Pages

Wednesday, April 25, 2012

Ruang Rindu 13


“ Sejuk?”. Tanya Farhan lembut. Dania hanya menganggukkan kepala. Sememangnya dari tadi Farhan tidak memasang penyaman udara dalam kereta. “ Awak nak bawa saya ke mana ni? Saya nak balik…”. Ujar Dania perlahan apabila melihat Farhan membelok kea rah simpang lain. “ Saya tahu awak nak rehat…kita pergi rumah mak cik saya jap ek…dia dah buatkan bubur ayam untuk awak…”. Balas Farhan lembut namun tidak menoleh. “ Saya tak nak lah…tak selera nak makan…kita baliklah…”. Ujar Dania sambil memegang lengan baju lelaki di sebelahnya. Farhan memandangnya. Dia kaget sebentar lantas melepaskan pegangan tadi. “ Kita?”. Tanya Farhan sambil tersenyum. Dania memandangnya. “ Saya, saya nak balik…tolong hantar saya balik…saya tak larat…”. Dania masih memohon simpatinya. “ Kalau awak tak larat saya boleh dukung, jangan risau lah…”. Balas Farhan bersahaja. Waktu itu dia membelok masuk ke sebuah rumah yang agak besar. “ Rumah siapa ni? Awak janganlah…jom balik..”. Dania merengek seperti anak kecil. Farhan hanya tergelak kecil. “ Kita dah sampai pun ni…jomlah kita masuk kejap…ni rumah mak cik Sarah, yang awak jumpa kat pantai Cahaya Bulan hari tu..”. Ujar Farhan sambil membuka pintu kereta. Dia menghampiri pintu Dania dan ingin membukakan pintu untuknya, namun cepat-cepat Dania membukanya. Farhan hanya tersenyum melihat telatahnya. “ Jangan buat macam tu lain kali..”. Ujar Dania tegas walaupun lemah. “ Owh…memang akan ada lain kali la ek awak naik kereta saya?”. Dania tahu Farhan sengaja mengusiknya. Dia menjelingnya geram. Farhan tergelak kecil. “ Gurau je lah…tapi kalau betul pun apa salahnya…kita kan kawan…”. Farhan merapatkan tubuhnya . Dania menjauhinya sedikit. “ Awak takut ek…saya bukan nak buat apa lah…saya takut awak jatuh je…tengok tu berdiri pun tak stabil…”. Dania bersandar di pintu kereta. Memang kepalanya sedikit berdenyut. Tangan kanannya memegang kepala. “ Awak ok?”. Tanya Farhan risau apabila melihat Dania mengerutkan kening seperti menahan sakit. Dania mengangguk perlahan. “ Awak ni sebenarnya bukan demam je kan?”. Tidak sempat Dania menghalang Farhan sudah menyentuh dahinya. Namun segera di alihkan tangannya apabila Dania merenungnya. “ Panas…doctor cakap apa lagi?”. Waktu itu mak cik Sarah menghampiri mereka. “ Kenapa tak masuk? Kesian Dania tu…pucatnya muka…bawa dia masuk Han…ish kamu ni…”. Farhan tergelak kecil, kemudian ingin memapah Dania. “ Tak payah…saya boleh jalan sendiri…”. Balasnya tegas. Farhan mengangkat bahu. Mak cik Sarah hanya memerhati. “ Awak ni degil, jalan pun terhuyung-hayang…kalau jatuh nanti awak juga yang tanggung…biarlah saya papah…jangan risau, saya tak kan sentuh kulit awaknya…”. Ujar Farhan tegas apabila melihat Dania berjalan tidak stabil. Dania tidak dapat menangkap semua apa yang telah diperkatakan oleh Farhan. Pandangannya agak kelam. Kepalanya seperti berpusing. Tidak sempat dia ingin berpaut pada Farhan, dia sudah jatuh terjelepok ke lantai. “ Nia!!”. Farhan terjerit kecil lalu memangku Dania. Setelah itu dia tidak tahu apa yang berlaku.
