Pages

Friday, February 4, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 22

Kini kandungan Sara sudah berusia lima bulan. Namun dia masih bersikap dingin dengan Ariff. Baginya Ariff hanya melayannya dengan baik kerana bayinya sahaja. Ariff pula sudah buntu unutk memikirkan cara terbaik memujuk Sara. Sara langsung tidak memberinya peluang untuk dia memberi sepenuh kasih sayangnya terhadap isterinya itu. Sara tidak berkasar dengan Ariff, namun layanannya dingin. Ariff tidak mahu menambah kusut di hati dan fikiran Sara dengan bertanyakan hal itu. Ariff tahu Sara mungkin marah dengannya. Sara kini bukan lagi wanita yang selalu menangis, dia kini lebih tegas dan tabah.

“ Sara…biar abang buat…”. Ariff menegur apabila melihat Sara memegang pinggangnya sewaktu mencuci pinggan.
“ Tak pe…Sara boleh buat”. Ujar Sara tegas dan menyambung kembali kerjanya. Memang pinggangnya terasa sengal kerana dari tadi dia berdiri. Tetapi dia tidak perlukan simpati Ariff. Dia tidak ingin Ariff memanjakannya demi bayi yang dikandungnya. Ariff membiarkan. Walaupun Sara kini berbadan dua, dia masih ligat seperti dahulu, Cuma pergerakannya sedikit terbatas kerana perutnya sudah sedikit membesar. Hari minggu begini, mereka hanya menghabiskan masa di rumah. Bukan Ariff tidak mengajak Sara keluar bersiar-siar, namun Sara enggan. Alasannya penat. Sedangkan Ariff tahu, Sara sengaja tidak mahu.

“ Kenapa Sara?”. Ariff segera menghampiri isterinya apabila Sara menyeringai kesakitan sambil memegang perutnya. Sara hanya menggelengkan kepalanya. Ariff membantu Sara duduk. Tadi Sara berdegil mahu mengalihkan pasu bunga di laman rumah mereka itu sendiri. Pasu itu tidaklah berat sangat, namun memandangkan keadaan Sara sekarang, kerja mengangkat dan meletakkan pasu bunga itu agak sukar dilakukannya apabila terpaksa bangun dan duduk berulang kali untuk mengalihkan pasu bunga itu. Ariff sudah berulang kali menghalang, tapi Sara tetap berkeras.

“ Abang dah kata tadi kan…Sara degil…”. Ujar Ariff lembut sambil mengelus perut isterinya perlahan. Sara hanya memandang sepi, tidak lama kemudian dia bersuara.
“ Sara tak apa-apa lah…”. Ujar Sara sambil menolak perlahan tangan suaminya. Ariff terasa dengan tindakan Sara, namun dia tidak mahu terlalu mengikut emosinya sekarang. Orang kata, wanita mengandung memang macam ni, agak beremosi. Tidak tentu anginnya. Sara cuba unutk bangun dengan susah payah. Perutnya tadi masih terasa senak.

“ Sara nak pergi mana?”. Ariff bertanya lembut.
“ Nak minum air…Sara dahaga..abang nak ke?”. Tanya Sara sambil merenung suaminya. Dia sebenarnya kesian melihat Ariff. Ariff terlalu baik. Ariff sudah berubah, dia kini lebih mengambil berat dan memberi perhatian terhadapnya. Namun, entah mengapa Sara merasakan Ariff berubah hanya kerana bayi yang dikandungnya sahaja. Selepas ini, pasti Ariff akan kembali seperti dahulu. Sara takut dia akan terbuai merasai kasih sayang Ariff, sedangkan nanti dia juga yang akan terluka. Dia tidak dapat menduga sikap Ariff. Dia juga tidak dapat membaca hati dan fikiran Ariff.

