Pages

Saturday, April 14, 2012

Ruang Rindu 10

“ Hello…”. Dania menjawab panggilan telefon dalam mamai-mamai. “ Assalamualaikum, dah tidur ya…maaflah…”. Ujar Farhan di hujung talian. Dania menggosok matanya perlahan dan bangkit bersandar di bantal. “ Wa’alaikumsalam…mm, a’a…awak tak tidur lagi ke ni…”. Balasnya masih dalam sisa-sisa mengantuk. “ Kiranya saya terlambat lah ya telefon…tak baik kan kacau anak dara orang pagi-pagi buta ni…”. Dania tergelak kecil. “ Dah tahu, kenapa telefon kan…”. Dania sengaja memerlinya. Terdengar tawa kecil di hujung talian. “ Tu lah…tak tahu kenapa…nak telefon dari tadi, tapi takut kerja awak tak siap lagi…rupa-rupanya terlewat pula ek…”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Awak nak cakap apa ek dengan saya pagi-pagi buta ni…”. Dania membetulkan selimutnya. “ Kenapa kita tak boleh berkawan ke? Pak we awak marah ?”. Farhan sengaja ingin mengorek rahsia. “ Mmm, entahlah…”. Dania tidak berminat menjawab soalan itu. “ Aik…entah pula…”. Balas Farhan tidak berpuas hati. “ Ya lah…memang entah…awak jom lah kita tidur, dah pagi ni…kita cakap lain kali ya…”. Dania tidak mahu memanjangkan kata. “ Eh, mana boleh…saya bukan suami awak tau…mana boleh tidur sama…”. Farhan sengaja mahu mengusik. “ Siapa cakap saya ajak awak tidur dengan saya?? merepeklah awak ni…”. Balas Dania tegas. “ Uishh…garangnya awak ni, saya bergurau je tadi…”. Ujar Farhan perlahan. “ Mm…Saya…bukanlah..tak pelah…bye…assalamualaikum”. Dania menunggu Farhan menjawab salam. “ Wa’alaikumsalam…selamat malam…”. Balas Farhan masih perlahan seperti tadi. “ Awak…”. Panggil Dania agak kuat. “ Kenapa?”. Tanya Farhan. “ Mm, tak de apa…maaflah kalau terasa…saya tak niat…”. Dania kehilangan kata. “ Tak apa, saya faham…ok tidurlah…assalamualaikum”. “ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab lembut kemudian mematikan talian. Ada rasa tidak enak menyerang hatinya melayan Farhan sebegitu, namun dia baring semula dan melelapkan mata. ………………………………………………………………………………………. “ Dania…siapa orang yang jawab telefon hari tu?”. Tiba-tiba Fauzi menjerkah dengan soalan sebegitu seusainya Dania mengambil tempat. Dania memandangnya geram kerana terkejut. “ Awak ni kenapa Fauzi? Pagi-pagi dah jerkah-jerkah orang…tak de keje ke?”. Dania membalas agak kasar. Geram dijerkah sebegitu. “ Ok…maaf…siapa yang jawab telefon hari tu Dania?”. Agak kalut Fauzi membetulkan intonasi suaranya. “ Kenapa pula awak nak tahu? Saya rasa itu hak saya dan tak de kena mengena dengan awak kan?”. Dania merenungnya. Fauzi seakan hilang sabar. “ Saya tanya awak! Siapa jantan tu?”. Suara Fauzi semakin kuat. Sudah hilang rasa hormatnya . Dania merenungnya lagi. Kali ini lebih tajam. Sungguh dia terkejut dengan sikap Fauzi. “ Apa hak awak nak marah-marah saya hah?”. Dania membalas tengkingannya. Fauzi mencerlung ke arahnya. “ Awak tu hak saya tahu tak…jangan cuba-cuba nak main dengan lelaki lain…”. Fauzi menuding jari ke arahnya. Waktu itu semua teman-teman sepejabat menghampiri mereka. “ Awak jangan melampau Fauzi…saya bukan hak awak…bukan isteri dan bukan siapa-siapa pada awak…awak tak de hak nak sekat dengan siapa saya nak berkawan…awak dengar sini baik-baik, saya tak suka awak layan saya macam ni…saya tak suka…”. Belum sempat Dania menghabiskan kata, Fauzi melayangkan tangan ke pipinya. Semua yang ada di situ terkejut dengan tindakan Fauzi. Dania merenung tajam kea rah Fauzi. Ria mengambil tempat di sebelahnya. “ Fauzi! Kau ni dah gila ke?”. Ria menengking Fauzi. Dania memegang pipinya. Terasa perit. Namun hatinya lagi sakit mengenangkan perbuatan Fauzi. “ Memang aku gila…aku gilakan dia tahu tak!”. Balas Fauzi tanpa rasa menyesal atas perbuatannya tadi. Air mata Dania terasa bergenang. Lantas dia bergegas ke tandas. Ria memanggil perlahan, namun dia tidak mengendahkan. “ Kau memang gila Fauzi!”. Dania masih dapat menangkap kata-kata Ria memarahi Fauzi. Setelah itu dia megejarnya perlahan. Dania mengunci pintu tandas. Ria mengetuk perlahan. “ Aku tak apa-apa…nanti aku keluar…kau pergilah sambung kerja”. Dania bersuara dalam tangis. “ Nia…bukalah pintu ni…”. Ria masih mahu memujuk. “ Takpe Ria…aku ok…”. Dania masih berkeras. “ Nia…Fauzi memang tak patut buat kau macam tu…dia memang gila…!”. Ujar Ria agak kuat. “ Tak pelah Ria…”. Dania membalas perlahan. “ Nia…aku tak nak paksa kau…nanti kau keluar ya…”. “ Ya nanti aku keluar…”. Ujar Dania dan mendengar Ria melangkah pergi. Dania menangis sepuasnya. Fauzi memang tidak patut menamparnya. Perbuatannya sudah melampau. Salahkah dia berterus-terang. Dia memang tidak menyukainya. Fauzi tidak berhak memaksanya. Dania mengesat sisa-sisa air matanya. Dia melihat wajah di cermin. Matanya sembap akibat menangis. Dia membasuh muka. Kemudian mengeringkannya dengan tisu. Segera dia keluar. Waktu dia ingin mengambil tempat, semua mata terarah padanya. Dania mengambil alat solek di dalam beg, tiba-tiba telefonnya berdering. Dia meneliti nombor di skrin dan menekan butang merah. Sekali lagi nombor itu tertera tanda panggilan kedua masuk. Dania mencapai telefon dan alat solek tadi menuju ke tandas. “ Hello..”. Dania menjawab panggilan tadi. “ Assalamualaikum”. Terdengar suara di hujung talian. Farhan. “ Wa’alaikumsalam”. Dania menjawab perlahan. “ Awak kenapa?…saya dengar suara awak macam orang menangis…awak ada masalah ke?”. Tanya Farhan lembut tanda prihatin. Sungguh hingga kini dia tidak lagi dapat mengetahui rahsia gadis yang ingin dibantunya ini. “ Tak de apa-apa…”. Dania cuba berselindung. “ Dania…saya tahu awak dalam masalah sekarang…ceritalah, mungkin awak akan rasa lega…”. Farhan masih cuba memujuk. “ Betul…tak de apa-apa…awak saya tengah kerja ni…”. Danai cuba mengelak. Namun air matanya tumpah lagi. Dia teresak kecil. “ Dania…kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk kita meluahkan perasaan…kita akan rasa lega selepas kita bercerita…”. “ Saya…”. Kata-katanya terhenti di situ. Tangisannya semakin menjadi-jadi. “ Menangislah Dania…menangislah sepuas-puasnya…saya dapat rasa awak sedih sangat…saya bersedia mendengar cerita awak kalau awak nak luah apa-apa…”. “ Salah ke kita menolak cinta orang lain awak?”. Ujar Dania dalam tangis. “ Tak salah…tanpa kita memberi harapan”. Balas Farhan bersahaja. “ Perlu ke kita berkorban demi orang yang sukakan kita? Demi menunaikan hasrat kebahagiaan dia walaupun kita tak menyukai dia?”. Soal Dania lagi. “ Dania…perasan suka, berkorban dan kebahagiaan tu terlalu subjektif untuk dihurai…apa maksud awak? Boleh cerita pada saya apa yang dah berlaku…”. Ujar Farhan lembut. “ Entahlah…saya tak faham kenapa saya mesti lalui semua ni…”. Balas Dania sambil mengesat air mata. “ Dania…jangan bersikap macam ni…awak tak boleh jadi orang putus asa dan tidak bermaya macam ni…kuatkan semangat awak…”. “ Terima kasih…awak, saya tengah kerja ni…nanti kita sembang lagi ya…”. “ Awak ok?”. “ Saya ok…terima kasih…”. Balas Dania pendek. “ Nanti awak cerita pada saya ya…nanti saya call awak ok?”. “ Mmm, tapi…”. Dania teragak-agak. “ Dania…awak berhak buat keputusan, saya tak akan paksa awak…kuatkan semangat …air mata awak tu sangat berharga sebenarnya…assalamualaikum”. Farhan mematikan talian apabila Dania sudah menjawab salamnya.

