Pages

Wednesday, June 27, 2012

Dia......Deja Vu


Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita


Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta


Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi


Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Sampaikan salam cintaku.......padanya..


Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun terluka namunku merindu
Kerana cintaku tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkan


Sampaikanlah salam cintaku padanya
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua


[Chorus] Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu
Andaiku tiada, andaiku pejam mata
Biarku abadi, cinta yang setia ini
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku
Kerana aku masih menyayangimu
Tidak pernah aku membenci dirimu

Sampaikanlah salam cintaku padanya

Jagalah Diri....:(


Saat aku jauh....takdir kita...Jagalah Diri



Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali


Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya


Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya


Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Monday, June 25, 2012

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 49


“ Sara teringin lah nak makan buah jambu”. Ujar Sara perlahan. “ Hah?”. Soal Ariff sambil merenung isterinya. Ketika itu dia sedang leka mengadap laptop. “ Jambu..”. Balas Sara sambil senyum meleret. “ Owh…okay abang pergi beli sekarang”. Ariff bangkit. “ Eh..bukan sekarang..apa lah abang ni merepek..tengok jam tu dah pukul berapa…Sara Cuma cakap je…esok abang beli ye?”. Ariff duduk kembali kemudian menepuk dahi. “ Betul juga ya…”. Ujar Ariff sambil melemparkan senyuman buat isterinya yang sedang membaca majalah di sofa.





“Jangan lupa..beli tau”. Sara mengingatkan suaminya. “ Ya lah sayang..esok abang beli…”. “ Abang….”. “ Mmm..”. “ Kalau Sara nak minta sesuatu boleh tak?”. “ Tadi bukan dah minta ke?”. “ Ala…tak apalah…malas nak minta dah”. “ Eleh..merajuk lah pulak …Sara nak apa?” “ Kalau Sara kata Sara nak…………………”. “ Nak apa?”.Laju Ariff menyoal. “ Tak ada apa-apalah”. “ Pulak…Sara nak apa sebenarnya?”. “ Tak jadilah…Sara nak jambu je tadi”. Balas Sara kemudian bangkit dari sofa. “ Nak pergi mana?”. Soal Ariff. “ Dapur”. “ Buat apa?” “ Nak minum air…dahaga”. “ Tu…air”.Balas Ariff sambil menunjuk ke arah air di dalam botol di atas meja hadapan isterinya. “ Tak nak…Sara nak minum air sejuk”. Sara melangkah perlahan. “ La….tak elok kan minum air sejuk”. “ Sikit je pun…dahaga sangat…”. Ariff bangkit. “ Duduklah, abang ambil”. “ Tak payahlah…Sara ambil sendiri, abang buatlah kerja tu…”. “ Tak apa…ambil kejap je”. “ Tak payahlah! Sara kata kan nak ambil sendiri”. Ariff berhenti melangkah. “ Terpulang Sara lah”. Ujar Ariff sambil mengambil tempatnya semula. Sara berlalu pergi. “ Hati-hati”.Sempat lagi Ariff berpesan. Sara sekadar mengangguk.





Ariff leka dengan kerjanya. Tiba-tiba bunyi gelas pecah. Dia bergegas menuruni tingkat bawah dan bergerak ke dapur. “ Sara!”. “ Ya…”. Sahut Sara perlahan. “ Kenapa?”. Soal Ariff cemas. Waktu itu Sara sudah terduduk di lantai. Ariff segera mendapatkan isterinya. “ Sara kenapa?”. “ Sara Nampak…” Muka Sara pucat lesi. “ Nampak apa?” “ Ada orang”. “ Hah? Mana?”. “ Sara nak naik atas”. “ Okay…jom “. Balas Ariff sambil membantu isterinya bangkit. Ariff memandang sekeliling. “ Sara okay tak ni?”. Sara hanya mengangguk. “ Dah minum air belum?”. Sara hanya menggeleng. “ Minumlah dulu”. “ Tak nak lah…Sara nak masuk bilik”. Ariff sekadar mengangguk, kemudian memimpin isterinya ke bilik. Ariff menyuruh isterinya duduk di katil. “ Sara Nampak siapa?”. Soal Ariff tidak berpuas hati. “ Orang…” “ Sara duduk sini je..abang pergi tengok..”.





“ Abang!” “ Kejap je…biarlah abang tengok…Sara duduk sini je”. Sara mengangguk perlahan. Ariff bergerak ke tingkat bawah. Dia meninjau ke arah luar rumahnya di bahagian dapur melalui tingkap. Tiada siapa. ‘ Siapa pula? Tak kan lah pencuri’. Getus Ariff sendiri. Ariff membuka pintu dapur dan meninjau keadaan sekeliling. Setelah memastikan keadaan selamat, Ariff mengunci semula pintu. Dia membersihkan kaca yang pecah di atas lantai. Setelah selesai, Ariff bergegas bergerak ke atas sambil membawa segelas air sejuk. “ Minum air”. Tegur Ariff kemudian menghulurkan gelas kepada isterinya. Sara hanya menggelengkan kepala. “ Sara…minumlah..tadi Sara nak minum air kan…minum ya sayang”. Ariff masih memujuk lembut isterinya. Akhirnya Sara menyambut juga gelas itu dan diminum sedikit.





“ Sara dengar ada orang luar rumah kita…Sara Nampak bayang-bayang dia”. “ Ssshhh…abang dah cek tadi…mungkin perasaan Sara je…Sara tidurlah…Sara penat sangat agaknya…tidur ye”. “ Tak lah…memang Sara Nampak…Sara tak bohong”. “ Okay…abang tak nak Sara ingat semua tu…Sara baring ya…tidur”. Ariff membantu isterinya merebahkan diri di katil. “ Sara takut…”. “ Abang kan ada…jangan takutlah…lain kali Sara jangan turun bawah sendiri ye”. Sara hanya mengangguk perlahan. Kemudian dia memejamkan matanya. Ariff menyelimutkan isterinya. Ariff tahu isterinya tidak berbohong, namun dia tidak mahu memanjangkan perkara ini. .................................................................................





“ Mana?”. Tegur Sara sejurus Ariff keluar dari kereta. “ Mana apa?”. Balas Ariff seolah tidak mengerti. “ Lupa lah tu”. Sara memuncungkan wajahnya. “ Apa yang lupa? Tiba-tiba je Sara ni”. “ Tak apalah…”. Akhirnya Sara melangkah masuk ke dalam rumah. Ariff menggarukan kepalanya. “ Assalamualaikum….”. Ada suara memberi salam sejurus sebuah kereta berhenti di luar pagar rumah. “ Waalaikummussalam…eh ibu, ayah”. “ Baru balik kerja?”. Tegur ibu lembut sambil melemparkan senyuman. “ A’a…masuk bu..ayah”. Ujar Ariff sambil membuka pintu pagar rumahnya. “ Sara mana?”. Soal ayah. “ Ada dalam rumah…ibu masuklah dulu..Ariff angkat barang”. Ibu sekadar mengangguk.





“ Sara….”. Panggil ibu agak kuat. “ Ibu…bila sampai?kenapa tak cakap nak datang?”. Sara muncul dari tingkat atas. Dia melangkah menuruni tangga berhati-hati. Ibu hanya memerhati sehingga Sara menghampirinya. “ Ibu sihat?”. Ujar Sara sambil menyalami dan memeluk ibunya. “ Sihat…kamu sihat?”. “ Sihat bu…ayah mana?”. “ Ada tu di luar dengan Ariff…”. “ Ayah…apa khabar?”. Sara menghampiri ayahnya yang baru melangkah masuk ke dalam rumah. “ Sihat….ibu kamu ni yang bersungguh-sungguh sangat nak datang…”. Balas ayah setelah menyambut salam tangan anaknya. “ Ye ke bu? Rindu ye?”. Sara memeluk mesra tubuh ibunya. Ariff sekadar memerhati. “ Alamak!”. Ujar Sara tiba-tiba sambil meleraikan pelukan pada ibunya. “ Kenapa?”. Soal Ariff kaget. “ Lauk…dalam peti dah habis stok….”. “ Abang pergi beli nanti”. “ Tak usahlah…ibu dah bawa bekalan tadi masa datang sini…rendang ayam, kerabu mangga, ikan bawal masak merah..sayur nangka masak lemak”. “ Uish..banyaknya bu…macam ramai pulak tu yang nak makannya”. Tegur Ariff sambil melemparkan senyuman. “ Ni sayang ibu lebih macam ni!”. Ujar Sara pula sambil memeluk lengan ibunya. Ayah dan ibu hanya tersenyum melihat telatah anaknya. “ Ayah nak mandi….dah nak maghrib..nanti kita solat berjemaah sama-sama”. “ Naik bilik atas yah…”. Ujar Ariff lembut. “ Tak usahlah…bilik bawah ni saja…”. Balas ayah sambil menghampiri bilik di sudut kanan rumah.





“ Ye lah…ayah masuk lah dulu….Ariff bawa masuk beg ni…”. Ujar Ariff lagi. Ayah mendahului langkah menantunya. “ Ibu?”. Soal Ariff kepada ibu mertuanya. “ Nantilah…biar ibu bawa barang-barang ni dulu ke dapur”. “ Sara boleh bawa bu..tak apa…ibu masuklah bilik dulu..berehat”. “ Tak usahlah…kamu tu bukan boleh bawa barang berat-berat…ibu bawa ke dapur saja”. Sara hanya tersenyum manja. Ariff menuruti langkah bapa mertuanya. “ Ni yah…begnya…nanti kita solat kat bilik atas..ruang luas sikit..”. Tegur Ariff kepada bapa mertuanya yang sedang duduk di atas katil. “ Ya lah…”. Balas ayah sambil tersenyum. Sewaktu Ariff ingin melangkah keluar, ibu menghampiri pintu bilik. “ Ariff naik atas dulu ya bu…nanti kita solat maghrib di atas sama-sama…Sara dah naik atas ke bu?”. “ Belum…ada di dapur”. Ibu melemparkan senyuman, kemudian Ariff berlalu.





