Pages

Saturday, February 5, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 23

“ Riff…”. Ariff menoleh kepada gerangan yang memanggil. Shakir melemparkan senyuman. Ariff berlagak serius. Shakir menarik kerusi dihadapan temannya dan melabuhkan punggungnya di situ.
“ Kenapa?”. Shakir bertanya sambil kepalanya turut sama beraksi. Ariff megeluh perlahan.
“ Entahlah Kir…aku bingung fikir”. Ariff merenung temannya.
“ Maksud kau? Kau gaduh dengan Sara ke?”. Ariff menggelengkan kepalanya.
“ Habis tu?”. Shakir bertanya lagi.
“ Dia dah lain…macam ada yang tak kena…aku tak faham kenapa…”. Akhirnya Ariff meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya. Shakir menegakkan tubuhnya.
“ Dia dingin dengan aku Kir…dia macam tak nak aku sayang dan bagi perhatian pada dia…sedangkan aku betul-betul sayangkan dia…aku rasa dia memang tak sayangkan aku”. Ujar Ariff lagi.

“ Kau ni merepeklah…aku tahu dia memang sayangkan kau…kau je fikir bukan-bukan, orang mengandung memang macam tu lah…tak tentu angin dia…”. Balas Shakir.
“ Tak…masalahnya angin dia setiap masa kau tahu tak, dia tak marah, tapi dia macam nak menjauhkan diri dari aku je…tak banyak cakap…asyik mengelakkan diri bila aku dekat…pendek kata semua yang aku buat tak kena pada dia…kadang-kadang aku rasa macam aku ni tak de erti pada dia…entahlah…”. Ujar Ariff lagi sambil memicit kepalanya. Shakir merenung tajam temannya.
“ Mungkin dia nak tunjuk protes kat kau agaknya…dulu kan kau dingin dengan dia…tak layan dia…mungkin dia nak kau rasa, apa yang dia rasa…”. Teka Shakir.
“ Entahlah Kir…aku tak tahu nak buat apa lagi…aku menyesal layan dia macam tu dulu, tapi sekarang aku dah sedar…masalahnya bila aku minta maaf…cuba jelaskan hal sebenar, dia macam tak nak bagi aku peluang…habis tu, apa lagi yang aku boleh buat…pening kepala aku fikir…perempuan ni memang susah nak faham ye…sukar diramal…”. Shakir tergelak mendengar kata-kata temannya. Ariff masih berwajah serius.

“ Kenapa kau gelak pulak? Aku serius tau…” Ujar Ariff tegas. Tawa Shakir terhenti.
“ Aku tahu…Cuma bila kau cakap perempuan susah nak faham dan sukar diramal, aku rasa kelakar pulak dengar dari mulut kau…kau dah bosan ke layan karenah dia?”. Tanya Shakir serius. Cepat Ariff menggeleng.
“ Aku langsung tak pernah bosan atau serik…Cuma aku rindukan dia yang dulu…yang sentiasa ambil berat, manja dan mesra dengan aku…sekarang dia dah lain…”.
“ Kau yang buat dia berubah tahu tak? Mungkin dia perlukan masa…kau bagi lah dia ruang…lagi pun sekarang dia tengah mengandung kan…jangan desak dia…”. Ujar Shakir kemudian bersandar di kerusinya.
“ Aku tahu…tapi masa-masa macam ni lah…dia patutnya lebih perlukan aku…yang aku tengok tak…dia macam tak kisah je, aku ada ke tak de ke…sama je…”. Ariff menundukkan kepalanya.

