Pages

Tuesday, February 1, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 19

“ Riff…”. Shakir menegur temannya itu yang sedang termenung. Ariff mengalihkan pandangannya kepada Shakir.
“ Kau ok?”. Shakir bertanya pula.
“ Ok…kenapa pulak?”.
“ Tak de apa-apa…saja Tanya.”. Shakir melemparkan senyuman.
“ Kau perasan tak…dah lama si Shila tak datang pejabat kan?”. Shakir sekadar mahu menghidupkan suasana. Bukan Shakir tidak perasan perubahan terhadap temannya itu sejak akhir-akhir ini.

“ Entah…bukan penting pun pada aku”. Ujar Ariff tidak bersemangat. Shakir melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Ariff. Ariff sekadar memandang sepi.
“ Kau kenapa Riff? Aku tengok kau macam dah lain…ada masalah bagi tau aku…jangan terus macam ni…”. Shakir menyambung kata.
“ Aku tak de apa-apa lah…”. Ariff memandang jam tangannya sekilas. Sekarang sudah tiba waktu makan tengah hari.
“ Kau selalu macam ni…kau masih fikirkan tentang hal Amira lagi ke?”. Teka Shakir.
“ Kau tak pergi makan ke?”. Ariff membalasnya dengan soalan.
“ Tolong jawab soalan aku boleh tak?”. Ujar Shakir serius. Ariff mengeluh pendek.
“ Aku tak apa-apa ok…”.Ariff masih tidak mahu membuka cerita. Shakir merenung tajam temannya itu.

“ Masa aku lawat kau kat hospital hari tu, aku tengok kau macam dingin dengan Sara…korang berdua ada masalah ke?”. Ariff merenung kembali temannya itu.
“ Tak lah…kami ok je…dah lah…kau pergilah makan…aku ada kerja sikit nak buat”. Ujar Ariff serius.
“ Kau memang dah lain Riff…”. Balas Shakir kemdian berlalu. Ariff hanya memandang dengan ekor matanya pemergian Shakir. Dia tahu Shakir marah kepadanya, selalunya walau dihalau bagaimana sekalipun Shakir tetap tidak akan pergi, namun kali ini tidak. Ariff juga tidak tahu mengapa dia berkelakuan sedemikian. Sejak akhir-akhir ini wajah Amira selalu hadir di ruang fikirannya. Hidupnya selalu tidak tenang memikirkannya. Dia juga tahu layanannya terhadap Sara juga sudah tidak seperti dahulu. Bukan sebab dia tidak lagi sayangkan Sara. Sungguh dia menyayangi isterinya itu. Sebab itulah dia lebih suka mendiamkan diri dan menyendiri kerana apabila mereka meluangkan waktu bersama pasti Sara akan berkecil hati apabila Ariff tidak dapat mengawal emosinya.

Dia tahu tidak sepatutnya Sara dilayan sebegitu, namun dia merasakan itu adalah lebih baik daripada dia mengasari isterinya . Dia Cuma perlukan ruang dan waktu untuk bersendiri. Dia perlu mendapatkan ketenangannya semula. Dia perlukan masa untuk melupakan segalanya dan menerima hakikat Amira yang dicintainya dahulu berada di sekelilingnya dan dia harus berdepan dengan kenyataan bahawa dia akan melihat Amira dengan Adam bersama. Entah mengapa semakin sukar dia menerima kenyataan itu. Dulu selepas Amira pergi, dia boleh sedikit demi sedikit melupakan dan menerima hakikat itu. Namun ketika ini begitu susah dia ingin melakukannya apabila wajah itu sering hadir di ruang mata dan fikirannya. Ariff bermonolog sendirian sehinggalah rakan sepejabat berada di hadapannya. Begitu lama dia berkhayal.
“ Riff…ni Shakir suruh bagi kat kau…”. Tiba-tiba Taufik berada di hadapannya sambil membawa satu plastic berisi satu bungkus nasi. Ariff terkedu. Apabila Taufik ingin keluar dari biliknya, Ariff bersuara perlahan.