“ Sayang…”. “ Mmm..”. “ Tadi…yang Sara tanya abang lepas abang balik kerja tadi apa ya?”. “ Entah…dia yang lupa…”. “ Nak merajuk lagi lah tu…”. “ Jangan perasan ya…dah lah jom naik…ayah tunggu nanti…mula lah terkial-kial”. “ Eh..siapa yang terkial-kial…abang cepat okay”. “ Eleh…ya lah tu”. “ Jomlah naik..” Ujar Ariff kemudian menggamit lengan isterinya. “ Abang jangan nak mengada-ngada ya…ayah dengan ibu ada tu”. Tegur Sara sambil menjeling suaminya. “ Biarlah…isteri abang…bukan wanita simpanan pun”. Ariff sengaja mengusik. “ Abang jangan nak mula ya”. “ Okay…tak lah..gurau je…”. Sara mendahului langkah suaminya. “ Sayang..nanti abang ingatkan balik apa yang abang lupa tadi ya”. Sara sekadar menjungkit bahu. Sebelum Sara menaiki tingkat atas, dia singgah sebentar di bilik ayah dan ibunya menyerahkan tuala kepada mereka.

Luluh Jiwa


Luluh jiwa bila saat getir ini menghimpit
Sayu memamah jiwa dalam resah yang panjang
Entah kan bila sayup-sayup ini akan menjauh
Dalam debar aku menanti tenang


Tika angin membisik pada malam
Bayu lembut menyapa sanubari hati
Ada suara-suara liar menikam rasa
Sedang luluh ini semakin mencengkam


Pernahkah kau mendengar suara malam?
Saat rindu bertaut sedang kasih terlerai sudah
Pernahkah kau melihat mata-mata mereka seolah menjauh
Bagai menyiat-nyiat tangkai hati....


Dan embun pagi seperti mengerti
Basahnya bumi kita
Teduhnya menggamit seolah menjerut rasa yang hadir
Sedang kita masih jauh.....jauh....

Friday, May 4, 2012

SaYaNgIlAh AkU TeMaNiLaH aKu 48








“ Dia ganggu Sara lagi?” “ Siapa?” “ Lelaki tu lah”. “ Ada..tapi Sara malas nak layan..kenapa?”. “ Tukar je lah nombor”. “ Susahlah nanti…”. “ Apa yang susah?”. “ Ye lah…nanti kawan-kawan Sara susah nak hubungi”. “ Sara boleh kan bagi nombor baru”. “ Susahlah bang”. “ Kawan-kawan Sara tu lebih penting ke?”. “ Tak lah…tapi..”. Sara kematian kata di situ. “ Atau sebenarnya Sara suka dia masih ganggu Sara?”. Ariff sengaja menduga isterinya. “ Apa abang merepek ni…”. “ Abang Tanya je…”. “ Abang pun tahu kan…Sara tak suka…Sara Cuma tak nak sebab ni Sara terpaksa susah-susah tukar nombor”. “ Susah ke?”. “ Abang serius nak Sara tukar ke ni?”. “ Habis Sara ingat abang bergurau ke?”. “ Entahlah…Sara tak tahu”. “ Boleh abang nak tengok telefon Sara?”. Ujar Ariff sambil merenung isterinya.


“ Kenapa? Abang tak percayakan Sara ke?”. Balas Sara sambil membalas renungan suaminya. Ariff sekadar menjungkit bahu. Sara bangkit mengambil telefonnya. Di belek sebentar telefon di tangannya. Ariff hanya memerhati. “ Tak payahlah padam mesej-mesej dia tu…biar abang baca”. Sara menghentikan tindakannya. Dia memandang suaminya sekilas. Kemudian menghampiri Ariff dan menyerahkan telefon itu. “ Abang macam sangsi dengan Sara je?”. “ Abang tak boleh cakap apa kalau Sara nak rasa macam tu”. Sara hanya mengeluh perlahan. “ Nak pergi mana?”. “ Turun bawah..angkat baju”. Tegur Ariff apabila Sara ingin beredar. “ Nanti biar abang angkat…Sara duduk je lah sini”. “ Tak apalah…biar Sara pergi…Sara nak minum air”. Ariff akhirnya mengangguk perlahan. “ Sara marah abang ke?”. Ujar Ariff agak kuat setelah Sara melintasi pintu bilik. Waktu itu dia baru membuka peti mesej telefon milik isterinya. Sara berpaling kemudian memandang suaminya. “ Tak”. Sara hanya melemparkan senyuman kemudian berlalu. Ariff membalas senyuman isterinya.





“ Abang tolong ye?”. Ariff mengambil tempat di sisi isterinya. Waktu itu Sara sedang leka melipat pakaian. “ Tak payahlah…sikit je ni…”. “ Hai..marah Nampak?”. “ Mana ada’. “ Eleh…macam abang tak tahu…merajuk lah tu”. “ Tak ada masa lah nak merajuk…buang masa”. “ Tu muncung je kenapa?”. “ Mana ada…”. Ariff menyusun pakaian yang telah dilipat isterinya. “ Nak ke mana tu?”. Tegur Ariff lagi apabila melihat isterinya ingin bangkit. “ Tadi kata nak lipat kan? Abang lipatlah”. Balas Sara sambil mengunjuk ke arah pakaian tadi. “ Pulak?”. Ariff membantu isterinya bangkit. Sara hanya membiarkan. “ Okay..abang lipat…tapi buatkan abang Nescaffe ye sayang?”. Sara sekadar mengangguk tanpa memandang suaminya. “ Sahlah merajuk tu”. Ujar Ariff sambil tersenyum. Sara tidak mengendahkan kata-kata suaminya.





“Mana air abang?”. Ujar Ariff sewaktu memasuki ruang dapur. “ Atas meja”. Balas Sara pendek. “ Buat apa tu?”. “ Abang Nampak kan”. “ Alah sayang ni…”. Sara hanya mendiamkan diri. “ Abang dah lipat baju tadi…dah siap simpan dalam bilik lagi”. Sara masih membisu. “ Sara diam kenapa ni…okaylah…tak tukar nombor pun tak apa lah…tapi jangan macam ni ..penat abang nak pujuk”. “ Penat?”. Tanya Sara sambil merenung suaminya. “ Tak lah…okay, isteri abang ni kalau merajuk susah ye nak pujuk”. “ Sara tak merajuk okay”. “ Ye lah tu…Sara merajuk macam ni..nanti kan baby keluar muka kelat je”. Ariff sengaja berkata begitu. “ Mengada…nah makan ni”. Ujar Sara sambil menjeling manja suaminya.


“ Abang tak percayakan Sara ke?”. Tanya Sara ketika mereka menikmati minuman petang yang disediakan oleh Sara tadi. “ Percaya lah..”. “ Habis tu sampai nak cek telefon Sara tu”. “ Abang bukan apa….abang Cuma tak nak dia ganggu Sara..lagi-lagi dalam keadaan Sara macam ni”. Sara hanya mendengar. “ Abang nak Sara tahu…abang tak pernah sangsi dengan Sara…abang percayakan Sara…Sara kena faham, apa sahaja yang abang buat..abang mahu yang terbaik untuk isteri abang”. Ujar Ariff lagi sambil menggenggam tangan isterinya. “ Abang tak kan paksa Sara tukar nombor..itu hak Sara…tapi andai dia mengganggu rumah tangga kita..Sara tahu kana pa nak buat?”. “ Ya…Sara minta maaf”. “ Tak apa….senyum sikit”. Sara melemparkan senyuman ikhlas buat suaminya. “ Haaa…macam tu lah…kan cantik”. Sara memukul perlahan bahu suaminya. “ Sayang abang tak ni?”. “ Sayang lah..mengada lah abang ni…”. “ Mengada dengan isteri sendiri tak apa”. “ Ye lah tu….”. Sara tersenyum. Ariff juga membalas senyuman isterinya.

Thursday, May 3, 2012

Cerita Kita..


Jangan pernah membenci seseorang yang telah melukakan hati kita...kerana orang itu juga pernah membuat kita tersenyum....