“ Kau ni…apa pulak fikir macam tu…cuba kau Tanya dia perlahan-lahan, mungkin dia ada tersalah faham ke tentang kau?”. Ujar Shakir serius. Ariff merenung temannya.
“ Salah faham? Maksud kau?”. Tanya Ariff hairan.
“ Aku pun tak tahu…yang tu kau kena Tanya Sara lah…dah lah Riff, kau jangan fikir bukan-bukan…hal ni kau kena bincang elok-elok…”. Ujar Shakir pula sambil tersenyum. Ariff mengeluh lagi.
“ Dah-dah…jom pergi makan…nanti balik rumah kau bincang elok-elok ok…”. Akhirnya Ariff menuruti langkah temannya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

" Jom, kita keluar nak?". Ujar Ariff lembut.
" Sara penatlah". Balas Sara pendek.
" Sara tak sudi keluar dengan abang lagi ke?". Ariff merenung wajah isterinya, walau pada waktu itu Sara leka membelek majalah.
" Kan Sara kata, Sara penat.". Balas Sara lagi.
" Sara marah pada abang ya?".
" Tak…".
" Habis tu?".
" Tak ada apa lah..Cuma Sara penat…". Sara meletakkan majalah di sisi. Direnung suaminya sebentar.
" Sara jangan buat abang macam ni, kalau Sara nak marah atau lepaskan apa-apa, abang sedia dengar dan terima". Pujuk Ariff lembut.

" Sara nak masak". Balas Sara sambil bangkit perlahan. Ariff segera ingin membantu, namun Sara menghalang.
" Sara ok". Ujar Sara tegas. Ariff menggenggam tangan isterinya.
" Sara…tolonglah jangan macam ni…abang tahu Sara marahkan abang, tapi jangan layan abang macam ni ya sayang?". Sara meleraikan genggaman tangan suaminya perlahan. Ariff hanya membiarkan. Sara mengambil tempat duduknya kembali. Ariff juga melakukan perkara yang sama.
" Maafkan Sara…Sara tak niat nak lakukan semua tu…". Ujar Sara perlahan.
" Ok, tak apa lah…hari ni Sara tak perlu masak…kita makan luar je ya?". Ariff masih cuba mengambil hati isterinya.
" Sara boleh masak". Sara masih berkeras.
" Kenapa Sara ni degil?". Ariff seakan hilang sabar, namun nada suaranya masih ditahan. Dia tidak mahu meninggikan suara kepada isterinya.

" Sebab Sara suka macam ni". Sara bangkit perlahan. Dia menuju ke dapur. Ariff kelu di situ. Akhirnya dia bersandar di sofa. Dia mengeluh perlahan. Sedang Sara di dapur teresak kecil. Ariff tidak menyedari pada mulanya.
" Abang tolong Sara ya". Ujar Ariff sewaktu masuk ke dapur. Sara segera mengesat air matanya. Ariff menghampiri isterinya.
" Sayang…".
" Kita makan luar lah". Sara segera beredar. Ariff mengeluh lagi.
" Ok..". Ariff membalas sendiri. Sedangkan waktu itu Sara sudah menapak ke bilik. Ariff menggeleng perlahan, kemudian dia mengambil tempat di ruang tamu. Ariff memicit kepalanya perlahan. Tidak lama selepas itu, Sara muncul. Ariff hanya melemparkan senyuman. Sara membalasnya, namun dalam hati mereka mempunyai makna tersirat yang berbeza.

3 comments:

  1. lah napa pendek je n3 nie...tak puas, nak lg....!!!!! sara jgnlah mrajuk lama2 ye...!!!!!

    ReplyDelete
  2. padan muka ariff...kalau saya sara...mcm tu jgk saya buat..

    ReplyDelete
  3. tp xbaik la wat camtu.
    nnti ariff salah faham yg sarah still kisah pd kisah lama dia. ariff xpernah tau perasaan sebenar sara terhadap dia. Sara tau ariff sayang dia cuma sbb ke khilafan ariff sekejap. sara dah istimate lain. keadaan yg ariff alami tu sm cam keadaan sara masa awl kahwin dl. sepatut sara lebih faham perasaan tu. dont blame one side. ariff pun jgn suka dok pendam perasaan tgk apa jd. skrg mmg slow talk sgt penting supaya smua terungkai. rasanya klu xleh ariff leh refer ayah mertua dia. sebab sara sgt hormati ayah dia. mgkin dr situ dia sedar semula.

    ReplyDelete