Pages

Saturday, January 29, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 18

Sara duduk di sofa bersebelahan Ariff selepas meletakkan cawan berisi air nescaffe di hadapan Ariff. Ketika itu Ariff sedang menonton televisyen. Sara memandang sekilas kepada suaminya. Ariff perasan, namun sengaja dia membiarkan. Hatinya tidak tenang. Walaupun dia sedang menonton televisyen, sebenarnya fikirannya melayang ke lain.
“ Abang…”. Panggil Sara perlahan.
“ Mmm…”. Ariff hanya menjawab perlahan, matanya masih menghala ke televisyen.
“ Abang sebenarnya ada masalah ke?”. Tanya Sara lagi. Ariff mengalihkan pandangannya kepada Sara.
“ Masalah? Masalah apa pulak…tak de lah”. Ariff menjawab perlahan tapi serius.
“ Kalau abang tak de masalah, kenapa Sara tengok abang dah lain…Sara bukan nak merungut, tapi kalau Sara ada salah apa-apa, bagi tahu Sara…”. Lantas Ariff menggeleng.
“ Sara tak de salah apa-apa…dah lah Sara…pergilah tidur”. Ariff menjawab serius seperti tadi.
“ Kita tak boleh terus macam ni…kita kena selesaikan perkara ni”. Ujar Sara tegas. Ariff merenungnya tajam.
“ Perkara apa yang kita nak selesaikan Sara? Kita tak pernah bergaduh pun kan…apa yang Sara nak?”. Tanya Ariff agak lembut. Sara cuba membalas renungan suaminya, namun akhirnya dia kalah.
“ Sara pasti abang tahu apa maksud Sara…abang betul-betul dah lain, kalau Sara salah terus-teranglah bang…jangan layan Sara macam ni…”. Sara sudah bersuara sendu. Ada genangan air mata di tubir matanya. Ariff mengalihkan pandangannya, dia sebenarnya tidak sanggup melihat Sara menangis.
“ Cakap lah bang…jangan diam macam ni…apa yang tak kena?”. Tanya Sara lagi. Ariff memandang isterinya semula.
“ Sara…tak de apa yang tak kena dengan kita…apa yang abang nak Sara tahu, abang sayangkan Sara”. Ujar Ariff lembut sambil memegang bahu isterinya. Waktu itu Sraa sudah menangis. Ariff mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya dengan tangan.
“ Sshhh….jangan nangis sayang, abang tak nak tengok Sara menangis macam ni…”. Ujar Ariff lagi sambil mengelus perlahan bahu Sara.
“ Apa salah Sara bang? Kenapa perkahwinan kita mesti macam ni…abang cakaplah kalau abang tak lagi perlukan Sara”. Ujar Sara sambil tersedu-sedu. Ariff menarik Sara dalam pelukannya.
“ Sara, abang tak suka Sara cakap macam tu…dahlah…jangan menangis…abang tak suka Sara bazir air mata macam ni…sshhh…”. Sara melepaskan pelukannya dari Ariff.
“ Abang masih cintakan Amira?”. Tanya Sara dengan air mata yang masih bersisa. Ariff memandang tajam wajah isterinya.
“ Apa Sara cakap ni? Kan abang kata, abang Cuma sayangkan Sara sorang je…jangan tuduh abang macam tu”. Ujar Ariff tegas, namun otaknya ligat berfikir dari mana Sara mengetahui segalanya.
“ Tapi hati abang masih untuk dia kan? Abang tak dapat lupakan dia kan”. Ujar Sara dalam gugup. Ariff merenungnya tajam.
“ Boleh tak Sara jangan merepek bukan-bukan…dah lah, pergi naik tidur…tinggalkan abang sendiri”. Ujar Ariff tegas. Sara menjauhkan duduknya dari Ariff.
“ Sara tak faham…kenapa abang tetap nak macam ni”. Sara masih berani membidas.
“ Sara…dah lah…jangan paksa abang berkeras…abang tak nak berkasar dengan Sara…”. Ujar Ariff lembut. Sara merenung suaminya, air matanya mengalir lagi. Dia bangun kemudian mengatur langkah menuju ke biliknya di atas. Ariff hanya memerhati. Dia tahu Sara berkecil hati. Dia tahu pasti Sara akan menangis sepanjang malam, namun entah mengapa hatinya tega dan keras untuk mengatur langkah ke atas memujuk isterinya. Dia sendiri bingung. Hatinya luluh memperlakukan isterinya sebegitu, namun dia kalah dengan emosinya sendiri. Kadang-kadang dia membenci dirinya sendiri kerana melayan Sara, isteri yang disayanginya begitu. Hubungan mereka berlanjutan begitu. Ariff mengambil sikap mendiamkan diri, Sara juga begitu. Masing-masing dengan hal tersendiri. Walaupun begitu, Sara masih menjalankan kewajipan zahirnya seperti biasa.

