Pages

Sunday, February 13, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 26

“ Hello…wa’alaikumsalam…ye saya…”. Telefon bimbit yang dipegang Sara terjatuh. Dia kaku tidak bergerak. Lidahnya kelu. Terduduk dia di situ. Kemudian dia teresak perlahan.
“ Abang…”. Sara mencapai telefon bimbitnya tadi kemudian mendail nombor rumah mama. Tersedu-sedu dia menjelaskan. Tidak lama kemudian mama dan papa sampai.
“ Mama…abang…”. Sara menangis dalam pelukan ibu mertuanya.
“ Sabar sayang…jom kita pergi hospital…”. Mama membantu Sara bangun dan memapah Sara ke kereta. Papa menghidupkan enjin kereta kemudian memecut laju ke hospital Ariff ditempatkan. Apabila sampai di hospital Sara ingin segera turun.

“ Sara hati-hati…”. Mama dan Sara bergegas masuk, kemudian diikuti oleh papa. Kelihatan Shakir berada di luar bilik kecemasan. Shakir menghampiri mereka.
“ Macam mana dengan Ariff?”. Tanya papa agak gusar.
“ Dia masih dekat dalam pak cik…”. Ujar Shakir kemudian mengalihkan pandangannya kepada Sara. Kelihatan Sara teresak-esak menangis, dan mama sedang memujuknya.
“ Ini yang kau kata tak sayang Riff? Kau silap besar…”. Ujar Shakir dalam hati. Tidak lama kemudian lampu bilik kecemasan terpadam dan doktor keluar mendapatkan mereka.

“ Doktor…macam mana suami saya?”. Tanya Sara gelisah.
“ Bersabar puan…kecederaan suami puan agak parah…dia koma…keadaan dia agak kritikal…sama-sama lah kita berdoa…”. Waktu itu Sara hampir terjelepok ke lantai, namun sempat disambut oleh mama dan papa. Sara pengsan dalam pelukan mama. Shakir sayu memerhatikan apa yang berlaku di hadapannya. Puan Jamilah juga sudah menangis. Jururawat yang ada di situ membawa Sara ke bilik rawatan diikuti oleh mama dan papa. Shakir hanya menjadi pemerhati.
“ Abang...” Apabila Sara terjaga, dia terus memanggil suaminya.
“ Sara…sabar sayang…”. Mama memujuk menantunya.
“ Abang mana ma…Sara nak jumpa abang…”. Ujar Sara sambil mahu turun dari katilnya. Tidak dihiraukan keadaannya. Mama menghalang, Sara tetap berkeras. Kemudian perlakuan Sara terhenti apabila dia memegang perutnya. Matanya dipejam rapat. Dahinya berkerut menahan sakit.Giginya juga diketap rapat. Mama memegang bahunya.
“ Sara…”. Akhirnya Sara menangis dalam pelukan ibu mertuanya.
“ Sara kena kuat…jangan macam ni…bayi dalam kandungan Sara juga perlu dijaga…insyaallah Ariff tak apa-apa, kita sama-sama doa ye…Sara berehat dulu…nanti mama bawa Sara jumpa Ariff ye…”. Mama memujuk lembut menantu kesayangannya.

“ Tapi ma…abang”.
“ Sshhh…jangan risau sayang…mama yakin anak mama tu tak kan apa-apa…mama tak nak nanti Sara pulak sakit…” Ujar mama lembut. Dia berkata sedemikian hanya untuk menenangkan Sara. Sebenarnya dia juga tidak tahu apa yang akan berlaku. Mama membantu Sara baring semula, tidak lama kemudian Sara terlena. Mama menghampiri papa yang berada di sofa di sudut kiri bilik itu. Papa dan mama masing-masing terdiam. Hal Ariff kemalangan sudah diberitahu kepada semua kaum keluarga termasuk keluarga besannya oleh papa.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sara menghampiri suaminya. Sudah dua minggu Ariff berada di wad ICU dan masih koma tidak sedarkan diri. Sejak tempoh itu juga Sara kerap berulang-alik. Jika diikutkan hatinya, dia sentiasa mahu berada disisi suaminya. Pergerakannya tambah terbatas, kini usia kandungannya sudah masuk tujuh bulan. Ibu, ayah dan kedua mertuanya risau memikirkan keadaan Sara yang lebih banyak mendiamkan diri dan muram. Dia lebih mementingkan keadaan suaminya berbanding dirinya saat ini. Tidak dihiraukan makan minumnya. Puas mama dan ibu menasihatkannya, namun Sara tetap keras hati.

“ Abang…Sara datang ni…”. Ujar Sara perlahan kemudian duduk di kerusi sambil memegang erat tangan suaminya. Ariff masih kaku seperti biasa.
“ Bila abang nak sedar? Sara sunyi…”. Sara baring berbantalkan lengan suaminya.
“ Abang kan dah janji akan selalu temankan Sara…sedarlah bang…”. Ujar Sara dalam tangisan. Masih segar dalam ingatannya sewaktu dia berbahagia bersama Ariff selepas peristiwa mereka berbaik semula dan meleraikan perang dingin.
“ Sara…mari duduk sini”. Panggil Ariff sambil menepuk sofa disebelahnya. Sara menuruti kehendak suaminya.
“ Sara sayangkan abang?”. Sara menganggukkan kepalanya.
“ Zammil?”. Sara merenung wajah suaminya.