SaYaNgLaH aKu TeMaNiLaH aKu 47

“ Kenapa abang Nampak lain?”. Soal Sara lembut kepada Ariff. “ Lain macam mana pulak?” Balas Ariff sambil memandang isteri di hadapannya. “ Yelah..lain”. “ Bukan Sara ke yang lain?”. “Apa maksud abang?”. “ Entah..Sara lebih tahu”. “ Sara tak faham”. “ Abang lebih tak faham…Sara ada rahsiakan sesuatu dari abang kan?”. “ Entah”. “ Abang tahu kan abanglah nyawa Sara…Sara hanya ada abang”. “ Abang ada lebih daripada Sara”. “ Sara tahu..itu hak abang”. Balas Sara sambil menunduk. “ Sara dah fikir jauh..abang tak pernah terfikir…abang Cuma nak Sara tahu…antara kita biarlah tiada rahsia lagi”. “ Abang tahu sesuatu?”. Soal Sara sambil mengambil tempat di sisi suaminya. Ariff sekadar mengangkat bahu. Sara bangkit perlahan kemudian berlalu ke bilik tidur mereka di tingkat atas. Ketika itu mereka berada di ruang tamu. “ Sara..”. Tegur Ariff. “ Sara naik atas sekejap..nanti Sara turun balik”. Balas Sara seolah tahu apa yang sedang bermain di minda suaminya. Ariff sekadar mengangguk. Tidak lama kemudian Sara muncul dengan telefon bimbitnya di tangan kemudian mengambil tempat di sisi suaminya semula. “ Abang..Sara tahu..cepat atau lambat..abang pasti akan tahu perkara ni…”. Ujar Sara sambil menekan butang di telefon bimbitnya. “ Ini…”. Ujar Sara lagi sambil menghulurkan telefon kepada suaminya. “ Jadi?”. Ariff sengaja bertanya begitu. “ Dia bekas teman lelaki Sara dulu…kami putus lepas dia kahwin dengan orang lain”. Balas Sara berhati-hati. “ Okay…jadi sekarang?”. “ Sara tak tahu apa niat dia ganggu Sara lagi…”. “ Perasaan Sara pada dia?”. “ Dah lama hilang”. “ Tapi perasaan dia pada Sara mungkin masih mekar macam dulu kan?”. “ Abang jangan tanya Sara soalan macam ni…Sara hanya ada abang dan Sara hanya nak abang seorang je dalam hidup Sara…dia hanya kisah silam Sara”. “ Sara tahu kana bang sayangkan Sara lebih dari nyawa abang sendiri…abang tak nak kehilangan Sara”. Tiba telefon yang sedang dipegang oleh Ariff bordering. Terpapar nombor pemanggil. “ Abang jawab bagi pihak Sara…”. Ujar Sara apabila Ariff menghulurkan telefon kepadanya. “ Sara kena terus-terang dengan dia”. Akhirnya deringan telefon itu berhenti sendiri. “ Sara tak nak perkara ni akan ganggu hubungan kita…abang mesti percayakan Sara…demi rumahtangga kita dan anak ni”. Ujar Sara sambil menyentuh perutnya. Ariff hanya memandang wajah isterinya. “ Abang percayakan Sara kan?”. Soal Sara sambil menyentuh tangan suaminya. Ariff menggenggam erat tangan isterinya sambil mengangguk. “ Apa pun berlaku…Sara tetap milik abang…Sara akan tetap pilih abang…abang kena yakin dengan Sara”. “ Sara tahu kan siapa Sara dalam hati abang?”. Soal Ariff sambil menarik isterinya ke dalam pelukan.

Detik Waktu..

Saat jari ini bergetar ...aku tahu jalan ini masih basah dengan suara doa yang tak pernah habis...andai ada yang ingin mencemuh apa yang aku rasa...silakan kerana aku tidak peduli..siapa aku, apa yang dirasa hanye cebisan remuk hanye aku yang tahu...terima kasih buat dia yang setia mendengar...aku tahu adakalanya dia pasti ingin aku segera bangkit...aku bangkit..jujur namun dengan sisa yang ada...aku masih memerlukan Dia...sedang Allah hantar dia buatku...aku memerlukan kekuatan untuk meneruskan hidup...untuk mereka yang berada di sekelilingku...adakalanya aku kuat..adakalanya aku juga rapuh...saat itu aku tersungkur kerana masih jauh...masih leka...seperti bait-bait lagu ini...aku... Detik waktu terus berjalan berhias gelap dan terang suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata kupersembahkan kepadaMu yang terindah dalam hidup meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta detik waktu terus berlalu semua berakhir padaMu DAN............ ternyata aku masih jauh...

Saturday, April 7, 2012

JAUH DI SUDUT HATI.....

Sayang Kubawa jauh rinduku Kerna akau telah tahu Kau bukan milikku Sayang Sesunguhnya bukan mudah Menjalani hidup ini Tanpa kau di sisi Jauh disudut hati Aku masih bermimpi Mimpi yang indah Esok kau kembali Jauh di sudut hati Ada waktu-waktunya Aku berdoa Kau pulang semula Sayang Biar ku mengingatimu Biar kugantung harapan Hingga sampai waktu Nafas terakhirku

Tuesday, January 3, 2012

dan bila ...

Tuhan... aku sangat merinduinya aku tahu ini kesilapanku maaf aku lemah untuk menidakkan Tuhan... andai sepi malam ini bisa bersuara pasti ia melagukan suara hatiku Dan bila aku masih di sini Tuhan... Tuhan... Tuhan... :(:(:(:(:(

Tuesday, November 8, 2011

Jalan Takdir

Tuhan.. Aku merasai kekuatanku mula hadir dengan bantuanmu.. Sikit tidak aku menjangka jalan takdirku begini.. Namun, aku akur pada ketentuan yang Kau ukir buatku.. Tuhan.. Andai aku lemah lagi.. Jangan kau biarkan aku hanyut dalam lautan kelemasan.. Biarlah air jernih itu hanya tersimpan dan terlerai keranamu.. Tuhan.. Pernah aku merasai kesakitan yang amat perit... Sedang aku tahu Kau setia mendengar doa-doaku.. Tangisku panjang dalam doa yang hening... Tuhan.. Aku tidak menolak jalan takdirku.. Sudahku tahu anugerah milikMu.. Namun, adakala aku hamba yang lemah ini terleka.. Tuhan.. Suburkanlah kekuatan dalaman buatku.. Mengharungi hari2 yang mendepaniku.. Tersedar, mungkin aku masih jauh dariMu.. Tuhan.. Saat lemah itu datang.. Aku tahu Kau menemaniku.. Gamitkan aku dengan keredhaan dan kelapangan hati.. Agar aku tahu dan mengerti Kau sentiasa bersamaku... Tuhan.. Adakala aku kalah dengan perasaanku sendiri.. Naluri wanitaku terlalu halus untuk direntap.. Jiwa dan sanubariku kadangkala tidak dapat mentafsir yang tersurat.. Mindaku juga adakala tidak nampak yang tersirat... Tuhan.. Saat ini... Aku menadah tangan..agar Kau mendengar doaku... Aku ingin menjadi hamba yang meredhai dengan lapang hati takdirMU buatku.. Bimbinglah aku...Berilah aku petunjuk... Kerana Kau...Tuhanku... Tuhan..

