Pages

Saturday, April 14, 2012

Ruang Rindu 10

“ Hello…”. Dania menjawab panggilan telefon dalam mamai-mamai. “ Assalamualaikum, dah tidur ya…maaflah…”. Ujar Farhan di hujung talian. Dania menggosok matanya perlahan dan bangkit bersandar di bantal. “ Wa’alaikumsalam…mm, a’a…awak tak tidur lagi ke ni…”. Balasnya masih dalam sisa-sisa mengantuk. “ Kiranya saya terlambat lah ya telefon…tak baik kan kacau anak dara orang pagi-pagi buta ni…”. Dania tergelak kecil. “ Dah tahu, kenapa telefon kan…”. Dania sengaja memerlinya. Terdengar tawa kecil di hujung talian. “ Tu lah…tak tahu kenapa…nak telefon dari tadi, tapi takut kerja awak tak siap lagi…rupa-rupanya terlewat pula ek…”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Awak nak cakap apa ek dengan saya pagi-pagi buta ni…”. Dania membetulkan selimutnya. “ Kenapa kita tak boleh berkawan ke? Pak we awak marah ?”. Farhan sengaja ingin mengorek rahsia. “ Mmm, entahlah…”. Dania tidak berminat menjawab soalan itu. “ Aik…entah pula…”. Balas Farhan tidak berpuas hati. “ Ya lah…memang entah…awak jom lah kita tidur, dah pagi ni…kita cakap lain kali ya…”. Dania tidak mahu memanjangkan kata. “ Eh, mana boleh…saya bukan suami awak tau…mana boleh tidur sama…”. Farhan sengaja mahu mengusik. “ Siapa cakap saya ajak awak tidur dengan saya?? merepeklah awak ni…”. Balas Dania tegas. “ Uishh…garangnya awak ni, saya bergurau je tadi…”. Ujar Farhan perlahan. “ Mm…Saya…bukanlah..tak pelah…bye…assalamualaikum”. Dania menunggu Farhan menjawab salam. “ Wa’alaikumsalam…selamat malam…”. Balas Farhan masih perlahan seperti tadi. “ Awak…”. Panggil Dania agak kuat. “ Kenapa?”. Tanya Farhan. “ Mm, tak de apa…maaflah kalau terasa…saya tak niat…”. Dania kehilangan kata. “ Tak apa, saya faham…ok tidurlah…assalamualaikum”. “ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab lembut kemudian mematikan talian. Ada rasa tidak enak menyerang hatinya melayan Farhan sebegitu, namun dia baring semula dan melelapkan mata. ………………………………………………………………………………………. “ Dania…siapa orang yang jawab telefon hari tu?”. Tiba-tiba Fauzi menjerkah dengan soalan sebegitu seusainya Dania mengambil tempat. Dania memandangnya geram kerana terkejut. “ Awak ni kenapa Fauzi? Pagi-pagi dah jerkah-jerkah orang…tak de keje ke?”. Dania membalas agak kasar. Geram dijerkah sebegitu. “ Ok…maaf…siapa yang jawab telefon hari tu Dania?”. Agak kalut Fauzi membetulkan intonasi suaranya. “ Kenapa pula awak nak tahu? Saya rasa itu hak saya dan tak de kena mengena dengan awak kan?”. Dania merenungnya. Fauzi seakan hilang sabar. “ Saya tanya awak! Siapa jantan tu?”. Suara Fauzi semakin kuat. Sudah hilang rasa hormatnya . Dania merenungnya lagi. Kali ini lebih tajam. Sungguh dia terkejut dengan sikap Fauzi. “ Apa hak awak nak marah-marah saya hah?”. Dania membalas tengkingannya. Fauzi mencerlung ke arahnya. “ Awak tu hak saya tahu tak…jangan cuba-cuba nak main dengan lelaki lain…”. Fauzi menuding jari ke arahnya. Waktu itu semua teman-teman sepejabat menghampiri mereka. “ Awak jangan melampau Fauzi…saya bukan hak awak…bukan isteri dan bukan siapa-siapa pada awak…awak tak de hak nak sekat dengan siapa saya nak berkawan…awak dengar sini baik-baik, saya tak suka awak layan saya macam ni…saya tak suka…”. Belum sempat Dania menghabiskan kata, Fauzi melayangkan tangan ke pipinya. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Fauzi. Dania merenung tajam kea rah Fauzi. Ria mengambil tempat di sebelahnya. “ Fauzi! Kau ni dah gila ke?”. Ria menengking Fauzi. Dania memegang pipinya. Terasa perit. Namun hatinya lagi sakit mengenangkan perbuatan Fauzi. “ Memang aku gila…aku gilakan dia tahu tak!”