“ Dia hanya sejarah silam Sara…sekarang hanya abang yang bererti dalam hidup Sara…dia bukan siapa-siapa lagi dalam hidup Sara…”. Ujar Sara tegas.
“ Betul?”. Ariff sengaja ingin mengusik isterinya.
“ Betul lah…abang tak percayakan Sara ke?”.
“ Mana lah tahu kan…abang bukan boleh baca hati dan fikiran Sara…kalau Sara masih nak ingatkan dia pun, abang bukan tahu kan…”. Sara menjarakkan tubuhnya dari Ariff.
“ Kalau abang tak percaya, itu terpulang…Sara tak mampu nak halang kalau abang tetap nak fikir macam tu”. Ujar Sara kemudian bangkit sambil memegang perutnya. Ariff tahu Sara berkecil hati dengan kata-katanya.

“ Sara….”. Panggil Ariff lalu bangun dan memegang bahu isterinya, namun Sara menepis perlahan.
“ Sara nak naik atas…”. Sara terus berlalu ke atas. Ariff mengikuti langkah isterinya. Apabila sampai di bilik, dilihatnya Sara duduk di atas katil. Ariff melabuhkan punggungnya di sisi Sara.
“ Merajuk ke?”. Tanya Ariff sambil mengangkat dagu isterinya memandangnya. Sara menggeleng perlahan.
“ Habis tu…macam merajuk je…marah ke?”. Tanya Ariff lagi. Sara menggeleng kemudian bangkit menuju ke sofa dan melabuhkan punggungnya di situ pula. Ariff tersenyum kemudian bangun menuju ke sofa. Sara ingin bangkit, namun dihalang oleh Ariff.
“ Dahlah sayang…penat abang tau…kesian kat baby ni jugak..”. Sara tidak jadi bangun. Perutnya sedikit sengal. Dia mengusap perutnya perlahan. Ariff hanya memerhatikan. Sara masih memuncungkan mulutnya.

“ Marah kat abang ye?”. Ariff bertanya lagi.
“ Mana ada…”.
“ Tu…mulut muncung…”. Ariff sengaja ingin mengusik isterinya.
“ Abang tu…tak percayakan Sara, abang ingat Sara ni jenis hipokrit ke…abang pertikaikan kesetiaan Sara, cinta Sara…hati Sara…kasih sayang Sara pada abang…abang ragu-ragu dengan Sara, sebenarnya Sara ni siapa pada abang? Kenapa abang tak percayakan Sara…”. Ujar Sara dalam esak tangisnya. Ariff sayu melihat Sara menangis.
“ Sshhh…jangan menangis sayang, abang gurau je…betul…abang tak berniat nak buat Sara kecil hati…Sara sangat bererti dalam hidup abang…abang percayakan Sara sepenuh hati abang…abang minta maaf ye”. Balas Ariff sambil menarik tubuh Sara ke dalam pelukannya. Pada mulanya Sara hanya membiarkan, namun akhirnya dia membalas erat pelukan suaminya itu.

“ Sara tak suka abang Tanya macam tu lagi…kalau abang sayangkan Sara, jangan pertikaikan kasih sayang dan hati Sara…Sara betul-betul sayangkan abang…Sara tak nak kehilangan abang…Sara…”. Sara masih teresak seperti tadi.
“ Ye…sayang, abang tahu…abang pun sayangkan Sara lebih daripada segala-galanya yang abang miliki…ok, abang janji tak buat macam tu lagi…sshhh, jangan nangis dah ye…Sara kan kuat…tabah…”. Ujar Ariff lagi sambil mengesat air mata isterinya. Sara juga turut mengesat air matanya dengan tangan.

“ Jangan tinggalkan Sara…”.
“ Selagi abang hidup…abang janji tak kan tinggalkan Sara”. Balas Ariff sambil mengucup dahi isterinya. Sara tersenyum bahagia.
“ Sara rindu kat abang…”. Ujar Sara lalu mengesat air matanya. Apabila mengenangkan saat-saat bahagia bersama suaminya, dia menangis sendiri. Kini dia tidak lagi dapat merasai dakapan hangat suaminya. Tidak dapat mendengar suara suaminya, pujuk rayu, dan kata-kata semangat Ariff di waktu dia memerlukannya. Jiwanya terasa kosong tanpa kehadiran usikan, kemesraan kata dan sikap ambil berat serta prihatin Ariff terhadap dirinya. Mama dan papa yang baru sampai hanya memerhatikan Sara dari luar cermin wad ICU. Mereka juga turut sayu melihat Sara selalu begitu.

1 comment:

  1. hummm....n3 kali ni sedihnya hampir
    mengalir air mata. kesian dgn sarah ye
    baru nak merasa bahgia diduga pula dgn
    kemalangan ariff..tabahkanlh hatimu sarah..
    Allah akan sentiasa bersama dgn org yg
    redha dn sabar...nk lagi...nak lagi...

    ReplyDelete