Pages

Tuesday, August 16, 2011

Anugerah Suci (1)



" Kenapa awak ambil keputusan ni?". Soal Balqis perlahan. Waktu itu Asyraf duduk bertentangan dengannya.
" Saya minta maaf mengecewakan awak…saya tak nak awak anggap saya gembira dengan keputusan ni, Cuma mungkin ini terbaik untuk kita". Balas Asyraf bersahaja.
" Apa maksud awak?saya tak faham…". Soal Balqis lagi.
" Balqis…saya tahu awak jelas tentang perasaan kita masing-masing, tapi semakin lama saya dapat rasakan apa yang kita lalui ini tidak benar caranya…bila awak selalu kelihatan cantik untuk saya, saya takut berdepan dengan dosa yang mungkin saya cipta untuk awak…bila awak sentiasa bersama saya, saya takut iman saya tak kuat menahan nafsu saya…bila awak melebihkan saya daripada orang lain, saya bimbang awak terlepas sesuatu yang lain…mungkin sesuatu yang lebih penting daripada itu…". Balas Asyraf panjang lebar.

" Kalau awak rasa macam tu, kenapa awak tak tamatkan semua ni dengan cara yang halal?". Balqis seakan tidak puas hati.
" Balqis, saya bukan mahu melarikan diri daripada tanggungjawab, andai saya rasa saya mampu dan layak bergelar suami untuk awak, pasti dah lama saya sunting awak jadi permaisuri yang halal bagi saya…saya tak nak cipta alasan yang nampak kolot bagi awak dan orang sekeliling kita, tapi percayalah Qis mungkin Tuhan nak kita belajar sesuatu daripada pengalaman ini…masih banyak yang perlu kita belajar…sebelum kita melangkah setapak lagi, iaitu alam perkahwinan…saya tak mahu terus menyemai harapan untuk awak, sedangkan saya sendiri belum pasti apa yang menanti di hadapan sana…saya tak pernah meragui perasaan awak pada saya, atau pun sebaliknya, tapi saya bimbang mungkin saya akan jadi punca penderitaan awak pada masa akan datang…". Balqis tekun mendengar.

" Awak seolah tidak menghargai perasaan saya sebelum ni, apakah segala yang telah kita lalui tidak mempunyai nilai langsung sehingga awak tergamak mengambil keputusan yang awak tahu benar-benar mengecewakan saya…saya kesal orang yang selama ini saya beri kepercayaan penuh melakukan semua ini pada saya…". Ujar Balqis sambil merenung tajam lelaki di hadapannya.
" Awak memang berhak marah saya Qis…kalau saya jelaskan semuanya pun awak tetap akan kecewa…maafkan saya". Asyraf tidak mampu melihat air mata itu gugur.
" Saya tak mahu terus memaksa awak…memang saya akan merasai kesakitan atas keputusan ini, tapi saya juga ingin melihat awak bahagia…andai inilah jalan takdir untuk saya dan awak…saya akan cuba belajar terima kenyataan…". Akhirnya Balqis mengalah.

" Awak redha kan Qis?". Soal Asyraf pula.
" Kalau saya tak redha pun, awak tak kan tarik keputusan ni kan?".Balas Balqis bersahaja. Asyraf tersenyum nipis.
" Saya bukan tolak awak Qis…saya tak buang awak, awak masih kawan saya, Cuma kita tak akan menjalani kehidupan seperti sebelum ini…".
" Saya tak janji boleh teruskan…saya harap awak faham kalau saya tak tegur awak lepas ni…jujur saya tak bencikan awak sebab keputusan ini, tapi saya harap saya diberi kekuatan menghadapi semua ni…rasanya saya dah jelas tentang semua ni…saya balik dulu…terima kasih untuk segala-galanya…". Balqis bangkit dari duduknya dan ingin beredar, namun langkahnya terhenti apabila Asyraf bersuara. Waktu itu tubuhnya membelakangkan Asyraf.

" Awak boleh nangis Qis, saya tak nak awak pendam perasaan seorang diri…tapi saya minta maaf sebab tak dapat menyapu air mata awak lagi lepas ni…". Asyraf bersuara lirih. Balqis menahan air matanya yang bergenang. Dia menghantar pandangan sayu pada Asyraf.
" Saya faham…terima kasih". Balqis melangkah pergi.
" Qis…". Asyraf memanggil perlahan. Balqis hanya memperlahankan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.
" Jaga diri". Ujar Asyraf. Balqis hanya berhenti melangkah sebentar, kemudian dia meneruskan langkahnya bersama air mata yang bergenang. Balqis tahu dia perlu kuat menghadapi semua ini.
Asyraf hanya menghantar pemergian Balqis dengan pandangan sayu.'Saya minta maaf Qis'. Getus Asyraf dalam hati.

Monday, August 15, 2011

Buat aku Tersenyum...

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku
Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu
Rumahnya Cikgu Ayu
Pujaan hatiku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu
Juga kawan-kawanku ayah ibu

Cikgu Ayu
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cikgu Ayu

" I'm appreciate it "..

Bicara Hati

Lembut bayu yang menyentuh hati
Seolah memahami perasaan yang hadir
Tatkala hati bergetar menanti sinar
Tangan juga ditadah menggamit kelapangan hati

Di saat aku merasa tersisih
Di kala malam sepi yang meniupkan wajah duka
Aku berterima kasih pada bintang-bintang yang setia bersamaku
Sedang tangis yang menemani seketika cuma...

