Pages

Tuesday, May 4, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 2

Setelah habis waktu kerjanya tadi, Sara terus memandu keretanya ke sebuah restoran. Dia ingin menemui seseorang. Seseorang yang telah lama mencuri hatinya. Dia tahu tidak seharusnya dia menemui lelaki itu, namun desakan hatinya yang menyuruh dia menerima pelawaan lelaki itu. Ariff suaminya. Lelaki itu…pemilik hatinya. Memang dia rasa bersalah terhadap Ariff. Tapi…dia kalah dengan dirinya sendiri dalam mengatur hidupnya sebagai seorang isteri yang baik dan mulia. Sewaktu Ariff mengucup dahinya tadi, pada mulanya dia terkejut. Namun dalam tidak sedar dia merelakannya. Dia juga dapat mendengar dengan jelas Ariff mengucapkan ‘saya izinkan’ di telinganya. Ya…tapi dia juga mendengar perkataan yang lain. ‘Saya sayangkan awak’. Dia terharu mendengarnya, namun apabila mengenangkan Zammil dia terus memadamkan perasaannya itu. Terlalu kerdilkah Ariff selaku suaminya dibandingkan dengan Zammil?? Sara tidak punya jawapan itu. Setiap kali dia membandingkan Ariff dan Zammil, hatinya degil ingin berpihak kepada pemilik hatinya itu. Walau akal kadangkala berpihak pada sebaliknya, terlalu keras hatinya menidakkan. Ahh perasaan…
“ Sara..”. Zammil memandang gadis di depannya itu. Sungguh dia masih menyintainya seperti dahulu, namun keadaan sekarang sudah tidak sama. Sara sudah bergelar isteri kepada seorang suami, manakala dia juga sudah bergelar tunangan gadis lain. Memang bukan kehendak mereka. Tetapi takdir itu telah terlukis buat mereka. Entah di mana silapnya. Dia sendiri tidak dapat mengetahuinya. Dia sendiri sebenarnya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perkahwinan Sara dengan lelaki lain. Tetapi fikirannya masih waras untuk berkelakuan negatif.
“ Am..Sara tak mampu nak terima dia…hati Sara hanya untuk Am”. Sara memandang sayu ke arah Zammil. Zammil membuang pandang ke arah lain.
“ Sara..tujuan Am nak jumpa Sara ni ada perkara yang kita perlu selesaikan di sini”.
“ Maksud Am?”. Sara mengharap pengertian.
“ Sara…Am tak nak Sara terus macam ni..Sara sendiri tahu kan berdosa seorang isteri masih menaruh hatinya pada lelaki lain yang bukan bergelar suaminya…kita kena terima kenyataan ni yang kita bukan ditakdirkan untuk bersama, Sara untuk suami Sara…Am untuk bakal isteri Am…Am nak Sara kuat hadapi hakikat ni…berhentilah menyintai Am…Am juga telah melakukannya”. Menitis air mata Sara apabila insan yang dicintainya selama ini mahu dia berhenti dari mencintainya, dan ia keluar dari mulut lelaki itu sendiri.
“ Sara..jangan terus bazirkan air mata Sara untuk Am..Am tak nak lihat Sara macam ni…Sara kena kuat…simpan air mata tu. Am tahu Ariff memang lelaki yang baik untuk Sara. Sara layak bahagia bersama dia. Dia juga layak mengecapi bahagia itu Sara…Carilah kebahagiaan itu bersama dia”.
“ Am bahagia dengan Misha?”.
“ Sara…kalau Sara terus bersikap sarkastik macam ni…Sara tak kan jumpa kebahagiaan tu”.
“ Sekarang Sara tanya Am..Am bahagia tak bersama Misha?”. Sara mengulangi soalannya.
“ Sara…Misha adalah jodoh Am…Am terima seadanya dia dalam hidup Am sebagaimana dia menerima Am sekarang”.
“ Jadi?”.
“ Jadi Sara juga kena percaya Ariff adalah pilihan terbaik Allah untuk Sara…Sara kena terima kehadiran dia..belajarlah menyintainya…Am yakin suatu hari nanti Sara akan dapat terima dia dalam hidup dan hati Sara…dia berhak Sara…”.
“ Tapi Sara…Sara masih cintakan Am…”. Sara masih mahu berkeras.
“ Cukup Sara…cukup sampai sini cinta kita..ia dah berakhir…kita masing-masing dah ada jalan hidup kita sendiri, situasi sekarang dah tak macam dulu. Sara kena selalu ingat dan sedar Sara dah jadi isteri kepada suami Sara. Lupakan kisah kita..bukalah hati Sara untuk dia…”. Zammil memandang tepat mata Sara. Sara juga membalasnya. Namun hanya sebentar apabila Zammil memandang ke arah lain.
“ Ini kali terakhir kita jumpa..lepas ni Am nak Sara cuba belajar lupakan semua pasal kita, Am akan ke Jepun dengan Misha lepas kami kahwin”. Sara sekali lagi memandang tepat ke arah mata Zammil. Namun dia hanya terdiam dan hanya mendengar.
“ Jaga diri baik-baik”. Setelah itu Zammil terus bangkit dan beredar meninggalkan Sara. Sara hanya memandang dengan ekor mata langkah pemergian Zammil, dan tidak lama selepas itu dia berlari ke keretanya dan menangis semahu-mahunya. Tanpa disedarinya ada mata yang memandang dari jauh. Mata itu juga turut sayu melihat Sara sedemikian.

No comments:

Post a Comment