Pages

Monday, June 21, 2010

RuAnG rInDu 2

“ Kau ke mana tadi? Lepas waktu pejabat terus menghilang…aku call banyak kali tak angkat pulak tu…”. Dania merenung wajah suara yang menyapa tadi. Dia Ria, teman serumah dan sepejabatnya.
“ Wei…aku tengah cakap dengan kau ni, bukan dengan tunggul…ada kena minah ni dengan aku kang”. Ria mengangkat senduk ke arahnya. Dania tergelak perlahan.
“ Gelak pulak…aku tanya ni, kau ke mana tadi…malam baru nampak muka”. Ria masih mahu mengetahuinya.
“ Aku?..mmm, tadi aku pergi…”. Kata-katanya mati di situ.
“ Kau ni apasal hah? Dah hilang ingatan ke apa…”. Ria menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal.
“ Tak de ke mana…aku pergi beli buku ni tadi”. Ujar Dania sambil mengunjukkan beg plastik kepada temannya.
“ Tak kan beli buku sampai ke malam…kau ni biar betul”. Ria masih tidak berpuas hati. Dania memang tidak mahu berterus terang. Kalau dia memberitahu perkara sebenar, sudah pasti Ria akan membebel sepanjang malam. Nanti dikatanya itu lah, ini lah, tidak sanggup Dania mahu menadah telinga mendengar leterannya. Sebenarnya selepas kes lelaki tadi menyerahkan buku kepadanya, dia memanjangkan langkahku memandu ke pantai. Di situ dia menangis lagi. Memang dia lemah. Masih menangisi perkara yang sama. Sengaja dia bersolat maghrib dan isyak di masjid. Dania tidak mahu Ria dan teman-teman yang lain tahu dia menangis lagi hari ini.
“ Minah ni…memang aku ketuk jugak dengan senduk ni kang…berangan tak habis-habis…dah lah…pergi mandi…kau dah makan ke belum ni?”. Angannya terhenti, dia menggeleng laju sambil tersenyum manja.
“ Kau masak apa hah Ria? Perut aku ni pun dah berkeroncong”. Dania mengintai-ngintai kea rah dapur namun dihalang oleh Ria.
“ Dah..dah, pergi mandi dulu…aku tunggu kau”. Ria menolak tubuhnya perlahan ke arah tangga.
“ Thanks…ni yang aku sayang sangat kat kau ”. Ujarnya sambil mencubit perlahan pipi temannya itu.
“ Yelah tu…”. Dania melemparkan senyuman sebelum melangkah menaiki tangga. Ria menyambung kerjanya di dapur. Ria memang pandai memasak. Tidak hairanlah Aqif, merangkap tunangannya amat menyayangi dirinya.
“ Ria!!”. Dania menjerit dari tingkat atas.
“ Ya!..kenapa?”. Ria juga meninggikan suara sepertinya tadi.
‘ Apa halnya lagi minah ni…terpekik-pekik dari atas ’. Ria mengomel sendirian sambil menuju ke arah tangga.
“ Maya dengan Naina mana?”. Dania merendahkan volume suaranya apabila ternampak kelibat Ria.
“ Kau ni…aku ingat apa tadi, terjerit-jerit dari atas…”. Ujar Ria sambil menggeleng perlahan. Dania tersenyum sambil menggaru kepala yang tidak gatal seperti Ria sewaktu dia baru pulang tadi.
“ Diorang semua keluar…macamlah tak kenal, bukan nak lekat dekat rumah…ditinggalnya aku sorang-sorang kat rumah”. Ria menyambung kata. Dania hanya membalas dengan senyuman.
“ Pergi mandi cepatlah minah woi…”. Dania terkejut apabila tiba-tiba Ria menjerkahnya.
“ Ok, bos…saya menurut perintah”. Dania mengangkat tangan, lagaknya seperti anggota polis tabik kepada ketuanya. Ria hanya tersengih. Dania segera berlalu ke bilik. Ria menuju ke dapur semula. Setelah selesai mandi, Dania segera turun ke dapur.
“ Wah…sedapnya lauk…rajinnya malam-malam ni kau masak ek…”. Dania mengambil tempat di hadapan Ria.
“ Banyaklah kau bodek…dah makan jelah…”. Ria menghulurkan sepinggan nasi kepada temannya. Dania tersenyum manja.
“ Kau tak keluar ke macam diorang?”. Dania menyuap perlahan nasi ke mulut.
“ Macam lah kau tak kenal si Aqif tu…tak de maknanya nak di ajak aku ni keluar malam-malam buta macam ni…itulah…inilah…macam pak ustaz”. Ria mengeluh perlahan.
“ Eh, baguslah…kau teringin ke keluar macam diorang-diorang tu?”. Dania sengaja memancing kata.
“ Tak lah jugak…Cuma kadang-kadang nak lah jugak merasa keluar waktu malam, bukannya buat apa…dulu masa mula-mula couple ada je keluar malam…sejak dah tunang ni, berat sangat nak ajak aku keluar…kalau aku ajak pun dia tak nak…susah mamat tu”. Ria mengomel lagi. Dania tahu Ria sekadar melepas rasa, sedangkan dia tahu Aqif berbuat demikian kerana bersebab. Sebabnya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
“ Sabarlah ek…nanti dah kahwin mesti dia dah tak macam tu…tapi kan ada baiknya apa yang dia buat tu…betul tak?”. Dania menambah lauk. Ria memandangnya sambil mengangguk perlahan.
“ Aku tahu…tapi tu lah…tak pe lah…tutup cerita pasal aku, kau ke mana sebenarnya petang tadi?”. Dania tidak jadi menyuap nasi. Ria memandangnya hairan.
“ Mesti ada apa-apa yang kau rahsiakan dari aku kan?”. Ria merenungnya tajam. Dania menyudahkan nasi di pinggannya. Ria tidak memaksa.
“ Ok lah, aku tak paksa…”. Akhirnya Ria membuka kata apabila mereka masing-masing terdiam. Dania merenung sayu wajah temannya itu.
“ Tak lah…aku tak ke mana, saja pergi pantai ambil angin…”.
“ Kau…”. Ria tidak menghabiskan kata-katanya.
“ Tak lah…kau tak payah fikir bukan-bukan…aku saja jalan-jalan”. Dania menutup kata. Dia tahu Ria tahu tujuannya ke pantai. Ria juga pasti tahu dia menangis di situ. Namun Dania tidak mahu temannya itu terus menganggapnya sebegitu.
“ Betul?”. Ria mengangkat keningnya tanda menyoal.
“ Betul…kau ni…”. Dania tergelak menutup sendu di hati.
“ Kalau betul tak apa…”. Dia tahu Ria tidak mempercayainya, namun dia sengaja tidak mahu menambah kesedihannya. Ria mengemaskan lauk dan menyimpan dalam peti. Dania mencuci pinggan. Setelah selesai, Dania meminta diri ke atas, waktu itu Aqif menelefon Ria. Dania melabuhkan punggungnya di atas sofa di bilik. Pintu bilik sudah ditutup rapat dan dikuncinya. Suis lampu di matikan, lalu dia menghidupkan lampu tidur di sisi katil. Fikirannya melayang mengenangkan perisiwa siang tadi. Air matanya mengalir lagi. Ahh…dia terlalu beremosi. Sudahnya, dia bangkit dan menyambung tangis di katil sehingga tertidur. Lemahnya dia!

No comments:

Post a Comment