Pages

Saturday, January 29, 2011

RuAnG rInDu 7

‘ Salam, selamat pagi…moga hari ini dirimu mempunyai semangat baru dan kekuatan baru ’. Dania membaca mesej yang baru masuk. Pengirimnya adalah orang yang sama. Dia ingin mengetahui pemilik nombor ini, namun hatinya menghalang. Akhirnya dia hanya membiarkan.
“ Nia…jom minum?”.
“ Aku kenyanglah Ria…kau pergi dengan diorang je ya?”. Pelawaan temannya itu ditolak lembut. Ria akhirnya mengangguk. Dania tahu Ria sengaja tidak mahu memaksa. Dia meneruskan kerjanya. Rutinnya perlulah padat bagi memastikan dirinya tidak punyai ruang dan peluang untuk memikirkan hal itu. Dania nekad mahu belajar terima kenyataan.
“ Dania…” Dania menghalakan pandangan kepada pemilik suara.
“ Masuk bilik saya ”. Dania hanya mengangguk. Dia adalah ketuanya di sini. Langkahnya diatur sopan menuju ke bilik ketuanya itu.
“ Ya encik, ada apa-apa yang perlu saya buat?”. Dania berlagak tenang.
“ Duduklah dulu…”.
“ Saya nak hantar awak pergi kursus ke Terengganu…awak tak ada masalah kan?”. Encik Rashid bersandar di kerusinya.
“ Saya seorang je ke encik? ”.
“ Tak…awak dengan Fauzi”. Balas Encik Rashid pendek.
“ Kami berdua je?”.
“ Ya…kamu berdua, kenapa kamu ada masalah ke tentang itu?”.
“ Eh, tak adalah encik…Cuma..”. Kata-kata Dania dipintas.
“ Cuma apa?”.
“ Tak de apalah encik…ok lah…bila kami kena pergi encik?”.
“ Esok..”.
“ Esok?”.
“ Ya”.
“ Ok lah encik, kalau macam tu”.
“ Ok, itu je saya nak bagi tahu, awak boleh keluar sekarang, butiran lanjut pasal kursus tu awak ambil pada Raihana”.
“ Baik, encik…terima kasih”. Dania melangkah keluar. Sejurus keluar, dia melabuhkan punggung di tempatnya. Waktu itu kelihatan Ria dan teman-teman yang lain baru pulang dari minum pagi. Ria menghampirinya.
“ Kenapa bos panggil?”. Ria mengangkat keningnya.
“ Aku kena pergi kursus”. Balasnya pendek acuh tidak acuh.
“ Kau seorang je?”. Ria masih berminat bertanya.
“ Tak. Dengan Fauzi…kat Terengganu”. Ria tergelak kecil.
“ Kenapa kau gelak?’. Soal Dania sambil tersenyum.
“ Kau pun tahu kan kenapa aku gelak…”. Akhirnya mereka sama-sama tertawa.
“ Bila kau kena pergi?”. Tanya Ria lagi.
“ Esok”.
“ Mak ai, esok nak pergi…hari ni baru bos bagi tahu, biar betul bos tu”.
“ Entah…tak pelah…”. Kelihatan Raihana menghampiri mereka berdua.
“ Dania…nah butiran pasal kursus tu”. Ujar Raihana sambil menghulurkan butiran itu .
“ Fauzi dah tahu ke Ana?”. Soal Dania sambil menyambutnya.
“ Dah…bukan main suka lagi bila dapat tahu pergi dengan kau Nia…bertuahlah badan”. Raihana melemparkan senyuman. Ria juga turut tersenyum. Dania menjeling geram.
“ Jangan nak mengada lah korang ni…aku tak nak pergi dengan dia, aku nak memandu sendiri”. Balasnya tegas. Mereka tergelak lagi.
“ Kenapa pula?”. Tiba-tiba satu suara mencelah. Mereka bertiga terkejut apabila tiba-tiba Fauzi mencelah entah dari mana munculnya.
“ Dania…kenapa tak nak pergi dengan saya sekali? Kan lebih senang naik satu kereta…”. Lembut sahaja bahasa lelaki ini. Dania melemparkan pandangan kepada Raihana dan Ria.
“ Dia saja nak memandu sendiri…tak salah kan, biarlah dia”. Ria cuba membantu. Dania tersenyum dalam sembunyi.
“ Tapi…”. Kata-kata Fauzi cepat dipintas oleh Dania.
“ En. Fauzi…senang cakap macam inilah…saya ada hal nak settle, so lebih senang saya memandu sendiri…”.
“ Saya tak de masalah kalau nak hantar awak pergi mana-mana, so apa salahnya kita naik sekali”. Fauzi masih tidak mahu mengalah.
“ Maaflah…saya dah buat keputusan, dan keputusan saya itu muktamad…maaf, saya nak pergi tandas”. Dania segera bangkit dan beredar.
“ Salah ke apa saya cakap?”. Fauzi bertanya kepada Ria dan Raihana. Mereka berdua mengangkat bahu sambil tersenyum.
“ Dania tu sentiasa berangin kan…tak pernah tengok dia ceria…asyik bermurung je saya tengok…kat rumah pun macam tu juga ke Ria?”. Tanya Fauzi serius kepada Ria.
“ Kenapa kau tanya?”. Ria memulangkan soalan.
“ Saja lah…nak tahu, kenapa tak boleh?”.
“ Boleh…tak de lah…dia biasa je…kau yang tak kenal dia kot”. Balas Ria sambil tersenyum. Sengaja dia tidak mahu teman sepejabat tahu masalah Dania.
“ Macam mana nak kenal, baru nak dekat sikit…dia dah lari…”. Ria dan Raihana tergelak mendengar jawapan Fauzi. Fauzi hanya memerhati.
“ Dah lah…jom buat kerja”. Ujar Raihana tegas. Ria mengangguk tanda setuju. Mereka berdua berlalu pergi dari meja Dania. Fauzi merengus geram. Namun akhirnya dia juga melangkah longlai meninggalkan meja Dania.

