Pages

Monday, November 30, 2015

Sayangi Aku Temanilah Aku 50

“ Kenapa kamu makan sikit sangat Sara?”. Tegur ayah lembut.
“ Sara dah kenyang yah..”. Balas Sara juga lembut.
“ Tadi bukan bersungguh-sungguh sangat ke….tiba masa sikit je makan…kamu kenapa?sakit?”. Soal ibu pula.
“ Eh tak lah yah, bu…Sara memang tak selera nak makan banyak..”. Ariff hanya memerhati.
“ Dia memang makan sikit ayah…ibu…puas Ariff paksa…selalu macam tu lah”.
“ Lah…kamu ni…mana boleh macam tu…makanlah banyak sikit…kamu tu berdua…bukannya seorang…jangan nak tahan-tahan makan…bukannya kamu gemuk pun..”. Tegur ibu lagi.
“ Ala…Sara..”.Sara kematian kata di situ.


“ Kamu tegur Sara gemuk ke Riff?”. Soal ibu tiba-tiba kepada Ariff.
“ Hah?”. Ariff seakan terkejut dengan soalan ibu mertuanya itu. Ayah tergelak kecil.
“ Abang gelak ni kenapa pula?betul lah saya tanya…mana lah tahu..Sara ni takut gemuk…sebab tu tahan makan”. Kali ini Sara pula menyertai ayahnya. Ariff hanya melemparkan senyuman.
“ Apalah ibu ni…soalan tak tahan…kelakar…kalau abang tegur Sara gemuk pun, Sara peduli apa….biarlah nak gemuk pun…buat apa nak tahan-tahan pula”.
“ Bu..anak ibu ni sejak dari awal kami nikah sampai sekarang mana pernah gemuk pun..macam tu lah juga Ariff rasa..tak berubah pun…yang berubahnya pun sebab ada baby…dia suka makan sikit…tegur lebih-lebih nanti dia kata Ariff paksa pula…”.
“ Mmm…dah, makan banyak sikit…jangan nak mengada-ngada ikut sedap hati sendiri je…makan ni”. Ujar ibu lagi sambil menambah nasi di pinggan anaknya. Sara mencebikkan mulut.
“ Ish…”. Tegur ibu.


“ Betul ke kalau abang tegur Sara gemuk..Sara tak kisah?”. Ariff menyoal tiba-tiba. Ayah dan ibu berpandangaan.
“ Kenapa?gemuk ke?”. Sara bangkit perlahan.
“ Ish kamu ni…duduklah…ingat sikit kamu tu kan mengandung…suka hati dia je nak bangun”. Tegur ibu lagi.
“ Tulah..tadi kata tak kisah..baru cakap sikit..dah terkejut..abang gurau je lah…kalau Sara gemuk pun sebab Sara mengandung…”. Ariff melemparkan senyuman. Sara menjeling suaminya kemudian menendang perlahan kaki suaminya melalui bawah meja.
“ Auchh”. Ariff terjerit kecil.
“ Kenapa?”. Soal ayah. Waktu itu Sara tersenyum puas.
“ Tak ada apa…nyamuk banyak yah…”. Ayah sekadar mengangguk. Ariff merenung isterinya. Sara pura-pura berselera menikmati makanan.


“ Nanti ibu basuh pinggan-pinggan tu…kamu duduk je”. Tegur ibu apabila melihat Sara bangkit menuju ke sinki.
“ Ya bu..selalu memang abang yang basuh”. Sara melemparkan senyuman.
“ Ariff yang basuh?”.
“ A’a bu…sejak akhir-akhir ni je…Sara ni selalu degil..berkeras nak buat kerja…Ariff puas paksa…baru dia nak ikut….”.
“ Elok lah tu…suami kena selalu tolong isteri..lagi-lagi masa macam ni”. Balas ibu sambil melemparkan senyuman kepada menantunya.
“ Kira hari ni..Ariff cuti lah ya bu?”. Ujar Ariff kepada ibu mertuanya.
“A’a…”. Ibu tersenyum manis. Sara hanya mencebikkan bibir kepada suaminya.
“ Mengada lah abang ni”.
“ Bukan selalu..”. Ariff tersenyum manis.
“ Jom kita pergi depan Riff”. Ajak ayah.
“ Ya yah..”.
“ Abang pergi depan dulu ya sayang”. Ariff sengaja mengusik isterinya.
“ Pergilah..siapa kisah”. Ibu hanya menggelengkan kepala melihat telatah anak dan menantunya.
……………………………………………………………………………………………………..


“ Sara gemuk ye?gemuk sangat ke?”. Soal Sara sambil membelek tubuhnya di cermin. Ariff pura-pura tidak dengar.
“ Abang dengar tak ni Sara tanya..ish…geram betul lah…kita tanya dia diam je”. Sara membuang pandang.
“ Sara ni kan sejak mengandung semakin kuat merajuk dan mengada-ngada ya?”. Ariff sengaja mahu mengusik isterinya.
“ Jawab soalan Sara sudah..jangan nak buka topik lain pula….”.
“ A’a…Sara gemuk…”.
“ Hah?”.
“ Apa masalahnya pun kalau gemuk kan?”. Ariff memegang bahu isterinya.
“ Sara tak nak gemuk…”.
“ Abang nak tanya Sara tu mengandung dah berapa bulan?”.
“ Tak kan abang tak tahu?”
“ Bukan…jawab je soalan abang”.
“ 6 bulan”.
“ Dah tu..apa yang nak risaunya…Sara bukan gemuk lah okay…”.


