Pages

Monday, February 14, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 27

“ Sara kan?”. Sara merenung wajah orang yang bertanya tadi, kemudian dia menganggukkan kepalanya.
“ Amira…ingat lagi tak?”. Amira mengajak Sara duduk di kerusi. Sara hanya menurut. Amira memerhatikan Sara dari atas sampai bawah. Sara melemparkan senyuman.
“ Tahniah…”. Ujar Amira sambil memandang ke arah perut Sara. Sara tersenyum lagi, namun senyumannya kelat.
“ Awak…”. Kata-kata Sara terhenti.
“ Jangan risau…saya tak de niat nak ganggu rumah tangga awak…saya pun dah ada hidup saya sendiri…”. Ujar Amira kemudian tersenyum ikhlas.

“ Mana Ariff? Awak ambil angin sorang je ke kat tasik ni?”. Tanya Amira. Sara menundukkan wajahnya, kemudian mendongak dan bersuara.
“ Ariff kemalangan…dia koma, dekat wad ICU sekarang”. Sara mengalihkan pandangannya. Amira agak terkejut, namun dia berlagak tenang.
“ Awak tak bersama dia?”. Tanya Amira perlahan.
“ Saya baru balik dari sana tadi…dah dua minggu dia terlantar tak sedarkan diri…”. Balas Sara perlahan.
“ Saya tumpang simpati pada awak…awak bersabarlah ye…saya doakan semoga dia cepat sedar dan sembuh”. Sara hanya menganggukkan kepalanya. Amira mengusap perlahan bahu Sara.

“ Saya faham perasaan awak…tapi awak jangan terlalu ikutkan perasaan…kesihatan awak juga perlu dijaga”. Ujar Amira lagi.
“ Saya tahu…tapi, entahlah”. Sara bersandar di kerusi. Perutnya diusap perlahan.
“ Bersabar ye…”. Sara merenung wajah wanita disebelahnya.
“ Dulu awak berpisah dengan Ariff sebab apa?”. Sara sengaja bertanya kerana ingin mengetahuinya. Amira terpempan dengan pertanyaan Sara. Lama dia terdiam. Sara hanya membiarkan. Namun apabila masing-masing membisu dalam waktu yang lama, akhirnya Sara bersuara.

“ Tak pe lah…saya tak paksa, itu hak awak…saya balik dulu”. Ujar Sara sambil memegang pinggangnya dan ingin bangkit dari kerusi, namun cepat dihalang oleh Amira.
“ Nanti dulu”. Sara tidak jadi bangkit.
“ Saya yang salah dulu…saya tinggalkan dia demi orang lain”. Amira berterus-terang.
“ Maksud awak Adam?”. Amira menganggukkan kepalanya.
“ Mungkin silap saya dulu…tapi memang kami tak de jodoh…dah terbukti kan jodoh dia bersama awak…saya bukan nak membela diri…tapi saya tak mampu nak menolak perasaan saya terhadap Adam”. Ujar Amira panjang lebar.

“ Awak bahagia bersama Adam?”. Tanya Sara sambil merenung wajah Amira.
“ Ya…awak pun bahagia kan? Awak tahu tak Ariff tu susah nak jatuh cinta…kalau dia dah sayangkan seseorang, dia akan sanggup buat apa sahaja demi orang tu…awak bertuah memiliki dia”. Ujar Amira sambil menyentuh tangan Sara.
“ Dan dia juga sukar nak lupa orang yang pernah dia sayangkan?”. Sara memulangkan soalan kepada Amira. Amira melepaskan tangannya tadi.
“ Sara…saya pasti dia cintakan awak sepenuh hati…saya pernah nampak awak dan dia sebulan lepas…dia nampak bahagia bersama awak…saya hanya salah satu kisah silam dia…awak adalah kisah dia waktu ini dan masa depan…jangan curigai dia…”.

“ Maafkan saya…”. Sara menggenggam erat tangan Amira. Amira melemparkan senyuman kepada wanita disebelahnya.
“ Tak pe…saya faham perasaan awak, kalau saya berada di tempat awak pun pasti saya berfikiran macam awak jugak…”. Ujar Amira sambil menepuk perlahan tangan Sara. Sara melemparkan senyuman.
“ Terima kasih Amira…”. Ujar Sara pula. Amira tersenyum ikhlas. Kemudian Sara meminta diri. Amira berjanji nanti dia dan Adam akan melawat Ariff di hospital. Sara hanya mengangguk. Mereka berdua berlalu menuju haluan masing-masing.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

“ Sara”. Shakir menegur Sara yang duduk di kerusi bertempat di café hospital. Sara mengalihkan pandangannya kepada empunya suara dan tersenyum.
“ Baru lepas lawat Ariff ke?”. Sara sekadar berbasa-basi.
“ A’a”. Shakir membalas pendek, kemudian duduk berhadapan Sara.
“ Awak ok?”. Sara menganggukkan kepalanya. Shakir merenung wajah wanita dihadapannya. Sara melemparkan senyuman.