Sunday, April 29, 2012

Ruang Rindu 14


“ Nia…awak marah lagi kat saya?”. Tiba-tiba Fauzi menegur ketika Dania sedang Photostat. Dania memandangnya sekilas. “ Saya bukan jenis simpan dendam, tapi saya jenis susah nak lupa apa yang dah orang buat pada saya…”. Balas Dania tanpa memandangnya. “ Saya tahu awak marah…tapi tak kan sampai benci sangat nak pandang saya…”. Fauzi cuba berlembut. Sememangnya setelah dua bulan peristiwa Dania ditampar olehnya berlalu, baru kini Fauzi dapat bersua dan bercakap dengannya. Sebelum ini Dania seringkali mengelak. “ Itu hak saya kan…”. Dania masih tidak memandangnya dan leka membuat kerja. Dania tahu dia sengaja ke sini hanya untuk bercakap tentang itu. “ Kenapa awak sombong Nia…saya sukakan awak…jujur saya sayangkan awak…”. Fauzi merenung wajah Dania. “ Fauzi…perasaan suka, sayang tu terlalu subjektif…hak milik peribadi masing-masing…saya tak salahkan awak, itu hak awak nak ada rasa apa pun terhadap saya…tapi saya nak awak tahu yang saya ada hak peribadi saya juga…awak berhak menyukai saya, tapi awak tak boleh paksa saya juga ada perasaan yang sama terhadap awak…itu tak adil bagi saya…memang awak berhak tentukan hidup awak, tapi hidup saya, saya yang berhak tentukannya…awak kena faham…selama ni saya sedar tentang semua tu sebab itu lah saya tak nak member harapan pada awak…saya hargai perasaan awak pada saya, tapi saya juga ada hak kan nak tentukan pada siapa saya nak beri hati saya? Saya tak nak berkasar dengan awak, tapi awak paksa saya Fauzi…saya tak pernah benci awak, tapi apa yang dah berlaku antara kita buat saya terfikir yang saya kena bertindak…cinta itu anugerah…tapi bukan memaksa kita ingin memiliki…awak berhak bahagia…carilah kebahagiaan tu dengan orang lain…saya doakan awak…cukuplah dengan apa yang terjadi…saya hanya teman sepejabat awak…tidak lebih dari tu…bukan silap awak saya menolak cinta awak, saya bukan untuk awak…awak juga bukan untuk saya…kita terima hakikat ni sama-sama…walau apa pun terima kasih banyak-banyak atas segala-galanya…saya hargai semuanya…”. Ujar Dania sambil merenung mata Fauzi. Fauzi tekun mendengar. “ Saya…”. Fauzi kematian kata. “ Cukuplah…saya harap sampai di sini je…saya pasti awak faham apa yang saya sampaikan…dan saya rasa semua penjelasan saya tadi cukup jelas untuk awak kan..”. Dania melangkah pergi. Fauzi masih termenung. Dania tahu semua itu pasti melukakan hati Fauzi, namun dia perlu menjelaskannya. Fauzi perlu tahu dan sedar tentang semua itu. Dania juga tidak mahu berpura-pura. Memang sakit bila orang yang kita suka dan sayang menolak kita pergi jauh dari hidupnya. Namun inilah permainan takdir. Tuhan pasti ada sebab mengukir takdir sebegitu. ‘Apakah aku juga cukup kuat menerima takdir yang sudah sekian lama terukir untukku? Aku tidak punya jawapan itu sekarang’.Getus Dania sendirian.
“ Nia…siang tadi aku nampak kau berborak dengan Fauzi…”. Ujar Ria bersahaja ketika mereka menonton televisyen. Waktu itu hanya mereka berdua yang berada di rumah. Maya dan Naina keluar makan di luar dengan teman masing-masing. “ A’a…biasalah dia…”. Balas Dania pendek. Pandangannya masih pada televisyen. “ Dia masih pujuk kau?”. “ Kadang-kadang aku tak faham kenapa dia suka kat aku, apa lah yang aku ada…tapi ya lah perasaan tu fitrah kan…aku tak boleh nak halang…Cuma aku nak dia sedar kenyataan sebenar tentang perasaan aku…”. Dania melemparkan pandangan kepada Ria. “ Aku faham…aku kesian juga pada dia…tapi perasaan tak boleh di paksa-paksa kan…dia terima penjelasan kau?”. “ Entahlah…aku Cuma jelaskan apa yang patut, selebihnya dia boleh fikir sendiri…aku tak hina cinta dia, tapi kebahagiaan aku adalah pilihan aku kan…walau aku tahu dia terluka, aku terpaksa…biarlah dia cari orang lain…”. Ria mengangguk perlahan. “ Kau pun patut cari kebahagiaan kau Nia…”. “ Aku bahagia sekarang…”. Ujar Dania bersahaja. “ Nia, kau kawan aku sejak kita sekolah menengah lagi…aku nak tengok kau bahagia…”. Dania merenung temannya. “ Ria…aku pasti kau tahu semua tentang kisah hidup aku…aku takut Ria, sejarah silam pun aku masih tak dapat terima dengan redha lagi, macam mana aku nak mulakan yang baru…aku tak de sapa-sapa lagi dalam dunia ni, selain korang kawan-kawan aku…kalau di beri pilihan aku nak macam orang lain, ada mak ayah…aku belum puas rasa semua tu…tapi Tuhan lebih sayangkan mereka…aku terima Ria…walaupun aku sangat-sangat rindukan mereka…”. Ria merapatkan tubuhnya. Tanpa segan silu Dania memeluknya. “ Aku rindukan kasih sayang seorang ibu…belaian seorang ayah…kemesraan dengan adik-beradik yang lain, tapi semua tu aku takkan boleh dapat lagi…mereka semua dah pergi tinggalkan aku…bila aku ada seseorang yang dapat menggantikan mereka, dia Cuma singgah hanya untuk seketika…kenapa Ria, kenapa aku kena terima semua ni…jahatkah aku Ria sampai aku langsung tak boleh nak dapat semua tu…kenapa kebahagiaan aku selalu hanya seketika…tapi penderitaan aku berpanjangan…”. Tersedu-sedu Dania menangis di bahu Ria. Ria mengelus lembut belakang tubuh temannya. “ Nia, kau jangan jadi lemah macam ni…aku tahu kau tabah…kuatkan semangat kau Nia, Tuhan sedang menguji kau sebab Dia sayangkan kau…kau bukan seorang diri dalam dunia ni, ramai orang yang sayangkan kau Nia…aku tak nak kau rasa bersendirian, kau ada aku…Maya, Naina…teman-teman yang lain…Farhan…”. Dania meleraikan pelukan dan merenung wajah teman di hadapannya. “ Farhan?”. Dania mengesat air matanya dengan hujung baju. “ Ya…dia kawan kau kan…”. Dania mengangguk lambat. Ria melemparkan senyuman. “ Dia baik Nia…aku dapat lihat keikhlasan dia berkawan dengan kau…”. “ Apa maksud kau?”. “ Tak de apa-apa…hanya kau yang ada jawapan tu…”. “ Ria, dia hanya kawan…macam korang…kitorang tak ada apa-apa…”. Balas Dania tegas. “ Aku tak kata korang ada apa-apa kan…”. Ria tersengih nakal. “ Ria kau jahat…”. Dania memukul perlahan tangan Ria. “ Aduh, sakitlah…”. “ Padan muka…”. Dania tergelak besar. “ Tapi kan Nia, kalau korang ada apa-apa pun, aku suka…sesuai..”. “ Mengadalah kau ni, jangan nak merepek…”. Dania memukul pehanya pula. “ Kau ni, pukul-pukul orang pula…aku report kat abang aku nanti…”. “ Reportlah…tak takut…nanti aku report pulak dekat…”. Dania kematian kata. Dia tertunduk. Ria memegang tangannya. “ Kau report dekat Farhanlah…”. Ria sengaja mengusiknya. Dania menolak bahu temannya perlahan. “ Betul lah…aku rasa mesti dia akan bersedia jadi hero untuk kau…macam spiderman tu…”. Mereka tergelak sama. “ Kau ni, apalah…ada ke samakan Farhan tu dengan spiderman…”. Dania masih dalam sisa-sisa gelakny. “ Ya lah…saya Farhan bersedia untuk melindungi dan menjaga Cik Nur Dania Iman daripada segala musuh-musuh jahat…”. Ria mendepakan tangannya seperti orang ingin berlawan. Dania tergelak lagi. “ Kau ni!!”. Ria tertawa bersama Dania. Dania tahu Ria sengaja ingin menghiburkannya. Mereka leka menonton televisyen di ruang tamu hingga lewat malam. Apabila Naina dan Maya pulang, mereka juga menyertainya.

