Pages

Wednesday, April 18, 2012

Ruang Rindu 11


‘ Assalamualaikum…buat apa tu? Sibuk? ’. Satu mesej masuk. Dania membacanya dan lantas membalas. ‘ Wa’alaikumsalam…tak de apa…saya kat pantai ’. Entah mengapa dia begitu jujur. Tiba-tiba telefonnya bordering. Dania mengangkat lemah. “ Assalamualaikum”. Dania memberi salam terlebih dahulu. “ Wa’alaikumsalam…awak ok?”. “ Ok…”. “ Awak kat pantai hari tu?”. Farhan bertanya lembut. “ A’a…”. “ Boleh saya datang sana?”. “ Kenapa?”. “ Saja nak teman awak…”. “ Tak payah lah…”. “ Kenapa?”. “ Tak de apa-apa…”. “ So, bolehlah saya ke sana sekarang ya…”. Farhan mencapai kunci lantas bergegas keluar. “ Nak buat apa?”. “ Saja…tak salah kan?”. “ Tapi…”. “ Kenapa? Awak tak suka ke?”. “ Bukan…Cuma saya tak nak susahkan awak…”. “ Tak pe…saya tak rasa macam tu pun..ok, saya on the way ni…jumpa nanti, assalamualaikum”. Farhan mematikan talian. Dania menyimpan semula telefon dalam beg. Dia termenung lagi sambil matanya terarah ke arah laut. “ Boleh saya duduk?”. Tiba-tiba satu suara yang dia kenali menghentikan lamunannya. Tidak sedar sudah agak lama dia melayani perasaan. “ Duduklah…awak baru balik kerja ke?”. Dania memerhatikan Farhan dari atas sampai bawah. Dia masih berpakaian kemeja panjang dan bertali leher. “ A’a…tadi masa saya call awak tu, saya kat pejabat lah…”. “ Owh…lambat balik? Mesti awak ni pekerja yang dedikasi kan…”. Dania melemparkan senyuman. Farhan membalas senyumannya. “ Tak de lah…biasa je…”. Balas Farhan sambil melonggarkan tali lehernya. Dania hanya memerhatikan. “ Lupa nak buka tadi…tak sabar nak jumpa awak…”. Dania tergelak kecil mendengar kata-katanya. “ Saya suka tengok awak senyum dan gelak macam ni Dania…”. Dania tertunduk. Malu ditegur begitu. “ Awak nak cerita apa-apa dengan saya?”. Tanya Farhan sambil menyinsing lengan bajunya. “ Entahlah…mungkin saya patut lupakan apa yang berlaku…”. Balas Dania dengan suara yang bergetar. “ Masalahnya awak tak boleh buat macam tu kan?”. Dania menelan air liur mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Farhan. “ Saya ni tak kuat kan…lemah sangat, semua masalah tak boleh nak hadapi dengan tabah…semuanya pasti akan membuahkan air mata…”. “ Kekuatan tu datang dari dalam diri awak sendiri Dania…sama ada nak atau tak awak yang tentukan…pucuk pangkalnya hati kita ni…”. Ujar Farhan sambil memegang dadanya. Dania merenung wajahnya. “ Dah lah tu…jangan tenung lama-lama, nanti luruh jantung…”. Dania tergelak kecil. Farhan memang pandai mengusik. “ Dalam hidup kita ni Dania…tak semua yang kita nak kita boleh dapat dan kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang…betul tak?”. Dania memandang ke arah laut sebentar, kemudian memandang Farhan sekilas. “ Betul…”. Dania membalas pendek. “ Awak menangis pagi tadi atas sebab yang sama macam selalu?”. Farhan bertanya berhati-hati. “ Tak…”. “ Habis?”. “ Awak ingat lelaki yang telefon saya hari tu?”. Dania memandangnya. “ Ingat…kenapa dengan dia?”. “ Dia tampar saya…dia kata saya hak dia…”. Farhan merenung tajam ke arah Dania dan cuba meneliti pipi dengan pandangannya. “ Kenapa?”. “ Dia Tanya siapa yang jawab panggilan hari tu…”. “ Awak dengan dia memang ada hubungan?”