Pages

Sunday, May 9, 2010

RuAnG rInDu 1

Bercinta memang seronok. Bahagia saat indah mengalaminya seperti dunia ini milik kita. Terasa disayangi. Waktu itu terasa mahukan saatnya berhenti. Indahnya percintaan yang di sulamkan dengan benih-benih kasih dan juga sayang yang selalu dan tetap ada. Tanpa kita sedari kita telah melebihkannya daripada yang lain. Hati berbunga riang. Kesetiaan dan pengorbanan dipertaruhkan dengan sepenuhnya.
Namun…waktu berjalan tanpa henti, sedangkan cinta itu hanya singgah cuma untuk seketika. Sungguh aku memang pernah bahagia merasainya. Sungguh aku pernah tersenyum dengan kehadirannya. Sikit tidak pun aku menduga takdir memesongkan impian dan harapan yang di bina bersama. Bukan salah takdir. Bukan juga salah ketentuan yang telah ditetapkan buatku. Apalah dayaku melawan takdir yang terlukis buatku. Apa yang jelas sehingga ke hari ini, aku masih dibayangi kenangan semalam yang selalu menyesakkan dada. Terasa sempit untukku bernafas. Wahai hati berhentilah berharap. Wahai mata berhentilah menangis. Wahai akal berhentilah berfikir tentangnya. Bisakah aku??? Walau aku menidakkan ada ruang rindu dalam hati yang bertamu, ia tetap menagih peluang untuk sentiasa bersatu dengan sanubari dan jiwaku. Aku kalah dengan diriku sendiri. Aku gagal dengan semangatku. Aku terjatuh apabila ingin bangun. Aku lemas apabila baru mahu berenang. Lemahkah aku??? Ya..aku perlu mengakuinya..Ruang rindu selalu menggamitku yang membuatku selalu kalah…
Di daun yang ikut, mengalir lembut
Terbawa sungai ke, ujung mata
Dan aku mulai takut, terbawa cinta
Menghirup rindu yang, sesakkan dada
Jalanku hampa, dan ku sentuh dia
Terasa hangat, oh didalam hati
Ku pegang erat dan, ku halangi waktu
Tak urung ju,a ku lihatnya pergi
Tak pernah ku ragu, dan s’lalu ku ingat
Kerlingan matamu, dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut, mencari makna
Tumbuhkan rasa yang ,sesakkan dada
Kau datang dan pergi, oh begitu saja
Semua ku t’rima, apa adanya
Mata terpejam dan, hati menggumam
Di ruang rindu, kita bertemu
……………………………………………………………………………………….
Walau seribu kata yang aku ucapkan aku meredhainya. Ikhlaskah aku?? Ada sendu yang tidak pernah mahu pergi. Sedangkan aku tahu aku sedang menyeksa diriku sendiri. Entah bila aku akan bangkit meninggalkan semua ini. Memang luaran nampak aku bersahaja dan merelakannya. Dalam diam aku masih menangisi apa yang terjadi. Dalam bersembunyi aku masih merinduinya. Bodohkah aku mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan kembali. Namun