Wednesday, April 25, 2012

Ruang Rindu 13


“ Sejuk?”. Tanya Farhan lembut. Dania hanya menganggukkan kepala. Sememangnya dari tadi Farhan tidak memasang penyaman udara dalam kereta. “ Awak nak bawa saya ke mana ni? Saya nak balik…”. Ujar Dania perlahan apabila melihat Farhan membelok kea rah simpang lain. “ Saya tahu awak nak rehat…kita pergi rumah mak cik saya jap ek…dia dah buatkan bubur ayam untuk awak…”. Balas Farhan lembut namun tidak menoleh. “ Saya tak nak lah…tak selera nak makan…kita baliklah…”. Ujar Dania sambil memegang lengan baju lelaki di sebelahnya. Farhan memandangnya. Dia kaget sebentar lantas melepaskan pegangan tadi. “ Kita?”. Tanya Farhan sambil tersenyum. Dania memandangnya. “ Saya, saya nak balik…tolong hantar saya balik…saya tak larat…”. Dania masih memohon simpatinya. “ Kalau awak tak larat saya boleh dukung, jangan risau lah…”. Balas Farhan bersahaja. Waktu itu dia membelok masuk ke sebuah rumah yang agak besar. “ Rumah siapa ni? Awak janganlah…jom balik..”. Dania merengek seperti anak kecil. Farhan hanya tergelak kecil. “ Kita dah sampai pun ni…jomlah kita masuk kejap…ni rumah mak cik Sarah, yang awak jumpa kat pantai Cahaya Bulan hari tu..”. Ujar Farhan sambil membuka pintu kereta. Dia menghampiri pintu Dania dan ingin membukakan pintu untuknya, namun cepat-cepat Dania membukanya. Farhan hanya tersenyum melihat telatahnya. “ Jangan buat macam tu lain kali..”. Ujar Dania tegas walaupun lemah. “ Owh…memang akan ada lain kali la ek awak naik kereta saya?”. Dania tahu Farhan sengaja mengusiknya. Dia menjelingnya geram. Farhan tergelak kecil. “ Gurau je lah…tapi kalau betul pun apa salahnya…kita kan kawan…”. Farhan merapatkan tubuhnya . Dania menjauhinya sedikit. “ Awak takut ek…saya bukan nak buat apa lah…saya takut awak jatuh je…tengok tu berdiri pun tak stabil…”. Dania bersandar di pintu kereta. Memang kepalanya sedikit berdenyut. Tangan kanannya memegang kepala. “ Awak ok?”. Tanya Farhan risau apabila melihat Dania mengerutkan kening seperti menahan sakit. Dania mengangguk perlahan. “ Awak ni sebenarnya bukan demam je kan?”. Tidak sempat Dania menghalang Farhan sudah menyentuh dahinya. Namun segera di alihkan tangannya apabila Dania merenungnya. “ Panas…doctor cakap apa lagi?”. Waktu itu mak cik Sarah menghampiri mereka. “ Kenapa tak masuk? Kesian Dania tu…pucatnya muka…bawa dia masuk Han…ish kamu ni…”. Farhan tergelak kecil, kemudian ingin memapah Dania. “ Tak payah…saya boleh jalan sendiri…”. Balasnya tegas. Farhan mengangkat bahu. Mak cik Sarah hanya memerhati. “ Awak ni degil, jalan pun terhuyung-hayang…kalau jatuh nanti awak juga yang tanggung…biarlah saya papah…jangan risau, saya tak kan sentuh kulit awaknya…”. Ujar Farhan tegas apabila melihat Dania berjalan tidak stabil. Dania tidak dapat menangkap semua apa yang telah diperkatakan oleh Farhan. Pandangannya agak kelam. Kepalanya seperti berpusing. Tidak sempat dia ingin berpaut pada Farhan, dia sudah jatuh terjelepok ke lantai. “ Nia!!”. Farhan terjerit kecil lalu memangku Dania. Setelah itu dia tidak tahu apa yang berlaku.
Dania menggosok mata perlahan dan memandang sekeliling. Segera dia bangkit apabila melihat tempat ini asing baginya. “ Dania dah sedar?”. Tiba-tiba satu suara mengejutkannya. Dania memandang kepada pemilik suara. “ Mak cik?”. Dania memandangnya hairan. “ Dania kat rumah mak cik…petang tadi ingat tak Farhan bawa Dania ke sini…”. Dania menghala pandangan kea rah tingkap, kemudian mengangguk perlahan. “ Kenapa saya…”. Dania memegang selimut yang menyelimutinya tadi. “ Dania pengsan petang tadi…Dania tak makan dari pagi kan?”. Dania hanya menundukkan kepala. Waktu itu Farhan muncul lalu duduk di hujung katil. “ Awak…”. Dania kematian kata. “ Ya lah saya, tak kan awak nampak hantu pula kan…”. Farhan tergelak kecil. Mak cik Sarah hanya tersenyum melihat telatah anak saudaranya. “ Dah pukul berapa ni?”. Dania bertanya kaget. “ 9.00…”. Balas Farhan bersahaja. “ Hah?”. Dania terus bangkit dan berdiri. Farhan segera menghampirinya. “ Awak ni…cuba bawa bersabar sikit…nanti jatuh lagi, awak tu bukannya sihat…”. Farhan mengarahkan Dania duduk kembali dengan tangannya. Dania hanya menuruti. “ Dah lewat…mesti kawan-kawan saya risau…”. Ujarnya gelisah. “ Jangan risaulah…saya dah bagitahu tadi…diorang tahu awak kat sini…”. Balas Farhan kemudian duduk kembali di hujung katil tadi. “ Awak bagitahu? Macam mana awak bagitahu?”. Dania bertanya lagi. “ Dia ambil telefon Dania tadi…cari nombor telefon kawan serumah Dania kat situ…mak cik yang telefon tadi…”. Mak cik Sarah menjawab bagi pihak Farhan. “ Awak…”. “ Jangan risau saya cuma cari nombor kawan awak Ria tu je…saya tak tengok yang lain…awak dah sedar, jomlah makan dulu…lepas tu makan ubat…jom.”. Dania memandang ke arah mak cik Sarah. “ Marilah…mak cik dah masak bubur ayam tadi…Farhan bawa Dania turun ya, mak cik nak panaskan bubur kejap…”. Ujar mak cik Sarah dan berlalu. “ Dah ok sikit tak?’. Tanya Farhan apabila mak cik Sarah sudah keluar dari bilik. Dania mengangguk perlahan. “ Awak ada migraine?”. Tanya Farhan lagi. Dania merenungnya. “ Saya tengok ubat awak tadi…”. Balas Farhan. “ Kenapa?”. Entah mengapa soalan itu yang terkeluar dari mulutnya. “ Tak de apa-apa saya saja nak tahu…macam mana awak boleh sampai demam macam ni? Main hujan ke?”. Tanya Farhan serius. “ Mana ada…dah nak demam, tak kan nak halang-halang pula…”. Farhan tersenyum manis. “ Awak ni garang tapi manja…”. Dania menjelingnya dia berkata begitu. “ Dah malam…saya nak balik…”. Dania segera bangkit. “ Tengok tu, ikut suka dia je…kan saya kata tadi, bawa bersabar sikit…Penat mak cik saya masak bubur untuk awak tau…jom kita makan dulu…”. Farhan juga turut bangkit. Dia menghampiri Dania. “ Boleh jalan tak?”. “ Bolehlah…”. Farhan tergelak kecil mendengar intonasi suara Dania yang sengaja dikuatkan. Farhan hanya memerhati Dania melangkah keluar dari bilik. Dia mengekoriya dari belakang. “ Elok-elok turun tangga tu…nanti jatuh ..”. Tegur Farhan apabila Dania mula mahu menuruni tangga. “ Tahu…”. “ Sakit-sakit pun garang juga awak ni…”. Balas Farhan lagi. Dania hanya mendiamkan diri. Dia berhenti di tangga terakhir.
“ Kenapa?”. Farhan menegur lembut. “ Dapur kat mana?”. “ Owh…jom.”. Farhan mendahului langkahnya. Dania menurutinya. “ Duduk Dania…makan bubur tu…lepas tu makan ubat..”. Ujar mak cik Sarah ketika Dania masuk ke dapur. Farhan menarikkan kerusi untuknya dan menyuruhnya duduk. Dania hanya menuruti seperti anak kecil. Farhan mengambil tempat di hadapannya. “ Makanlah…makan banyak sikit…dari pagi tak makan kan…perut tu kosong tak berisi, badan pula tak sihat…memang lah boleh pengsan…”. Farhan membebel sambil menyenduk bubur untuk Dania ke dalam mangkuk. Dania hanya memerhati. Mak cik Sarah tersenyum kepadanya. “ Mak cik, orang tak sakit ni kena makan bubur juga ke?”. Tanya Farhan setelah meletakkan mangkuk bubur di hadapan Dania. Dia hanya menyuruh Dania makan dengan aksi matanya. “ Eh, boleh je apa salahnya kalau nak…mak cik ada masak nasi, kejap…”. Mak cik Sarah mengambil pinggan. “ Tak pe mak cik, Han ambil sendiri…”. Farhan bangun. Namun sempat dia menoleh kea rah Dania. “ Makan sampai habis tau..”. Farhan berlalu. Mak cik Sarah mengambil tempat di sebelah Dania. “ Mak ayah Dania ada kat sini?”. Dania tersentak, kemudian memandang mak cik Sarah. Dia menggeleng perlahan. “ Kat kampung ke? Kampung Dania kat mana?”. Tanya mak cik Sarah lagi. Waktu itu Farhan mengambil tempatnya semula di hadapan Dania. Dia hanya memerhati. “ Mak ayah saya dah tak ada…”. Balas Dania perlahan. Farhan berhenti menyuap nasi. Mak cik Sarah dan Farhan berbalas pandangan. “ Maaf Dania…mak cik tak tahu…”. Ujar mak cik Sarah serba-salah. “ Tak pe mak cik…”. Dania cuba melemparkan senyuman, namun dia tahu ia kelat. “ Dania makanlah…habiskan, ada lagi tu…boleh tambah…”. Dia hanya mengangguk lemah. Farhan dari tadi memerhatikannya. “ Kenapa tak makan? Suruh orang makan, dia tengok orang pula…”. Dania sengaja ingin mengubah suasana yang suram itu. Farhan melemparkan senyuman. Dania cuba juga menghabiskan bubur ayam tadi, tidak mahu dikata tidak pandai menghargai kebaikan orang. Setelah usai makan, dia bangun dan membawa mangkuk ke sinki. “ Dania, tinggalkan je…kamu makan ubat ni dulu …”. Tegur mak cik Sarah. Dania tidak mengendahkan, terus sahaja mencuci mangkuk tadi. Kemudian baru duduk kembali. Waktu itu Farhan sudah selesai makan. Dia segera membasuh tangan. “ Makan ubat dulu…nanti awak nak balik, saya hantarkan…tapi mak cik kata tidur sini pun tak pe…esok pun awak tak kerja kan…”. Dania merenung wajah mak cik Sarah dan Farhan bersilih-ganti. “ Mm, saya kena balik juga…saya…”. Dania kehilangan kata. “ Tak pelah…mungkin Dania lebih selesa berehat di rumah…nanti Han hantar Dania ya..”. Balas mak cik Sarah lembut. Dania hanya mengangguk dan cuba bermanis muka. “ Nah, makan ubat dulu…”. Farhan menghulurkan ubat-ubat tadi. Dania menyambutnya. Setelah usai makan ubat, Dania meminta diri. Mak cik Sarah memeluknya. “ Bila-bila Dania nak, Dania boleh datang sini…mak cik tak de anak…sunyi duduk sorang-sorang…”. Dania membalas pelukan itu. Terasa selesa dipeluk begitu. Sudah lama dia tidak memeluk seorang wanita bergelar ibu. Tidak sedar air matanya mengalir. “ Sshh, Dania jangan sedih-sedih ya…kalau Dania perlukan seorang ibu, mak cik bersedia menumpangkan kasih buat Dania…”. Dania makin tersedu-sedu. Farhan jadi sayu melihat adegan itu. “ Dania…setiap yang hidup pasti akan mati…kita yang hidup ni kena teruskan hidup dengan tabah…Dania kena kuat…mak cik tahu Dania bukan orang yang lemah…”. Dania mengangguk perlahan kemudian meleraikan pelukan. Farhan membukakan pintu kereta untuknya. Dalam perjalanan pulang, mereka masing-masing membisu. Dania leka melayani perasaan. Farhan pula tidak mahu mengganggu. Dia hanya membiarkan.

