Pages

Thursday, February 17, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 28

“ Nak pergi hospital Sara?”. Tegur mama. Sejak Ariff berada di hospital, Sara tinggal di rumah papa dan mama atas permintaan mereka berdua. Ibu dan ayah juga bersetuju memandangkan keadaan Sara sekarang.
“ A’a ma…”. Balas Sara perlahan. Kini Ariff sudah dipindahkan ke wad biasa. Keadaannya sudah kembali normal, namun masih belum sedarkan diri.
“ Kamu berehat jelah di rumah Sara…kamu dah sarat tu…mama tengok kamu macam letih sangat…nanti papa balik dari pejabat, kami pergi hospital”. Sara melabuhkan punggungnya di sebelah mama.

“ Tak pelah ma…Sara ok…jangan risau”. Sengaja Sara berkata demikian untuk menyedapkan hati ibu mertuanya, sedangkan tubuhnya memang terasa letih yang teramat. Kini kandungannya hampir masuk lapan bulan. Tidak terlarat rasanya, namun digagahkan juga demi suaminya.
“ Sara…mama risau tengok Sara macam ni…Sara tak boleh paksa diri Sara tau saat-saat macam ni…kalau Ariff tahu, mesti Ariff tak nak Sara terus macam ni…”. Mama memujuk perlahan.

“ Ma…Sara rasa tak senang hati kalau tak dapat tengok abang sehari…mama faham kan perasaan Sara…”. Ujar Sara sambil merenung mata ibu mertuanya.
“ Mama faham…tapi Sara sedang menyeksa diri Sara tahu tak dalam keadaan Sara sekarang…mama tengok Sara pun selalu tak sihat…Sara tak boleh macam ni nak…Sara kena fikir jugak pasal diri Sara, anak Sara ni…kesian la sikit pada diri Sara…”. Mama memujuk lagi.
“ Ma…Sara tahu jaga diri Sara…tapi Sara tak boleh ma biarkan abang sorang-sorang dekat hospital…Sara rasa sunyi tanpa dia…dia suami Sara ma, tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya”. Sara tetap berkeras.

“ Sara…mama tak boleh nak cakap apa dah…tapi Sara tunggulah papa balik kejap lagi, kita pergi sama-sama…mama tak nak Sara memandu waktu macam ni”. Sara terpaksa mengangguk. Tidak lama selepas itu, papa pun pulang. Selepas papa menunaikan solat asar dan menukar baju, mereka bertiga menuju ke hospital.
“ Abang…Sara datang…mama dan papa pun ada”. Hari-hari begitulah, pasti Sara akan menegur Ariff sedemikian walaupun Ariff tidak akan pernah menjawab. Sara menggenggam erat tangan suaminya. Dia menciumnya perlahan. Mama dan papa hanya menjadi pemerhati. Sara memang selalu begitu.

“ Abang…abang tahu tak Sara rindu sangat dekat abang…bila abang nak sedar? Lama dah Sara tunggu…abang tak sayangkan Sara ke? Sampai hati abang…anak kita dah nak lahir tak lama lagi…tak kan abang tak nak temankan Sara…Sara takut..”. Sara meletakkan kepalanya di dada Ariff. Mama dan papa hanya memerhati.
“ Bangunlah bang…abang janji kan nak temankan Sara…sampai bila abang nak terus macam ni”. Sara sudah mula teresak. Mama menghampiri menantunya.
“ Sara…sabar sayang”. Sara tidak mengendahkan ibu mertuanya. Dia masih teresak seperti tadi, malah makin menjadi-jadi.