Dania menggosok mata perlahan dan memandang sekeliling. Segera dia bangkit apabila melihat tempat ini asing baginya. “ Dania dah sedar?”. Tiba-tiba satu suara mengejutkannya. Dania memandang kepada pemilik suara. “ Mak cik?”. Dania memandangnya hairan. “ Dania kat rumah mak cik…petang tadi ingat tak Farhan bawa Dania ke sini…”. Dania menghala pandangan kea rah tingkap, kemudian mengangguk perlahan. “ Kenapa saya…”. Dania memegang selimut yang menyelimutinya tadi. “ Dania pengsan petang tadi…Dania tak makan dari pagi kan?”. Dania hanya menundukkan kepala. Waktu itu Farhan muncul lalu duduk di hujung katil. “ Awak…”. Dania kematian kata. “ Ya lah saya, tak kan awak nampak hantu pula kan…”. Farhan tergelak kecil. Mak cik Sarah hanya tersenyum melihat telatah anak saudaranya. “ Dah pukul berapa ni?”. Dania bertanya kaget. “ 9.00…”. Balas Farhan bersahaja. “ Hah?”. Dania terus bangkit dan berdiri. Farhan segera menghampirinya. “ Awak ni…cuba bawa bersabar sikit…nanti jatuh lagi, awak tu bukannya sihat…”. Farhan mengarahkan Dania duduk kembali dengan tangannya. Dania hanya menuruti. “ Dah lewat…mesti kawan-kawan saya risau…”. Ujarnya gelisah. “ Jangan risaulah…saya dah bagitahu tadi…diorang tahu awak kat sini…”. Balas Farhan kemudian duduk kembali di hujung katil tadi. “ Awak bagitahu? Macam mana awak bagitahu?”. Dania bertanya lagi. “ Dia ambil telefon Dania tadi…cari nombor telefon kawan serumah Dania kat situ…mak cik yang telefon tadi…”. Mak cik Sarah menjawab bagi pihak Farhan. “ Awak…”. “ Jangan risau saya cuma cari nombor kawan awak Ria tu je…saya tak tengok yang lain…awak dah sedar, jomlah makan dulu…lepas tu makan ubat…jom.”. Dania memandang ke arah mak cik Sarah. “ Marilah…mak cik dah masak bubur ayam tadi…Farhan bawa Dania turun ya, mak cik nak panaskan bubur kejap…”. Ujar mak cik Sarah dan berlalu. “ Dah ok sikit tak?’. Tanya Farhan apabila mak cik Sarah sudah keluar dari bilik. Dania mengangguk perlahan. “ Awak ada migraine?”. Tanya Farhan lagi. Dania merenungnya. “ Saya tengok ubat awak tadi…”. Balas Farhan. “ Kenapa?”. Entah mengapa soalan itu yang terkeluar dari mulutnya. “ Tak de apa-apa saya saja nak tahu…macam mana awak boleh sampai demam macam ni? Main hujan ke?”. Tanya Farhan serius. “ Mana ada…dah nak demam, tak kan nak halang-halang pula…”. Farhan tersenyum manis. “ Awak ni garang tapi manja…”. Dania menjelingnya dia berkata begitu. “ Dah malam…saya nak balik…”. Dania segera bangkit. “ Tengok tu, ikut suka dia je…kan saya kata tadi, bawa bersabar sikit…Penat mak cik saya masak bubur untuk awak tau…jom kita makan dulu…”. Farhan juga turut bangkit. Dia menghampiri Dania. “ Boleh jalan tak?”. “ Bolehlah…”. Farhan tergelak kecil mendengar intonasi suara Dania yang sengaja dikuatkan. Farhan hanya memerhati Dania melangkah keluar dari bilik. Dia mengekoriya dari belakang. “ Elok-elok turun tangga tu…nanti jatuh ..”. Tegur Farhan apabila Dania mula mahu menuruni tangga. “ Tahu…”. “ Sakit-sakit pun garang juga awak ni…”. Balas Farhan lagi. Dania hanya mendiamkan diri. Dia berhenti di tangga terakhir.
“ Kenapa?”. Farhan menegur lembut. “ Dapur kat mana?”. “ Owh…jom.”. Farhan mendahului langkahnya. Dania menurutinya. “ Duduk Dania…makan bubur tu…lepas tu makan ubat..”. Ujar mak cik Sarah ketika Dania masuk ke dapur. Farhan menarikkan kerusi untuknya dan menyuruhnya duduk. Dania hanya menuruti seperti anak kecil. Farhan mengambil tempat di hadapannya. “ Makanlah…makan banyak sikit…dari pagi tak makan kan…perut tu kosong tak berisi, badan pula tak sihat…memang lah boleh pengsan…”. Farhan membebel sambil menyenduk bubur untuk Dania ke dalam mangkuk. Dania hanya memerhati. Mak cik Sarah tersenyum kepadanya. “ Mak cik, orang tak sakit ni kena makan bubur juga ke?”