. Tanya Farhan lagi. Dania menggeleng laju. “ Tak pernah langsung…dan saya tak pernah bagi harapan pada dia…”. “ Dia sukakan awak…”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Tapi saya tak sukakan dia…sikit pun tak…”. Dania membalas tegas. “ Tak salah dia sukakan awak…”. Ujar Farhan lagi bersahaja namun lantas Dania memotong kata-katanya. “ Memang tak salah kita sukakan seseorang, tapi salah kalau kita menyekat kebebasan orang yang kita suka mengikut rasa hati kita…dan keterlaluan apabila kita mengongkong dia…kalau pun tangan tu bertepuk dua belah tangan, kita berhak kan berkawan dengan siapa yang kita mahu…dia tak de hak halang kemahuan kita…tambahan lagi menganggap kita seperti haknya…itu tak adil…”. Dania menarik nafas. “ Betul cakap awak tu…huh boleh tahan awak ni…”. Farhan tersenyum lagi. “ Apa yang menyebabkan dia tampar awak?”. “ Saya lawan kata-kata dia…dia tengking-tengking saya depan teman-teman sepejabat…dia kata saya ni hak dia dan saya tak berhak nak berkawan dengan lelaki lain…bahasa dia kasar…dia langsung tak hormatkan saya…saya malu ditengking macam tu depan orang…dia tak berhak buat saya macam tu…saya bukan isteri dia…kalau pun saya isteri dia…dia tetap tak boleh buat macam tu…betul tak?”. Dania melemparkan pandangan kepada lelaki di sebelahnya. Farhan menganggukkan kepala. “ Memang betul cakap awak…dia ego…mungkin dia rasa terancam sebab dia sukakan awak…saya penyebabnya kan?”. Dania menggeleng laju. “ Tak…kalau orang lain pun…dia akan buat benda yang sama…”. Farhan hanya tersenyum. “ Saya tumpang simpati…dia memang tak berhak buat awak macam tu…lelaki ni kalau dia suka, kadang-kadang memang akan jadi keterlaluan…perempuan pun kan?”. Dania hanya melemparkan senyuman. “ Kenapa orang yang kita suka mesti pergi meninggalkan kita…sedangkan orang yang sukakan kita pula mengejar kita…”. Ujar Dania sambil memandang laut. “ Macam saya cakap tadi…tak semua yang kita nak akan kita dapat…Tuhan sedang menguji kita…”. “ Salahkah kita menyintai orang yang kita sayang? Silapkah kita tak dapat memiliki dia?”. “ Cinta tu fitrah Dania…semua orang akan ada perasaan tu…tapi bagi saya cinta tu tak semestinya memiliki…”. Dania memang ke arahnya. “ Maksud awak?”. “ Bila kita mengenali seseorang dan kita mula menyayangi dia…tak semestinya dia milik kita…dan bila kita miliki dia sekali pun belum tentu milik kita selamanya…hidup ni ibarat roda, berputar dan berputar…kadang-kadang kita tak sedar masa berlalu begitu sahaja…tak semua yang kita ada sekarang kekal abadi milik kita…begitu juga cinta…cinta itu anugerah…bukan rasa ingin memiliki…”. “ Pandai awak berkata-kata…siapa ajar awak?”. “ Hidup mematangkan kita…Cuma kita kena ambil pengajaran dan iktibar…perhati alam sekeliling dan ambil hikmahnya…”. Dania mengangguk perlahan. “ Dah petang ni…nak masuk waktu maghrib pun…jom kita pergi masjid nak?”. Dania merenungnya. “ Kita solat maghrib di masjid, kemudian kita makan…nak?”. “ Mm…tapi…”. “ Kenapa awak tak boleh solat ke?”. “ Eh tak lah…boleh…”. Dania malu di Tanya begitu. Farhan hanya tersenyum. “ Kalau macam tu jom lah…bukan lama pun, lepas kita makan kita baliklah…solat pun tak lama kan…awak bawa kereta ke sini?”. “ Tak…tadi saya naik teksi…pagi tadi tumpang kawan je pergi kerja…”. Balas Dania perlahan. “ Ok..tak pelah macam tu…naik kereta saya, saya hantar awak balik nanti…jangan risau…”. “ Tapi…”. “ Aisey…banyak tapi awak ni ek? Ke tak sudi keluar dengan saya?”. Farhan merenung tajam. “ Bukan…saya…”. “ Awak anggap jelah awak kalah kali ni…saya menang ok…jom..”