“ Abang memang tak sayangkan Sara kan…sebab tu abang terus macam ni…Sara dah tak larat nak tanggung semua ni…Sara penat tahu tak…penat”. Sara terus mengongoi sendirian. Mama terus memujuk. Papa menghampiri mama dan Sara apabila keadaan Sara sudah tidak terkawal. Sara memukul-mukul tangan dan tubuh suaminya. Mama memeluk Sara.
“ Sara jangan macam ni nak…”. Sara meronta-ronta.
“ Sara….sabar nak…sabar”. Sara lebih kuat meronta, namun akhirnya dia terkulai dalam pelukan mama.
“ Sara…”. Mama memanggil nama menantunya apabila dilihatnya Sara tidak sedarkan diri.
“ Abang…Sara pengsan ni”. Mama memberitahu papa. Papa segera membantu mama memapah Sara ke sofa di sudut kiri bilik. Kemudian papa terus bergegas memanggil doctor. Sara diberi rawatan oleh doctor.

“ Menantu saya taka pa-apa kan doctor?”. Tanya papa risau.
“ Dia Cuma tertekan…dia perlukan rehat..kalau boleh cuba nasihatkan dia mengawal emosinya…dia terlalu memendam perasaan…”. Ujar doctor serius. Papa mengangguk perlahan.
“ Terima kasih doctor”. Doktor ingin berlalu pergi, namun tiba-tiba Puan Jamilah muncul.
“ Abang…Ariff!!”. Encik Hamdan dan dan doctor bergegas ke bilik yang menempatkan Ariff. Mama juga mengekori mereka.
“ Alhamdulillah…pesakit dah sedar”. Ujar doctor sambil melemparkan senyuman selepas memeriksa keadaan Ariff. Mama dan papa mengucap kesyukuran ke hadrat Ilahi.

“ Sara bang…”. Ujar mama.
“ Biarkan dia berehat…nanti bila dia dah sedar baru kita bagi tahu dia”. Mama hanya menganggukkan kepalanya. Papa dan mama menghampiri Ariff. Ariff masih lagi lemah, namun dia dapat berbicara dengan papa dan mama.
“ Sara…”. Ariff memanggil nama isterinya perlahan apabila tidak melihat kelibatnya. Mama dan papa menceritakan keadaan sebenar. Ariff berkeras mahu ke bilik Sara ditempatkan walau dirinya masih lemah. Sara masih tidak sedar. Ariff menggenggam erat tangan isterinya. Sebelah tangannya lagi mengusap perlahan perut Sara. Sara membuka matanya perlahan.

“ Abang!!”.
“ Ye sayang…”. Ariff membantu Sara bangkit dari pembaringan walaupun tubuhnya masih lemah.
“ Abang dah sedar…”. Ariff menganggukkan kepalanya. Sara menangis kemudian memeluk erat suaminya. Ariff membalas erat juga pelukan Sara.
“ Sara rindukan abang…”. Ujar Sara dalam tangisan.
“ Abang pun rindukan Sara…”. Mama dan papa memerhatikan dari jauh.
“ Maafkan abang…abang dah buat Sara menderita…”. Sara menggeleng perlahan.
“ Tak…jangan cakap macam tu…Sara sayangkan abang…Sara takut…Sara tak nak kehilangan abang”.

“ Abang pun sayang sangat kat Sara…abang nak bersama-sama Sara seumur hidup abang”. Sara mengeratkan lagi pelukannya.
“ Abang janji lepas ni abang akan selalu temankan Sara…kita akan jaga anak kita sama-sama”. Ujar Ariff lagi sambil mengusap perlahan perut isterinya. Kemudian dia mengucup dahi Sara. Air mata yang mengalir di pipi isterinya dikesat perlahan dengan tangannya. Sara tersenyum bahagia. Dia melemparkan pandangan kepada kedua-dua mertuanya. Mama dan papa tersenyum gembira.

4 comments:

  1. yeah!! sip baik ariff x hilang ingatan.. susah dowh kalau ariff hilang ingatan... tambah teruklah kesihatan sara..

    ReplyDelete
  2. erk..dah abis ke??cam dah abis je

    ReplyDelete
  3. tul...ul...nasib baikarff tak hilang ingatan...
    harap2 diaorang bahagia la lpas ni huhuhuhu...
    nak lagi..
    :)

    ReplyDelete
  4. thnks 4 all comment u all..lum hbs lg..new n3 coming soon..:)

    ReplyDelete