salahkah aku?? Memang salah..Memang silapku kerana terus membenarkan diri menderita dan terseksa. Terasa senak seringkali mengucap kata aku sudah redha melepaskannya. Dia memang bukan milikku lagi. Dia bakal menjadi hak milik seorang isteri yang akan dikahwininya nanti. Dan dia akan bergelar sebagai seorang suami yang bukan untuk aku. Dia..mereka..terlalu sukar untukku menerimanya. Namun aku akur..Dia bukan tercipta untukku..Aku pasrah dalam terpaksa.
“ Saudari?..saudari..”. Tiba-tiba satu suara lelaki menyentak lamunannya. ‘Perempuan ni mengelamun ke ape.’ Getus lelaki itu dalam hati.
“ Saudari!!” Kali ini volume suaranya di naikkan. Barulah gadis itu memandangnya. Tapi..ahh sudah..kenapa pula dia ni? menangiskah dia??
“ Maaf encik..”. Huh..entah apa yang merasuk fikirannya. Sejak bila dia terkenang memori lalu dan menangis. Segera dia mengangkat kaki ingin beredar. Namun langkahnya terhenti apabila lelaki itu memanggil entah ke berapa kali agaknya. Dia memandang lelaki itu kaku tanpa perasaan. Saat ini apa yang dia mahu ingin lekas beredar.
“ Ini..saudari terlupa tadi.”. Dia menghulurkan beg plastik yang berisi buku kepadanya. ‘Eh macam mana pula ade dekat dia. Tadi kan..’
“ Tadi awak tinggalkan atas kaunter pembayaran”. Eh sudah bertukar awak pula, tadi saudari. Dia tersenyum. Baru teringat tadi semasa dia ingin membayar harga buku yang ingin di beli di sebuah kedai buku di shopping complex, dia ternampak seseorang. Insan yang pernah bertakhta di hatinya. Dan kini ia masih tetap begitu. Terasa sesak nafasnya melihat orang itu begitu mesra dengan insan yang bergelar tunangannya. Terus sahaja dia meninggalkan kedai dalam kadar yang segera dan duduk di sebuah kerusi yang agak tersorok agar tidak dilihat oleh orang ramai. Di situ dia menangis semahunya.
“ Nah..ambil ni..kalau nak tersenyum , nak termenung sekali pun..ambil ni barang awak kan?”. Lalu dengan segera dia mengambilnya daripada tangan lelaki itu. Terasa malu di sindir begitu. Lelaki itu terus berlalu. Tapi seingatnya dia belum membayarnya. Jadi buku ini bukan miliknya.
“ Mm..saudara..eh awak!!”. Lelaki itu berpaling dan mengangkat keningnya.
“ Ini bukan hak saya. Tadi saya belum bayar.”. Lelaki itu tersenyum.
“ Ambillah..itu memang hak awak..”. Dia ingin melangkah pergi.
“ Tapi…saya”. Kata-katanya dipintas segera oleh lelaki itu.
“ Tak pe, saya ikhlas…bye”. Lelaki itu terus berlalu bersama seorang teman yang entah dari mana munculnya. Dia hanya memandang kaku. Namun bibirnya berbisik perlahan ‘ terima kasih’.