“ Terima kasih Fik…”. Ujar Ariff sambil melemparkan senyuman.Taufik sekadar membalas senyuman itu sambil menganggukkan kepalanya. ‘Kau memang kawan dunia akhirat aku Kir’. Ucap Ariff dalam hati. Lantas dia bangkit dan menuju ke bilik Shakir. Waktu itu Shakir kelihatan menghadap computer di hadapannya. Ariff terus masuk dan duduk di kerusi berhadapan Shakir. Shakir meneruskan kerjanya. Dia perasan kehadiran temannya itu, namun sengaja dia membiarkan Ariff memulakan bicara.
“ Kir…terima kasih…aku…”. Akhirnya Ariff bersuara.
“ Sudah lah Riff…aku tak ambil hati pun…tapi Riff, kalau kau layan Sara macam ni mesti dia berkecil hati dengan kau…perempuan ni sensitifnya lain sikit tau…”. Ujar Shakir serius. Ariff merenung temannya itu. Shakir membalas renungan itu.
“ Masalah kau pasal Amira lagi kan?”.

“ Aku sendiri bingung Kir…sejak akhir-akhir ni dia selalu hadir menghantui hidup aku…aku tahu dalam hati aku Cuma ada Sara, tapi aku tak tenang bila fikirkan pasal dia…entahlah…aku sendiri tak tahu sampai bila…”. Ujar Ariff lantas menundukkan kepalanya memandang lantai.
“ Kau kata kau sayang Sara, hati kau hanya ada dia…tapi kau tahu tak kau sedang menyeksa dia sekarang? Sanggup kau tengok dia merana Riff? Aku dapat tengok dia sayangkan kau Riff…masa kat hospital hari tu…betapa setianya dia temankan kau…aku tahu perempuan macam dia bukan jenis hipokrit menzahirkan kasih sayang dia pada orang yang dia sayang…kau lebih kenal dia dari aku Riff, aku dapat rasakan dia ikhlas menyayangi kau…kau tak nampak ke Riff?”. Shakir menyambung kata. Ariff memandang tajam temannya itu.

“ Mana kau tahu? Mungkin dia masih cintakan kekasih dia dulu”. Ariff membalas sarkastik. Shakir hanya menggelengkan kepala.
“ Kenapa kau buta nak menilai semua ni Riff? Tak nampak ke kau keikhlasan pada mata dia…tak guna aku nak cakap banyak…Amira tu dah jadi milik orang lain tahu tak…sedarlah Riff…lupakan dia…terima hakikat tu…kau sekarang dah ada Sara…isteri yang kau kata kau sayang…ucapan sayang jika hanya di mulut tanpa diterjemahkan dengan perbuatan tak kan ada makna apa-apa Riff…aku kenal kau…kau bukan lelaki jenis menghancurkan hidup orang lain…tolonglah jangan sia-siakan Sara…aku tak nak kau menyesal nanti”. Ujar Shakir panjang.

“ Aku…”. Kata-kata Ariff terhenti di situ.
“ Kau tahu tak Riff…kau yang seksa diri kau sendiri…dan kau mengheret Sara sama terlibat…jangan terlalu diikutkan perasaan kau tu…lepaskan Amira…bebaskan dia dari segenap ruang hidup kau Riff…selagi kau terus macam ni, kau tak kan tenang…redha Riff…minta lah petunjuk dari Allah…aku tahu kau bukan jenis orang yang tinggalkan solat…tapi dalam hal ni juga kau perlukan bantuanNya…”. Shakir membalas panjang seperti tadi. Ariff masih membisu.
“ Aku tahu kau tak mengasari Sara…tapi layanan dingin kau pada dia…sikap tak endah kau pada dia…kau perasan tak Riff…semua tu menyakitkan hati dia…aku nampak dia menangis Riff lepas keluar dari wad kau ditempatkan…tak kan sebab lain…mesti sebab kau…bila aku dekat, dia kesat air mata cepat-cepat dan lemparkan senyuman pada aku…kau tahu tak dia pendam perasaan Riff…memang kau rasa kau tak salah…tapi kau sedar tak kau dah melukakan hati seorang wanita bergelar isteri yang sah kepada kau…”. Shakir menyambung kata apabila dilihatnya Ariff masih membisu. Ariff mengeluh perlahan. Shakir bangkit menghampiri temannya itu dan menepuk perlahan bahu Ariff. Ariff mendongak dengan pandangan seribu pengertian.

2 comments:

  1. buat apa dikenang org lain...isteri depan mata tu yg patut dijaga....!!!! nak lg...

    ReplyDelete
  2. nape ariff ni ...x kan x perasan isterinyer sihat ke x ...apela....cpt smbung

    ReplyDelete