Pages

Wednesday, June 30, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 8

Pagi itu selepas solat subuh Sara seperti biasa menyediakan sarapan. Hari ini hari minggu. Selalunya dia dan Ariff menghabiskan masa di rumah, namun masing-masing dengan kerja tersendiri. Tadi sebelum turun untuk menyiapkan sarapan, Ariff dilihat sedang khusyuk membaca al-Quran. Selalunya pagi minggu begini, Ariff akan membaca al-Quran. Ariff bukanlah seorang yang nampak alim dan warak, namun dia istiqamah dalam melaksanakan rukun solatnya walaupun kadangkala terlewat.
“ Sara…kita keluar nak hari ni?”. Tiba-tiba Ariff muncul di dapur lalu duduk di kerusi berhadapan Sara. Sara memandang Ariff lalu tersenyum.
“ Kita nak pergi mana?”.
“ Mmm…kita pergi pantai nak?”.
“ Pantai?” Sara meneruskan kerjanya. Ariff hanya melihat Sara ligat di dapur. Apabila Sara bangun dan membawa sarapan mereka ke ruang luar, Ariff membantunya. Lalu mereka duduk bersarapan. Pagi ini Sara menyediakan nasi goreng dan air nescaffe untuk sarapan mereka. Ariff memuji masakan Sara walaupun tidak diucapkannya secara berdepan. Sara memang pandai memasak.
“ Tadi awak kata nak pergi pantai kan”. Ariff hanya mengangguk. Sara memandang Ariff lama.
“ Kenapa?awak tak suka ke pergi pantai?”. Ariff pelik melihat Sara memandangnya sedemikian.
“ Eh takla…suka, suka sangat…”. Sara hanya tersenyum.
“ Habis tu?awak tak sudi pergi dengan saya ke?”. Dilihatnya Ariff agak serius berbanding tadi. Sara tergelak melihat aksi Ariff. Ariff memandang Sara dengan pandangan tajam. Lama pandangan mereka bertemu. Tawa Sara terhenti.
“ Kenapa gelak?”. Tanya Ariff.
“ Marah ke?tak lah rasa kelakar pulak tengok awak buat reaksi macam tu…lepas tu apa awak kata tadi tak sudi pergi dengan awak?”. Sara menyambung tawanya. Sampai merah muka Sara ketawa. Akhirnya Ariff pun tergelak sama.
“ Kan bagus kalau awak selalu ketawa macam ni…cantik, saya suka”. Terus Sara menghentikan tawanya dan menunduk. Ariff tersenyum melihat reaksi Sara.’ Tahu pulak malu’. Ujar Ariff dalam hati. Dia masih tersenyum apabila Sara bangun menuju ke dapur.
“ Eh sikitnya makan?diet ke sayang?”. Ariff menjerit dari luar. Sengaja dia mengusik Sara dengan panggilan sayang. Sara pula menggumam sendirian di dapur. Tidak sedar Ariff tiba-tiba berada di belakangnya.
“ Apa yang awak membebel sorang-sorang tu?”. Ariff berbisik di telinga Sara. Terkejut Sara sehingga hampir-hampir pinggan yang dipegangnya terjatuh, nasib baik sempat disambut oleh Ariff. Sara memasamkan muka.
“ Sorry”.Ariff terus menuju ke sinki untuk membasuh pinggan dan cawan yang dibawanya tadi. Sara terus menolak Ariff ke tepi. Dia membasuh pinggan dan cawan tadi. Ariff pula hanya memandang. Kemudian timbul idea untuk mengusik isterinya lagi.
“ Uish…garangnya isteri saya ni ek? Agak-agak nanti bila dah jadi mak orang lagi garang ke ye?”. Sara memandang Ariff dengan wajah yang masam mencuka.
“ Awak pergi duduk depan boleh tak?tak pun pergi bersiap ke…tadi kata nak pergi pantai”.
“ Eh sudi rupanya keluar dengan kita…ingat tadi tak sudi”. Ariff masih lagi mahu mengusik isterinya. Sara hanya menjeling.