Suara Hati

Ada beberapa perkara yang mungkin kita tak sedar akan berlaku dalam hidup kita...sedar-sedar kita telah melaluinya...dan tanpa sedar rupanya mungkin kita telah,sedang dan bakal melepasinya...pernah terfikir mengapa hati kadangkala terasa kuat, adakala jiwa terasa hancur dimamah rasa...agak lama membicarakan tentang soal hati, adakala penghujungnya tidak juga tiba kerana kita tidak bisa lari...berdepan dengan situasi yang kita tidak mahu boleh jadi membuat kita belajar sesuatu...sekurang-kurangnya erti kuat,redha, tabah, sabar...dan SYUKUR...siapa tahu tangisan kita saat ini rupanya bayaran untuk kebahagiaan hari esok kan?? dan siapa tahu kita pasti bisa punya tekad mendepani hikmah yang selalu tidak cepat hadir...percaya atau tidak apa yang selalu segera hadir tatkala kita tidak mendapat apa yang kita mahu,tidak diundang juga pasti hadirnya sendiri...satu, air mata...dua,lemah jiwa...tiga,persoalan yang terdiri daripada....banyak...jika mahu diselit di ruang ini, pasti jari ini tidak mampu menari...:)...yang pasti soalannya MENGAPA? betul tak?tak setuju..tidak mengapa juga sebenarnya...namanya juga suara hati kan....tapi pernah terfikir tak..dalam kehidupan kita...paling tidak bila kita jatuh dan tersungkur..pasti kita cari Tuhan....yang jauh dari Tuhan pun, pasti kali ini dialah paling hampir...waktu itu kita jadi sehina-hinanya hamba memohon dari pencipta...TUHAN...kita?hamba.............mahu atau tidak kita terima sahaja ketentuan DIA buat kita...pahit pun, realitinya Tuhan paling tahu apa yang terbaik buat kita....ya, pasti sakit menghadapi saat-saat kejatuhan dan berada di bawah...baru terfikir juga, kita juga pernah berada di atas...pernahkah kita bersyukur?????dan pernah tak terfikir anugerah yang sedang dimiliki dah pasti-pasti milik TUHAN..dah pasti-pasti pinjaman...jika pemiliknya mahukan semula, berhak tak kita tidak mengizinkan??tak izin pun........Tuhan Maha Kuasa...genggamlah sekuat mana pun...pasti terlepas juga jika itu takdirnya...hanya senyuman pengubat luka...adakala senyuman itu juga menyakitkan kerana di dalamnya duka yang panjang...ikhlaslah...pasti senyuman itu mampu menyinari hari yang gelap dan suram...setidaknya orang sekeling kita BAHAGIA...dengan izin Tuhan...mereka mendoakan KEBAHAGIAAN kita...insyaallah..aminnnnn.....La Tahzan..Inna Allaha ma 'ana...

Sunday, October 2, 2011

Suara Jiwa...

Tuhan..entah mengapa kurasakan sendu ini makin menyengat.. Resah yang terpalit semakin menghimpit.. Tatkala lagu sedih menghantar pandangan hiba.. Aku seperti tersedar mengapa aku begini... Tuhan...jangan kau biarkan aku tanpa bimbinganMu.. Jangan merelakan aku kaku dan kering tanpa basahan doa.. Baruku rasa tangisan itu hanya melemahkanku.. Ridak seharusnya aku begini... Tuhan... Berilah aku ruang agar aku tidak menjauhiMU.. Jangan Kau biarkan rasa ini membuat aku melalaikanMU,.. Aku ingin fitrah ini menghampirkan aku kepadaMu.. Bukan leka dihanyut perasaan yang tidak seharusnya aku lalui.. Tuhan... Entah mengapa... Aku terasa terlalu berdosa.. Membiarkan diriku terus dimamah fitrah dunia.. Sedang aku tahu...Engkaulah segalanya...

Ruang Rindu 9

“ Mak we baru ya tadi?”. Puan Sarah tersenyum manis. Farhan mengangkat keningnya. “ Merepeklah mak cik…kawan je…Han baru je kenal dia…”. Balas Farhan bersahaja. “ Tapi mak cik tengok Han macam suka je kat dia…”. Farhan tergelak kecil mendengar kata-kata ibu saudaranya. “ Apa lah mak cik ni…fikir macam tu pulak, Han tak kenal sangat pun dia…lagi pun Han serik mak cik…serik nak bercinta…”. Balas Farhan sambil mengeluh kecil. “ Jangan macam tu Han, Han masih muda…mak cik tengok Dania tu baik budaknya…manis pun manis…sopan-santun…”. Farhan segera memotong kata-kata ibu saudaranya. “ Mak cik jangan nak mula ok…Han memang tak nak, Han Cuma nak berkawan je dengan dia..Han sebenarnya kesian tengok dia…”. “ Maksud Han?”. Puan Sarah seperti berminat. “ Tiga kali Han terserempak dengan dia, setiap kali itu jugalah Han nampak dia menangis…Han rasa…entahlah…”. Farhan kehilangan kata. Puan Sarah tersenyum manja. “ Han…Han…setahu mak cik lah, anak saudara mak cik ni bukan senang nak kesian kat orang…lagi-lagi orang yang dia tak kenal…tapi kes yang ini lain macam je bunyi…”. Puan Sarah sengaja memerli. “ Mak cik ni, Han serius…”. Ujar Farhan tegas. “ Mak cik pun serius apa…”. Balas Puan Sarah bersahaja. “ Dah lah mak cik…kita tutup cerita ni…Han malas nak cakap pasal ni lagi…”. “ Apalah Han ni…dengan mak cik pun nak malu…Han suka kat dia ya?”. Puan Sarah sengaja menyakat. “ Mak cik!”. Puan Sarah tergelak mesra. Akhirnya Farhan tergelak sama. “ Betul…mak cik, Han memang tak de perasaan pada dia…Han Cuma berminat nak berkawan dengan dia…Han nak bantu dia…dia berhak bahagia dan ceria macam orang lain…”. Ujar Farhan tegas. “ Tak pe lah Han…teruskanlah niat Han tu…tak salah berkawan…”. Balas Puan Sarah juga tegas. Farhan melemparkan senyuman. Setelah itu dia hanya menumpukan fokusnya pada pemanduan apabila dilihat ibu saudaranya leka melihat pemandangan di sekeliling. ………………………………………………………………………………………. “ Wah…ni yang buat aku sayang sangat kau Nia…”. Ujar Maya sambil tersengih. Dania hanya tersenyum manis. “ Ah…kau Maya, banyaklah kau punya sayang ek…”. Ria sengaja mengusik. Maya tergelak kecil. Naina sedang sibuk menggoreng keropok lekor di dapur. SelepasDaniau keluar dari Pnatai Cahaya Bulan, dia singgah sebentar membeli ole-ole buat teman-teman, yang pasti keropok lekor Terengganu tidak tertinggal. “ Nia…macam mana kau dengan Fauzi kat sana? Ok tak…”. Tanya Maya sambil tersenyum nakal. Dania mengeluh berat. “ Kenapa?”. Naina yang tiba dari dapur dengan sepinggan keropok lekor mencelah. “ Aku kalau cerita mesti korang gelakkan aku…malaslah…”. Dania mencapai keropok. Mereka bertiga merenungnya. “ Apa?”. Dania sengaja tidak mengendahkan. “ Tadi Fauzi telefon aku…beria dia Tanya kau ada pakwe ke…dia kata ada seorang lelaki jawab telefon kau…Nia kau…?”. Tanya Ria perlahan, namun dapat ditangkap oleh mereka semua. Sekali lagi mereka bertiga merenung tajam kepada Dania. “ Merepeklah…mana ada…si Fauzi tu buat aku rimas…asyik nak berkepit je…bayangkan dua hari kursus aku sentiasa kena mengadap muka dia…dia buat aku ni macam isteri dia je…aku menyampah lah dengan dia…semua dia nak buat…lepas tu, kena begini lah…jangan begitu…”. Tidak sempat Dania menghabiskan ayat. Mereka bertiga sudah tergelak besar. “ Ya ke Nia…habis tu, kau ikut je ke?”. Giliran Maya bertanya. Dania mendengus kecil. “ Mana nak ikut…dah puas aku marah…tapi dia tu jenis tak faham bahasa, muka tembok…segala muka yang tebal la…malu aku bila semua orang tengok…dia suka lah…aku ni mana nak letak muka? Aku rasa waktu tu macam nak bunuh dia…dia tu betul-betul menjengkelkan..kalau korang lah berada kat tempat aku waktu itu, mesti korang dah naik angin tahap gila lah…dia layan aku macam isteri dia je…lepas tu tak nak berenggang dengan aku langsung…kejap-kejap, awak…bosan aku dengan mamat tu…huh…memang gila…”. Mereka tekun mendengar cerita. “ Fauzi tu hensem ke?”. Tanya Naina yang sememangnya tidak mengetahui siapa Fauzi kerana bekerja di tempat lain. Hanya Dania, Ria dan Maya bekerja satu pejabat. “ Hensem memang hensem…tapi tulah…”. Balas Maya. Kami tergelak sama. “ Tapi tulah apa?”. Naina bertanya lagi. “ Menjengkelkan…”. Balas Ria sambil tersenyum. Naina tersenyum juga. “ Kiranya mamat tu memang berkenan kat kau lama dah ek?”. Tanya Naina lagi. “ Memang lama dah, tapi Nia ni yang tak layan…dulu dia ada couple ngan seorang kawan pejabat kitorang lepas tu putus sebab tak tahan dengan perangai mengawalnya tu…dah faham sangat dia macam mana…”. Ria menjawab tenang. Naina leka mendengar. Dania dan Maya pula leka menjamah keropok. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Serentak mereka bertiga memandangnya. Dania melihat nombor di skrin dan tersenyum. “ Eh-eh senyum pula minah ni…biar betul…siapa yang telefon?”. Tanya Maya. Dania hanya menggeleng, kemudian menjawab panggilan. “ Assalamualaikum…”. Pemilik suara di hujung talian memberi salam. “ Wa’alaikumsalam”. Dania membalas perlahan. Mereka bertiga masih merenungnya hairan. “ Dah sampai?”. Tanya Farhan bersahaja. “ Dah…awak?”. Gilirannya bertanya. “ Dah…”. Balas Farhan pendek. “ Mmm…kita cakap nanti ya, saya ada kerja sikit..”. Dania sengaja mengelak. Mereka bertiga tergelak kecil. “ Ok…nanti saya telefon awak…awak nak telefon pun tak apa…saya tak kisah…bye…assalamualaikum”. Ujar Farhan. “ Wa’alaikunsalam”. Dania mematikan talian. Telefon diletakkan di sisinya. “ Bukan Fauzi kan?”. Tanya Maya sambil merenungnya tajam. Dania menggeleng. “ Habis siapa?”. Naina pula bertanya. Dania hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. “ Minah ni sewel ke apa…ada aku ketuk kang…”. Ujar Maya sambil melayangkan tangannya. Dania hanya tergelak kecil. Ria hanya memandang. Dania membalas pandangannya sebentar. “ Wei…aku penat lah…nak tidur dulu…korang makan lah ek…”. Ujar Dania dan mahu bangkit. “ Ya lah tu…pergi lah tidur…”. Balas Maya tidak puas hati. “ Tak baik tau kau Nia…cerita tak habis…”. Naina menarik muka masam. Namun tiba-tiba telefonnya bordering, lantas dia tersenyum. “ Penyakit angau kalau menyerbu rumah kita ni memang parah…yang marah boleh tersenyum, yang murung boleh bertukar jadi lain macam…”. Perli Maya sambil menyuap keropok ke mulutnya. Dania dan Ria hanya tersenyum. Naina segera beredar ke ruang balkoni menjawab panggilan. “ Eleh…kau pun sama Nia…”. Ujar Maya bersahaja. “ Eh, apa pula aku…ok, aku masuk tidur dulu lah…bye…bye…”. Dania bangkit perlahan, namun sempat melemparkan senyuman kepada Ria dan Maya. Mereka hanya menggelengkan kepala.

