. Air mata Sara mengalir perlahan. Dia tidak membalas pelukan Ariff. Dia merasa berada di dunia yang jauh dan suram.
“ Sabar ye sayang…kita boleh cuba lagi…”. Ariff cuba memujuk perlahan. Waktu itu air mata Sara mengalir laju. Sara teresak-esak kuat.
“ Abang bohong…anak kita tak mati lah, anak Sara hidup…mana boleh anak kita mati…”. Ariff menguatkan lagi pelukan. Sara meronta-ronta ingin melepaskan diri. Mama dan Ariff risau melihat keadaan Sara. Namun Ariff cuba memujuk lembut.

“ Sara…jangan macam ni sayang…kita kena redha…sabar ye…”. Ariff mengelus lembut rambut isterinya. Dia tetap memeluk isterinya walaupun Sara berkeras ingin meleraikannya.
“ Sara tak percaya…abang bohong…mama bohong…semua orang bohong Sara kan…”. Suara Sara sudah mula perlahan. Dia tidak lagi meronta kuat seperti tadi. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis. Air matanya merembes deras. Ariff mengusap perlahan belakang isterinya.
“ Sshhh…sabar ye sayang, abang kan ada…abang tak kan tinggalkan Sara….”. Sara teresak-esak lagi. Dia membalas pelukan suaminya. Lama dia menangis di bahu Ariff. Ariff pula tidak jenuh memujuk isterinya. Mama menangis perlahan di sisi mereka.
“ Tadi mama cakap doctor terpaksa selamatkan antara Sara atau anak kita…kenapa pilih Sara?bukan anak kita?”. Tiba-tiba Sara meleraikan pelukannya dan bertanya agak kuat.

“ Sara…apa yang berlaku ada hikmahnya…doctor tak dapat nak selamatkan anak kamu…jantungnya lemah…kita kena redha nak…Sara bersyukurlah nak…”. Mama cuba memjuk perlahan.
“ Tak…kalau bukan sebab nak selamatkan Sara, mesti anak tu selamat kan? Kenapa abang tak halang doctor tu? Kenapa tak suruh selamatkan anak kita? Sara tak rela anak tu mati sebab Sara…Sara tak boleh terima…”. Ujar Sara kuat.
“ Sara, jangan macam ni…tak de siapa yang bersalah dalam hal ni…ini dugaan untuk kita sayang…kita kena banyak-banyak bersabar…insyaallah satu hari nanti kita akan ada rezeki yang lain…abang yakin Sara…Sara pun kena yakin…”. Ariff masih cuba memujuk.

“ Tapi mana boleh macam tu…Sara dah kandung Sembilan bulan abang tahu tak…tak kan Sara tak boleh tengok dia melihat dunia ni walaupun sekejap…semua ni tak adil…Sara tak boleh maafkan diri Sara…Sara yang bersalah…Sara tahu abang mesti kecewa kan? Abang mesti marahkan Sara sebab tak dapat lahirkan anak tu dengan selamat…Sara tahu abang nak sangat anak tu…abang mesti tak kan maafkan Sara…”. Air mata Sara mengalir deras sekali lagi. Ariff lantas memeluk isterinya.
“ Tak sayang…abang tak pernah marah atau salahkan Sara…ini bukan kehendak kita Sara…Sara tahukan abang sayangkan Sara lebih daripada nyawa abang sendiri…walau apa pun terjadi, abang tetap akan sayangkan Sara sepenuh hati abang…abang janji akan teman dan menyayangi Sara seumur hidup abang…”. Ujar Ariff sambil membelai rambut isterinya.

“ Jangan salahkan diri Sara…terus menyeksa diri macam ni sayang…abang tak sanggup tengok Sara macam ni…kita kena terima kenyataan ni dengan redha…sama-sama kita berdoa anak kita ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan rohnya dicucuri rahmat…”. Sara hanya membisu. Ariff meleraikan pelukannya dan menarik perlahan dagu isterinya untuk memandangnya.
“ Sara…kita redha ye sayang…abang sentiasa ada bersama Sara…mama, papa, ayah, ibu dan semua ahli kelaurga kita ada…kami semua tetap bersama Sara…abang janji tak kan biarkan Sara keseorangan…insyaallah kita akan dikurniakan zuriat yang lain tak lama lagi…apa yang penting sekarang kita kena banyak-banyak bersabar…ye sayang…”. Ujar Ariff dan mengucup perlahan dahi isterinya. Sara mengangguk perlahan, namun air matanya masih mengalir. Dia tidak dapat membendung kesedihan di atas kematian anaknya itu. Sara mengalihkan pandangan kepada ibu mertuanya. Mama mendekatkan dirinya kepada Sara.

“ Ma…”. Ujar Sara pendek. Mama terus memeluk menantunya itu. Sara menangis perlahan di bahu mama. Mama memujuk lembut.
“ Sabar ye nak…insyaallah kamu berdua akan dikurniakan anak yang lain lepas ni…kita sama-sama berdoa…”.
“ Mama kecewa?”. Sara bertanya perlahan. Dia masih tidak melepaskan pelukan ibu mertuanya. Ariff hanya memerhatikan.
“ Tak sayang…mama bersyukur Sara selamat…dah..Sara jangan fikir bukan-bukan ye…mama tetapkan sayangkan Sara…secara jujurnya Sara adalah menantu yang paling mama sayang…Sara kuat ye nak…kita perempuan ni kena tabah…Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita…mama percaya nanti Dia akan anugerahkan sesuatu yang lebih berharga setimpal dengan dugaan yang Dia takdirkan untuk Sara…apa yang perlu Sara lakukan sekarang, banyak-banyak bersabar…redha, tawakal dan mohon diberikan ketabahan oleh Allah untuk Sara melaluinya bersama-sama Ariff…mama kenal anak mama Sara…dia tak kan sia-siakan hidup Sara…”. Balas mama panjang lebar.

Memang mama agak kecewa dan terkilan kerana cucu yang dikandung oleh menantu kesayangannya ini tidak dapat melihat dunia, namun dia tidak mahu Sara merasa bersalah kerana itu. Sara tidak bersalah dalam hal ini. Takdir sudah terlukis begitu untuknya. Sara mengangguk perlahan sambil membalas pelukan ibu mertuanya erat. Waktu itu ibu dan ayah muncul. Mereka sudah dari tadi berada di sebalik pintu. Sengaja dibiarkan besannya memujuk anaknya itu. Bukan mereka tidak tahu, anaknya Sara itu amat disayangi oleh Puan Jamilah.

“ Ibu…ayah…”. Sara mengesat air matanya perlahan. Mama memberikan ruang kepada Puan Salmah untuk duduk di sisi Sara. Lantas Sara memeluk ibunya erat.
“ Sshhh…jangan nangis dah Sara…ibu tahu kamu sedih…kuatkan semangat, tabahkan hati…kami semua tetap berada di samping kamu walau apa pun terjadi”. Ibu memujuk lembut sambil mengusap penuh kasih sayang belakang anaknya. Ayah menghampiri Sara dan menyentuh bahu anaknya perlahan.
“ Anak ayah kena tabah dan kuat…ayah tahu Sara boleh melaluinya…be strong my dear”. Ujar ayah lembut tapi tegas. Sara memeluk ayahnya pula. Ayah mengusap-ngusap kepala anaknya lembut. Tidak lama kemudian, Sara kembali stabil dan sedikit tenang.

“ Sara nak makan?”. Tanya Ariff lembut. Sara menggeleng perlahan.
“ Sara sayang abangkan?”. Sara mengangguk laju seperti anak kecil.
“ Kalau Sara sayangkan abang…Sara kena makan…abang lagi sayangkan Sara…Sara tak nak tengok abang bersedih kan lihat keadaan Sara macam ni?”. Akhirnya Sara mengangguk perlahan. Ariff melemparkan senyuman untuk isterinya. Ariff menyuap nasi ke mulut isterinya. Nasi itu dibawa oleh ibu tadi. Menurut ibu, makanan orang lepas bersalin berbeza dengan orang biasa. Walaupun anak yang dikandung tidak dapat diselamatkan, namun Sara masih perlu menjalani pantang seperti wanita lepas bersalin yang lain.

Saturday, April 2, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 32

“ Mana anak kita bang?”. Tanya Sara perlahan. Ariff mengusap perlahan ubun-ubun kepala isterinya kemudian menciumnya.
“ Sara tak sabar nak jumpa anak kita…anak kita lelaki ke perempuan bang…Sara tak sedar masa tu…”. Ariff menahan perasaannya. Mama dan ibu menghampiri Sara.
“ Sara berehatlah dulu…”. Ujar mama lembut.
“ Tapi Sara nak jumpa anak Sara dulu…Sara teringin nak tengok…abang…”. Sara merengek perlahan. Ariff mengalihkan pandangannya.
“ Abang…”. Sara memanggil perlahan.

“ Ye sayang…Sara berehatlah dulu…nanti abang bawa Sara jumpa anak kita…”. Ariff mengusap perlahan rambut dan dahi isterinya. Dibetulkan selimut isterinya. Mama, papa, ayah dan ibu hanya menjadi pemerhati. Maisng-masing sayu melihat keadaan Sara.
“ Tidurlah…sayang”. Ujar Ariff sambil mengucup dahi isterinya perlahan. Sara tidak membantah. Dia terlena kembali. Ariff segera keluar dari bilik yang menempatkan Sara. Papa dan ayah mengekori langkah Ariff. Kelihatan Ariff mengesat air matanya perlahan. Dicubanya untuk bertenang, namun dia takut memikirkan bagaimana mahu memberitahu isterinya keadaan yang sebenar.

“ Ariff tak mampu pa, ayah…Ariff takut Sara tak boleh terima kenyataan ni…”. Ujar Ariff perlahan. Keadaannya nampak sedikit kusut.
“ Walau macam mana sekalipun, kamu kena bagi tahu hal yang sebenar…Sara perlu tahu Riff”. Papa membalas lembut.
“ Sara nak sangat anak tu…Ariff takut…dia mesti sedih bila dengar anak yang dikandung selama ni dah tak de…”.
“ Ariff, ibu mana yang tak kan sedih…memang sukar Sara nak terima kenyataan ni…ayah tahu, kamu pun sama terlalu menginginkan anak ni…tapi kamu berdua kena bersabar…masih ada peluang untuk kamu berdua…sebagai suami kamu kena kuat dan bantu Sara terima kenyataan ni…”. Pujuk ayah pula. Ariff hanya menunduk.

“ Ariff tak tahu ayah, pa…Ariff tak tahu Ariff cukup kuat atau tak…”.
“ Ariff…jangan macam ni…kita ni lelaki, kita mesti kuat…sebagai suami kita mesti lebih tabah dan kuatkan hati…Sara perlukan kekuatan dan dorongan semangat dari Ariff…dia perlukan Ariff waktu macam ni…Ariff tak boleh tunjuk lemah depan dia…kuatkan semangat nak…”. Ujar papa lembut memujuk anaknya. Ayah menganggukkan kepalanya kepada Ariff. Waktu itu mama dan ibu menghampiri mereka. Ariff hanya mampu memandang.

“ Maafkan Ariff…Ariff yang tak jaga Sara dengan baik…kalau tak tentu anak kami selamat…”. Ariff kembali kusut seperti tadi.
“ Ariff, jangan cakap macam tu…apa yang berlaku ada hikmahnya…kita masih beruntung kan…Sara selamat…Ariff nak Sara selamat kan?”. Ujar mama.Ariff mengangguk laju.
“ Ye Ariff…kamu berdua jangan patah harapan…masih ada peluang untuk kamu berdua nanti…kamu tak bersalah…Sara pun tak minta jadi begini…ini semua dugaan untuk kamu berdua…sabarlah bnayak-banyak…doa pada Tuhan agar semuanya berjalan lancar”. Ibu juga mencelah.

“ Ariff tak tahu macam mana nak bagi tahu Sara…nampak kan macam mana bersemangatnya Sara tadi nak jumpa anak kami…Ariff tak mampu…Ariff kesian, bimbang nak bagi tahu perkara sebenar…kalau Sara tak boleh terima kenyataan macam mana? Kalau Sara buat perkara yang tak elok macam mana? Ariff…”. Ariff benar-benar resah memikirkannya. Papa dan ayah mengusap perlahan bahu Ariff. Mama dan ibu pula duduk berhadapan Ariff.
“ Papa tak suka Ariff lemah dan berfikiran negative macam ni…kalau Ariff dah macam ni, Sara macam mana? Siapa nak bagi kekuatan pada dia…kalau dia nampak Ariff macam ni, dia akan rasa bersalah tahu tak…waktu tu dia akan menyalahkan dirinya sendiri kerana tak mampu nak lahirkan anak tu dengan selamat…kamu nak ke Sara macam tu? Kamu sanggup tengok Sara bersedih dan kecewa dengan sikap kamu ni? Kamu sampai hati nak musnahkan apa yang dia miliki sekarang? Kamu sanggup membiarkan Sara melaluinya sendiran? Sedangkan kamu sebagai suami tak main peranan…fikirlah Riff….”. Ujar papa panjang, yang lain hanya mendengar. Ariff mengangkat kepalanya.

“ Ariff janji pa, ma, ayah, ibu….Ariff takkan biarkan Sara keseorangan…Ariff sayangkan Sara lebih dari segala-galanya…Ariff akan yakinkan Sara, kami masih ada harapan kedua dan seterusnya”. Balas Ariff tegas. Semua yang ada di situ cuba melemparkan senyuman hambar.

p/s : sorry...bz sgt sjk 2 menjak ni..xsmpt nk post...hu...anyway thnks a lot for reading...comment please..tenkiu..:)..

Monday, March 7, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 31

“ Hello…Ariff!!”. Kedengaran suara cemas mama di hujung talian.
“ Kenapa ma?”.
“ Kamu ke mana dari tadi mama call tak angkat?”. Mama bersuara tegas.
“ Ariff jumpa bos tadi ma, kenapa ma?”.
“ Sara.”.
“ Kenapa dengan Sara ma?”. Ariff bertanya resah.
“ Sara dah ada kat hospital…cepat datang..”.
“ Ok, ma”. Ariff mematikan talian kemudian lantas bergegas keluar dari pejabatnya.

“ Riff…kau nak ke mana?”. Tanya Shakir apabila dilihat Ariff seperti ingin berlari.
“ Hospital…tolong bagi tahu bos ye…”.
“ Kenapa?”. Shakir bertanya lagi.
“ Sara…aku pergi dulu”. Ariff terus berlalu. Shakir hanya menggeleng perlahan.
“ Huh…macam tu rupanya nak jadi ayah…”. Ujar Shakir perlahan sambil tersenyum.
Apabila sampai di hospital, Ariff segera menghampiri mama dan papa yang duduk di luar bilik kecemasan.

“ Ma….macam mana Sara?”. Ariff bertanya resah.
“ Dia masih kat dalam…”. Waktu itu kelihatan doctor keluar dari bilik kecemasan. Ariff segera menghampiri doctor itu.
“ Macam mana isteri saya doctor? Anak saya?”. Tanya Ariff tidak sabar.
“ Mari ikut saya ke bilik sebentar…”. Ujar doctor itu dan berlalu. Ariff memandang mama dan papanya. Mereka mengangguk perlahan. Ariff mengekori langkah doctor itu, rasa kurang enak mula menjalar di hatinya. ‘Sara’. Papa dan mama juga menuruti langkah anaknya.

“ Macam ni encik…kandungan isteri encik mengalami komplikasi, nyawa isteri dan anak encik dalam bahaya…”. Ariff, papa dan mama merenung wajah doctor itu tajam.
“ Apa maksud doctor?”. Mama segera bertanya.
“ Isteri saya tak kan apa-apa…doctor tak boleh cakap macam tu…”. Ariff bersuara tegas. Papa mengusap perlahan bahu anaknya menyuruh bersabar.
“ Kami sedang berusaha menyelamatkan kedua-duanya…tapi keadaan seperti tidak mengizinkan…kami perlu membuat pilihan…isteri encik atau bayi yang dikandungnya…”. Ujar doctor tenang.

“ Selamatkan isteri saya…doctor kena janji dengan saya isteri saya mesti selamat…kalau apa-apa jadi pada isteri saya, saya tak kan maafkan doctor…”. Ariff bersuara seperti orang hilang akal.
“ Ariff…”. Papa menegur anaknya. Doktor hanya tersenyum kepada papa.
“ Tak pe…saya faham keadaannya…”.
“ Kenapa dengan bayi tu doctor? Kenapa hanya mesti salah seorang yang selamat…saya mahukan keduanya selamat…tolonglah doctor…”. Ariff merayu sambil menggenggam erat tangan doctor itu. Doktor itu cuba menenangkan Ariff. Papa dan mama juga turut berbuat demikian.

“ Sabarlah Riff…”. Mama memujuk perlahan.
“ Saya akan cuba…sama-samalah kita berdoa…”. Ujar doctor kemudian berlalu. Papa dan mama memapah Ariff keluar dari bilik itu dan berlalu ke tempat menunggu di luar bilik kecemasan.