Pages

Tuesday, June 29, 2010

RuAnG rInDu 4

“ I rasa hubungan kita tak ke mana? Betul tak?”. Farhan membuang pandang. Tasha merenung wajah itu mencari kepastian.
“ Apa maksud U?”. Tanya Farhan tenang. Tasha membetulkan duduknya.
“ I tahu U faham maksud I…”. Farhan membalas dengan senyuman.
“ U serius?”. Farhan merenung tajam. Tasha menganggukkan kepalanya.
“ I tahu U bukannya serius pun kan dengan I…”. Farhan memintas kata.
“ Jangan tuduh I sedangkan U juga macam tu…U ada segala-galanya Tasha…I bukan siapa-siapa pada U…mungkin ada baiknya kita berpisah…U cari hidup U, I cari hidup I…”. Tasha tertunduk.
“ U memang dah lama nak semua ni terjadi kan?”.
“ I rasa tak perlu lah I jelaskan semua tu…U yang minta semua ni…I bebaskan U…”. Ujar Farhan tegas.
“ I….”. Tasha kehilangan kata.
“ Kenapa? U menyesal dengan keputusan yang U buat sendiri?”. Tasha hanya menggeleng.
“ Habis?”.
“ Entahlah…I mesti rindukan U nanti”.
“ Come on la Tasha…kita sama-sama dah setuju untuk berpisah…jangan ralat dengan sesuatu yang dah terjadi”. Farhan meyakinkan Tasha.
“ U nampak tenang…”. Tasha merenung wajah dihadapannya.
“ Kenapa U nak I nampak sedih ke? Tasha…Tasha”. Tasha cuba tersenyum.
“ U memang baik Han…I tak mungkin jumpa orang macam U lagi…tapi I tak nak U buang masa dengan I…orang macam U layak dapat orang lebih baik…”. Farhan merenung mata gadis di hadapannya.
“ I tak sangka U cakap macam tu…”. Tasha tergelak kecil.
“ Selama ni I bukan tak tahu U penat nak layan karenah I…anak manja macam I ni susah di atur”. Farhan tergelak sendirian.
“ Tasha, Tasha…”. Farhan menyambung gelaknya.
“ Itu realitinya…betul tak Han?”. Farhan menghentikan tawanya.
“ Sekarang ni, I tak nak fikir apa-apa lagi…Cuma I doakan kebahagiaan U…”. Ujar Farhan tegas.
“ I pun doakan kebahagiaan U Han…”. Balas Tasha sebak.
“ I tak nak tengok U bersedih atas semua ni Tasha…U berhak pilih hidup U…pandanglah ke depan…I pasti U akan jumpa kebahagiaan yang U cari, percayalah...”. Waktu itu kelihatan seorang lelaki menghampiri mereka.
“ Sayang…”. Ujar lelaki itu perlahan. Farhan dan Tasha berpandangan.
“ I minta maaf Han…”. Farhan melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Walau dalam hatinya ada persoalan yang jawapannya di depan mata. Sekelumit benci timbul kerana pembohongan tadi.
“ Pergilah Tasha…I bebaskan U…”. Tasha bangkit dari kerusinya. Lelaki itu berundur sedikit seperti memberi ruang kepada mereka berdua.
“ I tahu, I melukakan hati U, kalau tak banyak pun, pasti ada sedikit…tapi I pun tak sanggup nak terus hidup macam ni…I akan kahwin tak lama lagi…terima kasih untuk segala-galanya…maafkan I …selamat tinggal”. Tasha berlalu pergi. Farhan hanya memandang dengan senyuman. Dia tahu senyuman itu kelat, namun hatinya sedikit lega dengan perpisahan itu. Dia sendiri juga tidak tahu dari mana datangnya ketenangan dan kekuatan itu berhadapan dengan gadis yang pernah singgah dalam hidupnya. Mungkin inilah keputusan terbaik. Walau ada tercalit sedikit rasa kecewa dalam hatinya, dia juga tidak menolak untuk menerimanya. Pasrah pada ketentuan takdir. Hanya itu yang harus dilakukannya.
……………………………………………………………………………………….
“ Hai…”. Dania terkejut apabila denga tiba-tiba seorang lelaki menyapanya. Lelaki itu melemparkan senyuman.
“ Sorry…”. Dania pantas mengelap air mata di pipi. Malu di renung sebegitu.
“ Boleh saya duduk?”.
“ Duduklah”. Balasnya pendek kemudian bangkit dari kerusi itu.
“ Nak pergi mana? Duduklah…saya bukan nak kacau awak pun…”. Dania merenung tajam wajah lelaki di hadapannya.
“ Saya nak balik…awak nak duduk, duduklah…”. Dania berlalu pergi. Farhan hanya mengangkat bahunya. Kemudian dia melabuhkan punggungnya sambil memandang ke arah laut. Dia tidak lagi mengendahkan keadaan sekeliling. Dania melangkah perlahan, namun di benaknya seperti mengingatkan sesuatu. Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Dia berpaling memandang lelaki tadi. ‘ Dia ’. Tanpa dia sedari kakinya melangkah ke arah lelaki itu.
“ Ya…nak duduk ke? Duduklah…”. Farhan hanya tersenyum.
“ Awak kenal saya?”. Dania memandang wajahnya. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
“ Tapi, tak lah kenal pun…Cuma kita pernah jumpa hari tu, duduklah…jangan risau, saya bukan nak mengorat awak pun”. Ujar Farhan tegas. Dania malu dengan sindiran lelaki itu
“ Eh…saya bergurau je tadi…duduklah dulu, jangan takut-takut…abang bukan orang jahatlah adik…”. Dania tergelak kecil. Dia tahu lelaki itu sengaja mengusiknya. Farhan tersenyum lagi.
“ Kan cantik macam tu…asyik bersedih je, nanti cepat tua tau…”. Dania melabuhkan punggung di sebelahnya.
“ Hari tu, awak bayarkan buku untuk saya, saya nak pulangkan balik duit awak”. Ujarnya sambil mengeluarkan duit dari dompet.
“ Tak payah…kan hari tu saya kata tak payah…saya ikhlas”.
“ Tapi saya…”. Kata-kata Dania dipintas oleh lelaki itu
“ Awak ni degil…tak payah”. Ujar Farhan tegas.
“ Mm…”. Dania kematian kata.
“ Mmm…apa…”. Farhan merenungnya.
“ Hah? Tak ada apa…ok, kalau macam tu, saya balik dulu…terima kasih”. Dania segera bangkit.
“ Eh, duduklah dulu…temankan saya”.
“ Tak pelah, saya kena balik sekarang…assalamualaikum”. Dania segera beredar.
“ Kelam-kabut pulak…tak sempat nak tanya…”. Farhan menggelengkan kepalanya. Namun dia kembali memandang ke arah laut. Sengaja dia ingin mencari semangatnya semula di sini. Sekarang fikirannya perlu rasional. Hidup tetap perlu diteruskan. Hakikatnya sudah lama dia mahu perkara ini terjadi, namun apabila Tasha yang memulakannya dia seakan terkedu. Dalam diam, dia sebenarnya sedikit terasa dengan perpisahan itu. Walau Tasha tidak dicintainya, namun setahun bersama gadis itu tetap pernah membuat hari-harinya gembira.

No comments:

Post a Comment