Monday, September 26, 2011

Ruang Rindu 8

“ Mak cik…”. “ Mmm…kenapa?”. “ Kita memang kena ke pergi sana?”. “ Pergi mana?”. “ Pantai Cahaya Bulan”. “ Owh..a’a…kenalah…mak cik teringin pergi sana”. “ Tapi bukan ke dah selalu mak cik ke sana, kita tak payah pergi kali ini boleh tak?”. “ Kenapa pula? Han tak suka ke…”. Farhan mengeluh panjang. “ Bukan Han tak suka, tapi…”. Dia kematian kata. Puan Sarah tersenyum panjang. “ So, takde alasan lah kan…”. Puan Sarah memberi kata putus. Puan Sarah merupakan ibu saudara Farhan yang paling bongsu. Sudah lima tahun bergelar janda. “ Jom lah kita ke sana…tadi Han telefon siapa? Tasha ke?”. Farhan merenung tajam ibu saudaranya. “ Mak cik kan tahu Han dengan dia dah takde apa-apa…kenapa pula Han nak telefon dia…takde sebab…Han minta pada mak cik, jangan sebut nama dia depan Han lagi…ok”. Ujar Farhan tegas sambil menghidupkan enjin kereta. “ Ya lah, mak cik tanya je…budak ni kalau datang angin dia…”. Puan Sarah membebel perlahan. Farhan tersenyum dalam sembunyi. “ Mak cik membebel apa tu?”. Tanya Farhan sambil tersenyum. Puan Sarah tersentak. Farhan tergelak kecil. Akhirnya mereka tergelak sama. Farhan memandu tenang menuju ke Pantai Cahaya Bulan. Pada mulanya Fahimi, abang kepada Farhan yang mahu menghantar ibu saudaranya ke Terengganu, namun pada saat akhir dia perlu ke Jepun atas urusan perniagaan. Akhirnya terpaksalah Farhan yang menghantar Puan Sarah, ibu saudaranya itu yang mahu bertemu dengan ibu mertuanya. “ Mak cik nak buat apa kat sini?”. Farhan masih tidak memahami mengapa ibu saudaranya itu suka berkunjung ke sini apabila menjejaki negeri Terengganu. “ Banyak kenangan dan nostalgia mak cik kat sini Han…”. Ujar Puan Sarah perlahan. “ Maksud mak cik?…selama ni Han tak pernah tahu kenapa…memang Han tahu mak cik suka pergi sini, tapi tak tahu sebab apa”. Tanya Farhan sambil memandang ibu saudaranya. “ Banyak kenangan mak cik dengan arwah dekat sini…mak cik rindukan dia…”. Balas Puan Sarah sebak. Farhan mengelus lembut bahu ibu saudaranya. Puan Sarah menjadi janda dalam usia yang muda. Pada usianya 32 tahun, suaminya meninggal dunia kerana menghidap penyakit Kanser Otak. “ Maafkan Han mak cik…buat mak cik sedih…mak cik janganlah nangis, tak elok orang pandang…nanti orang fikir bukan-bukan pula…mak cik ni muda lagi tahu…cantik, bergaya…kalau orang tengok mesti fikir Han ni pak we mak cik…”. Farhan sengaja mengusik ibu saudaranya. “ Han ni saja je tau…”. Puan Sarah tergelak kecil. Dia mengesat air matanya dengan tisu yang dihulurkan oleh anak saudaranya. “ Mak cik nak pergi sana…Han nak ikut?”. Ujar Puan Sarah sambil menunjukkan tangannya ke arah pantai. “ Mak cik pergilah…Han tunggu kat sini je…”. Balas Farhan sambil melemparkan senyuman. Puan Sarah melangkah pergi setelah mengangguk perlahan. Tekak Farhan terasa haus. Dia bergerak menuju ke kedai berhampiran. Setelah membeli air, sengaja dia duduk di salah satu bangku sambil memerhatikan ibu saudaranya dari jauh. Sungguh dia simpati pada ibu saudaranya itu, kehilangan suami tanpa zuriat. Dalam termenung dan memerhatikan ibu saudaranya yang leka memandang kea rah laut, dia terpandang susuk tubuh dan wajah yang dikenalinya. ‘ Dia buat apa kat sini? Jauhnya cari ketenangan ’. Getus hatinya. Namun akhirnya dia melangkah perlahan menghampiri gadis itu. Gadis itu leka menghadap laut. Rambutnya beralun lembut ditiup angin. “ Assalamualaikum”. Ujar Farhan perlahan apabila sudah berdiri di sebelah gadis itu. “ Wa’alaikumsalam”. Dania tersentak, namun sempat menjawab salamnya. “ Dania kan?”. Dania tambah terkejut apabila lelaki yang berdiri di hadapannya waktu ini mengetahui namanya. “ Awak…”. Ujar Dania sambil merenungnya. “ Tak baik tau renung anak teruna orang lama-lama…”. Dania malu disindir begitu. Segera dialih pandangan ke arah laut semula. “ Saya bergurau je tadi…saya Farhan”. “ Mana awak tahu nama saya?”. Tanya Dania lembut. Dia tidak mahu berkasar dengan orang yang dtidak dikenalinya ini. Namun dia harus tahu dari mana lelaki ini tahu mengenai dirinya. “ Perlu ke awak nak tahu…awak buat apa kat sini? Menangis lagi ke?”. Dnai merenung tajam wajahnya. “ Awak tak de hak campur urusan saya…”. Balasnya geram. Farhan tersenyum manis. Tiba-tiba telefon Dania berdering. Dia melihat nama pemanggil di skrin dan mengeluh perlahan. Namun dijawab juga pangilan itu. Lelaki di sebelahnya itu hanya memerhati. “ Kenapa lagi ni?”. Ujar Dania kasar. “ Tak…saya risaukan awak…awak dah sampai mana?”. Tanya Fauzi lembut di hujung talian. “ Tak payah risau…saya pandai jaga diri saya sendiri…saya minta tolong sangat-sangat pada awak, tolong jangan ganggu saya lagi…saya bosan tahu tak?”. Dania mengendurkan suaranya. Dia mahu Fauzi faham. Lelaki di sebelahnya menghulurkan tangan tanda meminta telefonnya. Dania memandangnya hairan, namun entah mengapa dia tetap menghulurkannya. “ Assalamualaikum, encik…tak kanlah perlu di ulang banyak kali, bila orang dah kata tak suka maksudnya tak suka…untuk pengetahuan encik, dia selamat…jangan risau pasal dia ok…”. Farhan bertutur lembut. Dania hanya memerhati. ‘Huh, lelaki ini biar betul’. “ Awak ni siapa?”. Tanya Fauzi kuat. “ Siapa saya, encik tak perlu tahu…tapi apa yang encik perlu sangat tahu, Dania tak suka diganggu encik…ok, bye..assalamualaikum.”. Farhan mematikan talian, kemudian menghulurkan telefon kepada Dania. Dia melemparkan senyuman. Dania teragak-agak mahu membalas senyuman itu. Namun akhirnya Dania tergelak kecil. Farhan juga sama, dia leka memerhatikan wajah gadis dihadapannya. “ Kan cantik selalu macam ni…manis je dipandang”. Dania menghentikan tawanya. Malu ditegur begitu. “ Terima kasih”. Ujarnya pendek. “ Sama-sama kasih ”. Balas Farhan sambil tersenyum lagi. ‘Asyik tersenyum saja, nanti luruh jantung aku melihatnya. Oops. Aku senyum dalam sembunyi’. “ Maksud saya terima kasih sebab tolong jawab telefon tadi…”. Farhan tergelak kecil. “ Tahu”. Balasnya pendek dalam sisa senyumnya. “ Dia ke orang yang awak marah-marah tadi?”