. Farhan bangkit perlahan. Dania teragak-agak. “ Dah lah tu…jom…nak masuk waktu maghrib dah ni…”. Dania akhirnya mengalah. Farhan menapak perlahan, sesekali menoleh ke belakang. Dania menuruti langkahnya. Farhan berhenti dan memastikan Dania berjalan bergandingan dengannya. ‘ Siapa dia ini sebenarnya? Adakah Tuhan menghantarnya untuk aku belajar menerima kenyataan…’. Getus Dania dalam diam. ………………………………………………………………………………………. “ Boleh saya panggil awak Nia?”. Tanya Farhan sambil merenung kea rah Dania. Waktu itu mereka sudah berada di hadapan pagar rumah Dania. Dania mengangguk perlahan. “ Ok, awak masuklah…dah malam ni…tak elok pula jiran-jiran awak nampak nanti…”. Farhan menyambung kata. Dania membuka pintu kereta. “ Nia…”. Farhan menegur perlahan. Dania memandangnya tanpa menjawab. “ Awak anggaplah saya ni kawan awak dan saya bersedia mendengar luahan hati awak bila-bila masa…ingat walau air mata tu senjata seorang perempuan, tapi ia sebenarnya melemahkan kita bila terlalu banyak kita merelakannya keluar…awak faham?”. Dania hanya mengangguk sambil melemparkan senyuman. Farhan juga turut membalasnya. “ Saya masuk dulu…terima kasih belanja makan tadi dan hantar saya balik…hati-hati memandu…selamat malam, assalamualaikum”. Dania menutup pintu kereta. “ Wa’alaikumsalam..sama-sama…masuklah dulu…”. Ujar Farhan sambil mengunjukkan ke arah pagar. Dania menuruti arahannya. Setelah itu Dania melihat Farhan berlalu pergi. “ Siapa tu Nia?”. Tiba –tiba ada satu suara di depan pintu. Tidak sedar rupa-rupanya Maya dan Naina terjenguk-jenguk di pintu dari tadi. Entah-entah mereka mendengar semua perbualan mereka tadi. “ Ish…korang ni, terkejut aku…dah lama ke korang berdiri kat situ?”. Maya dan Naina tersengih macam kerang busuk. “ Baru je…hehe…kau pergi mana tadi?”. Dania melangkah masuk tanpa menghiraukan mereka. Naina menuruti langkahnya ke sofa. Maya mengunci pintu. Kelihatan Ria sibuk membalas mesej. “ Nia, kau ada apa-apa ek dengan mamat tadi?”. Naina membuka kata. Dania menyandarkan badannya ke sofa. Ria merenungnya. “ Merepeklah korang ni…itu kawan je…petang tadi aku pergi pantai…lepas tu tadi pergi makan kejap…tak salah kan?”. Dania memandang Naina dan Maya bersilih-ganti. “ Memang tak salah…tapi kan, selalunya aku rasa-rasa lah kan, kau ni bukan senang nak terima pelawaan orang…entah siapa-siapa mamat tu…”. Ujar Naina sarkastik sambil mengambil tempat di sebelah Dania. “ Alah korang ni…biarlah dia…tak salah pun di nak berkawan…daripada kita tengok dia terperuk je kat rumah…ada eloknya dia berkawan…”. Ria membela Dania. Dania merenungnya. Naina dan Maya mengangguk-nganggukkan kepala mereka. “ Betul juga…”. Maya mencelah. “ Nia…pagi tadi kat pejabat…”. Tidak sempat Naina menghabiskan kata-katanya Dania mencelah. “ Aku pasti kau dah tahu ceritanya kan…aku malas nak ingat…biarlah…”. Maya dan Naina saling berpandangan. “ Aku silap cakap ek?”. Tanya Naina lagi. “ Tak…kau tak salah cakap…tapi aku malas nak ingat…nanti menaikkan darah aku je…aku nak naik dulu lah, penat…nak mandi, solat lepas tu tidur…”.Dania bangkit perlahan, namun sempat dia berbalas pandangan dengan Ria. Maya dan Naina hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dania menapak perlahan. Terdengar Maya dan Naina berbisik-bisik kecil, namun dia hanya membiarkan. Apa yang ada dalam fikirannya waktu ini, ingin mandi, solat isyak dan tidur.

1 comment:

  1. Semoga Ria akan tabah menghadapi hidup yang banyak cobaan ini...
    Han pun dah macam suka dengan Ria ja....
    Sambung jangan lama sangat

    ReplyDelete