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 3

Petang semalam Sara pulang lewat ke rumah. Ariff tidak bertanya tentangnya. Sara juga diam. Dia menjalankan tugasnya seperti biasa. Walaupun Ariff dapat melihat sendu di wajah itu, namun dia sedar dia tidak mampu menghilangkannya. Sungguh dia ingin sekali melihat wanita yang bergelar isterinya itu bahagia bersamanya. Sungguh juga kalau boleh dia ingin bersama suka dan duka wanita yang dikahwininya tiga bulan lalu. Tetapi dia akur. Siapalah dia di hati wanita itu. Hatinya juga berkeras dan degil untuk membenci Sara, apatah lagi untuk memarahi. Setiap kali dia cuba untuk menolak rasa hatinya, dia akan kalah.
“ Wei…kau ni mengelamun ke apa? Dari tadi aku tengok termenung je…” Tiba-tiba lamunan Ariff terhenti apabila Shakir duduk di hadapannya. Ariff hanya tersenyum.
“ Kenapa?”.
“ Ya lah..kau tu lah..kenapa?”. Shakir pelik dengan sikap kawannya itu. Sejak dia berkahwin dengan wanita pilihan ibu bapanya itu dia sering termenung.
“ Tak..aku Tanya kenapa kau masuk bilik aku ni?selalu kalau tak de apa-apa kau tak kan masuk.”.
“ Hai…aku tak boleh masuk ke bilik kau ni?”. Shakir mengangkat keningnya.
“ Takla…”. Ariff meneruskan kerjanya. Shakir memandang tepat matanya apabila Ariff mengangkat wajahnya.
“ Kenapa kau tengok aku macam tu pulak?”.
“ Kau ada masalah ke?”. Ariff hanya tergelak.
“ Aku ni macam Nampak ada masalah ke?”. Shakir tidak membalas tawa temannya itu.
“ Kau bahagia dengan Sara?”. Ariff memandang Shakir.
“ Kenapa kau Tanya macam tu?”.
“ Kau sayangkan dia?”. Soalan dibalas soalan juga.
“ Apalah kau ni…Sara tu isteri aku, mestilah aku sayangkan dia”.
“ Sara pulak?”.
“ Maksud kau?”. Ariff memandang pelik temannya itu.
“ Yelah maksud aku Sara sayangkan kau juga tak?”.
“ Kau ni sejak bila tukar profesion pulak ni?dah macam nak menyiasat lagaknya”. Ariff tertawa. Shakir juga.
“ Dah la wei…jangan nak merepek, sebenarnya pasal apa kau datang jumpa aku ni?”. Bukan Ariff tidak tahu Shakir bukan jenis orang yang suka mencuri tulang dalam kerjanya dengan melepak-lepak dan berborak kosong waktu kerja. Shakir pula waktu itu telah bangun dan menuju ke pintu sambil tersenyum.
“ Bos nak jumpa kau kejap lagi”. Shakir tersenyum.
“ Bos? Sejak bila kau jadi informer bos pulak ni? Selalu kan si Sofia merangkap setiausaha bos yang akan inform.”.
“ Tadi aku baru keluar dari bilik bos, dia pesan kat aku sekali. Lepas tu aku tengok anak bos si Shila tu datang pulak, tergedik-gedik aku tengok, terus bos pesan sekejap lagi bukan sekarang panggil kau”. Ariff sudah tersenyum dengan kata-kata Shakir.
“ Shila anak bos yang baru balik dari oversea tu ke?”.
“ Ya lah encik Ariff woi, Shila mana lagi…kan ke bos tu ada seorang je anak perempauan nama Shila”. Ariff sudah tergelak-gelak.
“ Kau tak berkenan ke kat dia Kir? Kan kau single lagi, available plak tu”. Ariff menyambung gelaknya. Shakir sudah menarik masam mukanya.
“ Uish…kalau bos tawar kat aku pun, aku tak inginla”.
“ Amboi-amboi, banyak songeh juga kau ni ya?”.
“ Eleh kalau kau nak ke kat dia?”. Tawa Ariff terhenti. Shakir pula menyambung gelak lalu meninggalkannya. Sejak Ariff menikahi Sara, dia berjanji hanya Sara di hatinya. Walaupun hati Sara tidak dapat lagi dimiliki, dia tekad tidak akan menduakan wanita itu.