. Tanya Farhan serius. Dania merenungnya hairan. “ Marah siapa?”. Dia bertanya semula kepada Farhan. “ Eh…lupa pula”. Farhan mengeluarkan telefonnya. Dia menaip sesuatu, namun tiba-tiba telefon Dania berdering. Dania melihat di skrin ditelefonnya. Nombor pemanggil misteri tadi. “ Awak…”. Dania terkedu. Farhan menghalakan telefonnya kepada Dania. Nama Dania tertera di skrin telefonnya. “ Awak…”. Dania kematian kata sekali lagi. Farhan mematikan talian. Dania merenungnya tajam. “ Mana awak dapat nombor saya…nama saya…”. Tanyanya serius. “ Kaunter khidmat pelanggan”. Ujar Farhan bersahaja. “ Saya serius ni…”. Dania berlagak tenang. “ Saya pun serius apa…nampak macam main-main ke?”. Farhan bergerak ke kerusi tempat dia duduk tadi. Terasa lenguh lama berdiri. Dania menuruti langkahnya. “ Kenapa awak ikut saya? saya bukan suami awak tau…”. Farhan sengaja mengusik. Dania menjelingnya geram. “ Ala…la…gurau je…duduklah dulu…saya letih sebenarnya berdiri lama-lama…”. Dania menuruti arahannya. “ Awak belum jawab soalan saya…orang yang sama ke awak marah tadi, masa awak marah-marah saya waktu saya telefon tadi?”. Soal Farhan lembut. “ Sorry…saya bukan marah awak…saya ingat dia yang telefon”. Balas Dania sambil mengalihkan pandangan apabila Farhan merenungnya. “ Tahu…boleh tahan juga garang awak ni ek?”. Farhan tergelak kecil. Dania tertunduk malu. “ Awak buat apa kat sini? tak kan jauh sangat cari ketenangan…”. “ Tak lah…suka-suka je awak perli saya…saya ada kursus kat sini…tengah hari tadi baru habis…saja ambil angin kat sini…saya suka pantai ni…cantik”. Ujar Dania jujur. Farhan mengangguk perlahan. “ Awak pula?”. Giliran Dania menyoal. “ Bawa mak we jalan-jalan”. Farhan membalas bersahaja. “ Hah?”. Dania agak terkejut. Farhan tergelak kecil. “ Mana mak we awak?”. Dania memandang sekeliling. Farhan menunjukkan ke arah seorang wanita di hujung sana. Wanita itu kelihatan leka memandang ke arah laut. “ Owh…kenapa tak temankan dia?”. Soal Dania lagi. “ Saja…dia perlukan ruang untuk bersendiri…”. Balas Farhan masih selamba seperti tadi. “ Kenapa? Awak bergaduh dengan dia ke?”. Kali ini Farhan tergelak besar. Namun akhirnya dia berhenti apabila Dania merenungnya tajam. “ Kenapa? Salah ke soalan saya?”. Soal Dania geram. “ Tak de lah…tak salah…Cuma kelakar”. Farhan tersenyum lagi. “ Mak we awak tak cemburu ke tengok awak duduk dengan saya kat sini?”. Dania merenung wajah lelaki di hadapannya. Frahan tergelak lagi. “ Bukan saya yang duduk dengan awak, awak yang duduk dengan saya…”. Farhan membalas selamba. Dania ingin bangkit, namun cepat dihalang olehnya. “ Eh…saya gurau je lah…dia tak kan cemburu…lagi suka ada lah agaknya…”. Dania pelik mendengar jawapannya. Waktu itu wanita yang dikatakan mak wenya itu menghampiri mereka. Dania mula kaget, namun Farhan dilihat masih selamba. “ Han…siapa ni? Kawan Han ke?”. Lembut suara wanita itu. ‘Umurnya dalam lingkungan 30 lebih, tapi masih cantik dan bergaya. Tidak hairanlah lelaki ini menyukainya’. Aku mengatur kata dalam hati. “ A’a…kawan Han…Dania nama dia’. Balas Farhan sambil berdiri bersebelahan wanita itu. Dania menghulurkan tangan ingin bersalam. Huluran tangannya di sambut mesra. “ Cantik”. Dania dapat mendengar wanita itu berbisik kepada Farhan. Farhan hanya tersenyum. “ Mm…cik?”. Soal Dania takut-takut. Farhan dan wanita itu tergelak. Dania hanya memerhati. “ Panggil je mak cik Sarah…”. Ujarnya sambil tersenyum. Dania memandang Farhan hairan. Farhan tentu tahu persoalan di benaknya. “ Kenapa?”. Wanita itu menyoalnya apabila melihat dahinya berkerut. “ Mm…tadi…”. Dania kematian kata. “ Mak cik ni, mak saudara Han…kenapa Dania nampak hairan je…”. Soal wanita itu lagi. Farhan tegelak kecil. “ Awak…!”. Dania menjeling geram. “ Saya bergurau je tadi…jangan marah..”. Ujar Farhan sambil tersenyum. “ Han cakap apa dengan Dania tadi?”. “ Han kata mak cik ni mak we Han…”. Mereka berdua tergelak sama. Dania hanya memandang sebal padanya. “ Teruklah Han ni…kesian Dania…minta maaflah Dania, Han ni memang suka bergurau…”. Puan Sarah cuba menjernihkan keadaan. “ Tak pelah mak cik…Saya minta diri dulu…”. Dania menyalami wanita itu. Puan Sarah menyambut mesra namun menjeling anak saudaranya. Farhan hanya tersenyum. Dania bergerak meninggalkan mereka. “ Dania…tunggu”. Farhan tiba-tiba terjerit kecil. Waktu itu Puan Sarah beredar ke arah lain. “ Marah ke?”. Tanya Farhan lembut. “ Tak lah…tak de sebab saya nak marah…saya nak balik dulu”. Dania mempercepatkan langkahnya. “ Ya lah…orang marah kat kita kan, nak buat macam mana..ok lah…saya pun nak balik juga…hati-hati ya memandu…assalamualaikum”. Farhan bergerak pergi. Dalam diam Dania menjawab salamnya. Dia melihat Farhan memasuki keretanya, kelihatan Puan Sarah melambaikan tangan ke arahnya dan tersenyum manis. Dania membalas lambaian dan senyuman itu. Farhan merenung dari jauh. Dania tidak mengendahkan. Lantas dia memasuki kereta dan beredar.

Monday, September 12, 2011

Suara jiwa

Dalam kerendahan hati sebagai hamba kepada pencipta... Tadahan doa ini aku selitkan dengan rasa syukur... Adakalanya aku terkaku dan tersedu sendiri Namun ternyata bibir ini menguntum senyum dengan anugerahnya... Entah mengapa... saat ini aku bahagia melaluinya... Rasa yang tidak pernah kau tempuh sebelum ini.. Ternyata ia berbeza... Sukar diungkap dengan kata-kata.. Sekadar bermain-main di sanubari dan jiwa Andai Kau tahu... Betapa aku menghargai anugerah terindah ini.. Namun aku juga sentiasa menyedari... Bahawa aku perlu sentiasa mengingati Jalan ini bukan milikku mutlak... kerana Kau selalu ada... Andainya permintaanku ini keterlaluan... maafkan aku... andai bisa.... Restuilah anugerah ini tetap milikku... Kata hati...Kata jiwa... Biarkan aku di sini..........................