………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Kau ok Sara?”. Balqis teman sekerja Sara bertanya.
“ Ok…”. Sara membalas lemah. Kepalanya berdenyut-denyut, namun dia cuba menyelindungkannya dengan senyuman.
“ Aku tengok muka kau pucat…kau tak sihat ke?”. Sara hanya menggelengkan kepalanya.
“ Aku sihat…”. Ujar Sara lantas melemparkan senyuman kepada teman sekerjanya itu. Kelihatan senyuman itu dalam keterpaksaan.
“ Kau ada masalah ke?”. Balqis masih lagi berminat untuk bertanya tentang keadaan temannya itu.
“ Aku ok lah…tak ada apa-apa masalah…kau ni…”. Sara tersenyum lagi. Balqis sekadar menggelengkan kepalanya.
“ Ye lah tu…ok lah…tak apa kalau macam tu…tapi kan cuba kau tengok muka kau kat cermin…serius…pucat”. Ujar Balqis dan berlalu. Sara mengatur langkah ke tandas. Dilihat wajahnya di cermin. Memang pucat. Pagi tadi dia langsung tidak menjamah apa-apa. Dia sekadar menyiapkan sarapan untuk Ariff, itu pun tidak diusik oleh Ariff. Katanya dia sudah terlewat. Sara tidak memaksa. Sara mengemaskan baju yang dipakainya. Kemudian dia membelek wajahnya semula, dia cuba tersenyum manis. Sara melangkah keluar dari tandas. Tiba-tiba kepalanya terasa berdenyut-denyut lagi. Kerap dia sakit kepala begini sejak akhir-akhir ini. Dia berjalan menghampiri dinding dan bersandar padanya. Sebelah tangannya memicit-micit kepala yang berdenyut tadi. Penglihatannya terasa kelam dan kabur. Tiba-tiba dia rebah ke lantai. Waktu itu Balqis yang kebetulan lalu di situ segera menghampirinya dan terjerit perlahan.
“ Sara!!”. Tubuh Sara dipangku perlahan. Pandangan Sara terus gelap. Dia tidak sedarkan diri. Balqis agak cemas apabila melihat Sara tidak sedarkan diri. Pipi Sara ditampar perlahan, Sara masih tidak bergerak. Balqis semakin kaget melihat keadaan temannya. Lantas dia menjerit memanggil rakan sekerjanya yang lain. Mereka yang mendengar terus mengerumuni Sara dan Balqis.
“ Kenapa?”. Ada satu suara dalam ramai-ramai itu.
“ Sara…dia pengsan…entah, tolong call ambulans cepat…”. Ujar Balqis panik.
“ Ada apa ni?”. Tiba-tiba Khairul, Timbalan Pengarah mencelah.
“ Mmm…encik,ni …Sara pengsan…saya tak tahu, tiba-tiba dia jatuh…tapi tadi memang muka dia pucat…bila saya Tanya…”. Kata-kata Balqis terhenti apabila Encik Khairul memintas.
“ Sudah…jom kita bawa dia ke hospital”. Ujar Khairul lantas menyuruh Balqis dan Shahira memapah Sara ke keretanya. Setelah Sara berada di dalam kereta ketuanya itu, Balqis segera masuk ke dalam kereta di sisi Sara dan memanggil Khairul.
“ Jom encik…”. Encik Khairul merenung pekerjanya itu. Balqis membalas renungan ketuanya itu dan bersuara.
“ Jangan pandang saya macam tu, saya temankan Sara…nanti senang kalau apa-apa, saya bukan nak ambil kesempatan ponteng kerja…dah lah encik, cepat…saya risau ni…”. Ujar Balqis tergesa-gesa. Khairul terus masuk ke tempat duduk pemandu dan memecut keretanya. Balqis memangku kepala Sara. Setelah sampai di hospital, Sara diberi rawatan kecemasan. Balqis dan Khairul menunggu di ruang menunggu.