“ Ok lah..tak usik dah…gurau-gurau pun tak boleh”. Ariff terus melangkah keluar dari dapur menuju ke depan. Sara memanggil Ariff apabila dilihatnya Ariff meninggalkannya tanpa sepatah kata.
“ Awak…”. Ariff berpaling.
“ Awak pergi bersiap dulu ye…lepas habis semua ni saya naik atas”. Ariff tersenyum dan mengangguk. Sewaktu Ariff sudah naik ke bilik. Sara berbicara sendirian. ‘ Kenapa aku risau pulak dia terasa? Dia bukan merajuk pun…tapi kenapa aku rasa tak sedap hati bila dia diam? Kenapa aku rasa gembira bila dia usik aku macam tu? Kenapa…ahh sudah lah’. Lantas Sara naik ke bilik yang berada di tingkat dua rumah mereka untuk bersiap. Ini kali pertama mereka mahu keluar bersama. Selalu kalau keluar pun ke rumah mama dan ibu iaitu emak kepada Sara.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
“ Hello…wa’alaikumsalam…ye Ariff sihat bu…Sara pun sihat”. Pagi itu di tempat kerja Ibu mertua Ariff, Puan Salmah menelefonnya menyuruh datang ke rumah.
“ Malam ni?”
“ A’a malam ni. tadi ibu telefon Sara tapi tak diangkatnya…mungkin dia sibuk…datang ye malam ni”.
“ Baiklah bu..nanti saya bagi tahu Sara.”
“ Ye lah..ibu letak telefon ni dulu…anak kakak Fira kau dah menangis tu..assalamualaikum”.
“ Wa’alaikumsalam bu”. Setelah mematikan talian tadi, lantas Ariff menghubungi Sara.
“ Hello…awak, kenapa?”. Terdengar suara Sara dihujung talian.
“ Assalamualaikum…”. Ariff memberi salam, Sara tersenyum sendirian.
“ Wa’alaikumsalam…sorry”.
“ Tulah main terjah je sayang ni”. Sara membisu. Dia tahu Ariff sekadar bergurau. Sejak dua menjak ni selalu Ariff memanggilnya sayang, tapi dia tak ambil peduli sangat. Ariff membuka bicara.
“ Tadi ibu telefon…awak tak jawab ye?”.
“ Eh yeke…saya tak perasan tadi, masuk bilik bos tadi”.
“ Saya telefon awak perasan pulak”. Galak Ariff menyakatnya.
“ Takla…bila saya keluar dari bilik bos tadi…tiba-tiba awak telefon, mestilah saya perasan, kenapa wak? Ibu ada telefon awak ke? Tak pe lah kejap lagi saya telefon ibu semula”.
“ Tak payah…tadi ibu dah cakap suruh pesan kat awak sekali”.
“ Pesan apa?”.
“ Dia suruh datang malam ni, nak buat kenduri kesyukuran untuk anak kak Fira”.
“ Owh…ibu ni tak nak cakap awal-awal…kalau tak boleh saya tolong dia hari ni..awak?”.
“ Saya? Kenapa pulak dengan saya…saya mana ada anak lagi”. Sara menggetap bibirnya.
“ Awak ni sengaja kan…awak faham kan sebenarnya soalan saya, saya Tanya awak pergi ke tak?”. Sara dapat mendengar Ariff tergelak dihujung talian.
“ Mestilah pergi…tak kan tak pergi pulak. Apa lah awak ni”.
“ Apalah apa?”.
“ Tak de apa-apa…awak ni kan tak boleh dibawa bergurau sikit”.
“ Awak tengah bergurau ke?”. Sara sengaja menyoal begitu.
“ Takla…tengah serius ni”. Sara pula tergelak sendirian, namun hanya sebentar apabila Ariff hanya membisu.
“ Ok lah wak…kalau layan awak memang tak jadi kerja kita tau tak…nanti kalau bos nampak saya tengah bergayut ni…silap hari bulan kena berhenti kerja tau tak”. Ariff pula tergelak.
“ Alah kalau kena pecat pun wak, tak pe…awak duduk rumah je…saya mampulah nak tanggung awak”.
“ Ye lah tu…ok lah wak assalamualaikum”. Sara menunggu Ariff memjawabnya.
“ Nak letak dah? Ye lah…nak berborak dengan isteri sendiri pun tak boleh”. Ariff sengaja membuat suara merajuk.
