Pages

Saturday, May 14, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 39

Sara duduk di sisi suaminya. Ariff leka memerhatikan anak kak Fira sedang asyik bermain dengan abangnya. Sara menoleh sebentar kepada Ariff, kemudian mengalihkan pandangannya kepada anak kak Fira. Ibu yang baru tiba dari dapur sambil membawa sepinggan kuih dan duduk di sisi Sara. Ibu perasan Sara hanya menunduk. Ariff pula masih leka memandang anak saudaranya. Ibu tahu anak dan menantunya itu sangat terkilan kerana kematian zuriat mereka sebelum ini.

“ Ariff…makan kuih ni”. Ariff menoleh kepada ibu mertuanya.
“ Ya…bu”. Ujar Ariff sambil memandang isterinya.
“ Comel kan anak kak Fira…petah pulak tu”. Ujar Ariff kepada Sara. Sara hanya tersenyum. Tetapi Ariff perasan senyuman isterinya hambar.
“ Sara…”. Ariff menggenggam erat tangan isterinya. Ibu hanya memerhati.
“ Kita sabar ye sayang…insyaallah ada rezeki kita nanti…”. Ujar Ariff lembut sambil mengusap tangan isterinya perlahan dengan sebelah lagi tangannya. Sara hanya mengangguk. Ibu mengusap perlahan bahu anaknya. Sara melemparkan senyuman. Telefon Sara berdering.

" Hello..assalamualaikum..hello..hello?". Talian dimatikan.
" Siapa sayang?". Soal Ariff perlahan. Sara hanya mengangkat bahu. Telefonnya bordering lagi. Ariff merenung isterinya.
" Biar abang angkat..". Ariff mengambil telefon dari tangan isterinya.
" Hello…siapa ni?". Sekali lagi talian dimatikan.
" Siapa bang?". Soal Sara.
" Entah..terus letak pulak…kawan Sara agaknya…dengar suara abang terus letak". Ariff melemparkan senyuman kepada ibu. Seurus itu telefon diserahkan semula kepada isterinya.

" Abang nak keluarlah…ambil angin…". Bisik Ariff kepada isterinya.
" Abang keluarlah dulu…Sara nak buat air sekejap…nanti Sara keluar ye..". Ariff sekadar mengangguk. Sara berlalu ke dapur. Telefonnya bergetar menandakan ada mesej masuk. Sara meletakkan cawan di dalam dulang. Air yang sudah siap di buat tadi, diletakkan sama. Dulang itu di angkat dan diletakkan di atas meja makan dihadapannya.
' Awak sihat? Lama tak dengar suara…rindu'. Sara terkejut membaca mesej itu. Lantas dia memdamkan mesej tadi. Sara menyimpan telefon di dalam poket seluarnya, lantas membawa dulang tadi ke ruang tamu.

" Ariff ke mana Sara?". Soal ibu apabila melihat Sara meletakkan dulang di hadapannya.
" Ada dekat luar bu…".Balas Sara pendek.
" Sara keluar ye bu..". Ujar Sara sambil menatang secawan air.
" Kuih ni tak bawa?".
" Tak apalah bu…abang nak air je agaknya". Balas Sara sambil tersenyum. Ibu membalas senyuman anaknya.
" Air bang…". Tegur Sara sambil menghulur air kepada suaminya. Ariff lantas menyambut cawan daripada tangan isterinya. Dia meneguk air itu kemudian meletakkan cawan itu di meja sisi.

" Abang fikir apa?". Soal Sara apabila suaminya hanya termenung memandang jalan di hadapan rumahnya.
" Tak ada apa…abang Cuma terfikir waktu-waktu kita mula kahwin dulu…". Ariff melemparkan senyuman.
" Malu Sara nak ingat bang..". Balas Sara sambil menyandarkan badannya ke bahu Ariff.
" Nak malu apa…Sara tahu tak, kali pertama abang lihat wajah Sara, abang sebenarnya dah jatuh cinta pandang pertama pada Sara…waktu tu, abang rasa, abanglah lelaki paling bahagia kerana memiliki wanita secantik Sara…". Sara tergelak mendengar luahan suaminya.

" Apalah abang ni…buat malu Sara je…". Sara memukul perlahan peha suaminya.
" Betul..abang tak bohonglah…". Ariff merenung mata isterinya.
" Eleh…ya lah tu…entah-entah belakang Sara, abang terbeliak mata lihat perempuan lain kan..". Sara sengaja ingin melihat reaksi suaminya.
" Memang pun..bukan setakat abang terbeliak mata lihat mereka tu, abang siap kenyit mata dan goda mereka lagi…Sara bukan tak tahu, suami Sara ni, lelaki idaman ramai wanita….silap-silap hari bulan, mereka tu pula terbeliak lihat abang yang sangat macho ni…".
" Wek…perasanlah abang ni..". Sara tergelak besar.

" Betul apa, Sara bertuah tahu sebab abang ni suami Sara". Ariff makin galak menyakat.
" Ya lah…bertuah sangat-sangat…". Sara menjeling manja kepada suaminya.
" Kenapa?Sara tak rasa bertuah ke?". Ariff sudah mula serius.
" Bertuah". Balas Sara pendek sambil melentokkan kepalanya ke bahu Ariff.
" Sara bertuah sangat-sangat sebab dianugerahkan suami macam abang…Sara lah isteri paling bahagia tahu…". Ariff menggenggam erat tangan isterinya.
" Abang pun bertuah dianugerahkan Sara dalam hidup abang". Sara melemparkan senyuman. Ariff membalas senyuman itu dengan mencubit pipi isterinya.

" Sakitlah bang..".Tiba-tiba telefonnya bergetar lagi. Ariff memberi ruang kepada isterinya. Sara segera mencapai telefon dengan tangan, lantas membuka mesej yang diterima. Waktu itu Ariff leka menilik jari tangan Sara yang digenggamnya tadi.
' Sombong sekarang ya? Tak sudi balas mesej saya lagi'. Sara menelan air liur. Segera dipadam mesej itu.
" Siapa Sara?". Soal Ariff yang masih lagi menggenggam tangannya. Segera Sara menyimpan telefonnya ke dalam poket.
" Alah, iklan bang…biasalah promosi entah apa-apa". Bohong Sara. Ariff sekadar mengangguk.

" Ariff!". Ibu muncul di muka pintu.
" Ya, bu".
" Ayah panggil kamu ke dapur…katanya nak minta tolong sikit". Ujar ibu sambil tersenyum. Ariff lantas bangkit. Tangan Sara masih digenggam seperti tadi.
" Abang..". Tegur Sara sambil matanya menghala kea rah tangannya yang masih erat digenggam Ariff.
" Owh…lupa". Ariff tersenyum mesra pada ibu mertuanya. Ibu membalas senyuman itu. Ariff melangkah pergi meninggalkan isteri dan ibu mertuanya, manakala ibu mengambil tempat di sisi anaknya. Mereka berbual mesra.

1 comment:

  1. cis ex-sara dok sibuk cari sarah lak. tau dek ariff jenuh nnti. xpasal2x bperang lak depa. hope ariff xcepat melatah la klu tnmpk msg dr ex-sara. tnya dl jgn bt conclusion ya. ;D

    ReplyDelete