Pages

Wednesday, February 2, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 20

Waktu Ariff sampai ke rumah petang itu, dia tidak melihat kelibat kereta isterinya, namun sewaktu Ariff mahu melangkah masuk ke rumah, tiba-tiba kereta Sara berada di hadapan pagar rumahnya. Namun Ariff dapat melihat bukan Sara yang memandu. Dua orang wanita keluar dari kereta itu. Ariff menghampiri pagar.
“ Mmm…suami Sara kan?”. Tanya Balqis lembut. Shahira hanya memerhati. Ariff menganggukkan kepalanya. Kemudian dia memerhatikan kereta Sara.
“ Kami tolong hantar kereta Sara…tadi Sara pengsan kat pejabat…”. Ujar Balqis lagi. Ariff merenung wajah wanita di hadapannya itu.

“ Sara …”. Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Ariff. Namun ketara wajahnya bimbang.
“ A’a…Sara pengsan tadi…tapi kami dah bawa dia pergi hospital…dia ada dalam rumah”. Jawab Balqis sambil mengunjukkan ke arah rumah Ariff.
“ Dia…ok ke?”. ARiff bertanya risau. Waktu itu ada sebuah kereta berhenti berhampiran mereka. Shahira terus menuju ke kereta itu, Balqis pula masih tidak bergerak.
“ Mmm….awak..”.
“ Ariff…”. Ariff menjawab pantas apabila Balqis seperti mahu bertanya namanya.
“ Mm, Ariff…awak jagalah Sara baik-baik…dia tertekan sekarang…tak elok untuk bayi dalam kandungan dia…doctor pesan suruh bagi dia makan makanan berkhasiat, kandungannya lemah…mungkin sebab dia tertekan…saya bukan nak masuk campur, tapi saya selalu tengok muka Sara pucat…dia nampak macam ada masalah, kalau awak nak tahu…dia jarang keluar makan tengah hari sejak akhir-akhir ni…saya tak tahu apa masalah dia, tapi saya tahu dia memang agak tertekan”. Ujar Balqis panjang lebar. Ariff mendengar dengan tekun.

“ Maksud awak Sara mengandung?”. Tanya Ariff lagi bagi memastikan hal yang sebenar. Balqis menganggukkan kepalanya.
“ Ya…tapi dia pun baru tahu tadi…dua bulan, nah beg tangan Sara tadi tertinggal kat pejabat…dan ni kunci kereta”. Ujar Balqis sambil menghulurkannya kepada Ariff. Ariff menyambutnya.
“ Terima kasih…awak?”.
“ Saya Balqis…teman sekerja Sara…”. Ariff mengangguk perlahan.
“ Ok lah…saya minta diri dulu…tolong bagi perhatian pada Sara…saya simpati pada dia…”. Ujar Balqis lagi kemudian berlalu. Ariff hanya memerhatikan pemergian kereta yang dinaiki oleh mereka tadi sehingga hilang dari pandangannya. Kemudian dia memandu kereta Sara dan memarkir di laman rumahnya. Lantas selepas mengunci pintu pagar dan kereta, dia segera masuk ke dalam rumah. Dilihatnya Sara sedang tertidur di atas sofa di ruang tamu. Ariff menghampiri Sara dan melutut di hadapan Sara selepas meletakkan beg tangan dan kunci kereta di atas meja. Dia memanggil Sara perlahan. Sara membuka matanya, kemudian dia bangkit dari pembaringan.

“ Abang dah balik?”. Ariff mengangguk perlahan. Kemudian dia duduk bersebelahan Sara.
“ Tadi kawan Sara hantar kereta…dia kata Sara pengsan kat pejabat, kenapa tak telefon abang?”. Ariff bertanya lembut. Sara menggeleng perlahan.
“ Balqis kata Sara….”. Ujar Ariff lagi sambil menghalakan pandangannya ke perut Sara.
“ Abang dah tahu? Mm…dua bulan”. Sara ingin bangkit dari duduknya. Ariff menghalang.
“ Tak pe…Sara ok…”. Ujar Sara kemudian berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian dia kembali sambil membawa segelas air oren sejuk.
“ Nah…Sara nak naik atas dulu…solat, mandi….”. Ujar Sara, namun Ariff dapat merasakan kedinginan nada suara Sara. Ariff bangkit ingin mengekori langkah isterinya.

“ Abang minum lah dulu…rehat…Sara ok”. Sara berkata perlahan. Ariff duduk kembali. Sara terus berlalu ke atas. Ariff termenung di sofa, fikirannya melayang mengingati kata-kata Shakir di pejabat tadi dan sikap Sara sebentar tadi. Tadi selepas habis waktu kerja, dia ingin cepat pulang segera bertemu dengan Sara. Dia ingin meminta maaf dengan Sara atas layanannya sejak akhir-akhir ini. Dia bertekad akan berubah dan melupakan segala-galanya tentang Amira. Dia sayangkan Sara, dia cintakan isterinya itu. Namun, dia seperti kelu melakukannya apabila Sara seperti dingin dengannya. Memang silap dia kerana Sara bersikap begitu. pAsti Sara terasa hati, sakit hati, makan hati dan kecewa dengan apa yang berlaku. Bingung Ariff memikirkan apa yang seharusnya dia lakukan, dan sekarang Sara sedang megandungkan anaknya. Kesihatan Sara dan bayi dalam kandungan isterinya itu akan terjejas jika Sara terus tertekan seperti sekarang. Apabila mengingatkan kembali kata-kata Balqis, teman sekerja Sara, Ariff menyesal sendiri. Sara menderita kerananya. Sara tertekan juga kerananya. Rasa kesal itu berbekas di hatinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Sara ok?”. Ariff mengusap perlahan belakang Sara. Sara mengangguk perlahan. Paip air ditutup, kemudian Sara menapak keluar dari bilik air sambil dipapah oleh Ariff.
“ Sara tak apa-apa…”.Ujar Sara kemudian bersandar pada bantal di atas katil. Wajahnya pucat. Tubuhnya terasa lemah. Ariff mengurut perlahan bahu isterinya.
“ Tak pe…abang boleh tinggalkan Sara…Sara Cuma nak rehat…”. Ariff merenung wajah isterinya. Sara melarikan pandangan. Sara mengurut dadanya perlahan. Tekaknya rasa loya yang teramat.
“ Sara tak payah pergi kerja lah hari ni…rehat je kat rumah ok?” Ariff mengusulkan cadangannya. Sara menggelengkan kepalanya.

“ Tak…Sara tak boleh cuti…abang pergilah mandi, Sara nak rehat kejap…”. Sara baring perlahan. Perutnya diusap perlahan. Matanya dipejam rapat. Ariff simpati melihat isterinya. Tepat jam 6.30 pagi Sara bangkit dari pembaringannya. Dia menapak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang, kemudian dia menunaikan solat subuh dan diperhatikan oleh Ariff. Selepas itu Sara masuk semula ke bilik air untuk mandi. Sara bersiap seadanya. Ariff sudah berada di bawah. Sara bergegas turun ke bawah, namun langkahnya diatur perlahan menuruni tangga.

“ Sara mari…”. Sara terpegun melihat Ariff telah menyediakan sarapan untuknya. Ariff hanya menyediakan roti bakar disapu mentega dan air teh. Sara duduk di kerusi.
“ Minta maaf…Sara susahkan abang…”. Ariff merenung wajah isterinya.
“ Jangan cakap macam tu…dah memang tugas abang, makanlah…nanti kita lewat…hari ni Sara tak payah bawa kereta…abang hantar dan jemput Sara….”. Ujar Ariff kemudian menyuap roti ke mulutnya.
“ Tapi Sara…”.
“ Tak de tapi-tapi lagi Sara…dengar cakap abang…”. Ujar Ariff serius. Sara terdiam.
“ Makanlah…”. Ariff menyuruh lagi. Sara menyuap perlahan roti ke mulutnya, namun belum sempat habis sekeping roti, Sara bergegas bangun ke sinki dan memuntahkan apa yang dimakannya tadi. Ariff bangkit dan mengusap perlahan belakang Sara. Kemudian selepas Sara mencuci mulutnya, Ariff membantu Sara duduk di kerusi. Sara menarik nafas perlahan dan memejamkan matanya sebentar.Ariff hanya memerhati. Kemudian Ariff menghulurkan segelas air masak kepada Sara. Sara menyambut perlahan.

“ Jom…kita dah lambat ni”. Ajak Sara lalu bangkit dari kerusi. Ariff ingin membantu namun dihalang oleh Sara. Akhirnya Ariff menuruti langkah isterinya selepas Sara menyimpan roti tadi. Sara melangkah masuk perlahan ke dalam kereta suaminya setelah Ariff membukakan pintu kereta untuknya. Sara bersandar di kerusi. Ariff menghidpkan enjin kereta dan memulakan perjalanan. Sekali-sekala Ariff menjeling memandang Sara. Sara mengurut dadanya perlahan. Ariff menghentikan keretanya di hadapan pejabat Sara.
“ Betul ke Sara ok ni? Abang tengok muka Sara pucat je…”. Ariff berkata perlahan sambil merenung wajah isterinya.
“ Betul…Sara ok…biasa lah, perempuan mengandung memang macam ni…abang tak payah risau…nanti ok lah tu…”. Sara membalas perlahan. Ariff merenung tajam mata isterinya. Sara menundukkan wajahnya.

“ Sara pergi dulu”. Ujar Sara kemudian menghulurkan tangan untuk disalam. Ariff menyambut tangan Sara. Dia hanya memrhatikan Sara mencium tangannya, kemudian dia mengucup perlahan dahi Sara. Sara membiarkan. Ariff memang biasa berbuat demikian.
“ Sara hati-hati…ada apa-apa telefon abang”. Sempat Ariff berpesan sewaktu Sara mahu menutup pintu kereta. Sara mengangguk perlahan. Setelah melihat Sara sudah hilang dari pandangannya, Ariff memecut laju keretanya. Ariff tidak faham Sara seperti tidak suka dia mengambil berat. Kalau boleh Sara ingin selalu mengelakkan diri darinya.

3 comments:

  1. itu lah awak...ariff...isteri baik buat apa hang dok ingat bekas gf...kan susah, sara mrajuk..pujuklah....nak lagi...!!!!

    ReplyDelete
  2. baru nak layan bini baik2.....sian ngan sara ... lg2 cpt smbung mood sdih lg ni....

    ReplyDelete
  3. agaknya sara merajuklah tu pd ariff.
    isteri mana tak terasa sekiranya masih
    lagi ingat pada kekasih lama...pandailah
    pujuk sarah manatau kalau dah terlambat
    dh tak ada gunanya dah...nak lagi..nk lagi

    ReplyDelete