“ Awak…janganlah macam ni…saya…”. Kata-kata Sara terhenti di situ apabila Ariff memotong.
“ Ye lah…ok, wa’alaikumsalam”. Ariff terus mematikan talian. Sara termangu sendirian. Ariff pula hanya tersenyum, sengaja dia melakukan sedemikian. Tidak lama kemudian Ariff menerima satu mesej daripada Sara.
‘ Awak sorry ye…nanti tengahari saya belanja awak lunch..ok?”. Ariff tersenyum lagi. Shakir yang berada di pintu bilik Ariff pelik melihat temannya yang tersenyum sorang-sorang sambil melihat telefonnya. Ariff pula tidak perasan dengan kehadiran temannya itu.
“ Wei…kau ni kenapa?tersenyum-senyum dari tadi…ada apa kat skrin telefon kau tu sampai senyum macam tu sekali.meh sini aku tengok”. Terkejut Ariff apabila Shakir tiba-tiba muncul. Lantas dia menyorokkan telefonnya ke belakang. Shakir sudah tersenyum lagi. Ariff pura-pura sibuk.
“ Ek eleh…nak menyorok konon…”. Shakir galak menyakatnya.
“ Mana ada, merepek je lah kau ni..kau tak ada kerja ke ni?”.
“ Ada…aku nak pergi bilik bos ni..aku lalu depan bilik kau tadi nampak kau tersenyum-senyum…apa ke hal”. Shakir mengangkat keningnya.
“ Tak de apa lah…pergilah bilik bos tu cepat, nanti ada yang bising pulak”.
“ Ek eleh kau ni…tu pun nak kecoh ke…bos tak kan marah punya lah…yang kau ni nak halau aku ni apa hal”. Ariff hanya tersenyum simpul. Shakir sudah berjalan ke pintu, namun berpaling semula.
“ Wei..kau senyum-senyum tadi ada nak pasang baru ke? Kau jangan Riff…”.
“ Merepeklah kau ni Kir…ke situ pulak”.
“ Ye lah mana tau kan…lelaki”. Shakir tergelak sendirian. Ariff hanya memandangnya.
“ Gurau je lah…”. Ujar Shakir apabila melihat wajah Ariff yang serius. Ariff tersenyum semula.
“ Wei…nanti kau nak lunch tak?”. Tanya Shakir.
“ Nak…tapi nanti kau lunch dengan Arshad ek…aku ada temujanji lain”.
“ Temujanji?lain macam je bunyi…kan aku dah kata…kau ni memang ada lah yang tak kena…tu yang tersenyum-senyum tadi.Kau ada hati nak duakan Sara ke Riff?”.
“ Kau ni kalau merepek nombor satu…tulah siasat dulu sebelum tuduh apa-apa…aku nak lunch dengan Sara lah”. Ariff terus menyambung kerjanya semula. Shakir pula terangguk-angguk sambil tersenyum. Ariff menadang Shakir apabila temannya itu masih berdiri di pintunya sambil tersenyum-senyum.
“ Apa yang kau senyum-senyum pulak?”.Tanya Ariff.
“ Cinta dah berputik…alah sayang”. Sengaja Shakir melagukannya. Ariff pula menagmbil kertas yang digumpalnya dan membaling kea rah Shakir. Shakir sempat mengelak, lantas terus berlalu dengan senyuman. Sempat lagi dia berpatah balik.
“ Riff..jangan tunggu lama-lama…ucapkanlah cinta”. Terus Shakir bergegas meninggalkan biliknya. Ariff yang mahu membaling kertas lagi lalu tersenyum dan bangkit mengutip kertas yang dibalingnya tadi. Setelah itu dia membalas mesej Sara. Sara pula dari tadi gelisah menunggu balasan dari suaminya. Fikirnya Ariff benar-benar merajuk.
‘ Ok…nanti, tunggu saya kat lobi pejabat awak…saya datang ambil”. Mesej itu dihantar Ariff sambil tersenyum.

3 comments:

  1. hahhaaa...best smbung lg!!!!!
    cute lah sara ngan ariff nie... :p

    ReplyDelete
  2. boleh jadi penulis novel ni... teruskan... =)

    ReplyDelete