…………………………………………………………………………………….....
Dua hari berkursus cukup membuatkan Dania terasa penat. Bukan penat berkursus, tetapi penat melayan karenah si Fauzi. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia menengking Fauzi. Tidak habis-habis merimaskan dan menyerabutkan kepala otaknya. Letih rasanya terpaksa berhadapan dengan orang sebegitu. Memang bukan salah Fauzi menyukainya, namun sungguh dia benar-benar rimas dengan sikap lelaki itu. Terlalu mengambil berat. Itulah, inilah…huh. Senang cakap belum apa-apa sudah hendak mengawal itu ini. Seharusnya begitu, begini. Jangan begitu, patut begini. Pelik dia dengan perangai lelaki itu. Sepanjang kursus asyik mahu berkepit sahaja dengannya. Bukan sekali dua Dania melarikan diri, tetapi orang macam Fauzi memang muka tebal, tidak faham bahasa. Nasib baik dia tidak menumpang keretanya, kalau tidak lagi porak-perandalah hidupnya.
“ Dania, nak balik dah ke…jomlah balik sama, saya drive belakang awak”. Tiba-tiba satu suara yang amat cukup dikenali menghentikan lamunan Dania. Dania memandang pemilik suara geram.
“ En. Fauzi…saya ni bukan isteri awak yang perlu di jaga dan dilindungi”. Ujarnya tegas.
“ Kalau isteri, lagi istimewa layanan saya Dania…”. Balas Fauzi sambil tersenyum nakal. Dania menjeling geram. ‘Gatalnya lelaki ini. Menyampah.’ Dania menyumpah dalam hati.
“ Jangan marah, nanti cepat tua”. Ujar Fauzi menambah rasa sebalnya terhadap lelaki itu.
“ Dah lah, pergi balik…”. Ujar Dania sambil menutup bonet kereta.
“ Nak baliklah ni…jom”. Fauzi sengaja menyeksanya lagi. Dania menghentakkan kaki tanda protes. Fauzi pura-pura tidak nampak.
“ Saya nak membeli-belah sikit untuk kawan-kawan kita…jomlah kita pergi sama-sama”. Fauzi masih ada hati untuk bersamanya. Memang Dania akan bertambah gila jika menerima pelawaannya.
“ Saya ada hal…awak pergilah seorang ok…bye”. Dania segera memasuki kereta, lantas menghidupkan enjen. Fauzi pula kelihatan masih memerhatikannya. Sengaja dia pasang radio sekuat yang mungkin. Akhirnya hatinya lega apabila lelaki itu akhirnya melangkah ke keretanya dan memandu pergi. Huh. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Dia melihat nama pemanggil di skrin. Darahnya menyirap. Memang muka tembok lelaki ini. Namun dia tetap menjawab panggilan itu.
“ Awak nak apa lagi…saya sibuk ni”. Tanpa salam terus sahaja Dania menerjah Fauzi dengan bahasanya yang kasar. Padan muka. Geram sungguh dia pada orang yang memang tidak faham bahasa ini.
“ Marah ke?”. Fauzi bersuara lembut.
“ Tak lah…suka sangat…”. Dania menekan suaranya. Fauzi tergelak kecil di hujung talian.