. Tanya Farhan setelah meletakkan mangkuk bubur di hadapan Dania. Dia hanya menyuruh Dania makan dengan aksi matanya. “ Eh, boleh je apa salahnya kalau nak…mak cik ada masak nasi, kejap…”. Mak cik Sarah mengambil pinggan. “ Tak pe mak cik, Han ambil sendiri…”. Farhan bangun. Namun sempat dia menoleh kea rah Dania. “ Makan sampai habis tau..”. Farhan berlalu. Mak cik Sarah mengambil tempat di sebelah Dania. “ Mak ayah Dania ada kat sini?”. Dania tersentak, kemudian memandang mak cik Sarah. Dia menggeleng perlahan. “ Kat kampung ke? Kampung Dania kat mana?”. Tanya mak cik Sarah lagi. Waktu itu Farhan mengambil tempatnya semula di hadapan Dania. Dia hanya memerhati. “ Mak ayah saya dah tak ada…”. Balas Dania perlahan. Farhan berhenti menyuap nasi. Mak cik Sarah dan Farhan berbalas pandangan. “ Maaf Dania…mak cik tak tahu…”. Ujar mak cik Sarah serba-salah. “ Tak pe mak cik…”. Dania cuba melemparkan senyuman, namun dia tahu ia kelat. “ Dania makanlah…habiskan, ada lagi tu…boleh tambah…”. Dia hanya mengangguk lemah. Farhan dari tadi memerhatikannya. “ Kenapa tak makan? Suruh orang makan, dia tengok orang pula…”. Dania sengaja ingin mengubah suasana yang suram itu. Farhan melemparkan senyuman. Dania cuba juga menghabiskan bubur ayam tadi, tidak mahu dikata tidak pandai menghargai kebaikan orang. Setelah usai makan, dia bangun dan membawa mangkuk ke sinki. “ Dania, tinggalkan je…kamu makan ubat ni dulu …”. Tegur mak cik Sarah. Dania tidak mengendahkan, terus sahaja mencuci mangkuk tadi. Kemudian baru duduk kembali. Waktu itu Farhan sudah selesai makan. Dia segera membasuh tangan. “ Makan ubat dulu…nanti awak nak balik, saya hantarkan…tapi mak cik kata tidur sini pun tak pe…esok pun awak tak kerja kan…”. Dania merenung wajah mak cik Sarah dan Farhan bersilih-ganti. “ Mm, saya kena balik juga…saya…”. Dania kehilangan kata. “ Tak pelah…mungkin Dania lebih selesa berehat di rumah…nanti Han hantar Dania ya..”. Balas mak cik Sarah lembut. Dania hanya mengangguk dan cuba bermanis muka. “ Nah, makan ubat dulu…”. Farhan menghulurkan ubat-ubat tadi. Dania menyambutnya. Setelah usai makan ubat, Dania meminta diri. Mak cik Sarah memeluknya. “ Bila-bila Dania nak, Dania boleh datang sini…mak cik tak de anak…sunyi duduk sorang-sorang…”. Dania membalas pelukan itu. Terasa selesa dipeluk begitu. Sudah lama dia tidak memeluk seorang wanita bergelar ibu. Tidak sedar air matanya mengalir. “ Sshh, Dania jangan sedih-sedih ya…kalau Dania perlukan seorang ibu, mak cik bersedia menumpangkan kasih buat Dania…”. Dania makin tersedu-sedu. Farhan jadi sayu melihat adegan itu. “ Dania…setiap yang hidup pasti akan mati…kita yang hidup ni kena teruskan hidup dengan tabah…Dania kena kuat…mak cik tahu Dania bukan orang yang lemah…”. Dania mengangguk perlahan kemudian meleraikan pelukan. Farhan membukakan pintu kereta untuknya. Dalam perjalanan pulang, mereka masing-masing membisu. Dania leka melayani perasaan. Farhan pula tidak mahu mengganggu. Dia hanya membiarkan.

1 comment:

  1. kasihan Dania .... hati mak cik farhan pun baik....
    sambung lagi x puas....
    Farhan sekarang dah semangkin nakal ya.... nak kena rotan ke???

    ReplyDelete