Tuesday, August 16, 2011

Anugerah Suci (1)



" Kenapa awak ambil keputusan ni?". Soal Balqis perlahan. Waktu itu Asyraf duduk bertentangan dengannya.
" Saya minta maaf mengecewakan awak…saya tak nak awak anggap saya gembira dengan keputusan ni, Cuma mungkin ini terbaik untuk kita". Balas Asyraf bersahaja.
" Apa maksud awak?saya tak faham…". Soal Balqis lagi.
" Balqis…saya tahu awak jelas tentang perasaan kita masing-masing, tapi semakin lama saya dapat rasakan apa yang kita lalui ini tidak benar caranya…bila awak selalu kelihatan cantik untuk saya, saya takut berdepan dengan dosa yang mungkin saya cipta untuk awak…bila awak sentiasa bersama saya, saya takut iman saya tak kuat menahan nafsu saya…bila awak melebihkan saya daripada orang lain, saya bimbang awak terlepas sesuatu yang lain…mungkin sesuatu yang lebih penting daripada itu…". Balas Asyraf panjang lebar.

" Kalau awak rasa macam tu, kenapa awak tak tamatkan semua ni dengan cara yang halal?". Balqis seakan tidak puas hati.
" Balqis, saya bukan mahu melarikan diri daripada tanggungjawab, andai saya rasa saya mampu dan layak bergelar suami untuk awak, pasti dah lama saya sunting awak jadi permaisuri yang halal bagi saya…saya tak nak cipta alasan yang nampak kolot bagi awak dan orang sekeliling kita, tapi percayalah Qis mungkin Tuhan nak kita belajar sesuatu daripada pengalaman ini…masih banyak yang perlu kita belajar…sebelum kita melangkah setapak lagi, iaitu alam perkahwinan…saya tak mahu terus menyemai harapan untuk awak, sedangkan saya sendiri belum pasti apa yang menanti di hadapan sana…saya tak pernah meragui perasaan awak pada saya, atau pun sebaliknya, tapi saya bimbang mungkin saya akan jadi punca penderitaan awak pada masa akan datang…". Balqis tekun mendengar.

" Awak seolah tidak menghargai perasaan saya sebelum ni, apakah segala yang telah kita lalui tidak mempunyai nilai langsung sehingga awak tergamak mengambil keputusan yang awak tahu benar-benar mengecewakan saya…saya kesal orang yang selama ini saya beri kepercayaan penuh melakukan semua ini pada saya…". Ujar Balqis sambil merenung tajam lelaki di hadapannya.
" Awak memang berhak marah saya Qis…kalau saya jelaskan semuanya pun awak tetap akan kecewa…maafkan saya". Asyraf tidak mampu melihat air mata itu gugur.
" Saya tak mahu terus memaksa awak…memang saya akan merasai kesakitan atas keputusan ini, tapi saya juga ingin melihat awak bahagia…andai inilah jalan takdir untuk saya dan awak…saya akan cuba belajar terima kenyataan…". Akhirnya Balqis mengalah.

" Awak redha kan Qis?". Soal Asyraf pula.
" Kalau saya tak redha pun, awak tak kan tarik keputusan ni kan?".Balas Balqis bersahaja. Asyraf tersenyum nipis.
" Saya bukan tolak awak Qis…saya tak buang awak, awak masih kawan saya, Cuma kita tak akan menjalani kehidupan seperti sebelum ini…".
" Saya tak janji boleh teruskan…saya harap awak faham kalau saya tak tegur awak lepas ni…jujur saya tak bencikan awak sebab keputusan ini, tapi saya harap saya diberi kekuatan menghadapi semua ni…rasanya saya dah jelas tentang semua ni…saya balik dulu…terima kasih untuk segala-galanya…". Balqis bangkit dari duduknya dan ingin beredar, namun langkahnya terhenti apabila Asyraf bersuara. Waktu itu tubuhnya membelakangkan Asyraf.

" Awak boleh nangis Qis, saya tak nak awak pendam perasaan seorang diri…tapi saya minta maaf sebab tak dapat menyapu air mata awak lagi lepas ni…". Asyraf bersuara lirih. Balqis menahan air matanya yang bergenang. Dia menghantar pandangan sayu pada Asyraf.
" Saya faham…terima kasih". Balqis melangkah pergi.
" Qis…". Asyraf memanggil perlahan. Balqis hanya memperlahankan langkahnya tanpa menoleh ke belakang.
" Jaga diri". Ujar Asyraf. Balqis hanya berhenti melangkah sebentar, kemudian dia meneruskan langkahnya bersama air mata yang bergenang. Balqis tahu dia perlu kuat menghadapi semua ini.
Asyraf hanya menghantar pemergian Balqis dengan pandangan sayu.'Saya minta maaf Qis'. Getus Asyraf dalam hati.

Monday, August 15, 2011

Buat aku Tersenyum...

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku
Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu
Rumahnya Cikgu Ayu
Pujaan hatiku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu
Juga kawan-kawanku ayah ibu

Cikgu Ayu
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cikgu Ayu

" I'm appreciate it "..

Bicara Hati

Lembut bayu yang menyentuh hati
Seolah memahami perasaan yang hadir
Tatkala hati bergetar menanti sinar
Tangan juga ditadah menggamit kelapangan hati

Di saat aku merasa tersisih
Di kala malam sepi yang meniupkan wajah duka
Aku berterima kasih pada bintang-bintang yang setia bersamaku
Sedang tangis yang menemani seketika cuma...

Purnama kasih yang dikirim mengiringi cahaya yang suram
Terasa damai melihat puing-puing harapan bersama taburan debu ombak
Walau kerelaanku diragut...ternyata aku bahagia di sini
Bersama-sama redup fajar yang bakal tiba...
Biarkan aku merasai kemanisan ini
Andai jalan takdirku tidak lagi seperti ini kelak...
Kemanisan yang berteman suara ombak yang memecah sepi yang datang...

Saturday, August 13, 2011

Bicara Hati


Redup angin yang hadir, membuat aku tertunduk..
Bayu yang seolah mencelah di sebalik mentari yang ada..
Terbit fajar yang hilang menadah gerimis yang datang..
Dalam rembesan temu ada jiwa yang terhenti...

Seringkali terdampar di pulau sepi tanpa kata-kata..
Hanyut dalam arus kerakusan duniawi yang bersifat memperdaya..
Resah menanti di sebalik usia yang semakin memamah masa..
Tiada kata dapat diungkap menceritakan segalanya..
Hanya kita...dan Dia..yang tahu rahsianya...

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 46

" Abang". Tegur Sara lembut sambil melemparkan senyuman apabila Ariff kelihatan memasuki ruang bilik dia ditempatkan di hospital.
" Sara ok?". Soal Ariff perlahan. Sara hanya menganggukkan kepalanya.
" Abang ok?". Soal Sara pula kerana hairan Ariff seperti tidak gembira.
" Ok…jom balik". Balas Ariff bersahaja sambil membantu isterinya turun dari katil. Masih terngiyang-ngiyang di telinganya suara lelaki itu. Semalam sejurus dia pulang, dia membelek lagi telefon isterinya.
' Sombong sangat ya sekarang?tak kan dah lupa saya…sedih lah macam ni'. Ariff membaca mesej yang baru masuk di telefon isterinya. Ariff segera mendail nombor pemilik mesej tadi. Sengaja dia mendiamkan diri menanti orang di hujung talian memulakan bicara.

" Hello, sayang..Tuhan je tahu gembiranya saya bila awak telefon…awak sihat?". Ariff hanya mendengar.
" Kenapa tak nak cakap?saya rindu nak dengar suara awak…". Pemilik talian berbicara lagi. Ariff menahan rasa. Akhirnya dia mematikan talian.
" Abang..". Tegur Sara lagi kerana dilihat suaminya mengelamun.
" Mm..".
" Abang kenapa? Tak sihat?".
" Taklah..jom..abang hantar Sara rumah mama ya? Abang kena pergi Pulau Pinang hari ni sampai esok..".
" Kalau Sara duduk rumah je tak boleh?". Balas Sara seperti meminta simpati. Ariff merenung tajam wajah isterinya.
" Ok..Sara duduk rumah mama". Ujar Sara lagi apabila renungan tajam itu seolah menggertaknya.
" Abang tak nak apa-apa jadi kat Sara nanti…tinggal rumah mama ada teman". Ujar Ariff pula sekadar menutup kata.
" Ok". Balas Sara sambil memeluk lengan suaminya. Ariff hanya membiarkan. Hatinya tidak keruan memikirkan siapa lelaki yang berhubung di telefon isterinya.
…………………………………………………………………………………………………………………………...