Purnama kasih yang dikirim mengiringi cahaya yang suram
Terasa damai melihat puing-puing harapan bersama taburan debu ombak
Walau kerelaanku diragut...ternyata aku bahagia di sini
Bersama-sama redup fajar yang bakal tiba...
Biarkan aku merasai kemanisan ini
Andai jalan takdirku tidak lagi seperti ini kelak...
Kemanisan yang berteman suara ombak yang memecah sepi yang datang...

Saturday, August 13, 2011

Bicara Hati


Redup angin yang hadir, membuat aku tertunduk..
Bayu yang seolah mencelah di sebalik mentari yang ada..
Terbit fajar yang hilang menadah gerimis yang datang..
Dalam rembesan temu ada jiwa yang terhenti...

Seringkali terdampar di pulau sepi tanpa kata-kata..
Hanyut dalam arus kerakusan duniawi yang bersifat memperdaya..
Resah menanti di sebalik usia yang semakin memamah masa..
Tiada kata dapat diungkap menceritakan segalanya..
Hanya kita...dan Dia..yang tahu rahsianya...

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 46

" Abang". Tegur Sara lembut sambil melemparkan senyuman apabila Ariff kelihatan memasuki ruang bilik dia ditempatkan di hospital.
" Sara ok?". Soal Ariff perlahan. Sara hanya menganggukkan kepalanya.
" Abang ok?". Soal Sara pula kerana hairan Ariff seperti tidak gembira.
" Ok…jom balik". Balas Ariff bersahaja sambil membantu isterinya turun dari katil. Masih terngiyang-ngiyang di telinganya suara lelaki itu. Semalam sejurus dia pulang, dia membelek lagi telefon isterinya.
' Sombong sangat ya sekarang?tak kan dah lupa saya…sedih lah macam ni'. Ariff membaca mesej yang baru masuk di telefon isterinya. Ariff segera mendail nombor pemilik mesej tadi. Sengaja dia mendiamkan diri menanti orang di hujung talian memulakan bicara.

" Hello, sayang..Tuhan je tahu gembiranya saya bila awak telefon…awak sihat?". Ariff hanya mendengar.
" Kenapa tak nak cakap?saya rindu nak dengar suara awak…". Pemilik talian berbicara lagi. Ariff menahan rasa. Akhirnya dia mematikan talian.
" Abang..". Tegur Sara lagi kerana dilihat suaminya mengelamun.
" Mm..".
" Abang kenapa? Tak sihat?".
" Taklah..jom..abang hantar Sara rumah mama ya? Abang kena pergi Pulau Pinang hari ni sampai esok..".
" Kalau Sara duduk rumah je tak boleh?". Balas Sara seperti meminta simpati. Ariff merenung tajam wajah isterinya.
" Ok..Sara duduk rumah mama". Ujar Sara lagi apabila renungan tajam itu seolah menggertaknya.
" Abang tak nak apa-apa jadi kat Sara nanti…tinggal rumah mama ada teman". Ujar Ariff pula sekadar menutup kata.
" Ok". Balas Sara sambil memeluk lengan suaminya. Ariff hanya membiarkan. Hatinya tidak keruan memikirkan siapa lelaki yang berhubung di telefon isterinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………...

" Abang…". Panggil Sara lembut. Waktu itu mama dan papa hanya menjadi pemerhati. Ariff hanya berpaling sikit. Sara segera menghampiri suaminya kemudian disalami tangan suaminya.
" Hati-hati bang". Ujar Sara lembut sambil melemparkan senyuman. Ariff hanya mengangguk namun endah tak endah. Sara hairan melihat suaminya, namun dibiarkan sahaja. Akhirnya dia hanya melihat dari jauh Ariff pergi tanpa menoleh sedikit pun kepadanya.
" Sara dengan Ariff ada masalah ke?". Soal mama lembut setelah papa berlalu ke dapur.
" Entahla ma..Sara rasa ok je..tak tahu kenapa abang tiba-tiba macam tu…mungkin Sara ada buat salah apa-apa agaknya". Balas Sara sambil tersenyum hambar. Mama mengusap perlahan bahu menantunya.

" Tak ada apa lah tu..mungkin dia nak cepat..Sara jangan ambil hati ye?".
" Tak apa ma..". Balas Sara lagi.
" Dah lah..Sara pergi rehat kat atas…mama nak pergi pasar dengan papa kejap, ke Sara nak ikut?".
" Tak pe lah ma…Sara letihlah..lagi pun doctor nasihat jangan aktif sangat kan?".
" Mm..yelah..betul juga…mama pergi dulu ya?". Ujar mama lagi setelah papa kelihatan ke ruang tamu sambil memegang kunci kereta.

"Baiklah ma…".
" Sara pergilah rehat kat bilik…nanti apa-apa telefon papa ye". Ujar papa pula sambil melemparkan senyuman. Sara hanya mengangguk. Tidak lama kemudian dia berlalu ke biliknya di tingkat atas. Dia mendail nombor suaminya menggunakan telefon rumah di biliknya.
" Hello abang…assalamualaikum".
" Waalaikumussalam..kenapa Sara?".
" Tak ada apa..abang ok?".
" Ok je..Sara ok ke?".
" Sara ok..Cuma rindu kat abang..".
" Abang baru je pergi tak sampai 10 minit, tak kan dah rindu?".
" Rindu sangat-sangat". Balas Sara manja.
" Esok abang balik…Sara jaga diri".
" Ok..abang pun..assalamualaikum".
" Waalaikumussalam". Sara mematikan talian setelah mendengar suaminya menjawab salam. Hatinya lega kerena dapat mendengar suara suaminya kedengaran biasa. Mungkin tadi suaminya benar-benar nak cepat. Sara mengambil tempat di katil kemudian merehatkan dirinya di situ.