Friday, April 20, 2012

Ruang Rindu 12


“ Nia…Nia…kau tak bangun lagi ke?”. Ria mengetuk pintu sambil menjerit nama Dania, sedangkan Dania masih berselimut. Tubuhnya terasa seram sejuk, kepalanya pula terasa amat berat. “ Ya…kejap…”. Dia menjawab lemah dan bangkit perlahan menghampiri pintu. “ Kau kenapa? Tak mandi lagi?”. Ria melihat temannya dari atas sampai bawah. “ Kepala aku sakit…badan rasa nak demam.”. Ujar Dania lemah sambil bersandar di pintu. Ria memapahnya ke katil. “ Kau boleh solat?”. Dania hanya mengangguk. Ria berfikir sejenak. “ Kau cuti lah hari ni, nanti aku cakap dengan bos…aku ambil panadol kejap…”. Ria ingin beredar. “ Tak payahlah Ria…aku nak rehat je…”. Balas Dania sambil menarik selimut. “ Jangan nak degil…aku ambil jap…”. Ria berlalu pergi. Dia kembali dengan segelas air dan panadol. “ Nah, makan ubat ni nanti…aku pergi dulu ya…patutlah dari tadi gelap je bilik kau…aku ingat kau dah bersiap…”. Dania hanya tersenyum kelat. “ Tak pe…pergilah…”. Ria mengangguk perlahan. “ Nanti aku balik waktu tengah hari bawa makanan…ok, jaga diri…”. Ujar Ria dan menutup pintu bilik. Dania memandang sekilah kea rah ubat dan air dalam gelas. Kepalanya terasa berat, namun digagahkan juga diri menuju ke bilik air. Dania mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. Setelah itu dia baring semula. Sebelum itu dia menelan dua biji panadol tadi dan memejamkan matanya. ………………………………………………………………………………………. “ Assalamualaikum…”. Maya berpaling ke arah pemilik suara. “ Wa’alaikumsalam, ya…cari siapa?”. Maya seperti memikirkan sesuatu. “ Dania ada?”. Tanya Farhan sopan. “ Awak ni yang hantar Dania malam hari tu ek?”. Maya merenung tajam wajah di hadapannya. “ Siapa Maya?”. Terdengar Ria menjerit dari dalam, kemudian menjenguk di pintu. “ Ni ha…dia cari Nia…”. Balas Maya sambil menoleh ke arah pintu. Ria menghampiri Maya di pagar. Kelihatan Farhan melemparkan senyuman kepada Ria. Maya memandang hairan apabila Ria turut membalas senyuman itu. “ Eh kejap…korang ni kenal ke?”. Tanya Maya sambil menggaru perlahan kepalanya. “ Cari Nia?”. Ria tidak mengendahkan pertanyaan temannya. Farhan menganggukkan kepalanya. Maya merungut perlahan. “ Saya call dia berapa kali tak jawab, mesej pun tak berbalas…dia ada kat rumah?”. Tanya Farhan lembut. “ Kenapa pula awak cari dia? Awak ni siapa dengan dia?”. Maya mengajukan soalan sambil bercekak pinggang. Ria merenung temannya. “ Maya…”. “ Eh, betul lah aku Tanya…yang dia sibuk sangat cari Nia, lepas tu risau je semacam, lagaknya macam suami orang je ha…”. Farhan dan Ria tergelak kecil. “ Kau ni Maya ke situ pula…”. Ria menghentikan tawanya. “ Nia ada kat dalam?”. Farhan bertanya lagi. “ Nia? Mak ai…dah pandai berNia Nia pulak…”. Maya menyambung kata. “ Maya dah lah tu…kau ni…”. Ria menarik Maya ke sebelahnya. “ Nia ada..dia demam…tengah rehat kat atas…mungkin dia letak telefon kat tempat lain agaknya…”. “ Dia demam?”. Tanya Farhan agak risau. “ Tengok…dah risau semacam…aku dah kata dia ni mesti ada apa-apa dengan Nia…”. “ Dah pergi klinik?”. Farhan bertanya lagi. “ Dia tak nak…dah puas paksa…dia makan panadol je…awak nak jumpa dia?”. Balas Ria. “ Dia boleh bangun ke?”. “ Boleh…Cuma tak larat, nanti jap saya pergi cuba panggil dia…”. Ujar Ria dan ingin berlalu namun dihalang oleh Maya. “ Biar aku pergilah…”. Tiba-tiba Maya mencelah. Ria hanya menganggukkan kepalanya. Maya melangkah pantas menuju ke bilik temannya. “ Nia…”. Maya memanggil perlahan. Dania membuka mata dan memandangnya. “ Ada orang nak jumpa kau kat bawah…”. Ujar Maya sambil melabuhkan punggung di sisi temannya yang sedang baring di katil. “ Siapa? Aku tak laratlah…”. Balas Dania lemah. “ Mana telefon kau?”. Maya memerhati sekeliling. “ Dalam beg agaknya…atas meja tu…”. Balasnya sambil menghalakan pandangan ke arah meja solek di sudut sebelah kiri bilik. Maya bangkit dan mencapai beg, kemudian dibuka dan dicapainya telefon. “ Nah…orang ni yang nak jumpa kau…”. Ujar Maya sambil menghulurkan telefon kepada Dania. Dania menyambutnya juga walau ada rasa kehairanan pada kata-kata Maya. Dia bangkit dan bersandar di bantal. Maya hanya memerhati. Dania membelek telefonnya. Memang tertera lapan panggilan tidak berjawab dan 10 mesej baru. Dia hanya meneliti pemilik nombor pada panggilan tidak berjawab.Lima panggilan daripada Fauzi dan tiga dari Farhan. Maya masih setia menanti. “ Siapa? Fauzi ke Farhan?”. Tiba-tiba Dania bertanya perlahan. “ Hah?”. Maya menggaru-garu kepalanya. “ Siapa yang datang cari aku?”. Ujarnya lagi sambil memicit perlahan kepala yang terasa berdenyut. “ Owh…mamat yang hantar kau balik hari tu…bukan Fauzi…siapa nama dia? Farhan ek…eh kau dengan dia ada apa-apa ke? Aku tengok dia risau semacam je bila Ria kata kau demam…kau dengan dia…”. Balas Maya sambil merenung tajam. “ Kau jangan merepeklah Maya…kenapa dia nak jumpa aku…”. Jawab Dania lemah. “ Eh, Tanya aku pula…manalah aku tahu…tapi tadi dia kata puas telefon tak dijawab, mesej pun tak berbalas…kau tau tak, kalau kau dengan dia tak de apa-apa tak kan dia sampai cari kau kat rumah…entah-entah korang ni memang ada benda yang nak sembunyi dengan kitorang tak?”. “ Maya, please lah…kepala aku sakit ni…kalau kau serabutkan kepala otak aku ni lagilah bertambah sakit…sekarang ni perlu ke tak sebenarnya aku jumpa dia?”. Balas Dania lemah sambil memeluk bantal. “ Ya Allah…itu pun Tanya aku ke…pergilah turun…kesian dia dah tunggu lama kat bawah…”. Dania memandang temannya itu lemah. Maya mencapai sweater di dalam almari dan menyerahkan kepada Dania. Dania turun dari katil dan berdiri di hadapan cermin. “ Pucatnya muka aku Maya…malu lah nak jumpa dia…”. Dia merapikan rambut. “ Pergi jelah…kau kata tak de apa-apa dengan dia kan…dah lama dia tunggu kat bawah tu…”. Dania akhirnya melangkah keluar dan menuruni tangga berhati-hati. Jika diikutkan rasa tubuh dan kepalanya, dia hanya ingin baring di katil, tapi bila mengenangkan orang itu sudah ada di bawah dia melangkah juga. Maya mengekori dari belakang. Apabila Dania sampai di depan pintu, kelihatan Ria sedang berborak dengan Farhan, mereka berdua merenungnya. Maya hanya bersandar di pintu ketika Dania menyarung selipar. Ria meminta diri apabila Dania sudah menghampiri pagar. Terdengar Ria mengajak Maya masuk ke dalam rumah. “ Hai…”. Farhan menyapa perlahan sambil merenung wajah Dania. “ Hai”. Dania membalas pendek sambil tersenyum kelat. Dia bersandar di pagar apabila merasakan tubuhnya terhuyung-hayang. “ Awak ok?”. Tanya Farhan lagi. “ Saya pasti awak nampak keadaan saya kan…”. Balas Dania agak lemah. “ Kenapa tak nak pergi klinik?”. “ Tak pe lah…nanti ok lah…saya nak rehat je…”. “ Pergilah…nah.”. Tiba-tiba Ria menghampiri mereka dan menghulurkan dompet kepada temannya. “ Ria…”. Dania memohon simpati . “ Pergilah Nia…nanti melarat, tengoklah dari pagi tadi aku tengok sama je keadaan kau…muka pun pucat…”. Ujar Ria sambil menepuk bahu Dania perlahan. “ Tapi…aku…”. “ Pergi jelah…Farhan nak hantar tu…kesian dia dah beria…”. Balas Ria lembut sambil menghantar pandangan kea rah Farhan sekilas. Farhan hanya menjadi pemerhati. “ Ala…kau pun boleh hantar aku kan…”. Dania masih cuba memohon simpati temannya itu. “ Aku dah puas pujuk tadi, kau tak nak…degil…sekarang dah ada orang nak hantar, kau pergilah ek…aku tak nak demam kau melarat…pergi lah…”. Ria memujuk sambil membukakan pintu pagar. Farhan pula dengan rela membukakan pintu kereta. Ria menolak perlahan tubuh Dania ke dalam kereta, kemudian meletakkan dompet di atas pehanya dan menutupkan pintu kereta. Farhan mengambil tempat di bahagian pemandu. Ria menutup pintu pagar. Dania sempat menoleh ke arahnya, Ria menganggukkan kepalanya perlahan. Dania mengeluh kecil. Farhan menghidupkan enjin kereta dan berlalu.