“ Kenapa?”.
“ Tak de apa-apa”. Sara tersenyum mendengar jawapan Shakir.
“ Ariff bertuah memiliki awak sebagai isteri…”. Ujar Shakir sambil meneguk air yang dibawa bersama ketika mahu duduk bersama Sara tadi. Sara tergelak.
“ Saya yang bertuah memiliki dia…”. Balas Sara setelah tawanya reda.
“ Awak tak pernah menyesal berkahwin dengan Ariff?”. Sara memandang tajam ke arah Shakir.
“ Jangan salah faham…saya sekadar bertanya”. Ujar Shakir apabila merasakan pandangan Sara agak lain.
“ Tak…saya bersyukur dianugerahkan suami macam dia…”. Ujar Sara lagi. Shakir melemparkan senyuman.

“ Saya pun pasti dia akan bahagiakan awak…dan apa yang saya sangat pasti dia tak kan sia-siakan hidup awak”. Ujar Shakir sambil tersenyum ikhlas. Sara menundukkan wajahnya.
“ Saya tak pernah terfikir akan berkahwin dengan dia...bila saya sudah melaluinya…saya dapat rasakan inilah kebahagiaan yang saya cari selama ni…tapi kebahagiaan itu Cuma sebentar…”. Ujar Sara perlahan.
“ Awak tahu tak, ni semua dugaan untuk awak…awak perlu bersyukur Ariff masih diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup…yang penting awak kena yakin satu hari nanti Ariff akan sedar…kita doalah sama-sama, insyaallah….”. Sara tersenyum kelat.
“ Awak dan Ariff punyai persamaan…pandai berkata-kata dan memberi nasihat”.

“ Ye ke?”. Ujar Shakir sambil tersenyum. Sara menganggukkan kepalanya dan membalas senyuman itu.
“ Cantik awak senyum…kalau awak selalu macam ni kan bagus…tentu Ariff senang, lagi pun awak tak boleh terlalu tertekan dalam keadaan awak sekarang…”. Sara tersenyum lagi.
“ Awak ni kelakar jugak…”.
“ Tak lah…saya simpati pada awak, selalu bermurung…saya faham perasaan awak…awak jangan terlalu ikutkan perasaan…tapi awak jangan salah sangka pulak tau, saya tak de niat nak mengorat awak”. Ujar Shakir lagi. Sara tergelak sambil memegang perutnya.
“ Eh awak…jangan lah keterlaluan…”. Ujar Shakir risau. Sara menghentikan tawanya apabila perutnya terasa senak kerana banyak ketawa.
“ Jangan risau lah…saya ok…saya pun tak terfikir awak nak mengorat saya yang dah macam ni…apa lah awak ni…”. Balas Sara sambil mengusap perutnya. Shakir melemparkan senyuman.

“ Tapi awak tetap cantik tau…” Shakir ikhlas memuji.
“ Dah lah…Ariff pun tak pernah puji saya macam tu…”.
“ Yeke? Ariff tu memang kurang gemar memuji…dia hanya tunjukkan dengan kasih sayang dia…tapi saya pasti dalam hati dia awaklah wanita tercantik…”.
“ Awak ni…dah lah…tak habis-habis..nanti kalau orang nampak kita bergelak ketawa macam ni, ada orang salah sangka pulak…suami dekat atas terlantar sakit…isteri sedap bergelak ketawa kat bawah…saya tak suka jadi bualan orang…”. Ujar Sara serius.
“ Baik puan…”.Shakir sekadar mengusik. Sara tersenyum lagi, kemudian bangkit ingin naik ke atas. Shakir pula meminta diri untuk pulang.

1 comment:

  1. aduh.. kesiannya sara dan ariff...
    sob.. sob.. sob.. sedey sesangat!! berlinangan airmataku ini...
    jgn lah bagi ariff meninggal.. kesian kat sara...

    ReplyDelete