Pages

Wednesday, July 14, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 12

“ Awak…tadi abang long telefon rumah, dia kata nak jumpa awak”. Ujar Sara kepada Ariff apabila dia pulang dari pejabat petang itu. Di tangannya ada satu beg plastic, lalu dia menghulurkan kepada Sara. Sara menyambutnya dengan senyuman. Ariff melepaskan penatnya di sofa di ruang tamu. Sara juga duduk di sisinya.
“ Dia telefon rumah? Kenapa dia tak telefon saya je?”. Tanya Ariff. Sara hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ariff bertanya lagi.
“ Along cakap apa lagi?”.
“ Along kata dia suruh datang rumah mama malam ni…dia Cuma cakap tu je”. Sara membuka beg plastik yang dibawa pulang oleh Ariff tadi. Dia tersenyum. Ariff hanya memerhati.
“ Terima kasih ye wak”. Ujar Sara kepada suaminya. Ariff hanya mengangguk. Kemudian bersuara.
“ Awak balik pukul berapa tadi?”
“ Lima..lepas habis waktu pejabat tadi, kenapa?” Giliran Sara pula bertanya.
“ Tak de apa saja Tanya.”. Ariff menyandarkan badannya ke sofa. Sara bangun ingin menuju ke dapur. Lalu dia membuat air untuk Ariff, tadi dia terus duduk bersama Ariff di sofa sehingga terlupa mahu membuat air untuk suaminya itu. Tadi selepas sampai sahaja dirumahnya, baru dia teringat terlupa mahu mengambil baju di butik V’star yang ditempahnya dua minggu lepas. Lantas menelefon Ariff untuk meminta pertolongan Ariff untuk mengambilnya. Kini, dia sudah agak mesra dan tidak segan untuk meminta pertolongan suaminya itu.
“ Nah air…”. Ujar Sara lalu meletakkan cawan berisi air oren sejuk di atas meja. Ariff mengambil cawan itu lalu disuakan ke mulutnya. Ariff memandang Sara. Sara tidak perasan kerana dia leka menonton televisyen.
“ Sara…”. Sara menyahut namun wajahnya masih dihalakan kea rah televisyen. Apabila Ariff hanya membisu. Sara memandang Ariff.
“ Kenapa wak?”.
“ Tak de apa-apalah”. Ujar Ariff sambil menggeleng. Kemudian dia ingin bangun, namun Sara menghalangnya dengan menyentuh tangan Ariff. Ariff tidak jadi bangun.Ariff memandang Sara lama.
“ Kenapa? Cakaplah…”. Tanya Sara dengan lembut sambil memaniskan wajahnya. Ariff tersenyum.
“ Jomlah naik atas…saya nak mandi, nanti malam kita nak pergi rumah mama kan”.
“ Awak nak saya ikut sekali ke?”. Tanya Sara.
“ Eh mestilah…kenapa awak tak nak ikut ke?”. Ariff tidak lepas memandang isterinya.
“ Bukanlah…saya fikir abang long ada benda nak bincang dengan awak, jadi mungkin saya tak perlu masuk campur”. Ariff menggeleng sambil tersenyum.
“ Along tu kan abang awak jugak…dia saja je tu suruh datang rumah mama, mama mesti nak jumpa awak, bising dia nanti kalau saya tak bawa awak tau…itu belum si Aisya lagi..huh”. Ariff melepaskan keluhan. Sara melepaskan tangan Ariff yang dipegangnya tadi.
“ Jadi awak terpaksalah?”. Sara bersuara seakan merajuk. Entah mengapa dia sendiri tidak tahu. Ariff terkejut apabila Sara melepaskan tangannya tadi, namun akhirnya dia tersenyum.
“ Apalah awak ni…merepek yang bukan-bukan…kalau mama kata tak payah bawa awak pun, saya tetap akan bawa awak tau tak?”. Ujar Ariff sambil bergurau. Sara tergelak.
“ Ye ke? Mama pernah ke kata tak payah bawa saya bila awak nak balik sana?”. Tanya Sara dengan wajah yang serius. Ariff mencuit hidung Sara kemudian tergelak.
