Pages

Thursday, February 3, 2011

Rela Derita 1

" Kenapa kau sanggup mengetepikan hidup kau sendiri?". Soal Sakinah tidak puas hati.
" Kerana aku dah janji pada diri aku untuk membahagiakan dia". Balas Zara dengan yakin.
" Dengan mempertaruhkan kehidupan kau?".
" Tak…aku tak rasa macam tu…".Zara membelakangkan temannya.
"Kau bukan perempuan bodoh Ra, kau berpelajaran tinggi..tapi cara kau bertindak tak seperti apa yang kau miliki sekarang…". Sakinah bertutur lembut.
" Kau tak kan faham Kin, aku buat semua ni ada sebabnya". Zara mengalihkan pandangan kepada temannya.

" Sebab yang sampai kau terpaksa melepaskan dia demi kebahagiaan wanita lain?dengan membiarkan dia menjadi milik orang lain sebelum kau memiliki dia?kebodohan apa yang sedang kau cipta ni Ra?".
" Dia berhak Kin, aku hanya tunang dia…sedangkan wanita tu dah lama bertakhta dalam hati dia". Balas Zara lemah.
" Kenapa kau tak lepaskan saja diri kau daripada dia?kenapa pula sampai kau perlu menjadi orang ketiga antara mereka?".
" Aku bukan orang ketiga…ini takdir kami…antara aku dan dia perlu ada wanita tu…".
" Apa sebenarnya yang dah merasuk fikiran kau sehingga kau sanggup terima semua ni Ra?".Soal Sakinah tegas.Sungguh dia benar-benar terkejut dan marah dengan keputusan temannya itu yang sanggup membenarkan tunangnya sendiri menikahi wanita lain .

" Cinta…".
" Bodoh…aku betul-betul tak faham…cinta kau membuat kau lupa diri, kau hanya mencipta derita di kemudian hari Ra…bukan kau tak tahu kehidupan bermadu ni…".
" Kebodohan aku kerana aku menyintai dia…kebodohan aku kerana aku ingin mengecapi bahagia…kebodohan aku kerana membiarkan temanku sendiri berpaling daripada melihat temannya gembira". Zara separuh menjerit.
" Ra…aku sayangkan kau macam darah daging aku sendiri…tak mungkin aku tak nak lihat kau bahagia…". Sakinah cuba memujuk lembut.
" Ah, kau sama saja seperti mereka…tak pernah memahami aku…". Zara bingkas bangkit dan berlalu. Sakinah hanya menggeleng perlahan.
……………………………………………………………………………………………………………..

" Abang dah cakap dengan Mina, dia izinkan kita kahwin". Ujar Irfan lembut. Hakikatnya Zara berkecil hati dengan kata-kata itu. Seolah-olah dia benar-benar pendatang dalam hubungannya dengan Irfan.
" Sayang, kenapa ni?". Irfan bertanya lembut.
" Abang pasti dengan keputusan ni? Mina rela?". Soal Zara perlahan tapi sedikit tegas.
" Sayang ragu-ragu dengan abang?". Zara sekadar menggeleng.
" Zara serba salah…Zara…".
" Apa sayang merepek ni…serba salah pada siapa?".
" Entahlah…". Akhirnya Zara mengeluh.
" Pada Mina?". Irfan merenung wajah di hadapannya. Zara membalas renungan Irfan.
" Ok, maaf…sepatutnya abang menikahi Zara dulu sebelum Mina kan, sebab itu hak Zara".
" Hakikatnya Zara tetap perlu bermadu kan?". Irfan terpempan dengan persoalan wanita di hadapannya.

"Zara…". Tegur Irfan.
" Maaf…". Zara mengalihkan pandangan.
" Sayang nak macam mana lagi? Tak kan sayang nak abang ceraikan Mina kemudian kita kahwin dan Mina menjadi kedua selepas itu…". Ujar Irfan lembut. Dia sedar Zara sudah banyak berkorban untuknya. Zara sudah banyak menderita dan terluka kerananya.
" Abang tak akan faham…". Balas Zara.
" Ok…Zara cakap pada abang, apa yang abang perlu lakukan sekarang supaya hati Zara lega…".
" Zara tak nak apa-apa…apa yang Zara rasa sekarang, abang pergilah pada Mina dulu…Zara penat, penat sangat nak fikir semua ni…Zara nak sendirian". Zara seakan lemah dengan dirinya sendiri. Dia buntu dengan jalan yang dipilih dirinya.
" Marilah abang hantar Zara balik". Irfan serba salah melihat keadaan wanita di hadapannya.
" Abang baiklah dulu…Zara tak boleh selalu harapkan abang".
" Sayang…".
" Tak apa…abang baliklah, mesti Mina risau…Zara boleh balik naik teksi nanti". Putus Zara tegas.
" Abang risau Zara macam ni…abang hantar Zara balik ya, Zara boleh rehat di rumah".
" Realitinya tetap sama…abang pergilah…bagi ruang pada Zara untuk sendiri".
" Tapi sayang, abang…".
" Jangan paksa Zara marah abang, tolong…".

" Baiklah…abang balik dulu…apa-apa call abang, jaga diri". Irfan melangkah perlahan meninggalkan Zara. Sungguh hatinya berbelah bahagi antara dua wanita yang hadir dalam hidupnya. Antara Zara dan Mina, Zara lebih banyak terluka. Namun hatinya juga dimiliki Mina. Meninggalkan Zara bukan sesuatu dalam perancangannya. Dia tidak betah mengetepikan Zara begitu sahaja. Simpatinya pada Zara semakin menebal, sedang dia tahu luka di hati wanita itu semakin bernanah dan berdarah. ' Maafkan abang'.

1 comment:

  1. x suke la citer cam ni..... sian kat zara....lelaki memang cam tu la nak lebih jer....

    ReplyDelete