Pages

Monday, February 7, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 24

Malam itu mama dan papa datang. Kerap mereka berdua datang sejak Sara berbadan dua. Ibu dan ayah juga begitu. Kadangkala Ariff dan Sara ke sana. Dua minggu lepas mereka ke rumah ayah dan ibu. Mama dan papa memang perasan, Ariff kini lebih mengambil berat terhadap Sara. Dia tidak lagi seperti dahulu. Cuma, Sara pula kelihatan agak dingin. Namun cuba diselindungkannya. Ariff kelihatan amat menyayangi isterinya itu. Mama dan papa bersyukur kerana Ariff sudah berubah. Tidak lagi dingin seperti dahulu. Angin itu sudah beralih kepada Sara. Namun mama dan papa tidak memandan berat hal itu, Sara berkelakuan begitu mungkin kerana keadaannya sekarang.

“ Sara…duduk je..biar mama yang buat”. Ujar mama apabila melihat Sara mengangkat pinggan ke sinki. Mereka baru selesai makan malam.
“ Tak pe ma…bukan berat sangat…”. Jawab Sara sambil melemparkan senyuman kepada ibu mertuanya. Sara ingin mencuci pinggan tadi, namun dihalang oleh mertuanya.
“ Tak payah…duduk je…mama buat, Sara dengar cakap mama ni…”. Ujar mama serius. Sara tergelak mendengarnya. Namun akhirnya dia duduk di kerusi. Setelah selesai semua, mama duduk di kerusi berhadapan menantunya itu. Waktu itu Ariff ke dapur. Mama dan Sara memandang Ariff.

“ Kenapa Riff?”. Mama bertanya. Ariff menghampiri isterinya dan memaut bahu Sara. Sara hanya membiarkan.
“ Papa nak air ma…macam biasa..”. Ujar Ariff. Mama tersenyum melihat aksi anaknya.
“ Tak pe ma…Sara buat…abang pun nak juga kan?”. Tanya Sara kepada Ariff. Ariff hanya menganggukkan kepalanya. Mama dan papa tahu kini bahasa panggilan anak dan menantu mereka sudah berubah. Mereka senang mendengarnya.
“ Mama buatkan…tak pe…Sara duduk je..”. Kemudian mama bangkit dan membuat air.
“ Sayang sangat kat menantu dia ni”. Ujar Ariff mengusik mamanya.

“ Eh mestilah…kalau mama tahu atau dengar kamu buli Sara ni, siaplah kamu…waktu-waktu macam ni kamu lah yang kena prihatin dan jangan bagi Sara buat kerja sangat”. Ujar mama serius. Ariff hanya tersenyum. Sara pula hanya membisu.
“ Senyum pulak dia…mama cakap betul tau…dulu pun papa manjakan mama macam ni…kalau apa-apa jadi pada Sara ni, mama akan salahkan kamu sebab tak pandai jaga isteri”. Ujar mama lagi. Ariff memegang bahu isterinya.

“ Ye lah ma…kalau mama sayang seribu kali kat Sara ni, Ariff lagi berganda-ganda ma…Lebih dari segala-galanya…Lebih dari Ariff sayangkan Amira dulu”. Mama dan Sara berpandangan. Ariff sengaja berkata sedemikian. Dia ingin Sara tahu, kini hatinya hanya untuk Sara.
“ Ariff….”. Mama menegur anaknya. Sara sudah menundukkan wajahnya ke lantai.
“ Ma…sebelum ni Ariff silap…Sara menderita kerana Ariff…Ariff yang tak tahu nak jaga perasaan dan hati Sara…Ariff menyesal ma…Ariff betul-betul sayang dan cintakan Sara…Amira tiada lagi dalam kamus hidup Ariff…Ariff janji akan bahagiakan Sara ma…”. Ujar Ariff sambil memandang tepat mata mamanya. Waktu itu Sara sudah teresak-esak. Ariff menarik kerusi dan duduk di hadapan isterinya. Mama hanya memerhati. Mama turut sayu dan syahdu melihat menantunya menangis. Waktu itu papa tiba. Langkah papa tehenti apabila melihat adegan itu.

“ Sara…jangan menangis sayang, abang salah pada Sara…maafkan abang…abang buta dalam menilai hati Sara…sepatutnya abang tak ikutkan perasaan abang dan masih mengingati Amira…abang patutnya dari dulu terima hakikat yang Amira bukan lagi hak abang…Saralah segala-galanya bagi abang sekarang dan selamanya, abang tahu Sara dah banyak bersabar dnegan abang…maafkan abang ye…”. Ujar Ariff sambil menggenggam erat kedua-dua belah tangan isterinya. Sara masih teresak-esak.

“ Sshhh…jangan nangis sayang…abang tak sanggup tengok Sara bersedih macam ni…abang janji tak kan sia-siakan hidup sara lagi…abang janji…”. Ujar Ariff sambil menarik Sara ke dalam pelukannya. Sara membalas erat pelukan itu.
“ Maafkan Sara…Sara pun salah pada abang…Sara tak patut layan abang macam tu…Sara sayangkan abang…Sara takut kehilangan abang…Sara takut terbuai dengan kasih sayang abang…Sara takut abang Cuma berubah kerana anak ni…Sara takut…Sara…”. Ujar Sara dalam tangisan. Ariff mengeratkan lagi pelukannya, namun perut Sara yang memboyot menghalang mereka lebih rapat. Mama dan papa hanya menjadi pemerhati.

“ Tak Sara…abang janji abang akan selalu menyayangi Sara dan menemani Sara…selagi abang hidup…abang hanya milik Sara…”. Balas Ariff sambil mengelus lembut rambut isterinya.
“ Sara sayangkan abang…sepenuh hati Sara”. Ujar Sara lagi.
“ Abang pun sayang dan cintakan Sara lebih dari nyawa abang sendiri…”. Balas Ariff. Sara mengeratkan pelukannya. Sudah lama dia menginginkan keadaan sebegini. Dipeluk erat oleh seorang lelaki yang bergelar suami dan amat dicintainya. Sungguh dia seperti telah mendapat semula sinar kebahagiaan dalam hidupnya. Beberapa minit kemudian, Sara meleraikan pelukannya. Mama sudah menangis di tepi sinki. Mama menyeka air mata kesyukuran.

Papa pula tersenyum senang. Ariff membantu Sara bangun. Akhirnya Sara tertunduk malu. Mama menghampiri menantunya dan memeluk erat. Ariff memandang papanya dan menghadiahkan senyuman yang membawa seribu erti. Papa menepuk bahu anaknya perlahan. ‘ You’re my son…’. Ujar papa sambil tersenyum. Ariff tersenyum senang, kemudian memandang Sara. Mereka berdua berpandangan yang membawa maksud mereka sahaja mengetahuinya. Ariff mengucup dahi isterinya lembut. Sara tertunduk malu. Sungguh waktu ini dialah wanita yang paling bahagia.'Ya Tuhanku,adakah bahagia ini milikku berpanjangan?'..Getus Sara. Dalam hatinya dia memanjatkan doa agar Tuhan memberi kesempatan kepada mereka mengecapi rasa bahagia ini selma-lamanya.

3 comments:

  1. hohohoho..ni yg best..wat la ending pat..

    ReplyDelete
  2. wow...best..at last ariff meluahkan perasaannya...!!!!! suka...suka...nak lagi...!!!! smbg cepat2 ye...

    ReplyDelete
  3. I like I like......biala kebahagiaan mereka brpanjangan ......

    ReplyDelete