" Abang…". Panggil Sara lembut. Waktu itu mama dan papa hanya menjadi pemerhati. Ariff hanya berpaling sikit. Sara segera menghampiri suaminya kemudian disalami tangan suaminya.
" Hati-hati bang". Ujar Sara lembut sambil melemparkan senyuman. Ariff hanya mengangguk namun endah tak endah. Sara hairan melihat suaminya, namun dibiarkan sahaja. Akhirnya dia hanya melihat dari jauh Ariff pergi tanpa menoleh sedikit pun kepadanya.
" Sara dengan Ariff ada masalah ke?". Soal mama lembut setelah papa berlalu ke dapur.
" Entahla ma..Sara rasa ok je..tak tahu kenapa abang tiba-tiba macam tu…mungkin Sara ada buat salah apa-apa agaknya". Balas Sara sambil tersenyum hambar. Mama mengusap perlahan bahu menantunya.

" Tak ada apa lah tu..mungkin dia nak cepat..Sara jangan ambil hati ye?".
" Tak apa ma..". Balas Sara lagi.
" Dah lah..Sara pergi rehat kat atas…mama nak pergi pasar dengan papa kejap, ke Sara nak ikut?".
" Tak pe lah ma…Sara letihlah..lagi pun doctor nasihat jangan aktif sangat kan?".
" Mm..yelah..betul juga…mama pergi dulu ya?". Ujar mama lagi setelah papa kelihatan ke ruang tamu sambil memegang kunci kereta.

"Baiklah ma…".
" Sara pergilah rehat kat bilik…nanti apa-apa telefon papa ye". Ujar papa pula sambil melemparkan senyuman. Sara hanya mengangguk. Tidak lama kemudian dia berlalu ke biliknya di tingkat atas. Dia mendail nombor suaminya menggunakan telefon rumah di biliknya.
" Hello abang…assalamualaikum".
" Waalaikumussalam..kenapa Sara?".
" Tak ada apa..abang ok?".
" Ok je..Sara ok ke?".
" Sara ok..Cuma rindu kat abang..".
" Abang baru je pergi tak sampai 10 minit, tak kan dah rindu?".
" Rindu sangat-sangat". Balas Sara manja.
" Esok abang balik…Sara jaga diri".
" Ok..abang pun..assalamualaikum".
" Waalaikumussalam". Sara mematikan talian setelah mendengar suaminya menjawab salam. Hatinya lega kerena dapat mendengar suara suaminya kedengaran biasa. Mungkin tadi suaminya benar-benar nak cepat. Sara mengambil tempat di katil kemudian merehatkan dirinya di situ.











Tuesday, July 26, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 45

" Alhamdulillah, kandungan isteri encik selamat..Cuma berlaku sedikit pendarahan..saya nasihatkan isteri encik diberikan rehat yang lebih cukup dan elakkan terlalu aktif untuk tempoh terdekat…". Ariff menarik nafas lega. Namun otaknya ligat berfikir. Setahunya, Sara memang banyak dihalang melakukan kerja dan dia sentiasa mengawasi isterinya, Cuma mungkin ini semua di luar jangkaan mereka.
" Terima kasih doctor…boleh saya bawa isteri saya balik?".
" Saya nasihatkan biar isteri encik berehat di hospital untuk sehari dua…mungkin dia perlukan ketenangan". Balas doctor muda itu sambil melemparkan senyuman manis buat Ariff.

" Baiklah doctor, terima kasih". Ujar Ariff sambil tersenyum kelat. Setelah doctor itu berlalu, Ariff juga melangkah perlahan menghampiri bilik isterinya. Waktu jelas kelihatan Sara terbaring dan sedang lena tidur. Ariff melangkah masuk kemudian menuju ke hujung sudut bilik rawatan itu. Ariff membuang pandang ke arah tingkap dihadapannya.

Akhirnya dia mengeluh perlahan, kemudian berpaling dan bersandar ke tingkap sambil menatap wajah isterinya dari jauh. Lama ditatapnya, baru dia perasan ada ruang keresahan di wajah itu. Namun dia sendiri tidak mengerti apakah sebabnya. Setahunya dia dan Sara sekarang bahagia, Cuma Sara dilihat seakan-akan menyembunyikan sesuatu. ' Telefon'. Getus Ariff sendiri. ' Adakah ada kena mengena dengan panggilan tidak berjawab di telefon isterinya'. Ariff menghampiri isterinya. Dia mengambil tempat di kerusi bersebelahan katil isterinya.

" Apa masalah Sara sebenarnya?". Bisik Ariff sambil mengelus lembut tangan isterinya. Sekali lagi Ariff merenung wajah isterinya. Tidak sedar waktu itu mama dan papa melangkah masuk ke bilik dan menghampiri mereka.
" Macam mana dengan Sara Riff?". Soal mama tidak sabar.
" Riff!". Tegur mama perlahan. Ariff tersentak kemudian memandang ke arah pemilik suara.
" Mama…papa". Ujar Ariff sambil tersenyum nipis.
" Sara macam mana?". Soal papa pula. Mama sekadar mengangguk.

" Alhamdulillah…Sara dan kandungan dia taka pa-apa..Cuma ada berlaku sedikit pendarahan..doktor kata Sara perlukan rehat yang lebih".
" Alhamdulillah". Balas mama dan papa serentak.
" Kenapa kamu termenung tadi?kami masuk pun tak perasan". Soal mama sambil mengambil tempat berhadapan dengan Ariff. Di situ terletak satu kerusi. Ariff bangkit kemudian member laluan kepada papanya.
" Tak ada apa ma..Ariff penat…". Balas Ariff pendek.
" Mmm, kenapa kamu pakai pakaian pejabat lagi ni?". Soal papa sambil melirik dari atas ke bawah kepada anaknya.

" Ariff balik lewat malam tadi…,balik kerja terus terlena…bila bangun, Sara sediakan air panas untuk Ariff mandi..tiba-tiba jadi macam ni..tak sempat nak tukar". Balas Ariff panjang lebar. Mama dan papa sekadar mengangguk.
" Abang..". Ariff segera merapati isterinya apabila mendengar panggilan Sara.
" Ya, abang kat sini…Sara ok?". Soal Ariff lembut. Sara menyelak selimut yang menutupi perutnya. Dia menyentuh perutnya perlahan. Dia tersenyum apabila dapat merasakan gerakan janin di dalam tubuhnya.

" Alhamdulillah". Ucap Ariff seolah mengetahui apa yang sedang bermain di fikiran isterinya.
" Sara kena banyak berehat, kurangkan aktif untuk masa ni…pendarahan boleh berlaku dalam macam-macam situasi, Sara kena hati-hati ye..". Nasihat mama sambil menyentuh bahu menantunya. Papa sekadar menjadi pendengar.
" Baik ma..Sara akan lebih hat-hati".
" Ariff pergilah balik dulu,,,mandi dan rehat. Biar mama jaga Sara kat sini". Arah mama lembut.
" Tapi ma…".
" Baliklah dulu, papa tengok kamu pun letih sangat…kalau kamu sakit nanti, siapa nak jaga Sara…". Ujar papa pula member arahan lebih tegas. Ariff dan Sara bertemu pandang. Sara mengangguk perlahan kepada suaminya.

" Abang balik kejap, siap mandi abang datang semula ya?".
" Sara rasa ada baiknya abang datang siang nanti je..lagi pun dah pagi ni…abang mesti penat…rehatlah dulu kat rumah…Sara boleh jaga diri Sara, jangan risau".
" Ok lah, kalau Sara dah cakap macam tu…abang balik dulu. Nanti abang datang". Balas Ariff sambil mengucup perlahan dahi isterinya. Sara sekadar mengangguk. Ariff berlalu setelah itu.
" Mama dengan papa…Sara tak kisah je tinggal sini, Sara tak nak susahkan mama dan papa…".
" Tak apa…biar mama temankan kamu…".Sara hanya melemparkan senyuman.
" Tidurlah Sara…Sara kena banyak berehat". Ujar papa lembut. Seperti anak kecil Sara hanya menuruti, kemudian dia memejamkan matanya.
" Ma..pa..". Sara membuka mata semula. Mama dan papa serentak memandang menantu mereka.
" Terima kasih". Ucap Sara pendek sambil melemparkan senyum nipis. Mama dan papa sekadar mengangguk.

