Pages

Tuesday, February 8, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 25

“ Sara, janganlah degil”. Ujar Ariff tegas. Sara tidak mengendahkan.
“ Sara, dahla…jom ye”. Ariff cuba bersuara lembut, juga menarik lembut tangan isterinya.
“ Ala…nantilah bang…Sara nak tengok cerita ni…”. Sara menarik tangan suaminya supaya duduk kembali. Ariff memandang isterinya. Sara masih tidak mahu berganjak.
“ Sara…dah malam ni…dekat pukul 1 ni…jomlah”. Ariff masih mahu memujuk. Dia bukan mahu menghalang, namun dia risaukan keadaan isterinya. Hari sudah jauh malam, namun Sara masih tidak mahu berehat dan tidur. Matanya sudah terlalu mengantuk, namun dia tidak betah meninggalkan isterinya di bawah keseorangan.
“ Sara…”. Ariff cuba menarik perhatian isterinya sambil mengelus lembut tangan Sara. Sara memandang sebentar, namun setelah itu kembali menghalakan pandangannya ke televisyen. Ariff hampir hilang sabar, namun dia tidak mahu berkasar. Sungguh dia amat menyayangi isterinya.

“ Sara…abang dah ngantuk ni…jomla”. Ariff memeluk bahu isterinya.
“ Ala…Sara nak tengok cerita ni…abang pergilah tidur dulu…nanti Sara naik ye”. Sara masih tidak mahu berganjak.
“ Kenapa Sara ni degil sangat hah?”. Ariff sudah hilang sabar, matanya terlalu mengantuk dan badannya terasa letih yang teramat. Siang tadi masanya dihabiskan dengan menyiapkan kerja yang terbengkalai. Sara merenung suaminya. Dia tidak akan menyangka Ariff akan meninggikan suara kepadanya. Ariff tersedar dia telah meninggikan suaranya. Buktinya Sara memandangnya dengan air mata yang bergenang. Sara bangkit perlahan dan berlalu ke atas. Sungguh dia tersinggung dengan teguran suaminya tadi. Dia hanya mahu menonton rancangan televisyen itu, namun kerana dia masih berdegil tidak mahu menerima nasihat Ariff supaya tidur, dia ditengking sebegitu. Walau tidak sekasar mana, namun hatinya terguris.

“ Sara…”. Ariff memanggil lembut apabila dilihatnya Sara hanya berlalu pergi. Sara tidak menghiraukan panggilan suaminya. Ariff menggeleng perlahan. Sungguh dia tidak pernah terniat mahu mengguris hati isteri yang disayanginya itu, namun dia sudah terlepas. Dia terlalu penat. Suis televisyen ditutup. Lampu juga ditutup. Dia mengeluh perlahan. Pasti Sara merajuk hati. Ariff menapak perlahan menaiki tangga.
“ Sara…”. Ariff memanggil nama isterinya perlahan apabila memasuki bilik tidurnya. Di lihat sekeliling, Sara tiada di mana-mana. Hatinya digugat bimbang. Namun, pintu ruang balkoninya terbuka, Ariff segera menuju ke sana. Kelihatan Sara duduk di kerusi sambil mengesat air matanya. ‘ Aduhai…memang sensitif ‘. Getus Ariff dalam hati.

“ Sara…maafkan abang ok? Abang tak sengaja”. Sara membelakangkan suaminya. Sungguh dia merajuk hati waktu itu. Di biarkan suaminya berkata sendirian.
“ Sara…sejuk dekat luar ni, kita masuk ye…”. Ariff memujuk perlahan sambil memegang bahu isterinya. Sara menolak perlahan, kemudian bangkit dari kerusinya. Ariff ingin membantu namun dihalang oleh Sara. Ariff mengeluh lagi. ‘ Aduhai…kalau dah merajuk, memang susah nak pujuk ‘. Getus Ariff lagi. Sara menapak perlahan dan terus menuju ke katil lalu merebahkan tubuhnya ke katil dengan berhati-hati. Ariff hanya memerhati, kemudian ditutup pintu balkoni biliknya serta berjalan menuju ke arah katil.

