Pages

Monday, July 5, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 11

“ Kau kenapa Riff? Sejak dua menjak ni aku tengok kau macam ada masalah…kau ada masalah dengan Sara ke?”. Shakir bertanya kepada temannya sewaktu mereka lunch. Ariff memandang Shakir sebentar kemudian menyambung semula makan. Shakir menunggu jawapan dari Ariff.

“ Tak lah…aku dengan Sara ok je”.
“ Habis tu?”.
“ Tak de apa, aku ok je”.
“ Kau ni macam lah aku tak kenal kau…kau kalau ok tak macam ni tahu tak?”. Shakir cuba untuk mengorek rahsia. Dia bukan mahu menjadi penyibuk, tetapi tidak betah melihat temannya sebegitu. Ariff hanya membisu.
“ Ok, terpulanglah Riff…aku tak nak paksa, tapi kalau kau perlukan aku nak cerita apa-apa aku on je.”. Shakir tidak mahu memaksa. Ariff hanya tersenyum. Mereka menghabiskan nasi di pinggan masing-masing. Setelah selesai membasuh tangan, Shakir bersuara semula.

“ Semalam, masa aku keluar beli barang dengan adik aku, aku nampak Amira, kau tahu dia dah balik?”. Ariff mengangkat wajahnya menghala kea rah Shakir. Agak lama kemudian barulah dia menjawab.
“ Tahu”. Shakir pelik melihat temannya menunduk setelah menjawab persoalannya tadi.
“ Kau ok kan?”. Shakir mula syak. Ariff merenung Shakir lama. Shakir juga membalasnya.

“ Kau jangan kata kau masih cintakan dia Riff”. Shakir mula meneka. Ariff mengalihkan pandangannya.
“ Kau tahu kan, dia yang kecewakan aku…tinggalkan aku untuk orang lain…tak mungkin aku nak terus mencintai dia yang dah hancurkan harapan dan impian aku Kir”. Ariff masih tidak memandang Shakir.

“ Jadi…”.
“ Jadi apa pulak?”. Ariff mula hairan dengan reaksi Shakir yang seolah ingin menjerat soalan padanya.
“ Baru aku faham sekarang”. Shakir mula menguntum senyum. Ariff semakin hairan.
“ Apa yang kau faham?”.
“ Kau sebenarnya terganggu kan dengan kehadiran semula Amira, walau kau dah tak cintakan dia…tapi bila kau nampak dia semula…kenangan kau bersama dia dulu menghantui diri kau…ketenangan kau dirampas, betul tak?”. Shakir mengangkat keningnya.

“ Macam mana kau tahu?”.
“ Alah, macam lah aku tak pernah bercinta…dulu aku pernah rasa macam ni…”. Ariff merenung temannya. Shakir menyambung bicara.
“ Aku tahu memang susah nak lupa semua tu…tapi kau kena kuat lawan semua tu…kau dah ada hidup kau sendiri…dia pun macam tu”.
“ Aku tahu…Cuma bila aku tengok dia dengan lelaki tu, aku…”. Kata-kata Ariff terhenti di situ.

“ Kenapa? kau cemburu? Tak senang? Atau kau rasa dia tak berhak bahagia lepas dia hancurkan hati kau dulu?”. Bertubi-tubi soalan Shakir. Ariff hanya menggeleng.
“ Habis tu?”. Shakir masih mahu mengetahuinya.
“ Entahlah…aku sendiri tak tahu”. Shakir hanya menggeleng mendengar jawapan temannya itu.

“ Sara tahu yang kau dulu pernah bertunang?”. Tanya Shakir lagi. Ariff menggeleng lagi.
“ Kau pernah cakap yang kau sayangkan Sara kan…jadi sekarang apa perlunya kau kusutkan kepala otak kau dengan hal Amira lagi”.
“ Kau tak faham Kir…aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana…”. Mereka masing-masing terdiam. Akhirnya Shakir bersuara.
“ Jomlah kita balik pejabat dulu”. Dalam perjalanan pulang mereka tidak membicarakan lagi hal itu. Sewaktu Ariff mahu masuk ke pejabatnya selepas solat zohor, Shakir memanggilnya.

“ Kau sendiri yang ada jawapan bagi semua persoalan yang timbul…semua terpulang pada diri kau…jangan sampai semua tu memusnahkan apa yang kau miliki sekarang, aku tak nak kau menyesal nanti”. Ujar Shakir sambil menepuk bahu temannya dan berlalu.

Amira nampak kelibat Ariff. Hatinya sedikit terusik melihat lelaki itu. Dia memang bahagia dengan Adam sekarang, tetapi dia tidak tahu bagaimana dengan Ariff waktu ini. Adakah Ariff sudah menemui kebahagiaannya setelah dia memilih untuk bersama Adam lima tahun lalu.

“ Kenapa sayang?” Tanya Adam kepada isterinya apabila dilihatnya Amira seperti memikirkan sesuatu.
“ Tak de apa-apa…tadi ney nampak Ariff”. Amira menundukkan kepalanya. Adam duduk di sisi Amira, lalu menyentuh dagu milik isterinya dan mengangkat menghala ke arahnya.
“ Sayang…terus terang pada bie…apa yang ney rasa sekarang”. Adam bertanya.
“ Ney…”. Kata-kata Amira terhenti. Adam memandangnya tajam. Sungguh dia cemburu, namun dia mahu bertindak rasional sekarang.

“ Ney…bie tak nak paksa ney…Cuma bie harap ney tahu dan sedar situasi kita sekarang”. Akhirnya Adam berkata sedemikian kepada isterinya.
“ Bie…ney nak bie tahu ney Cuma cintakan bie seorang je..Ariff adalah masa silam ney…Cuma tadi ney tertanya adakah dia dah bahagia sekarang…ney rasa bersalah”.

“ Ney…jangan rasa bersalah…ney layak bahagia tau, buktinya sekarang kita bahagia kan…dah lah jangan fikir lagi soal tu, bie tak suka”. Adam berterus terang. Amira hanya mengangguk, namun dalam hati dia masih merasa bersalah terhadap Ariff. Dulu memang dia kejam menghancurkan hati Ariff yang telah menjadi tunangnya, tapi dia sendiri tidak dapat menolak perasaan yang hadir terhadap Adam.

Dia sendiri yang bersetuju untuk melangsungkan pertunangan bersama Ariff setelah empat tahun bercinta, namun dalam tempoh pertunangannya itu, dia mengenali Adam. Entah mengapa hatinya berubah, sedangkan Ariff sentiasa membahagiakannya. Mungkin dia yang tamak dulu, mungkin juga betul kata orang hati tidak boleh dipaksa. Jika dibandingkan Ariff lebih mempunyai kelebihan berbanding Adam. Namun Adam mampu membuat hatinya rasa lain, tidak seperti apabila dia bersama Ariff.

Ariff seorang yang kelakar, memahami, setia, mengambil berat, penyayang dan tahu menghormatinya sebagai seorang wanita. Adam berlainan, dia tidak kelakar, kadang-kadang agak panas baran tapi cepat sejuk, apa yang sama antara Adam dan Ariff mereka mengambil berat dan penyayang. Namun waktu itu dia telah memilih Adam sebagai teman hidupnya dan meninggalkan Ariff. Waktu itu juga dia langsung tidak memikirkan perasaan Ariff, apa yang dia tahu dia ingin memiliki Adam.

Adam juga seperti berkeras dan ingin sama berjuang bagi memastikan mereka dapat bersama. Ahh perasaan memang sukar untuk di mengerti. Dulu selepas dia membuat keputusan berpisah dengan Ariff, dia dan Adam telah berhijrah ke London. Setelah dua tahun menetap di sana, mereka telah berkahwin.

Kini setelah lima tahun berlalu, mereka telah pulang ke Malaysia kerana ayah Adam menyuruhnya menguruskan syarikat di sini, dan dengan itu juga mereka akan berhadapan dengan Ariff. Walau tidak akan berhubung secara langsung dengan Ariff, namun pasti akan bertembung juga secara kebetulan. Buktinya tadi dia ternampak kelibat Ariff sewaktu membeli belah di shopping complex bersama Adam. Namun Ariff hanya berseorangan.

No comments:

Post a Comment