“ Awak marah pun, tetap manis…saya suka”.
“ Jangan nak merepeklah Fauzi…saya tak sukalah awak ganggu saya macam ni…”. Fauzi hanya senyap. Mungkin terasa dengan kata-katanya.
“ Ok lah…saya nak letak…bye, assalamualaikum”. Akhirnya Dania memberi kata putus.
“ Nanti…”. Fauzi bersuara akhirnya.
“ Hati-hati memandu ya…ada apa-apa call saya, bye…take care, assalamualaikum”. Fauzi mematikan talian. Geli telinga Dania mendengarnya. Aduhai baik punya bahasa, manisnya madah. Tetapi tetap membuatnya rasa sebal dan rimas terhadapnya. Nasiblah Fauzi. Dania mahu bergerak pergi, namun telefonnya berdering lagi. Dia mengeluh geram. Segera dijawab tanpa melihat skrin telefonnya.
“ Awak ni tak faham bahasa ke hah? Saya dah kata tak suka awak ganggu saya…tak kan itu pun awak tak faham lagi, awak tahu tak rimas? Lemas saya dengan perangai awak…awak fikir saya ni siapa? Isteri awak ke hah? Dengar sini baik-baik, saya bagi amaran pada awak, jangan ganggu saya lagi…terus terang saya kata, saya tak suka awak…menyampah lagi ada…cukup?”. Dania menarik nafas. Tiada suara di hujung talian. ‘Tahu pula senyap. Sudah faham bahasa agaknya’. Getus hatinya. Tiba-tiba ada suara memberi salam.
“ Assalamualaikum…”. Tetapi suara itu bukan milik Fauzi. Dania mengalihkan telefon dari telinga, dan dilihat nombor pemanggil di skrin telefon. Memang bukan nombor Fauzi. ‘Alamak.’ ‘Aku marah pada siapa tadi’.
“ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab lambat.
“ Awak marah pada saya ke?”. Pemilik suara bertanya perlahan.
“ Eh, tak…saya…”. Dania kematian kata.
“ Owh…ingat awak marah pada saya tadi…”.
“ Maaf, awak siapa…nak cakap dengan siapa?”. Dia bertanya berhati-hati. Malu sebenarnya memarahi orang yang tidak dia kenali.
“ Dania…”. Dania tersentap. Dia pelik kerana pemanggil itu tahu namanya. Tetapi dia tidak mengenali pemilik suara ini.
“ Awak siapa?”. Suaranya masih lembut.
“ Tak apalah…agaknya angin awak memang tak elok sekarang…saya tak nak kacau…bye, nanti kita cakap lagi… assalamualaikum ”. Dia mematikan talian. Tiba-tiba darahnya menyirap kembali. Siapa pula kali ini. Dia meneliti semula nombor pada panggilan masuk. Macam pernah dilihat nombor ini. Tapi dia tidak ingat di mana. Namun tidak sampai seminit, dia membuka peti mesej. ‘Ya, inilah pemilik yang selalu menghantar mesej-mesej semangat terhadapku. Dia rupanya, tapi siapa dia’. Rupanya sudah lama dia menghidupkan enjin tanpa menggerakkan kereta. Akhirnya dia meletakkan telefon di sisi, dan mula memandu. Persoalan tadi dibiar sepi. Dia terus memandu ke Pantai Cahaya Bulan. Sudah lama dia ingin ke sana.

No comments:

Post a Comment