“ Sara, janganlah macam ni…abang tak berniat nak tinggikan suara pada Sara macam tu tadi, tapi abang letih sangat hari ni…esok kita kan nak kerja…lagi pun tak elok Sara tidur lewat sangat…abang risaukan Sara…sebab tu abang ajak Sara tidur…Sara kena faham abang sayangkan Sara lebih daripada nyawa abang sendiri”. Ujar Ariff lembut. Sara mengesat air matanya.
“ Kalau abang sayangkan Sara, kenapa abang tengking Sara tadi?”. Sara merenung suaminya.
“ Kan abang dah kata tadi, abang tak sengaja…abang letih sangat hari ni…banyak kerja dekat pejabat, pagi-pagi esok ada mesyuarat…abang letih Sara…abang ngantuk sangat…tapi dalam masa yang sama abang tak nak tinggalkan Sara sendirian kat bawah…Sara faham kan maksud abang?”. Ariff mengelus lembut tangan isterinya. Sara hanya tertunduk.

“ Ok lah..memang salah abang tadi, tak sepatutnya abang tinggikan suara…abang minta maaf ok…tapi abang nak Sara tahu abang pun manusia biasa juga…ada kekurangan…”. Kata-kata Ariff tidak sempat habis apabila Sara dengan tiba-tiba memeluknya erat.
“ Maafkan Sara…Sara ingat abang dah tak sayangkan Sara lagi…Sara sayangkan abang…Sara tak nak kehilangan abang…maafkan Sara, Sara terlalu ikutkan perasaan”.
“ Sshhh…mana boleh abang tak sayangkan Sara pulak…bukan senang abang nak pikat balik hati isteri abang ni masa dia merajuk dulu…tak kan abang nak sia-siakan usaha abang…Sara ni yang sensitif sangat agaknya…”. Ariff meleraikan pelukan dan merenung isterinya manja.

“ Abang bosan ke dengan perangai Sara?”. Sara melawan renungan suaminya.
“ Sara…dah mula lah tu…jangan nak merepek ok”. Ariff menepuk perlahan bantal isterinya.
“ Dah..baringlah…jom tidur..abang tutup lampu kejap”. Ariff ingin bangkit namun terhalang apabila Sara memegang tangannya kemudian mengucupnya perlahan.
“ Sara minta maaf…Sara sayangkan abang”. Ariff mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“ Abang sayangkan Sara lebih daripada tu…dah ye…tidurlah”. Ariff membantu Sara baring kemudian menyelimutkan isterinya. Setelah itu dia menutup suis lampu dan baring di sisi isterinya.

“ Sara…”. Ariff memanggil perlahan.
“ Mmm…”. Sara mengiring ke arah suaminya.
“ Kalau abang tak de kat sisi Sara satu hari nanti, Sara janji akan jaga diri Sara baik-baik kan?”. Sara terpempan dengan soalan suaminya itu.
“ Apa abang cakap ni…abang nak tinggalkan Sara ke?”. Ariff menyentuh perlahan bibir isterinya.
“ Taklah…jangan fikir bukan-bukan..”. Ariff menjawab lembut.
“ Habis tu? “. Sara memegang tangan suaminya.
“ Abang gurau je lah..dah lah jom tidur”. Ariff membetulkan selimut isterinya.
“ Abang…jangan lah main-main”. Sara menahan tangis.
“ Tak…betul, abang gurau je…dah ye..kita tidur…abang saja je mengusik Sara tadi”.
“ Abang jangan takutkan Sara…Sara tak nak kehilangan abang”.
“ Abang tahu…abang gurau je tadi…dah , jom tidur…abang penat sangat ni…ke Sara nak abang dodoikan Sara?”. Ariff sengaja mengusik isterinya.

“ Mengadalah abang ni…abang janji dengan Sara tak kan cakap macam tu lagi tahu…”.
“ Ok, puan…saya janji”. Ariff mengangkat tangannya seperti orang berikrar. Sara tergelak perlahan.
“ Abang ni kelakar lah…dah la, jom tidur”. Ariff tersenyum sendirian.
“ Ok..sayang…”. Ariff menarik selimut menyelimuti dirinya setelah memastikan Sara sudah memejamkan matanya.

1 comment:

  1. jgn lah jadi apa2 kat ariff...biarlah bahgia milik mereka berdua

    ReplyDelete