“ Sara dah kahwin kan?”. Tanya Khairul kepada pekerjanya Balqis. Balqis mengangguk perlahan.
“ Kena bagi tahu suami dia….”. Ujar Khairul lagi.
“ A’a…tapi encik, saya tak tahu nombor suami dia…telefon dia tinggal kat pejabat tadi”. Balas Balqis. Waktu itu Doktor yang merawat Sara keluar dari bilik rawatan. Balqis segera bangkit dari kerusinya. Khairul hanya menjadi pemerhati.
“ Awak siapa?”. Doktor itu bertanya kepada Balqis.
“ Saya kawan dia…kenapa dengan kawan saya tu doctor?”. Tanya Balqis resah.
“ Dia?”. Tanya doctor itu lagi sambil mengunjukkan tangan kepada Khairul.
“ Dia bos saya dengan pesakit tu…ada yang tak kena ke doctor dengan kawan saya tu?”. Balqis bertanya lagi.
“ Mari ikut saya…”. Ujar doctor itu lagi. Balqis berpaling kepada Khairul sebentar. Khairul menganggukkan kepalanya supaya menuruti arahan doctor. Balqis mengikut langkah doctor itu masuk ke bilik rawatan yang menempatkan Sara.
“ Sebenarnya kawan awak ni tak ada apa-apa, biasa bagi wanita hamil macam dia…Cuma dia dalam keadaan tertekan sekarang…dia perlukan rehat yang secukupnya…dan juga perlu menjaga pemakanan supaya mengambil makanan yang berkhasiat…kandungannya agak lemah…”. Balqis tekun mendengar penerangan doctor kemudian bertanya.
“ Berapa bulan doctor?”.
“ Dua bulan….”. Ujar doctor itu pendek. Balqis menghampiri Sara dan menggenggam tangannya. Sara hanya memandang sepi.
“ Baiklah doctor…terima kasih…”. Ujar Balqis lagi. Doktor itu mengangguk dan berlalu.
“ Kau baru tahu ke?”. Tanya Balqis kepada Sara. Sara menganggukkan kepalanya perlahan.
“ Nak bagi tahu suami kau tak? Nah….”. Tanya Balqis lagi sambil menghulurkan telefonnya. Sara menggelengkan kepalanya.
“ Tak pe lah…nanti balik aku bagi tahu”. Ujar Sara perlahan. Balqis merenung temannya pelik.
“ Any something wrong Sara?”.
“ Tak de apalah…aku penat…boleh kau tolong telefonkan teksi, aku nak balik rumah…”. Ujar Sara lemah. Ketika itu Khairul masuk ke bilik itu. Sara memandang hairan kepada ketuanya itu. Balqis memahaminya lantas bersuara.
“ Tadi Encik Khairul yang hantar kita ke sini…”. Khairul hanya melemparkan senyuman. Sara membalas senyuman itu, namun agak kelat.
“ Jom lah…saya hantar awak balik rumah…Balqis papah dia”. Ujar Khairul tegas. Balqis keluar sebentar dan mengambil ubat di kaunter, kemudian memapah Sara. Setelah Sara dihantar ke rumah, Balqis dan Khairul pulang ke pejabat. Balqis berjanji petang nanti selepas waktu kerja dia dan Shahira akan menolongnya menghantar kereta dan barang-barang Sara yang tertinggal di pejabat tadi ke rumah.

3 comments:

  1. cpt smbung ek..
    jgn lama sgt myepi tnpa n3

    ReplyDelete
  2. sedihnyer .. dah bengkak mata ni.....nape le ariff wat cam tu ....sian nyer...

    ReplyDelete
  3. sory. there have correction :
    "anything wrong sara???"

    ReplyDelete