“ Tak pe…biar abang yang ambil….Sara tunggu sini”.
“ Tak…Sara boleh ambil sendiri…”. Sara tetap berkeras. Dia ingin bangkit, tetapi tubuhnya menghalang. Perutnya seperti mencucuk-cucuk.
“ Auhh…”. Sara mengaduh perlahan sambil memegang perutnya. Ariff merapatkan lagi dirinya dengan Sara.
“ Sara ok? Kalau tak kita pergi hospital”. Ujar Ariff cemas. Sara menggeleng lagi, tangannya masih diperut. Ariff menggenggam erat tangan Sara yang sebelah lagi. Sara memejamkan matanya. Dahinya berkerut menahan sakit. Tidak lama kemudian dia membuka matanya semula. Rasa sakit itu hilang sedikit demi sedikit.

“ Sara ok…tak pe”. Ujar Sara kemudian melemparkan senyuman. Ariff masih berwajah cemas seperti tadi.
“ Sara….”. Ariff menegur perlahan sambil merenung mata isterinya. Tangannya tadi masih erat menggenggam tangan Sara.
“ Tak lah…abang jangan risau ok…memang biasa macam ni…mungkin sebab pasu tu berat tadi…”. Ujar Sara sambil tangan yang ditekap diperutnya tadi di letakkan di atas tangan Ariff yang menggengam erat tangannya.
“ Sara pasti?”. Ariff bertanya lagi. Sara menganggukkan kepalanya dan mengalihkan tangan yang di atas tadi.
“ Tu lah, abang dah kata tadi…Sara degil, lain kali dengar cakap abang…”. Ujar Ariff risau. Sara melemparkan senyuman. Sungguh saat ini dia ingin sekali dipeluk suaminya. Namun akalnya menghalang. Sudah lama dia tidak merasa dakapan hangat tubuh suaminya. Bukan Ariff yang tidak pernah mahu melakukannya, tetapi dia yang selalu mengelak apabila Ariff ingin dekat.

“ Apa senyum-senyum? Abang serius tau…kalau apa-apa jadi pada Sara macam mana”. Ujar Ariff perlahan tapi serius. Senyuman Sara sudah tiada. Kini dia terasa dengan kata-kata suaminya. Ariff risau bukan kerana dirinya, tetapi bayi yang dikandungnya. Sara menarik perlahan tangannya yang digenggam Ariff tadi. Ariff memandang wajah isterinya kemudian menarik kembali tangan Sara tadi. Dia menarik kerusi dan mendekatkan dengan kerusi yang Sara duduk. Ariff duduk sambil menggenggam erat tangan isterinya. Sara hanya tunduk memandang lantai.
“ Sara…abang sayangkan Sara…abang tak nak kehilangan Sara dalam hidup abang…abang minta maaf sebab sebelum ni abang dah abaikan perasaan dan tanggungjawab abang pada Sara…maafkan abang ye”. Sara hanya memandang sepi.

“ Tak lah…jangan cakap macam tu, abang tak salah…tadi abang kata nak ambilkan Sara air kan…Sara dahaga sangat ni”. Ujar Sara lembut. Dia sengaja tidak mahu membincangkan perkara itu. Ariff merenung wajah isterinya sebentar, kemudian dia bangkit masuk ke dalam untuk mengambil air. Ada genangan air mata di tubir mata Sara, menitis juga air mata itu, namun cepat disekanya. Dia tidak mahu melayan perasaan saat ini. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri, dia akan kuat dan tabah. Tidak lama kemudian Ariff datang dengan membawa dua gelas air sarsi sejuk di tangan. Mereka masing-masing melayan perasaan sendiri. Ariff tidak lagi membangkitkan hal itu. Namun dalam dirinya sendiri dia berjanji dia akan berusaha membahagiakan Sara.

2 comments:

  1. Degil jugak ekk sara..
    Mcm mana arif, rasanya d'layan sara dingin;)
    tapi jgn lama2, cian arif, sara mengertilah..he;)

    ReplyDelete
  2. ariff pujuk lah sara, tunjukan kasih sayang sbenarnya....jgn ambil ringan hal ini tau...nanti sapa yg susah...bagus juga sekali sekala sara degil tp jgnlah berlebihan...rugi diri sendiri...!!!!

    ReplyDelete