Pages

Thursday, July 1, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 9

Malam itu Sara pergi ke rumah ibunya bersama Ariff. Sara dan Ariff sampai agak lewat kerana di rumah tadi Sara terjatuh di bilik air, kakinya terseliuh. Kesannya dia terpaksa berjalan berjengket-jengket dan dipapah oleh Ariff. Tadi Ariff mencadangkan mahu membawa Sara ke klinik kemudian berehat di rumah, biar Ariff sahaja yang ke rumah ibu, namun Sara berkeras menolak. Akhirnya hanya Ariff yang mengurut kaki Sara, sampai terjerit-jerit Sara mengaduh kesakitan.
“ Kenapa lambat?” Ibu bertanya kepada Ariff apabila ternampak Ariff masuk ke dalam rumah. Waktu itu majlis sedang berlangsung. Doa selamat sudah dibaca, tetamu sedang menjamu selera. Ariff tersenyum mendengar pertanyaan ibunya. Waktu keluar dari kereta tadi, Aizat adik Sara bongsu menghampiri Ariff dan Sara, apabila terlihat kakaknya terjengket-jengket dia lantas membantu. Rancak dua beradik itu berborak, sehingga terlupa kehadiran Ariff. Akhirnya Ariff masuk ke dalam rumah sendirian.
“ Maaf bu..”. Ariff tersenyum lagi. Waktu itu Sara menuju menghampiri ibunya. Puan Salmah memandang anaknya dengan pandangan hairan. Apabila Sara sudah hampir kepada mereka, Ariff membantu Sara. Sara berpaut di tangan Ariff.
“ Kamu ni kenapa?”. Lantas ibunya bertanya.
“ tergelincir dalam bilik air bu”.Sara hanya tersenyum simpul. Tetamu yang hampir dengan mereka hanya memandang, seakan ingin mengetahui apa yang terjadi. Sara malu dirinya menjadi tontonan umum, lalu menundukkan wajahnya ke arah Ariff. Ariff menariknya lebih rapat.
“ Dah bawa pergi klinik?”
“ Dia tak nak bu. Tadi Ariff dah urut..entahlah tak tahu ok ke tak”. Ariff memandang Sara. Sara hanya mengangguk-angguk. Puan Salmah hanya menggeleng kemudian bersuara.
“ Macamlah ibu tak tahu kamu tu Sara, dah pergi masuk bilik dulu…nanti ibu datang urutkan”.
“ Tak pelah bu…kaki ni ok je..ibu pergilah layan tetamu…minta maaflahn lah Sara tak dapat tolong”. Sara menunjukkan muka memohon simpati.
“ Ye lah…pergi makan dulu, ajak suami kamu tu makan, Riff tu pergi makan kat dapur…semua ada kat sana”. Ujar ibunya sambil menjuih bibir kea rah dapur. Di sana kelihatan semua adik beradik Sara dan iparnya. Ariff memapah Sara ke sana sambil membisikkan sesuatu.
“ Ok tak ni wak?” Waktu itu wajah mereka sangat hampir.
“ Ok..”. Ujar Sara namun reaksinya seolah menahan sakit. Ariff mengetahuinya kerana Sara berpaut padanya dengan kuat, sewaktu berjalan pun Sara menahan rasa sakit dengan mengerutkan mukanya. ‘ kalau tak pandai bohong jangan bohonglah wak’.Ujar Ariff dalam hati, tidak diucapkannya apabila mereka berdua sudah sampai di dapur. Semua yang ada di dapur memandangnya. Aizat juga yang ada di sana akhirnya bersuara.
“ Kak Sara jatuh dalam bilik air tadi”. Selamba Aizat memperkatakannya lalu menyambung makan. Ariff membantu Sara duduk. Abang Rahimi menghulurkan kerusi kepada adik iparnya untuk duduk. Ariff menyambutnya dengan senyuman. Sara mempunyai empat orang adik beradik. Abang Rahimi yang sulung telah berkahwin dengan Kak Ana dan mempunyai tiga orang anak. Kedua kak Fira yang sudah berkahwin dengan abang Haikal, mereka mempunyai dua orang anak termasuk yang baru dilahirkan dan disambut kelahirannya dengan kenduri doa selamat dan cukur jambul pada malam ini. Sara anak ketiga, manakala adiknya yang bongsu Aizat yang masih menuntut di sekolah menengah, tingkatan empat.