Tuesday, May 4, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 2

Setelah habis waktu kerjanya tadi, Sara terus memandu keretanya ke sebuah restoran. Dia ingin menemui seseorang. Seseorang yang telah lama mencuri hatinya. Dia tahu tidak seharusnya dia menemui lelaki itu, namun desakan hatinya yang menyuruh dia menerima pelawaan lelaki itu. Ariff suaminya. Lelaki itu…pemilik hatinya. Memang dia rasa bersalah terhadap Ariff. Tapi…dia kalah dengan dirinya sendiri dalam mengatur hidupnya sebagai seorang isteri yang baik dan mulia. Sewaktu Ariff mengucup dahinya tadi, pada mulanya dia terkejut. Namun dalam tidak sedar dia merelakannya. Dia juga dapat mendengar dengan jelas Ariff mengucapkan ‘saya izinkan’ di telinganya. Ya…tapi dia juga mendengar perkataan yang lain. ‘Saya sayangkan awak’. Dia terharu mendengarnya, namun apabila mengenangkan Zammil dia terus memadamkan perasaannya itu. Terlalu kerdilkah Ariff selaku suaminya dibandingkan dengan Zammil?? Sara tidak punya jawapan itu. Setiap kali dia membandingkan Ariff dan Zammil, hatinya degil ingin berpihak kepada pemilik hatinya itu. Walau akal kadangkala berpihak pada sebaliknya, terlalu keras hatinya menidakkan. Ahh perasaan…
“ Sara..”. Zammil memandang gadis di depannya itu. Sungguh dia masih menyintainya seperti dahulu, namun keadaan sekarang sudah tidak sama. Sara sudah bergelar isteri kepada seorang suami, manakala dia juga sudah bergelar tunangan gadis lain. Memang bukan kehendak mereka. Tetapi takdir itu telah terlukis buat mereka. Entah di mana silapnya. Dia sendiri tidak dapat mengetahuinya. Dia sendiri sebenarnya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perkahwinan Sara dengan lelaki lain. Tetapi fikirannya masih waras untuk berkelakuan negatif.
“ Am..Sara tak mampu nak terima dia…hati Sara hanya untuk Am”. Sara memandang sayu ke arah Zammil. Zammil membuang pandang ke arah lain.
“ Sara..tujuan Am nak jumpa Sara ni ada perkara yang kita perlu selesaikan di sini”.
“ Maksud Am?”. Sara mengharap pengertian.
“ Sara…Am tak nak Sara terus macam ni..Sara sendiri tahu kan berdosa seorang isteri masih menaruh hatinya pada lelaki lain yang bukan bergelar suaminya…kita kena terima kenyataan ni yang kita bukan ditakdirkan untuk bersama, Sara untuk suami Sara…Am untuk bakal isteri Am…Am nak Sara kuat hadapi hakikat ni…berhentilah menyintai Am…Am juga telah melakukannya”. Menitis air mata Sara apabila insan yang dicintainya selama ini mahu dia berhenti dari mencintainya, dan ia keluar dari mulut lelaki itu sendiri.
“ Sara..jangan terus bazirkan air mata Sara untuk Am..Am tak nak lihat Sara macam ni…Sara kena kuat…simpan air mata tu. Am tahu Ariff memang lelaki yang baik untuk Sara. Sara layak bahagia bersama dia. Dia juga layak mengecapi bahagia itu Sara…Carilah kebahagiaan itu bersama dia”.
“ Am bahagia dengan Misha?”.
“ Sara…kalau Sara terus bersikap sarkastik macam ni…Sara tak kan jumpa kebahagiaan tu”.
“ Sekarang Sara tanya Am..Am bahagia tak bersama Misha?”. Sara mengulangi soalannya.
“ Sara…Misha adalah jodoh Am…Am terima seadanya dia dalam hidup Am sebagaimana dia menerima Am sekarang”.
“ Jadi?”.
“ Jadi Sara juga kena percaya Ariff adalah pilihan terbaik Allah untuk Sara…Sara kena terima kehadiran dia..belajarlah menyintainya…Am yakin suatu hari nanti Sara akan dapat terima dia dalam hidup dan hati Sara…dia berhak Sara…”.
“ Tapi Sara…Sara masih cintakan Am…”. Sara masih mahu berkeras.
“ Cukup Sara…cukup sampai sini cinta kita..ia dah berakhir…kita masing-masing dah ada jalan hidup kita sendiri, situasi sekarang dah tak macam dulu. Sara kena selalu ingat dan sedar Sara dah jadi isteri kepada suami Sara. Lupakan kisah kita..bukalah hati Sara untuk dia…”. Zammil memandang tepat mata Sara. Sara juga membalasnya. Namun hanya sebentar apabila Zammil memandang ke arah lain.
“ Ini kali terakhir kita jumpa..lepas ni Am nak Sara cuba belajar lupakan semua pasal kita, Am akan ke Jepun dengan Misha lepas kami kahwin”. Sara sekali lagi memandang tepat ke arah mata Zammil. Namun dia hanya terdiam dan hanya mendengar.
“ Jaga diri baik-baik”. Setelah itu Zammil terus bangkit dan beredar meninggalkan Sara. Sara hanya memandang dengan ekor mata langkah pemergian Zammil, dan tidak lama selepas itu dia berlari ke keretanya dan menangis semahu-mahunya. Tanpa disedarinya ada mata yang memandang dari jauh. Mata itu juga turut sayu melihat Sara sedemikian.