. Balas Fauzi tanpa rasa menyesal atas perbuatannya tadi. Air mata Dania terasa bergenang. Lantas dia bergegas ke tandas. Ria memanggil perlahan, namun dia tidak mengendahkan. “ Kau memang gila Fauzi!”. Dania masih dapat menangkap kata-kata Ria memarahi Fauzi. Setelah itu dia megejarnya perlahan. Dania mengunci pintu tandas. Ria mengetuk perlahan. “ Aku tak apa-apa…nanti aku keluar…kau pergilah sambung kerja”. Dania bersuara dalam tangis. “ Nia…bukalah pintu ni…”. Ria masih mahu memujuk. “ Takpe Ria…aku ok…”. Dania masih berkeras. “ Nia…Fauzi memang tak patut buat kau macam tu…dia memang gila…!”. Ujar Ria agak kuat. “ Tak pelah Ria…”. Dania membalas perlahan. “ Nia…aku tak nak paksa kau…nanti kau keluar ya…”. “ Ya nanti aku keluar…”. Ujar Dania dan mendengar Ria melangkah pergi. Dania menangis sepuasnya. Fauzi memang tidak patut menamparnya. Perbuatannya sudah melampau. Salahkah dia berterus-terang. Dia memang tidak menyukainya. Fauzi tidak berhak memaksanya. Dania mengesat sisa-sisa air matanya. Dia melihat wajah di cermin. Matanya sembap akibat menangis. Dia membasuh muka. Kemudian mengeringkannya dengan tisu. Segera dia keluar. Waktu dia ingin mengambil tempat, semua mata terarah padanya. Dania mengambil alat solek di dalam beg, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia meneliti nombor di skrin dan menekan butang merah. Sekali lagi nombor itu tertera tanda panggilan kedua masuk. Dania mencapai telefon dan alat solek tadi menuju ke tandas. “ Hello..”. Dania menjawab panggilan tadi. “ Assalamualaikum”. Terdengar suara di hujung talian. Farhan. “ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab perlahan. “ Awak kenapa?…saya dengar suara awak macam orang menangis…awak ada masalah ke?”. Tanya Farhan lembut tanda prihatin. Sungguh hingga kini dia tidak lagi dapat mengetahui rahsia gadis yang ingin dibantunya ini. “ Tak de apa-apa…”. Dania cuba berselindung. “ Dania…saya tahu awak dalam masalah sekarang…ceritalah, mungkin awak akan rasa lega…”. Farhan masih cuba memujuk. “ Betul…tak de apa-apa…awak saya tengah kerja ni…”. Danai cuba mengelak. Namun air matanya tumpah lagi. Dia teresak kecil. “ Dania…kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk kita meluahkan perasaan…kita akan rasa lega selepas kita bercerita…”. “ Saya…”. Kata-katanya terhenti di situ. Tangisannya semakin menjadi-jadi. “ Menangislah Dania…menangislah sepuas-puasnya…saya dapat rasa awak sedih sangat…saya bersedia mendengar cerita awak kalau awak nak luah apa-apa…”. “ Salah ke kita menolak cinta orang lain awak?”. Ujar Dania dalam tangis. “ Tak salah…tanpa kita memberi harapan”. Balas Farhan bersahaja. “ Perlu ke kita berkorban demi orang yang sukakan kita? Demi menunaikan hasrat kebahagiaan dia walaupun kita tak menyukai dia?”. Soal Dania lagi. “ Dania…perasan suka, berkorban dan kebahagiaan tu terlalu subjektif untuk dihurai…apa maksud awak? Boleh cerita pada saya apa yang dah berlaku…”. Ujar Farhan lembut. “ Entahlah…saya tak faham kenapa saya mesti lalui semua ni…”. Balas Dania sambil mengesat air mata. “ Dania…jangan bersikap macam ni…awak tak boleh jadi orang putus asa dan tidak bermaya macam ni…kuatkan semangat awak…”. “ Terima kasih…awak, saya tengah kerja ni…nanti kita sembang lagi ya…”. “ Awak ok?”. “ Saya ok…terima kasih…”. Balas Dania pendek. “ Nanti awak cerita pada saya ya…nanti saya call awak ok?”. “ Mmm, tapi…”. Dania teragak-agak. “ Dania…awak berhak buat keputusan, saya tak akan paksa awak…kuatkan semangat …air mata awak tu sangat berharga sebenarnya…assalamualaikum”. Farhan mematikan talian apabila Dania sudah menjawab salamnya.

No comments:

Post a Comment