“ Ok tak kaki kamu tu Sara?”. Kak Ana bertanya. Sara hanya tersenyum.
“ Jomlah akak urutkan”.
“ A’a Sara…biar akak kamu urutkan…kak Ana ni pandai mengurut tau”. Abang Rahimi menyambung.
“ Patutlah bang…nampak sihat dan bertenaga…ada isteri pandai mengurut rupanya, nanti saya nak suruh si Fira tu belajar dari kak Ana lah bang…senang sikit nanti…Sara pun boleh belajar sekali..”. Kata-kata Haikal itu disambut dengan gelak ketawa mereka yang ada di dapur. Kak Ana dan Sara tertunduk malu. Namun akhirnya kak Ana bersuara.
“ Makanlah dulu Sara, lepas ni akak urutkan”. Sara hanya mengangguk. Dipandangnya Ariff. Lantas Ariff mengambilkan makanan untuk Sara. Semua yang ada di situ memandang mereka, namun mereka berdua tidak perasan.
“ Amboi romantik betul korang berdua ni…ye lah kan baru enam bulan kahwin, patutnya Sara yang layan Ariff, ini Ariff pulak yang layan Sara”. Ujar abang Rahimi tiba-tiba. Waktu itu Ariff dan Sara mengangkat muka. Tidak sedar dari tadi aksi mereka jadi tontonan. Merah muka Sara menahan malu, sedangkan Ariff hanya tersenyum. Dia memang agak mesra dengan adik beradik dan ipar Sara, jadi dia tidaklah malu sangat apabila diusik sedemikian.
“ Sudahlah bang..jangan diusik si Sara tu..nanti tak jadi makan budak tu”. Kak Ana cuba berpihak kepada Sara. Sara memandang kak Ana dengan senyuman. Selepas Sara siap makan, dia dan kak Ana masuk ke bilik Sara untuk berurut, yang lain masih di dapur dan ruang tamu melayan tetamu. Apabila majlis selesai dan tetamu dan jiran-jiran sudah pulang, kebanyakan ahli keluarga Sara terduduk keletihan di raung tamu
“ Mana Sara? Tadi ibu kata dia tergelincir dalam bilik air…dah tahu sakit, kenapa datang juga?hish budak ni..degil tak bertempat”. Ujar ayah sara, E ncik Amri kepada anak dan menantunya. Waktu itu Sara tidak kelihatan, Cuma Ariff.
“ Dia kat dapur Yah”. Ariff menjawab bagi pihak yang lain. Encik Amri terus berlalu ke dapur.
“Sara”. Encik Amri memanggil. Sara berpaling dan berjalan terjengket-jengket kea rah ayahnya dan menyalaminya.
“ Tadi sara tak nampak ayah…”. Encik Amri hanya menggeleng. Kemudian dia duduk di kerusi meja makan dapur. Lalu menyuruh Sara turut duduk bersamanya. Waktu itu di dapur hanya ada Sara dan kak Ana. Kak Ana tidak masuk campur, dia meneruskan kerjanya.
“ Degil Sara ni…keras kepala…dah tahu sakit duduk je lah kat rumah”. Sara tersenyum simpul menandnag ayahnya kemudian bersuara apabila dilihat ayahnya berwajah serius.
“ Alah ayah ni…kaki orang ok lah…tadi Ariff dah urut…lepas tu kak Ana pun dah urut tadi, kan kak Ana?”. Sara memandang kak Ana memohon simpati.
“ A’a ayah…kaki Sara terseliuh sikit..insyaallah dua tiga hari ok lah tu”. Sara sudah tersenyum sendirian apabila kak Ana membelanya. Ayahnya tersenyum kepada menantunya, kemudian menggeleng kepada anaknya.