Thursday, April 19, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Ruang Rindu 11


‘ Assalamualaikum…buat apa tu? Sibuk? ’. Satu mesej masuk. Dania membacanya dan lantas membalas. ‘ Wa’alaikumsalam…tak de apa…saya kat pantai ’. Entah mengapa dia begitu jujur. Tiba-tiba telefonnya bordering. Dania mengangkat lemah. “ Assalamualaikum”. Dania memberi salam terlebih dahulu. “ Wa’alaikumsalam…awak ok?”. “ Ok…”. “ Awak kat pantai hari tu?”. Farhan bertanya lembut. “ A’a…”. “ Boleh saya datang sana?”. “ Kenapa?”. “ Saja nak teman awak…”. “ Tak payah lah…”. “ Kenapa?”. “ Tak de apa-apa…”. “ So, bolehlah saya ke sana sekarang ya…”. Farhan mencapai kunci lantas bergegas keluar. “ Nak buat apa?”. “ Saja…tak salah kan?”. “ Tapi…”. “ Kenapa? Awak tak suka ke?”. “ Bukan…Cuma saya tak nak susahkan awak…”. “ Tak pe…saya tak rasa macam tu pun..ok, saya on the way ni…jumpa nanti, assalamualaikum”. Farhan mematikan talian. Dania menyimpan semula telefon dalam beg. Dia termenung lagi sambil matanya terarah ke arah laut. “ Boleh saya duduk?”. Tiba-tiba satu suara yang dia kenali menghentikan lamunannya. Tidak sedar sudah agak lama dia melayani perasaan. “ Duduklah…awak baru balik kerja ke?”. Dania memerhatikan Farhan dari atas sampai bawah. Dia masih berpakaian kemeja panjang dan bertali leher. “ A’a…tadi masa saya call awak tu, saya kat pejabat lah…”. “ Owh…lambat balik? Mesti awak ni pekerja yang dedikasi kan…”. Dania melemparkan senyuman. Farhan membalas senyumannya. “ Tak de lah…biasa je…”. Balas Farhan sambil melonggarkan tali lehernya. Dania hanya memerhatikan. “ Lupa nak buka tadi…tak sabar nak jumpa awak…”. Dania tergelak kecil mendengar kata-katanya. “ Saya suka tengok awak senyum dan gelak macam ni Dania…”. Dania tertunduk. Malu ditegur begitu. “ Awak nak cerita apa-apa dengan saya?”. Tanya Farhan sambil menyinsing lengan bajunya. “ Entahlah…mungkin saya patut lupakan apa yang berlaku…”. Balas Dania dengan suara yang bergetar. “ Masalahnya awak tak boleh buat macam tu kan?”. Dania menelan air liur mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Farhan. “ Saya ni tak kuat kan…lemah sangat, semua masalah tak boleh nak hadapi dengan tabah…semuanya pasti akan membuahkan air mata…”. “ Kekuatan tu datang dari dalam diri awak sendiri Dania…sama ada nak atau tak awak yang tentukan…pucuk pangkalnya hati kita ni…”. Ujar Farhan sambil memegang dadanya. Dania merenung wajahnya. “ Dah lah tu…jangan tenung lama-lama, nanti luruh jantung…”. Dania tergelak kecil. Farhan memang pandai mengusik. “ Dalam hidup kita ni Dania…tak semua yang kita nak kita boleh dapat dan kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang…betul tak?”. Dania memandang ke arah laut sebentar, kemudian memandang Farhan sekilas. “ Betul…”. Dania membalas pendek. “ Awak menangis pagi tadi atas sebab yang sama macam selalu?”. Farhan bertanya berhati-hati. “ Tak…”. “ Habis?”. “ Awak ingat lelaki yang telefon saya hari tu?”. Dania memandangnya. “ Ingat…kenapa dengan dia?”. “ Dia tampar saya…dia kata saya hak dia…”. Farhan merenung tajam ke arah Dania dan cuba meneliti pipi dengan pandangannya. “ Kenapa?”. “ Dia Tanya siapa yang jawab panggilan hari tu…”. “ Awak dengan dia memang ada hubungan?”. Tanya Farhan lagi. Dania menggeleng laju. “ Tak pernah langsung…dan saya tak pernah bagi harapan pada dia…”. “ Dia sukakan awak…”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Tapi saya tak sukakan dia…sikit pun tak…”. Dania membalas tegas. “ Tak salah dia sukakan awak…”. Ujar Farhan lagi bersahaja namun lantas Dania memotong kata-katanya. “ Memang tak salah kita sukakan seseorang, tapi salah kalau kita menyekat kebebasan orang yang kita suka mengikut rasa hati kita…dan keterlaluan apabila kita mengongkong dia…kalau pun tangan tu bertepuk dua belah tangan, kita berhak kan berkawan dengan siapa yang kita mahu…dia tak de hak halang kemahuan kita…tambahan lagi menganggap kita seperti haknya…itu tak adil…”. Dania menarik nafas. “ Betul cakap awak tu…huh boleh tahan awak ni…”. Farhan tersenyum lagi. “ Apa yang menyebabkan dia tampar awak?”. “ Saya lawan kata-kata dia…dia tengking-tengking saya depan teman-teman sepejabat…dia kata saya ni hak dia dan saya tak berhak nak berkawan dengan lelaki lain…bahasa dia kasar…dia langsung tak hormatkan saya…saya malu ditengking macam tu depan orang…dia tak berhak buat saya macam tu…saya bukan isteri dia…kalau pun saya isteri dia…dia tetap tak boleh buat macam tu…betul tak?”. Dania melemparkan pandangan kepada lelaki di sebelahnya. Farhan menganggukkan kepala. “ Memang betul cakap awak…dia ego…mungkin dia rasa terancam sebab dia sukakan awak…saya penyebabnya kan?”. Dania menggeleng laju. “ Tak…kalau orang lain pun…dia akan buat benda yang sama…”. Farhan hanya tersenyum. “ Saya tumpang simpati…dia memang tak berhak buat awak macam tu…lelaki ni kalau dia suka, kadang-kadang memang akan jadi keterlaluan…perempuan pun kan?”. Dania hanya melemparkan senyuman. “ Kenapa orang yang kita suka mesti pergi meninggalkan kita…sedangkan orang yang sukakan kita pula mengejar kita…”. Ujar Dania sambil memandang laut. “ Macam saya cakap tadi…tak semua yang kita nak akan kita dapat…Tuhan sedang menguji kita…”. “ Salahkah kita menyintai orang yang kita sayang? Silapkah kita tak dapat memiliki dia?”. “ Cinta tu fitrah Dania…semua orang akan ada perasaan tu…tapi bagi saya cinta tu tak semestinya memiliki…”. Dania memang ke arahnya. “ Maksud awak?”. “ Bila kita mengenali seseorang dan kita mula menyayangi dia…tak semestinya dia milik kita…dan bila kita miliki dia sekali pun belum tentu milik kita selamanya…hidup ni ibarat roda, berputar dan berputar…kadang-kadang kita tak sedar masa berlalu begitu sahaja…tak semua yang kita ada sekarang kekal abadi milik kita…begitu juga cinta…cinta itu anugerah…bukan rasa ingin memiliki…”. “ Pandai awak berkata-kata…siapa ajar awak?”. “ Hidup mematangkan kita…Cuma kita kena ambil pengajaran dan iktibar…perhati alam sekeliling dan ambil hikmahnya…”. Dania mengangguk perlahan. “ Dah petang ni…nak masuk waktu maghrib pun…jom kita pergi masjid nak?”. Dania merenungnya. “ Kita solat maghrib di masjid, kemudian kita makan…nak?”. “ Mm…tapi…”. “ Kenapa awak tak boleh solat ke?”. “ Eh tak lah…boleh…”. Dania malu di Tanya begitu. Farhan hanya tersenyum. “ Kalau macam tu jom lah…bukan lama pun, lepas kita makan kita baliklah…solat pun tak lama kan…awak bawa kereta ke sini?”. “ Tak…tadi saya naik teksi…pagi tadi tumpang kawan je pergi kerja…”. Balas Dania perlahan. “ Ok..tak pelah macam tu…naik kereta saya, saya hantar awak balik nanti…jangan risau…”. “ Tapi…”. “ Aisey…banyak tapi awak ni ek? Ke tak sudi keluar dengan saya?”. Farhan merenung tajam. “ Bukan…saya…”. “ Awak anggap jelah awak kalah kali ni…saya menang ok…jom..”. Farhan bangkit perlahan. Dania teragak-agak. “ Dah lah tu…jom…nak masuk waktu maghrib dah ni…”. Dania akhirnya mengalah. Farhan menapak perlahan, sesekali menoleh ke belakang. Dania menuruti langkahnya. Farhan berhenti dan memastikan Dania berjalan bergandingan dengannya. ‘ Siapa dia ini sebenarnya? Adakah Tuhan menghantarnya untuk aku belajar menerima kenyataan…’. Getus Dania dalam diam. ………………………………………………………………………………………. “ Boleh saya panggil awak Nia?”. Tanya Farhan sambil merenung kea rah Dania. Waktu itu mereka sudah berada di hadapan pagar rumah Dania. Dania mengangguk perlahan. “ Ok, awak masuklah…dah malam ni…tak elok pula jiran-jiran awak nampak nanti…”. Farhan menyambung kata. Dania membuka pintu kereta. “ Nia…”. Farhan menegur perlahan. Dania memandangnya tanpa menjawab. “ Awak anggaplah saya ni kawan awak dan saya bersedia mendengar luahan hati awak bila-bila masa…ingat walau air mata tu senjata seorang perempuan, tapi ia sebenarnya melemahkan kita bila terlalu banyak kita merelakannya keluar…awak faham?”. Dania hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman. Farhan juga turut membalasnya. “ Saya masuk dulu…terima kasih belanja makan tadi dan hantar saya balik…hati-hati memandu…selamat malam, assalamualaikum”. Dania menutup pintu kereta. “ Wa’alaikumsalam..sama-sama…masuklah dulu…”. Ujar Farhan sambil mengunjukkan ke arah pagar. Dania menuruti arahannya. Setelah itu Dania melihat Farhan berlalu pergi. “ Siapa tu Nia?”. Tiba –tiba ada satu suara di depan pintu. Tidak sedar rupa-rupanya Maya dan Naina terjenguk-jenguk di pintu dari tadi. Entah-entah mereka mendengar semua perbualan mereka tadi. “ Ish…korang ni, terkejut aku…dah lama ke korang berdiri kat situ?”. Maya dan Naina tersengih macam kerang busuk. “ Baru je…hehe…kau pergi mana tadi?”. Dania melangkah masuk tanpa menghiraukan mereka. Naina menuruti langkahnya ke sofa. Maya mengunci pintu. Kelihatan Ria sibuk membalas mesej. “ Nia, kau ada apa-apa ek dengan mamat tadi?”. Naina membuka kata. Dania menyandarkan badannya ke sofa. Ria merenungnya. “ Merepeklah korang ni…itu kawan je…petang tadi aku pergi pantai…lepas tu tadi pergi makan kejap…tak salah kan?”. Dania memandang Naina dan Maya bersilih-ganti. “ Memang tak salah…tapi kan, selalunya aku rasa-rasa lah kan, kau ni bukan senang nak terima pelawaan orang…entah siapa-siapa mamat tu…”. Ujar Naina sarkastik sambil mengambil tempat di sebelah Dania. “ Alah korang ni…biarlah dia…tak salah pun di nak berkawan…daripada kita tengok dia terperuk je kat rumah…ada eloknya dia berkawan…”. Ria membela Dania. Dania merenungnya. Naina dan Maya mengangguk-nganggukkan kepala mereka. “ Betul juga…”. Maya mencelah. “ Nia…pagi tadi kat pejabat…”. Tidak sempat Naina menghabiskan kata-katanya Dania mencelah. “ Aku pasti kau dah tahu ceritanya kan…aku malas nak ingat…biarlah…”. Maya dan Naina saling berpandangan. “ Aku silap cakap ek?”. Tanya Naina lagi. “ Tak…kau tak salah cakap…tapi aku malas nak ingat…nanti menaikkan darah aku je…aku nak naik dulu lah, penat…nak mandi, solat lepas tu tidur…”.Dania bangkit perlahan, namun sempat dia berbalas pandangan dengan Ria. Maya dan Naina hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dania menapak perlahan. Terdengar Maya dan Naina berbisik-bisik kecil, namun dia hanya membiarkan. Apa yang ada dalam fikirannya waktu ini, ingin mandi, solat isyak dan tidur.

