Pages

Friday, March 4, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 29

“ Assalamualaikum…”. Ariff dan Sara mengalihkan pandangannya ke empunya suara. Kelihatan Amira dan Adam di pintu bilik wad Ariff ditempatkan.
“ Wa’alaikumsalam”. Ariff menjawab perlahan. Sara merenung wajah suaminya seketika. Amira melemparkan senyuman. Ariff menggenggam erat tangan Sara.
“ Duduklah Amira, Adam…terim kasih sudi datang”. Ujar Sara sambil membalas senyuman Amira tadi.

“ Syukurlah U dah sedar Riff…”. Ujar Adam sekadar berbasa-basi.
“ Alhamdulillah…mm, macam mana U all tahu?”. Tanya Ariff kehairanan.
“ Sara bagi tahu bang…”. Ariff merenung isterinya. Sara melepaskan tangannya dari genggaman Ariff.
“ Kami terserempak hari tu masa kat tasik…I yang Tanya dia”. Amira cuba membela Sara.
“ Owh…apa pun terima kasihlah lawat I…insyaallah dua tiga hari lagi I dah boleh keluar hospital”. Ujar Ariff tersenyum ikhlas.
“ Abang…Sara nak pergi café jap, abang nak apa-apa?”. Ujar Sara dan ingin bangun dari duduknya. Tadi dia duduk di sisi Ariff atas katil. Ariff membantu Sara bangun. Sara tersenyum. Amira dan Adam hanya menjadi pemerhati.

“ Sara nak pergi sorang ke?”. Tanya Ariff risau.
“ Tak pe…Sara boleh pergi sendiri…abang boraklah dengan Amira dan Adam dulu, abang nak apa-apa tak?”. Ujar Sara lagi. Ariff menggelengkan kepalanya.
“ Biar saya teman awak Sara…”. Amira mengusulkan. Ariff dan Sara berpandangan.
“ Betul..marilah…”. Amira menghulurkan tangannya. Ariff mengangguk kepada Sara. Sara menyambut huluran tangan Amira. Adam hanya memerhatikan.
“ Bie…ney keluar kejap ye..”. Ujar Amira kepada Adam. Adam hanya menganggukkan kepalanya. Ariff hanya tersenyum. Sara pula hanya memerhati. Kemudian Sara dan Amira jalan bergandingan. Amira menuruti langkah Sara yang lebih perlahan daripadanya.

“ Awak sihat Sara?”. Tanya Amira ketika mereka berjalan.
“ Sihat…awak?”.
“ Saya pun sihat…”. Amira senyum lagi.
“ Berapa bulan?”. Tanya Amira lantas menyentuh perut Sara. Sara memandang wajah wanita di sisinya.
“ Lapan…”. Sara pula tersenyum.
“ Owh…mesti awak dengan Ariff tak sabar kan nak tunggu baby ni lahir…”. Sara tersenyum mendengar kata-kata Amira.
“ Awak dah ada anak?”. Sara pula bertanya. Amira menggelengkan kepalanya.
“ Kenapa?”. Tanya Sara kehairanan. Amira tergelak.
“ Kami belum bersedia nak ada anak…entah, belum puas hidup berdua…”. Sara tersenyum lagi.

“ Owh…”. Sara menjawab pendek.
“ Marilah…awak nak beli apa kat café?”.
“ Nak beli air…haus pulak tekak ni..jom…”. Mereka berdua pun menuju ke café hospital. Manakala Ariff dan Adam berbual di bilik. Ariff memang terasa janggal bersama Adam, namun dia cuba berlagak tenang.
“ U macam mana? Ok?”. Adam memulakan bicara.
“ Alhamdulillah…”.
“ I minta maaflah dulu sebab rampas Amira dari U…I…”. Ujar Adam serius.
“ Dah lah..lupakan perkara lama…kami memang tak de jodoh…I bahagia bersama Sara sekarang…I doakan juga U sentiasa bahagia bersama Amira”. Ujar Ariff ikhlas. Adam sekadar menganggukkan kepalanya. Mereka berbual kosong namun tidak rancak. Tidak lama kemudian Sara dan Amira muncul. Mereka berborak seketika sehinggalah Amira dan Adam meminta diri untuk pulang. Selepas mereka berdua pulang, Sara berbual bersama suaminya.

“ Abang…kalau umur Sara tak panjang, abang akan berkahwin lain kan?”. Ujar Sara sambil memotong buah untuk Ariff. Ariff merenung wajah isterinya dengan pandangan yang tajam. Sara leka dengan kerjanya.
“ Apa Sara merepek ni? Sara dah tak sayangkan abang ke?”. Tanya Ariff marah.
“ Bukanlah…Sara Tanya je…”. Ujar Sara tenang. Ariff bangkit dari pembaringannya dan ingin turun dari katil. Sara cepat menghampiri suaminya.
“ Tak payah turun…abang bukannya dah sihat betul…”.
“ Kenapa Sara Tanya macam tu pulak?”. Ariff menegakkan tubuhnya.
“ Tak de apa…saja…”. Ujar Sara sambil tersenyum.

“ Sara jangan takutkan abang…abang tak suka Sara cakap macam tu lagi…”.
“ Abang sayangkan anak ni?”. Tanya Sara lagi sambil menyentuh perutnya.
“ Apa Sara cakap bukan-bukan ni…dah lah jangan merepek…abang sayangkan Sara…dan abang sayangkan anak ni, diakan anak kita…”. Ujar Ariff serius.
“ Sara pun…”. Ujar Sara sambil tersenyum. Ariff memerhatikan tingkah laku Sara.
“ Sara bergurau je lah…abang ni cepat sangat risau”. Ujar Sara lagi kemudian menghulurkan buah yang dipotongnya tadi. Perbualan itu terhenti di situ apabila papa dan mama datang. Ibu dan ayah juga ada bersama. Mereka semua berbual mesra.

2 comments:

  1. jgn la bg sara jd pa2.
    hrp2 sara dgn arif kekal bahagia.

    ReplyDelete
  2. jgnlah ada pa2 berlaku kat sara kalau blh biarlah dia org hidup bahagia lagi pun kalau blh biarlah cerita ni kisah dia happy ending

    ReplyDelete