Monday, July 25, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 44

' Rindu saya tak?'. Sara memadam mesej misteri itu dengan segera. Waktu itu jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering. Sara membiarkan. Namun deringan telefon itu nampaknya menganggu tidur suaminya.
" Sara…kenapa tak angkat telefon tu?". Soal Ariff dari atas katil. Ketika itu Sara duduk di sofa berhadapan katil dalam bilik tidur mereka. Ariff yang baru pulang kerja jam 10 malam tadi terlena kepenatan. Sara segera menekan butang merah di telefonnya.

" Maaf bang…Sara tak perasan tadi". Ariff bangkit dari pembaringan. Dia melemparkan senyuman nipis kepada isterinya.
" Letihnya abang hari ni…". Ujar Ariff lembut.
" Nak Sara masak air panas untuk abang mandi?". Ujar Sara pula sambil cuba bangkit perlahan.
" Eh, tak payah…". Tegur Ariff cepat. Sara masih juga bangkit, kemudian mengambil tempat di sisi suaminya.
" Mandi air panas kan selesa nanti..Sara masak kejap ye..". Sara berlalu. Ariff hanya membiarkan. Ariff bangkit dan menuju ke arah sofa tempat isterinya duduk tadi. Segera dicapai telefon bimbit milik isterinya. Dibuka ruangan panggilan tidak berjawab. Ada 10 panggilan tidak berjawab dengan pemanggil yang sama. Dahinya berkerut sedikit, namun akhirnya dia meletakkan kembali telefon milik isterinya ke tempat asal.

" Abang…".
" Ya…abang datang". Ariff berjalan menuju ke pintu bilik air.
" Kenapa ni?". Soal Ariff kaget apabila melihat isterinya berkerut menahan sakit.
" Darah..". Ujar Sara perlahan sambil menyelak sedikit kainnya. Ariff nampak terkejut.
" Hah? Kenapa?". Balas Ariff sambil memaut tubuh isterinya. Sara memegang perutnya yang sedikit membesar sambil meminta simpati suaminya. Ketika ini usia kandungannya baru mencecah 4 bulan. Ariff segera mencempung tubuh isterinya lalu beredar keluar dari bilik air.
" Kita pergi hospital..".Ujar Ariff membuat keputusan. Sara sekadar mengangguk. Mereka terus ke hospital.
" Sara takut bang…".
" Sshhh…abang ada, jangan risau". Ariff cuba menenangkan isterinya.

Sunday, June 5, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 43

" Sara…Sara…". Panggil Ariff lembut sejurus keluar dari bilik air. Namun tiada suara yang menyahut. Juga tidak kelihatan di sekitar bilik.
' Mana pula Sara ni?'. Getus Ariff dalam hati. Dia menyarung seluar dan t-shirt biasa. Setelah itu dia keluar dari bilik mencari isterinya.
" Sara…". Panggil Ariff lagi.
" Kat bawah agaknya". Ariff segera menghayun langkah menuruni tangga dan bergerak ke ruang tamu rumah mereka.

" Sara kat mana ni? Puas abang panggil tak sahut". Ujar Ariff sendiri. Ariff melangkah ke ruang dapur pula.
" Sa…Sara!". Ariff menjerit kuat. Dia menghampiri tubuh isterinya yang terbaring di atas lantai di dapur. Segera dipangku kepala isterinya.
" Sara…Sara..". Panggil Ariff agak kuat sambil menepuk perlahan pipi isterinya.
" Itu lah..degil abang cakap..tak nak dengar…". Bebel Ariff kaget. Segera dia mencempung tubuh isterinya menuju ke kereta. Dengan kadar segera dia memandu ke hospital berhampiran.

" Macam mana isteri saya doctor?". Tanya Ariff gelisah.
" Sabar encik…isteri encik tak ada apa-apa…ini Cuma symptom biasa…tapi saya nasihatkan dia banyakkan berehat…".
" Maksud doctor?". Soal Ariff lagi. Doktor muda itu melemparkan senyuman manis buatnya. Ariff mengangkat kening kepada wanita di hadapannya.
" Isteri saya….". Ariff tidak menghabiskan katanya.
" Ya..isteri encik mengandung 3 bulan…". Sekali lagi doctor muda itu tersenyum padanya.
" Doktor tak bergurau kan?". Ariff seakan tidak percaya sangkaannya benar-benar berlaku. Dia sangat menggimpikan saat ini buat kali kedua setelah peristiwa dulu.

" Saya tak bergurau…encik boleh bawa isteri encik pulang sekarang…tapi ingat jangan lupa beri dia makan ubat dan bawa dia ke hospital seperti waktu yang telah ditetapkan".
" Terima kasih doctor..terima kasih banyak-banyak". Ariff tersenyum mesra. Segera dia bangkit dan menemui isterinya di bilik rawatan.
" Terima kasih sayang…". Ujar Ariff begitu lembut di pendengaran Sara. Ariff mengucup dahi isterinya perlahan.
" Sara tunggu saat ni bang". Balas Sara sambil mencium tangan suaminya. Ariff mengangguk-nganggukkan kepalanya.
" Abang tahu..alhamdulillah…syukur pada Tuhan sayang, Dia perkenankan doa kita". Sara melemparkan senyuman. Waktu itu ada air jernih mengalir dari tubir matanya, yang pasti rasa terharu ini bersatu dengan syukur yang amat mendalam. Ariff mengesat air mata isterinya lembut.
" Patutlah perangai Sara pelik sangat…rupanya ada anak papa ye dalam ni?". Ujar Ariff sambil menyentuh lembut perut isterinya. Sara tertawa bahagia.

Friday, June 3, 2011

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 42

" Jomlah kita pergi klinik ye?". Puas Ariff memujuk isterinya dari tadi.
" Tak nak lah..Sara banyak kerja lah bang..".
" Muka Sara dah pucat sangat ni, abang risaulah macam ni..jom lah, kita pergi sekejap je".
" Ala, Sara taka pa-apa lah..abang je fikir bukan-bukan…dah lah..abang pergi mandi dulu..Sara nak siapkan kerja ni". Sara meneruskan kerjanya. Sejak Ariff pulang dari kerja tadi, Sara asyik sibuk dengan kerja di hadapan laptopnya.
" Sara ni degillah". Akhirnya Ariff melabuhkan punggungnya di atas tilam berhadapan isterinya. Sara tidak mengendahkan. Dia masih sibuk dengan kerjanya.
" Kepala abang sakitlah…Sara boleh tolong picitkan?". Ariff sekadar memancing isterinya. Sara hanya memandang sekilas.

" Mm, ". Sara bangkit perlahan, langkah di atur perlahan menghampiri suaminya.
" Sakit kat mana?". Soal Sara lembut.
" Sini". Balas Ariff perlahan sambil meletakkan tangan Sara di atas dadanya.
" Tadi kata sakit kepala?".
" Sakit kat sini lagi sakit…".
" Nak urut macam mana?". Soal Sara lurus. Ariff menggelengkan kepalanya perlahan.
" Apa yang sibuk sangat sampai kerja tu Sara kena selesaikan cepat…esok kan cuti..".
" Tadi kata sakit, membebel kat Sara pula ni kenapa?".
" Abang Cuma ajak Sara pergi klinik..muka Sara pucat ni". Ujar Ariff lembut sambil menyentuh pipi isterinya perlahan.

" Kan Sara kata, Sara tak sakit..muka Sara memang macam ni…abang yang merepek…baringlah..Sara urut kepala abang..memang abang ni sakit kepala ". Ariff mengeluh perlahan.
" Kenapa mengeluh?". Soal Sara lagi.
" Abang nak Sara dengar cakap abang..kita pergi klinik lepas maghrib ni…abang nak confirmkan…". Kata-kata Ariff terhenti di situ.
" Confirmkan apa?".
" Jom je lah..Sara pergi siap, abang mandi dulu…".
" Nak pergi klinik sebab abang sakit ke?".
" Bukan abang..Sara".

" Sara malaslah nak layan abang macam ni..dah banyak kali Sara cakap, Sara tak sakit, tak sakitlah…". Ujar Sara kemudian mengeluh perlahan.
" Apa masalahnya kalau kita pergi klinik..suruh doctor cek..mungkin Sara ada sakit apa-apa ke". Geram Ariff dengan sikap isterinya kali ini.
" Nak cek apa pula? Sara sihat je…abang ni buat Sara pening kepala lah…tadi kata abang sakit kepala, lepas tu sakit dada, lepas tu Sara pula jadi mangsa".
" Ok lah..abang tak paksa…suka hati Sara lah…abang nak mandi". Ariff akhirnya mengalah. Sara menilik wajahnya di cermin meja solek di hadapannya.
" Pucat ke? tak lah…". Ujar Sara perlahan. Waktu itu Ariff sudah berada di kamar mandi.