“ Awak tu menantu kesayangan dia tahu tak? Kalau boleh dia tu hari-hari nak awak pergi sana…saya tak balik pun tak pe…dia lebih sayangkan awak dari anak dia ni”. Ujar Ariff lagi. Sara merenung suaminya.
“ Awak ingat saya bohong ke? Saya tak bohong lah…memang kenyataan…tak percaya Tanya lah Aisya…jomlah naik”. Ujar Ariff sambil menarik tangan Sara dan sebelah tangannya lagi ingin mencapai beg bimbit dan kotnya, namun Sara lebih dahulu mengambilnya. Ariff hanya tersenyum, kemudian mereka sama-sama naik ke atas.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
“ Hi ma”. Ariff menegur mamanya apabila masuk sahaja ke rumah. Puan Jamilah hanya menggeleng melihat aksi anaknya.
“ Assalamualaikum ma…sihat?”. Sara menyalami ibu mertuanya, kemudian melangkah menyalami papa, kak long iaitu kak Sofia, kak ngah iaitu kak Dina dan Aisya. Mama tersenyum melihat menantunya. Pada abang long dan abang ngah Sara hanya melemparkan senyuman kemudian dia duduk di sisi Ariff.
“ Long, bila balik?”. Tanya Ariff kepada abangnya sambil menyambut pinggan yang sudah berisi nasi dan ketam masak lemak yang dihulurkan oleh Sara.
“ Sampai pagi tadi…kak long kau ni tak sabar-sabar sangat nak balik Malaysia, abang ingat nak tambah dua tiga hari lagi”. Ujar Shahrir, abang yang sulung kepada Amrin, Ariff dan Aisya. Ariff mempunyai empat orang adik beradik. Shahrir dan isterinya Sofia telah pergi ke Thailand minggu lepas atas urusan kerja sambil makan angin. Mereka mempunyai dua orang anak.
“ Sara…”. Panggil Ariff perlahan apabila melihat isterinya terkial-kial ingin mengeluarkan isi ketam dari kulitnya. Sara merenung suaminya. Ariff bertanya mengapa namun hanya dengan aksi kepalanya. Sara tersenyum. Akhirnya Ariff mengambil isi ketam yang sudah dikeluarkan dari kulit di pinggannya lalu diletakkan ke dalam pinggan Sara dan mengambil ketam di pinggan Sara meletakkan pula di pinggannya. Ariff mendekatkan kepalanya kepada Sara dan berbisik.
“ Don’t worry, I’m here…”. Kemudian Ariff tersenyum. Sara menunduk, kemudian memandang Ariff dengan senyuman. Mereka berdua tidak perasan gelagat mereka diperhati oleh semua yang ada di meja makan. Tidak lama kemudian Amrin berdehem-dehem. Ariff dan Sara mengangkat wajah mereka. Keduanya terpana melihat semua sedang melihat mereka. Kemudian Ariff bersuara.
“ Kenapa?”. Semua hanya tersenyum.
“ Romantik betul korang berdua ni…alahai…”. Tiba-tiba Amrin bersuara sambil tersenyum. Mama dan papa menyambung makan, namun masih tersenyum. Sara sudah menunduk malu, kemudian bangun dan meminta diri.
“ Mmm…Sara nak pergi tandas kejap ye”. Sara terus berlalu. Mereka yang ada di situ semuanya tergelak. Ariff pula hanya tersenyum. Dia tahu abangnya sekadar mengusik.
“ Kesian kak Sara tau…”. Ujar Aisya sambil membuntangkan matanya. Shahrir dan Amrin masih tertawa. Sofia dan Dina hanya menggeleng melihat tingkah-laku suami mereka. Tidak lama kemudian Sara kembali. Ariff melemparkan senyuman kepada isterinya kemudian berbisik.
“ Pedulikan je diorang ni, angah saje je tu…dia jealous”. Ariff tersengih nakal sambil memandang Amrin. Sara juga tersenyum.
“ Amboi-amboi mengata orang lah tu…Sara jangan dengar cakap Ariff tu”. Ujar Amrin sambil tersenyum.
“ Angah memang macam ni Sara…jangan dilayan sangat…”. Tiba-tiba kak Dina mencelah. Amrin tersenyum nakal.