“ Kenapa yah?” Sara menyoal ayahnya. Waktu itu Ariff masuk ke dapur. Encik Amri menyuruh Ariff duduk di hadapan Sara. Kak Ana pula waktu itu sudah berlalu ke luar apabila dapat mengagak ayah mertuanya ada sesuatu yang mahu dibincang bersama Sara dan Ariff.
“ Kamu panggil Ariff apa tadi Sara?”. Ayah Sara menyoal. Sara sudah mula kaget.’ Kenapa ayah ni?’. Puan Salmah pula masuk ke dapur lalu duduk di sebelah suaminya.
“ Panggil apa ayah?Sara ada cakap yang tak betul ke tadi?”. Sara memandang Ariff. Ariff hanya menagngkat bahu tanda tidak tahu. Ye lah tadi bukan dia ada di situ, dia pun baru masuk ke dapur. Puan Jamilah juga memandang hairan suaminya.
“ Kenapa bang?”. Puan Salmah bertanya kepada suaminya.
“ Sara…kan lebih elok kalau kamu panggil suami kamu macam mak kamu panggil ayah ni…jangan panggil nama je…kurang sopan, dia tu suami kamu”. Ayah meleraikan kekusutan di kepala Sara, Ariff dan Puan Salmah. Puan Salmah sudah tersenyum, manakala Sara dan Ariff pula hanya berpandangan.
“ Tapi ayah…bukan Sara kurang ajar pun, kan Ariff?”. Sara memohon simpati suaminya untuk membelanya. Ayahnya sudah memandang tajam kea rah Sara. Sara menunduk.
“ Tak apa ayah…saya tak kisah…lagi pun kadang-kadang kami tak panggil nama bila berbual…kami guna saya dan awak ayah”. Ariff cuba meleraikan ketegangan.
“ Ayah bukan apa…ayah Cuma tak nak anak-anak ayah tak tahu adab sopan…nanti orang kata ayah dan ibu kamu ni tak pandai mengajar anak”. Ayah bertegas. Sayu Sara mendengarnya apabila perkara itu dikaitkan dengan ibu dan ayahnya. Ariff juga hanya menunduk.
“ Baiklah ayah…Sara janji akan berubah”. Sara menghampiri ayahnya lalu dipeluk ayahnya dari belakang. Encik Amri hanya tersenyum melihat aksi anaknya itu.
“ Manja”. Ujar Encik Amri kepada Sara lalu mencubit pipi anaknya. Waktu itu semua adik beradik dan iparnya yang lain menyerbu mereka di dapur.
“ Aduh…”. Ujar Sara tiba-tiba apabila kakinya terlanggar meja. Lantas Ariff bangun mendekati Sara dan menunduk melihat kaki Sara, yang lain hanya menjadi pemerhati termasuk ayah. Akhirnya mereka semua tergelak melihat gelagat Sara dan Ariff. Mana tidaknya, yang Sara asyik menolak tangan Ariff yang ingin menyentuh kaki Sara untuk dilihat. Ariff pula sibuk memujuk Sara. Sara dan Ariff memandang kepada semua. Akhirnya Sara tertunduk malu.
“ Ayah..kami balik dulu lah ye”. Ujar Ariff apabila melihat Sara seperti mahu menangis menahan sakit. Ayah Cuma mengangguk. Begitu juga ibu. Ariff bersalam dengan semua yang ada di situ sambil membantu Sara untuk berjalan. Apabila melihat agak susah untuk Ariff memapah Sara, abang Rahimi bersuara.
“ Dukung je lah si Sara tu Riff”. Semua yang ada disitu terdiam. Sara sudah menggetap bibirnya. Ariff memandang semua dan Sara sekilas kemudian dia tanpa memikir panjang mendukung Sara ke kereta. Sara hanya menyembunyikan wajahnya ke dada Ariff. Ariff hanya tersenyum, dia tahu Sara malu.

1 comment: