Pages

Tuesday, July 27, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 16

Hari itu, Ariff dibenarkan oleh doctor keluar daripada hospital. Setelah tiga hari ditahan di wad, dan selama itu jugalah Sara tidak jemu-jemu berulang- alik ke hospital dari rumah untuk menjaga Ariff. Ariff masih seperti sebelum ini, lebih banyak mendiamkan diri. Mama dan papa perasan tentang hal itu. Sara pula hanya menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri kepada suaminya.

Sungguh papa tidak berkenan dengan sikap Ariff yang kurang mengendahkan Sara, walaupun masih sakit tetapi papa dapat merasakan hubungan antara keduanya agak dingin. Papa juga dapat melihat Sara cuba untuk mengambil hati Ariff, sedangkan Ariff seperti tidak mengendahkan kehadiran Sara. Papa simpati melihat keadaan itu, dia tidak tahu apa puncanya. Apabila ditanya ke pada isterinya Puan Jamilah, mama juga hanya menggeleng kepala.

“ Sara…”. Sara menoleh kepada bapa mertuanya sambil tangannya masih ligat mengemas barang suaminya. Waktu itu Ariff berjumpa doctor yang merawatnya.
“ Kenapa pa?”.
“ Kamu dengan Ariff ada masalah ke? Ariff ada buat apa-apa dengan kamu?”. Tanya papa serius. Sara menggelengkan kepalanya.
“ Kami tak de apa-apa pa, kami ok je..Ariff baik, tak pernah buat apa-apa yang tak baik pada Sara…Sara beruntung dapat suami macam anak papa tu”. Ujar Sara sambil tersenyum. Namun papa perasan senyuman itu dipaksa. Ariff dapat mendengarnya kerana waktu itu dia baru mahu masuk ke bilik dia ditempatkan semasa mendapat rawatan. Apabila sudah memastikan papa dan Sara hanya mendiamkan diri, Ariff masuk ke bilik itu.

“ Eh pa…bila sampai?”. Ariff sekadar berbasa-basi. Di kerlingnya Sara sekilas. Sara sudah siap berkemas. Papa menghadiahkan senyuman untuk anaknya itu.
“ Tadi…mama cakap kamu keluar hospital hari ni…papa sengaja datang ambil kamu…lagipun kereta Sara masuk bengkel, dia datang dengan teksi tadi…biar papa hantar kamu balik”. Ariff memandang isterinya sekilas.
“ Kenapa tak bawa kereta saya?”. Tanya Ariff sambil merenung isterinya.
“ Mm…saya…”. Sara hanya menundukkan pandangannya. Ariff mengalih pandangannya kepada papanya.

“ Tak pe lah…mm, pa nanti papa hantar Ariff kat pejabat dulu ye…lepas tu baru hantar Sara balik rumah”. Ujar Ariff. Papa merenung anaknya. Ariff memahami renungan itu.
“ Ariff ada kerja sikit pa kat pejabat…dah lama Ariff cuti”.
“ Hari ni kan hari cuti, Esok kan ada…pergi pejabat esok je lah…”.

“ Tak pe pa, Ariff da sihat kan…kalau tak, takkan doctor bagi Ariff keluar hari ni…dah lah pa…jom…”. Papa sekadar mengangguk. Tidak mahu bertelagah dengan anaknya itu hanya tentang perkara sekecil itu. Ariff melangkah ingin keluar. Di ambil beg di tangan Sara dengan lembut. Sara hanya membiarkan. Dia menuruti langkah suami dan bapa mertuanya. Papa menghantar Ariff ke pejabat seperti yang diminta oleh anaknya tadi, kemudian membawa Sara pulang ke rumahnya. Sara hanya mengikuti cadangan papanya. Menurut papa, mama mahu berjumpa dengannya.

Sampai sahaja di rumah, Sara terus masuk menyalami ibu mertuanya. Mama bertanya tentang Ariff. Papa lebih dahulu menjawabnya. Sara sekadar mengiyakan jawapan bapa mertuanya. Selepas itu papa mengajak menantunya ke ruang luar di laman rumah mereka berhadapan kolam renang milik keluarga mereka.Pada mulanya Sara merasa berat hati, namun mama menyuruhnya menuruti langkah papa. Sara duduk di hadapan bapa mertuanya. Papa membuka kata apabila Sara sudah melabuhkan punggungnya di kerusi.

“ Papa minta maaf kalau papa menyinggung perasaan kamu…papa juga bukan nak masuk campur hal kamu berdua, tapi papa dapat rasakan kelainan dan jurang antara kamu dan Ariff, dulu papa tengok kamu berdua elok je…sekarang dah lain…cuba cerita kat papa, apa masalahnya…apa yang papa boleh bantu, papa bantu…”. Ujar papa panjang lebar. Sara menarik nafasnya. Dia sudah tidak boleh berbohong lagi. Namun hatinya juga berat ingin menceritakan keadaan sebenar, yang dia sendiri juga kurang pasti situasinya.

“ Sara…papa kenal anak papa…”.Ujar papa lagi apabila Sara masih lagi membisu.
“ Papa rasa Sara yang silap?”. Papa menggelengkan kepalanya.
“ Sara…papa tak rasa semua ni puncanya datang dari Sara…terus teranglah dengan papa, Ariff tak kan salahkan Sara”. Sara hanya menundukkan kepalanya.
“ Entahlah pa…Sara tak tahu…mungkin Sara yang silap”. Sara masih tidak mahu membuka cerita sebenar.

“ Sara…jangan terus menyalahkan diri sendiri, walaupun papa tak kenal Sara macam papa kenal dan tahu hati budi Ariff sebab dia anak papa, tapi papa tahu Sara seorang anak dan isteri yang baik”. Ujar papa lagi.
“ Tak pa…”. Jawab Sara pendek. Papa merenung menantunya.
“ Sara bukan isteri yang baik, kalau tak Ariff tak kan layan Sara macam ni”. Ujar Sara, waktu itu dia sudah menangis. Walau cuba ditahannya, namun dia tidak mampu. Papa sekadar memerhati pada mulanya.

“ Sara…jangan cakap macam tu…”.
“ Ariff memang seorang lelaki yang baik untuk Sara, dia tak salah…Sara yang salah sebab tak pandai layan dia…kalau Sara pandai layan dia, tentu dia tak kan masih ingatkan Amira”. Papa merenung tajam menantunya. Namun renungan itu ada simpati. Sara masih lagi teresak-esak.

“ Maksud Sara?”. Tanya papa.
“ Sara tak tahu pa, siapa Amira dulu dalam hidup Ariff…Sara juga tak salahkan Ariff…Sara tak tahu…”. Waktu itu mama menghampiri keduanya, lantas terus duduk di sisi menantu kesayangannya itu dan mengusap perlahan-lahan bahu Sara. Sara terkejut, namun dia tidak mampu menahan air matanya dari terus mengalir. Papa hanya menjadi pemerhati. Mama memeluk erat menantunya apabila Sara semakin teresak-esak. Hatinya turut pedih melihat keadaan Sara.

“ Sabar Sara…menangislah…mama ada untuk Sara”. Papa membiarkan dulu Sara menangis dalam pelukan isterinya. Apabila tangisan Sara sudah reda, papa menyuakan air yang dibawa oleh Puna Jamilah ketika ke sini tadi kepada Sara. Sara menyambutnya sambil tersenyum tawar. Papa dan mama hanya memerhati. Mereka merasa sayu melihat menantu mereka menangis tadi. Sara mumbuka kata.

“ Sara minta maaf…Sara tak pernah salahkan Ariff…dulu sebelum Sara berkahwin dengan Ariff pun Sara mencintai orang lain, lepas tu orang yang Sara cinta tu bertunang dengan orang lain atas pilihan keluarga. Masa Sara kahwin dengan Ariff pun Sara masih cintakan orang tu, Sara tahu tindakan Sara salah…mencintai orang lain yang bukan suami Sara…Ariff tahu…dia bersabar dengan sikap Sara….dia tunggu Sara ma, pa…dia sanggup bagi masa pada Sara…Ariff layan Sara dengan baik sekali…Sara betul-betul terharu…makin lama Sara dapat lupakan lelaki tu, Sara janji dengan diri Sara sendiri yang Sara akan belajar meyayangi dan mencintai Ariff sepenuh hati Sara…Ariff adalah anugerah terbaik untuk Sara sebagi seorang suami…secara jujurnya ma…pa…Sara dah mula sayangkan dia…Sara nak bersama dia sampai akhir hayat Sara…Sara betul-betul sayangkan Ariff…Sara…”. Sara mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Mama mengelus lembut bahunya. Papa hanya menjadi pendengar dan pemerhati.

“ Sara tak tahu sejak bila…tapi Sara memang sayangkan dia…Sara sendiri tak pasti masih kah ada ruang lagi atau tidak untuk Sara dalam hati Ariff”. Sara menyambung kata.
“ Ariff tahu Sara sayangkan dia?”. Tanya mama sambil merenung menantunya. Sara sekadar mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
“ Sara…Amira tu sebenarnya bekas tunang Ariff…mereka memang saling mencintai sebelum Amira memilih untuk bersama Adam. Ariff memang kecewa tentang itu, tapi setahu papa dia memang dah tak cintakan Amira lagi sebab tu dia bersetuju kahwin dengan Sara dulu…masa tu papa dah Tanya betul-betul pada Ariff…”. Ujar papa. Sara mendengar tekun penerangan bapa mertuanya. Mama dapat mengagak masalah Ariff dan Sara ada kaitannya dengan Amira.

“ Ye Sara…Ariff tu tak kan pungut balik orang yang pernah buang dia…mama tahu dan kenal sangat Ariff…dia anak mama…tapi mama pun tak suka dia layan Sara macam ni…mungkin dia tak dapat terima hakikat…bila Amira muncul lagi”. Mama pula menyambung kata.
“ Mama tahu Amira dan Adam dah balik?”. Tanya Sara. Mama sekadar mengangguk.
“ Entah lah ma…Sara tak tahu nak cakap apa…mungkin Ariff hilang ketenangan bila nampak Amira bahagia di samping Adam…”. Ujar Sara lagi.

“ Mama dengan papa pernah terserempak dengan mereka hari tu, tapi mereka tak perasan kami…kami fikir Ariff akan biasa je walaupun Amira dah pulang…kamu pernah terserempak dengan Amira?”. Mama bertanya lagi. Sara menganggukkan kepalanya.
“ Sara boleh nampak Amira bahagia dengan Adam…tapi Sara juga perasan Amira seperti menyimpan satu perasaan yang Sara sendiri tak pasti bila Sara tengok renungan Amira pada Ariff…Ariff pulak seakan tidak senang dengan kebahagiaan mereka…pada mulanya Sara tak tahu…tapi masa Shakir datang rumah…Sara terdengar perbualan mereka tentang Amira…Ariff macam tak boleh terima hakikat tu…Sara tak tahulah ma…pa…Sara tahu Ariff bukan sengaja layan Sara macam ni, mungkin dia tertekan atau apa…Sara tak tahu…”. Sara menyambung kata. Kedua-dua mertuanya hanya memerhati dan mendengar. Mereka simpati terhadap menantunya.

“ Minta maaf mama Tanya…Ariff dan Sara pernah ‘bersama’ kan?”. Tanya mama sambil merenung wajah menantunya. Papa pula hanya membuang pandang kea rah lain waktu itu. Sara sekadar mengangguk kemudian menundukkan wajahnya. Waktu ini sudah hampir 10 bulan tempoh perkahwinan mereka, dan mereka sudah menjalankan kewajipan itu sejak lebih empat bulan yang lalu. Cuma sejak akhir-akhir ini, mereka tidak melakukannya. Masing-masing seperti memerlukan ruang sendiri. Sara termenung memandang air di kolam renang. Papa dan mama pula member ruang itu kepada Sara untuk menenangkan diri. Tidak lama kemudian Sara bersuara.

“ Sara pun sebenarnya tak suka nak buka cerita rumah tangga Sara dengan Ariff…Sara akan tetap sabar dan setia tunggu sampai Ariff boleh lupakan Amira dan terima hakikat sepenuhnya tentang itu…tapi andainya jodoh kami tak panjang Sara redha…”. Cepat papa dan mama menggelengkan kepala.

“ Tak Sara…jangan cakap macam tu…kami dapat rasakan Ariff sayangkan Sara…dan kami tahu dia juga tak kan lepaskan Sara…Cuma dia sebenarnya keliru dengan dirinya sendiri…nanti papa akan nasihatkan dia….”. Ujar papa. Sara menggelengkan kepalanya.
“ Jangan pa…tak pe…Sara tak nak Ariff fikir Sara memerlukan simpatinya dengan menyuruh papa masuk campur hal rumah tangga kami…Sara tahu niat papa dan mama baik…Sara beruntung dapat mertua sebaik papa dan mama…Sara cerita semua ni pun bukan sebab nak meraih simpati papa dan mama…”.

“ Kami tahu Sara….kami tahu”. Ujar mama lalu menarik menantunya ke dalam pelukan. Waktu itu Aisya baru pulang dari kuliah. Dia hairan melihat mama memeluk kakak iparnya dan ketika itu kakak iparnya juga sedang menangis. Hatinya turut sayu melihat keadaan itu. Bukan dia tidak tahu, dalam banyak-banyak menantu, menantu inilah yang paling mamanya sayang. Bukan mahu membeza-bezakan, memang mamanya sayang dan senang dengan semua menantunya, namun pada Sara menantunya yang ini, sayang mama lebih lagi.

“ Tak pe lah ma..pa…sara tak apa-apa…Sara pasti satu hari nanti Ariff akan berubah…lagi pun Ariff tak pernah berkasar dengan Sara…dia sentiasa layan Sara dengan baik…Cuma sejak akhir-akhir ini…hubungan kami agak dingin…tapi papa dan mama jangan risau…semuanya akan baik nanti…”. Ujar Sara sambil cuba tersenyum seikhlas mungkin.
“ Sara…papa tahu Sara menantu yang baik…sebab tu papa berkeras nak Sara berterus-terang pada kami…bukan kami mahu masuk campur hal kamu berdua…tapi papa tak sampai hati tengok Ariff layan Sara macam tu…sedangkan Sara hanya berdiam diri”. Ujar papa pula.

“ Tak pe pa…Sara ok…Sara cuba faham keadaan Ariff…papa dan mama janganlah risau…Ariff suami Sara…Sara dapat rasakan dia memang untuk Sara…Cuma dia perlukan masa…Sara janji akan tetap setia bersama dia sehinggalah Sara dengar dengan telinga Sara sendiri yang Ariff tak perlukan Sara, baru Sara akan pergi…”. Sara berkata serius. Waktu Aisya menghampiri mereka. Sara mengelap air matanya pantas.
“ Kak….”. Tegur Aisya sambil melemparkan senyuman. Sara membalas senyuman itu. Papa dan mama berpandangan seketika, kemudian Aisya tersenyum kepada kedua orang tuanya. Tiba-tiba telefin bimbit milik Sara berbunyi. Apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin, lantas dia menjawabnya. Papa, mama dan Aisya yang da di situ sekadar memerhati.

“ Hello…wa’alaikumsalam…maaf wak…saya kat rumah mama ni…tadi papa ajak datang rumah…kejap lagi saya balik…”. Sara memandang bapa mertuanya sebentar, kemudian menyambung kata kepada pemanggil di hujung talian sana. Selepas selesai, dia menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangan.
“ Ariff telefon…Sara nak balik kejap lagi…”. Sebelum habis Sara menghabiskan katanya, papa bersuara.
“ Papa hantar Sara…”.

“ Tak pe pa…Ariff ambil, dia datang sini…tadi dia dah sampai rumah…Sara dah cakap Sara boleh balik sendiri, tapi dia berdegil nak juga datang”. Ujar Sara kemudian tersenyum. Namun mama dan papa perasan senyumannya kelat.
“ Abang Ariff tu sayang kat kak Sara tau…sebab tu tak bagi kak Sara balik sendiri…”. Tiba tiba Aisya mencelah. Sara hanya tersenyum. Mama dan papa merenung menantunya. Mereka tahu apa yang dirasakan menantunya sekarang. Aisya pula tadi sekadar mahu menghidupkan suasana ceria. Dia tahu abangnya dan Sara sedang ada masalah, walaupun dia tidak tahu kisah sebenar, namun dia dapat rasakan abang dan kakak iparnya sedang dilanda sesuatu dalam rumah tangga mereka. Buktinya apa yang didengar secara tidak sengaja tadi dan ketika itu kakak iparnya sedang menangis.

“ Sara nak pergi tandas kejap ye…nanti kalau Ariff da sampai cakap suruh tunggu kejap ye ma…”. Ujar Sara dan diikuti oleh anggukan ibu mertuanya. Sara membasuh mukanya. Dia memakai make up semula bagi menghilangkan kesan air mata. Dulu sewaktu dia menangis di rumah semasa Shakir datang ke rumah tidak lah seteruk ini, jadi dapat dilindung hanya dengan membasuh muka, kali ini tidak lagi. Kalau dia membiarkan wajahnya, pasti Ariff perasan. Dia tidak mahu keadaan itu berlaku.

Tidak lama kemudian Ariff sampai, dia hanya singgah sebentar. Selepas itu, mereka berdua terus pulang apabila Ariff meminta diri. Sara hanya menurutinya. Papa dan mama hanya memerhati. Aisya juga hanya mendiamkan diri. Waktu ini dia dapat merasakan abangnya tiada keinginan bergurau-senda seperti selalu, Ariff seakan sudah berubah menjadi orang lain.

1 comment:

  1. hish arif ni...
    lupakan je amira 2
    kesian sara

    ReplyDelete