Pages

Tuesday, August 16, 2011

Anugerah Suci (1)



" Kenapa awak ambil keputusan ni?". Soal Balqis perlahan. Waktu itu Asyraf duduk bertentangan dengannya.
" Saya minta maaf mengecewakan awak…saya tak nak awak anggap saya gembira dengan keputusan ni, Cuma mungkin ini terbaik untuk kita". Balas Asyraf bersahaja.
" Apa maksud awak?saya tak faham…". Soal Balqis lagi.
" Balqis…saya tahu awak jelas tentang perasaan kita masing-masing, tapi semakin lama saya dapat rasakan apa yang kita lalui ini tidak benar caranya…bila awak selalu kelihatan cantik untuk saya, saya takut berdepan dengan dosa yang mungkin saya cipta untuk awak…bila awak sentiasa bersama saya, saya takut iman saya tak kuat menahan nafsu saya…bila awak melebihkan saya daripada orang lain, saya bimbang awak terlepas sesuatu yang lain…mungkin sesuatu yang lebih penting daripada itu…". Balas Asyraf panjang lebar.

" Kalau awak rasa macam tu, kenapa awak tak tamatkan semua ni dengan cara yang halal?". Balqis seakan tidak puas hati.
" Balqis, saya bukan mahu melarikan diri daripada tanggungjawab, andai saya rasa saya mampu dan layak bergelar suami untuk awak, pasti dah lama saya sunting awak jadi permaisuri yang halal bagi saya…saya tak nak cipta alasan yang nampak kolot bagi awak dan orang sekeliling kita, tapi percayalah Qis mungkin Tuhan nak kita belajar sesuatu daripada pengalaman ini…masih banyak yang perlu kita belajar…sebelum kita melangkah setapak lagi, iaitu alam perkahwinan…saya tak mahu terus menyemai harapan untuk awak, sedangkan saya sendiri belum pasti apa yang menanti di hadapan sana…saya tak pernah meragui perasaan awak pada saya, atau pun sebaliknya, tapi saya bimbang mungkin saya akan jadi punca penderitaan awak pada masa akan datang…". Balqis tekun mendengar.

" Awak seolah tidak menghargai perasaan saya sebelum ni, apakah segala yang telah kita lalui tidak mempunyai nilai langsung sehingga awak tergamak mengambil keputusan yang awak tahu benar-benar mengecewakan saya…saya kesal orang yang selama ini saya beri kepercayaan penuh melakukan semua ini pada saya…". Ujar Balqis sambil merenung tajam lelaki di hadapannya.
" Awak memang berhak marah saya Qis…kalau saya jelaskan semuanya pun awak tetap akan kecewa…maafkan saya". Asyraf tidak mampu melihat air mata itu gugur.
" Saya tak mahu terus memaksa awak…memang saya akan merasai kesakitan atas keputusan ini, tapi saya juga ingin melihat awak bahagia…andai inilah jalan takdir untuk saya dan awak…saya akan cuba belajar terima kenyataan…". Akhirnya Balqis mengalah.

" Awak redha kan Qis?". Soal Asyraf pula.
" Kalau saya tak redha pun, awak tak kan tarik keputusan ni kan?".Balas Balqis bersahaja. Asyraf tersenyum nipis.
" Saya bukan tolak awak Qis…saya tak buang awak, awak masih kawan saya, Cuma kita tak akan menjalani kehidupan seperti sebelum ini…".
" Saya tak janji boleh teruskan…saya harap awak faham kalau saya tak tegur awak lepas ni…jujur saya tak bencikan awak sebab keputusan ini, tapi saya harap saya diberi kekuatan menghadapi semua ni…rasanya saya dah jelas tentang semua ni…saya balik dulu…terima kasih untuk segala-galanya…". Balqis bangkit dari duduknya dan ingin beredar, namun langkahnya terhenti apabila Asyraf bersuara. Waktu itu tubuhnya membelakangkan Asyraf.

" Awak boleh nangis Qis, saya tak nak awak pendam perasaan seorang diri…tapi saya minta maaf sebab tak dapat menyapu air mata awak lagi lepas ni…". Asyraf bersuara lirih. Balqis menahan air matanya yang bergenang. Dia menghantar pandangan sayu pada Asyraf.
" Saya faham…terima kasih". Balqis melangkah pergi.
" Qis…". Asyraf memanggil perlahan. Balqis hanya memperlahankan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.
" Jaga diri". Ujar Asyraf. Balqis hanya berhenti melangkah sebentar, kemudian dia meneruskan langkahnya bersama air mata yang bergenang. Balqis tahu dia perlu kuat menghadapi semua ini.
Asyraf hanya menghantar pemergian Balqis dengan pandangan sayu.'Saya minta maaf Qis'. Getus Asyraf dalam hati.

3 comments: