Pages

Friday, May 13, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 38

" Sayang…sayang..". Ariff menepuk perlahan bahu isterinya. Waktu itu Sara sudah terlena atas sofa di ruang tamu rumah mereka. Sara masih tidak sedar.
" Sara…kenapa tidur kat bawah ni?". Sara masih hanyut dalam tidurnya.
' Lena betul'. Getus Ariff sendiri. Lantas dengan hati-hati dia mengangkat tubuh isterinya. Beberapa saat dia merenung wajah isterinya. Akhirnya dia tersenyum sendiri. Langkahnya terhenti apabila Sara tiba-tiba terjaga. Waktu itu dia sudah menapak tangga menuju bilik mereka di atas.

" Sayang dah bangun?". Ariff membetulkan dukungannya.
" Eh, kenapa abang angkat Sara?". Soal Sara sambil menggosok matanya perlahan.
" Dah Sara tak sedar tadi, abang kejut..Sara lena sangat tidur..penat ya?".
" Turunkanlah Sara…kesian abang". Ujar Sara sambil tersenyum manja. Namun Ariff meneruskan langkahnya.
" Abang ni…malu lah Sara".
" Bukan ada orang pun sayang..kita dua je..apa nak malu". Ariff tersenyum sendiri. Hati-hati Ariff meletakkan tubuh isterinya ke katil. Sara duduk bersila di atas katil. Ariff mengambil tempat di sisi isterinya.

" Lambat abang balik?". Soal Sara sambil membantu suaminya menanggalkan stokin dan tali leher. Ariff hanya membiarkan.
" Mm, banyak kerja sayang…esok pagi abang ada mesyuarat". Balas Ariff sambil membuka butang bajunya.
" Owh, abang dah makan?".
" Dah…sayang dah makan belum?". Sara sekadar mengangguk. Ariff melemparkan senyuman. Sara mengubah posisi berada di belakang suaminya, lantas tangannya mengurut perlahan bahu suaminya.
" Thanks sayang…". Ujar Ariff lembut. Sara hanya tersenyum manis.

" Kenapa sayang tidur kat bawah tadi?". Soal Ariff.
" Sara tunggu abang…tapi terlena pula".
" Lain kali Sara tak payah lah tunggu abang kat bawah…tidur je dulu ok kalau abang balik lewat". Sara hanya diam.
" Abang tak nak Sara susah..". Ujar Ariff lagi apabila isterinya hanya membisu.
"Mm…". Balas Sara pendek.
" Abang nak mandi…Sara tidurlah dulu..". Ujar Ariff sambil menyentuh tangan isterinya. Sara sekadar mengangguk. Ariff bangkit dan melangkah perlahan.

" Sara sayangkan abang!". Ujar Sara tiba-tiba. Ariff berpaling ke arah isterinya sambil tersenyum.
" Abang tahu…abang pun sayangkan Sara juga". Ariff menghampiri isterinya kemudian mengucup perlahan dahi isterinya. Sedang Sara mencium lembut tangan suaminya. Setelah itu lama mata mereka bertemu dalam kebisuan yang panjang.
" Sayang ni, nanti abang tak jadi mandi pula". Ujar Ariff sambil mengenyitkan matanya. Sara segera melepaskan tangan suaminya. Dia tahu Ariff sekadar mengusik. Ariff bangkit dalam gelak kecil melihat isterinya tertunduk malu. Sara baring setelah suaminya melangkah masuk ke kamar mandi.

1 comment:

  1. wahhh,best2..hope sgt sara pegnent..pas ni,ape jadi ea..asal sara cam sedey2 je..asyik nk kepit dgn ariff je..nak manja2 ea...

    ReplyDelete