Tuesday, April 17, 2012

Sejenak...


Dalam kehidupan kita...adakalanya kita tidak faham takdir yang sedang Allah aturkan...sebab kita belum nampak hikmahnya kan? bile kita lemah, terasa dekatnya kita dengan Tuhan...siapa kita sebelum, kini dan selepasnya bergantung kepada langkah yang kita ambil...hidup penuh dengaan warna-warni kehidupan...tatkala cahaya cerah dan bersinar menghampiri, hari-hari kita berlalu dengan senyuman...sedang di kala cahaya suram dan gelap menggamit kita..hari-hari kita tetap akan berjalan....mungkin senyuman itu hilang ditelan garis-garis halus kedukaan...kehidupan seharusnya memberi kita "sesuatu"...agar kita tahu bagaimana mahu belajar dari kesilapan...sedang senyuman itu sangat diperlukan untuk menghargai hari-hari yang mendatang dalam hidup kita...demi menerima nikmat kesyukuran yang panjang....:)..peace no war..

Saturday, April 14, 2012

Ruang Rindu 10

“ Hello…”. Dania menjawab panggilan telefon dalam mamai-mamai. “ Assalamualaikum, dah tidur ya…maaflah…”. Ujar Farhan di hujung talian. Dania menggosok matanya perlahan dan bangkit bersandar di bantal. “ Wa’alaikumsalam…mm, a’a…awak tak tidur lagi ke ni…”. Balasnya masih dalam sisa-sisa mengantuk. “ Kiranya saya terlambat lah ya telefon…tak baik kan kacau anak dara orang pagi-pagi buta ni…”. Dania tergelak kecil. “ Dah tahu, kenapa telefon kan…”. Dania sengaja memerlinya. Terdengar tawa kecil di hujung talian. “ Tu lah…tak tahu kenapa…nak telefon dari tadi, tapi takut kerja awak tak siap lagi…rupa-rupanya terlewat pula ek…”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Awak nak cakap apa ek dengan saya pagi-pagi buta ni…”. Dania membetulkan selimutnya. “ Kenapa kita tak boleh berkawan ke? Pak we awak marah ?”. Farhan sengaja ingin mengorek rahsia. “ Mmm, entahlah…”. Dania tidak berminat menjawab soalan itu. “ Aik…entah pula…”. Balas Farhan tidak berpuas hati. “ Ya lah…memang entah…awak jom lah kita tidur, dah pagi ni…kita cakap lain kali ya…”. Dania tidak mahu memanjangkan kata. “ Eh, mana boleh…saya bukan suami awak tau…mana boleh tidur sama…”. Farhan sengaja mahu mengusik. “ Siapa cakap saya ajak awak tidur dengan saya?? merepeklah awak ni…”. Balas Dania tegas. “ Uishh…garangnya awak ni, saya bergurau je tadi…”. Ujar Farhan perlahan. “ Mm…Saya…bukanlah..tak pelah…bye…assalamualaikum”. Dania menunggu Farhan menjawab salam. “ Wa’alaikumsalam…selamat malam…”. Balas Farhan masih perlahan seperti tadi. “ Awak…”. Panggil Dania agak kuat. “ Kenapa?”. Tanya Farhan. “ Mm, tak de apa…maaflah kalau terasa…saya tak niat…”. Dania kehilangan kata. “ Tak apa, saya faham…ok tidurlah…assalamualaikum”. “ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab lembut kemudian mematikan talian. Ada rasa tidak enak menyerang hatinya melayan Farhan sebegitu, namun dia baring semula dan melelapkan mata. ………………………………………………………………………………………. “ Dania…siapa orang yang jawab telefon hari tu?”. Tiba-tiba Fauzi menjerkah dengan soalan sebegitu seusainya Dania mengambil tempat. Dania memandangnya geram kerana terkejut. “ Awak ni kenapa Fauzi? Pagi-pagi dah jerkah-jerkah orang…tak de keje ke?”. Dania membalas agak kasar. Geram dijerkah sebegitu. “ Ok…maaf…siapa yang jawab telefon hari tu Dania?”. Agak kalut Fauzi membetulkan intonasi suaranya. “ Kenapa pula awak nak tahu? Saya rasa itu hak saya dan tak de kena mengena dengan awak kan?”. Dania merenungnya. Fauzi seakan hilang sabar. “ Saya tanya awak! Siapa jantan tu?”. Suara Fauzi semakin kuat. Sudah hilang rasa hormatnya . Dania merenungnya lagi. Kali ini lebih tajam. Sungguh dia terkejut dengan sikap Fauzi. “ Apa hak awak nak marah-marah saya hah?”. Dania membalas tengkingannya. Fauzi mencerlung ke arahnya. “ Awak tu hak saya tahu tak…jangan cuba-cuba nak main dengan lelaki lain…”. Fauzi menuding jari ke arahnya. Waktu itu semua teman-teman sepejabat menghampiri mereka. “ Awak jangan melampau Fauzi…saya bukan hak awak…bukan isteri dan bukan siapa-siapa pada awak…awak tak de hak nak sekat dengan siapa saya nak berkawan…awak dengar sini baik-baik, saya tak suka awak layan saya macam ni…saya tak suka…”. Belum sempat Dania menghabiskan kata, Fauzi melayangkan tangan ke pipinya. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Fauzi. Dania merenung tajam kea rah Fauzi. Ria mengambil tempat di sebelahnya. “ Fauzi! Kau ni dah gila ke?”. Ria menengking Fauzi. Dania memegang pipinya. Terasa perit. Namun hatinya lagi sakit mengenangkan perbuatan Fauzi. “ Memang aku gila…aku gilakan dia tahu tak!”. Balas Fauzi tanpa rasa menyesal atas perbuatannya tadi. Air mata Dania terasa bergenang. Lantas dia bergegas ke tandas. Ria memanggil perlahan, namun dia tidak mengendahkan. “ Kau memang gila Fauzi!”. Dania masih dapat menangkap kata-kata Ria memarahi Fauzi. Setelah itu dia megejarnya perlahan. Dania mengunci pintu tandas. Ria mengetuk perlahan. “ Aku tak apa-apa…nanti aku keluar…kau pergilah sambung kerja”. Dania bersuara dalam tangis. “ Nia…bukalah pintu ni…”. Ria masih mahu memujuk. “ Takpe Ria…aku ok…”. Dania masih berkeras. “ Nia…Fauzi memang tak patut buat kau macam tu…dia memang gila…!”. Ujar Ria agak kuat. “ Tak pelah Ria…”. Dania membalas perlahan. “ Nia…aku tak nak paksa kau…nanti kau keluar ya…”. “ Ya nanti aku keluar…”. Ujar Dania dan mendengar Ria melangkah pergi. Dania menangis sepuasnya. Fauzi memang tidak patut menamparnya. Perbuatannya sudah melampau. Salahkah dia berterus-terang. Dia memang tidak menyukainya. Fauzi tidak berhak memaksanya. Dania mengesat sisa-sisa air matanya. Dia melihat wajah di cermin. Matanya sembap akibat menangis. Dia membasuh muka. Kemudian mengeringkannya dengan tisu. Segera dia keluar. Waktu dia ingin mengambil tempat, semua mata terarah padanya. Dania mengambil alat solek di dalam beg, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia meneliti nombor di skrin dan menekan butang merah. Sekali lagi nombor itu tertera tanda panggilan kedua masuk. Dania mencapai telefon dan alat solek tadi menuju ke tandas. “ Hello..”. Dania menjawab panggilan tadi. “ Assalamualaikum”. Terdengar suara di hujung talian. Farhan. “ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab perlahan. “ Awak kenapa?…saya dengar suara awak macam orang menangis…awak ada masalah ke?”. Tanya Farhan lembut tanda prihatin. Sungguh hingga kini dia tidak lagi dapat mengetahui rahsia gadis yang ingin dibantunya ini. “ Tak de apa-apa…”. Dania cuba berselindung. “ Dania…saya tahu awak dalam masalah sekarang…ceritalah, mungkin awak akan rasa lega…”. Farhan masih cuba memujuk. “ Betul…tak de apa-apa…awak saya tengah kerja ni…”. Danai cuba mengelak. Namun air matanya tumpah lagi. Dia teresak kecil. “ Dania…kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk kita meluahkan perasaan…kita akan rasa lega selepas kita bercerita…”. “ Saya…”. Kata-katanya terhenti di situ. Tangisannya semakin menjadi-jadi. “ Menangislah Dania…menangislah sepuas-puasnya…saya dapat rasa awak sedih sangat…saya bersedia mendengar cerita awak kalau awak nak luah apa-apa…”. “ Salah ke kita menolak cinta orang lain awak?”. Ujar Dania dalam tangis. “ Tak salah…tanpa kita memberi harapan”. Balas Farhan bersahaja. “ Perlu ke kita berkorban demi orang yang sukakan kita? Demi menunaikan hasrat kebahagiaan dia walaupun kita tak menyukai dia?”. Soal Dania lagi. “ Dania…perasan suka, berkorban dan kebahagiaan tu terlalu subjektif untuk dihurai…apa maksud awak? Boleh cerita pada saya apa yang dah berlaku…”. Ujar Farhan lembut. “ Entahlah…saya tak faham kenapa saya mesti lalui semua ni…”. Balas Dania sambil mengesat air mata. “ Dania…jangan bersikap macam ni…awak tak boleh jadi orang putus asa dan tidak bermaya macam ni…kuatkan semangat awak…”. “ Terima kasih…awak, saya tengah kerja ni…nanti kita sembang lagi ya…”. “ Awak ok?”. “ Saya ok…terima kasih…”. Balas Dania pendek. “ Nanti awak cerita pada saya ya…nanti saya call awak ok?”. “ Mmm, tapi…”. Dania teragak-agak. “ Dania…awak berhak buat keputusan, saya tak akan paksa awak…kuatkan semangat …air mata awak tu sangat berharga sebenarnya…assalamualaikum”. Farhan mematikan talian apabila Dania sudah menjawab salamnya.