“ A’a kak…dulu kan masa dia baru kahwin pun sama juga…nak mengata orang konon…sorry ye kak Dina…hehe…” Aisya juga menyampuk. Amrin tergelak. Shahrir dan Sofia juga tergelak sama. Dina Cuma tersenyum.
“ Eh-eh along dengan kak long jangan lebih-lebih tau…”. Amrin tidak mahu kalah, Shahrir dan Sofia masih tergelak.
“ Sudah-sudah lah tu…depan rezeki ni..makanlah dulu.” Papa mencelah apabila melihat tiada tanda-tanda akan ada perleraian.
“ Tengok..kan papa dan bunyi..” Ujar Shahrir sambil tersenyum kepada papanya.
“ Hish kamu ni long…papa pun di usiknya”. Ujar mama.
“ Eh ma…backing papa nampak…”. Amrin masih mahu mencelah. Akhirnya semua tergelak termasuk papa dan mama. Sara dan Ariff tersenyum penuh makna. Setelah selesai makan malam dan mengemas mereka semua bersantai di ruang tamu sambil berborak sehinggalah jam menunjukkan pukul 11, Ariff dan Sara meminta diri untuk pulang. Dalam perjalanan pulang Ariff dan Sara hanya mendiamkan diri sehingga Ariff bersuara.
“ Saya nak Tanya sikit kat awak boleh?”. Sara merenung suaminya.
“ Tanyalah…”.
“ Awak sayangkan saya?”. Ariff bertanya namun matanya masih ke depan memandang jalan raya. Sara menoleh memandang Ariff, Ariff memandang sekilas.
“ Kenapa awak Tanya macam tu?”.
“ Tak de apa-apa…saja nak tahu”. Ujar Ariff pendek. Sara hanya membisu. Tidak lama kemudian dia bersuara.
“ Awak perlukan jawapan tu?”. Ariff sekadar mengangguk.
“ Saya…mm..”. Kata-kata Sara terhenti apabila Ariff memotong.
“ Tak pelah…saya tak nak paksa awak…”. Waktu itu mereka sudah sampai ke rumah.
“ Awak menyesal dengan perkahwinan kita?”. Ariff bertanya lagi setelah mematikan enjin kereta. Lantas dengan segera Sara menggeleng laju. Ariff merenung isterinya.
“ Maksud awak?”.
“ Saya redha…ini jodoh dan ketentuan yang Allah takdirkan untuk saya…bersama awak.”. Sara menjawab tenang.
“ Awak tak menyesal?”. Ariff masih mahukan penjelasan.
“ Tak…”. Jawab Sara lembut sambil membuka pintu kereta. Ariff juga berbuat demikian. Mereka masuk ke dalam rumah tanpa sepatah kata. Setelah masing-masing berada di atas katil, Sara bersuara kerana dapat merasakan kelainan dengan pertanyaan suaminya.
“ Kenapa awak Tanya saya semua ni? Awak menyesal? Atau awak dah bosan?”.
“ Jangan merepeklah…”. Jawab Ariff serius.
“ Habis tu?”. Tanya Sara lagi. Ariff merenung isterinya. Sara tertunduk apabila mata Ariff tajam menikamnya.
“ Awak…saya tak pernah menyesal pun berkahwin dengan awak…walaupun kita tak pernah bercinta sebelum ni…tapi saya terima awak sebagai isteri saya dengan rela hati…dan saya tak kan pernah bosan hidup dengan awak…”. Ujar Ariff perlahan sambil memegang dagu Sara dan mengangkatnya agar mata mereka bertemu.
“ Dan saya juga nak awak tahu…saya dah bersedia… menjadi isteri awak… dalam erti kata yang sebenarnya”. Ujar Sara sambil menundukkan wajahnya.
“ Maksud awak?”. Ariff sekadar ingin menguji, sedangkan dia memahaminya.
“ Saya tahu awak faham maksud saya…”. Sara menjawab perlahan. Ariff mendakap isterinya erat, namun sempat berbisik.
“ Saya nak awak tahu…saya tak pernah paksa awak…walaupun itu hak saya”. Malam itu mereka tidur, namun tidak bersama. Ariff dapat merasakan Sara sekadar berterus terang, namun bukan sekarang waktunya mereka menjalankan kewajipan itu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………….

1 comment:

  1. salam...
    best gak cite ni ek?
    good luck...

    ReplyDelete