“ Ye ke?”.
“ Alah…kurus ke..gemuk ke abang tetap sayang lah…tak usah risau…lagi pun kalau Sara cantik sangat nanti ramai peminat pula…susah abang nanti”.
“ Eleh…Sara pun tak kisahlah kalau gemuk pun…biarlah, baru boleh uji abang setia ke tak kan?”.
“ Sampai ke situ ke Sara fikir?ish ish jauh betul ke depan….”.
“ Mana lah tahu kan?”.
“ Jangan merepek lah..nanti abang buat betul baru tahu”.
“ Buat apa?”.
“ Apa-apa lah…”.
“ Mengada…”. Ujar Sara sambil menjeling.
“ Gurau saja lah…sudahlah sayang…tidurlah…”.
“ Ibu dengan ayah dah tidur ke?”.
“ Belum…tadi ada di ruang tamu…kenapa?”.
“ Sara nak turun sekejap lah..”.
“ Jom lah…”.


“ Kenapa turun lagi?tidur saja lah…ayah dengan ibu okay je”. Tegur ayah apabila Ariff dan Sara menghampiri mereka.
“ Tak apa lah….Sara tak mengantuk lagi…Sara buatkan ayah dan ibu air ya?”.
“ Sara duduklah…abang buatkan”. Ibu dan ayah hanya melemparkan senyuman.
“ Betul ke? Sara buatlah….abang duduk sini”.
“ Okay kita buat”. Ariff lebih dahulu melangkah meninggalkan isterinya. Sara melemparkan senyuman kepada ayah dan ibunya.
“ Sara boleh buatlah…”. Tegur Sara kepada suaminya.
“ Sara ingat abang buat air tak sedap ke?”.
“ Sara tak kata pun…”.
“ Abang baru teringat apa yang abang lupa tadi”.
“ Apa dia?”.
“ Buah jambu…maaf sayang, abang lupa sangat-sangat…esok ya abang beli”.
“ Abang memang…sampai lupa…kempunan Sara tahu?”.
“ Ala…janganlah cakap macam tu…serius abang betul-betul lupa, banyak sangat kerja di pejabat…abang janji esok abang beli ya sayang?”.
“ Ya lah…esok abang lupa lagi siap!”.
“ Okay puan!”.
“ Jangan nak puan-puan je…abang lupa esok, biar Sara beli sendiri je”.
“ Okay..mesti tak lupa punya…esok Sara balik dengan abang je lah..kita pergi beli sama-sama?”.
“ Haa…bagus juga macam tu..”.
“ Okay..duduk sini…biar abang buat air”. Ujar Ariff sambil membantu isterinya duduk di kerusi.


“ Kan seronok kalau hari-hari macam ni”. Ariff tergelak kecil.
“ Kenapa abang gelak?kelakar ya?”.
“ Tak lah…nanti kita cari orang gaji…lepas Sara bersalin nanti senanglah…”.
“ Tak nak lah Sara..nak buat apa pakai orang gaji”. Ujar Sara kemudian mengambil balang biskut di kabinet almari dapur.
“ Kenapa pula…kan senang…”.
“ Entah..Sara tak rasa perlu pun…”.
“ Atau sebenarnya Sara cemburu kalau abang jatuh hati pada orang gaji kita nanti?”. Soal Ariff sambil mengangkat kening dan senyum jahat.
“ Tolong sikit ya…tak ada masa lah Sara nak cemburu…”.
“ Ya lah tu..”. Ariff tergelak kecil.
“ Betul lah”. Ujar Sara lagi sambil memasukkan biskut ke dalam piring.
“ Ya lah…nah cuba rasa air ni..sedap tak?”.
“ Mmm…sedap”. Ujar Sara sambil melemparkan senyuman.
Really? Ke saja ni nak ambil hati abang?”. Soal Ariff sambil keningnya terangkat.
“ Betul lah…memang sedap…”. Balas Sara ikhlas.


“ Tu lah…abang dah kata abang memang terror buat air okay..Sara je yang tak percaya dengan kemampuan abang…kalau abang buka kedai ni…confirm ramai pelanggan”.
“ Eh..perasan lah abang ni..”. Ujar Sara sambil memukul perlahan bahu suaminya.
“ Tak percaya lagi…ish ish..”.
“ Sudahlah bang…ibu dan ayah tunggu lama tu di luar…”.
“ Lupa pula…ingat kita berdua saja tadi”. Ariff mengenyitkan mata.
“ Abang ni…”.
“ Biar abang bawa ni…Sara bawa piring biskut tu”. Sara hanya mengangguk.
“ Minum yah..bu..”. Pelawa Ariff, kemudian mengambil tempat di sebelah isterinya.
“ Ibu tinggal lah lama sikit ya…”. Ujar Sara manja.
“ Esok ibu dengan ayah kena balik…kamu pun tahu kan…ibu mana boleh tinggalkan rumah lama-lama…”.
“ Ala….ibu ni…”.
“ Lain kali kami boleh datang lagi….kamu pun boleh balik sana kan..”. Sambung ayah pula.
“ Mmm..insyaallah ayah..”. Ariff menjawab bagi pihak isterinya. Sara hanya tersenyum. Mereka menghabiskan masa dengan berbual sehingga lah ayah menegur menyuruh masuk tidur.
……………………………………………………………………………………………………

Friday, November 27, 2015

lamanya tak jejak blog ni..rindu pd penulisan sendiri..