SaYaNgLaH aKu TeMaNiLaH aKu 47

“ Kenapa abang Nampak lain?”. Soal Sara lembut kepada Ariff. “ Lain macam mana pulak?” Balas Ariff sambil memandang isteri di hadapannya. “ Yelah..lain”. “ Bukan Sara ke yang lain?”. “Apa maksud abang?”. “ Entah..Sara lebih tahu”. “ Sara tak faham”. “ Abang lebih tak faham…Sara ada rahsiakan sesuatu dari abang kan?”. “ Entah”. “ Abang tahu kan abanglah nyawa Sara…Sara hanya ada abang”. “ Abang ada lebih daripada Sara”. “ Sara tahu..itu hak abang”. Balas Sara sambil menunduk. “ Sara dah fikir jauh..abang tak pernah terfikir…abang Cuma nak Sara tahu…antara kita biarlah tiada rahsia lagi”. “ Abang tahu sesuatu?”. Soal Sara sambil mengambil tempat di sisi suaminya. Ariff sekadar mengangkat bahu. Sara bangkit perlahan kemudian berlalu ke bilik tidur mereka di tingkat atas. Ketika itu mereka berada di ruang tamu. “ Sara..”. Tegur Ariff. “ Sara naik atas sekejap..nanti Sara turun balik”. Balas Sara seolah tahu apa yang sedang bermain di minda suaminya. Ariff sekadar mengangguk. Tidak lama kemudian Sara muncul dengan telefon bimbitnya di tangan kemudian mengambil tempat di sisi suaminya semula. “ Abang..Sara tahu..cepat atau lambat..abang pasti akan tahu perkara ni…”. Ujar Sara sambil menekan butang di telefon bimbitnya. “ Ini…”. Ujar Sara lagi sambil menghulurkan telefon kepada suaminya. “ Jadi?”. Ariff sengaja bertanya begitu. “ Dia bekas teman lelaki Sara dulu…kami putus lepas dia kahwin dengan orang lain”. Balas Sara berhati-hati. “ Okay…jadi sekarang?”. “ Sara tak tahu apa niat dia ganggu Sara lagi…”. “ Perasaan Sara pada dia?”. “ Dah lama hilang”. “ Tapi perasaan dia pada Sara mungkin masih mekar macam dulu kan?”. “ Abang jangan tanya Sara soalan macam ni…Sara hanya ada abang dan Sara hanya nak abang seorang je dalam hidup Sara…dia hanya kisah silam Sara”. “ Sara tahu kana bang sayangkan Sara lebih dari nyawa abang sendiri…abang tak nak kehilangan Sara”. Tiba telefon yang sedang dipegang oleh Ariff bordering. Terpapar nombor pemanggil. “ Abang jawab bagi pihak Sara…”. Ujar Sara apabila Ariff menghulurkan telefon kepadanya. “ Sara kena terus-terang dengan dia”. Akhirnya deringan telefon itu berhenti sendiri. “ Sara tak nak perkara ni akan ganggu hubungan kita…abang mesti percayakan Sara…demi rumahtangga kita dan anak ni”. Ujar Sara sambil menyentuh perutnya. Ariff hanya memandang wajah isterinya. “ Abang percayakan Sara kan?”. Soal Sara sambil menyentuh tangan suaminya. Ariff menggenggam erat tangan isterinya sambil mengangguk. “ Apa pun berlaku…Sara tetap milik abang…Sara akan tetap pilih abang…abang kena yakin dengan Sara”. “ Sara tahu kan siapa Sara dalam hati abang?”. Soal Ariff sambil menarik isterinya ke dalam pelukan.

Detik Waktu..

Saat jari ini bergetar ...aku tahu jalan ini masih basah dengan suara doa yang tak pernah habis...andai ada yang ingin mencemuh apa yang aku rasa...silakan kerana aku tidak peduli..siapa aku, apa yang dirasa hanye cebisan remuk hanye aku yang tahu...terima kasih buat dia yang setia mendengar...aku tahu adakalanya dia pasti ingin aku segera bangkit...aku bangkit..jujur namun dengan sisa yang ada...aku masih memerlukan Dia...sedang Allah hantar dia buatku...aku memerlukan kekuatan untuk meneruskan hidup...untuk mereka yang berada di sekelilingku...adakalanya aku kuat..adakalanya aku juga rapuh...saat itu aku tersungkur kerana masih jauh...masih leka...seperti bait-bait lagu ini...aku... Detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu DAN............ ternyata aku masih jauh...

Saturday, April 7, 2012

JAUH DI SUDUT HATI.....

Sayang Kubawa jauh rinduku Kerna akau telah tahu Kau bukan milikku Sayang Sesunguhnya bukan mudah Menjalani hidup ini Tanpa kau di sisi Jauh disudut hati Aku masih bermimpi Mimpi yang indah Esok kau kembali Jauh di sudut hati Ada waktu-waktunya Aku berdoa Kau pulang semula Sayang Biar ku mengingatimu Biar kugantung harapan Hingga sampai waktu Nafas terakhirku

Tuesday, January 3, 2012

dan bila ...

Tuhan... aku sangat merinduinya aku tahu ini kesilapanku maaf aku lemah untuk menidakkan Tuhan... andai sepi malam ini bisa bersuara pasti ia melagukan suara hatiku Dan bila aku masih di sini Tuhan... Tuhan... Tuhan... :(:(:(:(:(