Pages

Sunday, July 4, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 10

Ariff kelu sendirian. Kaku dia di situ. Dia tidak pernah lupa wajah itu. Wajah orang yang pernah membuat hari-harinya bahagia. Tetapi orang itu jugalah yang telah membuat hatinya hancur berkecai dan kecewa. Sungguh dia tidak lagi mencintai wanita itu, namun kemunculannya semula telah menggamit hati yang pernah luka dahulu. Dia boleh nampak wanita itu sangat bahagia bersama temannya. ‘ Kenapa kau kembali Amira? Kenapa kau hadir semula di saat aku telah melupakan kau…kau rampas ketenangan aku…kau kejam, kejam Amira.’. Ujar Ariff sendirian.

“ Awak dah makan?” Tanya Sara apabila Ariff baru pulang ke rumah. Ariff pulang agak lewat malam itu. Sememangnya Sara masih lagi tidak membahasakan seperti yang disuruh oleh ayahnya. Ariff juga memahaminya. Mereka bersetuju melakukannya apabila di hadapan ibu dan ayah nanti.

“ Dah”. Ujar Ariff dan berlalu ke atas dengan lemah longlai. Sara pelik melihatnya. Namun dia hanya membisu. Membiarkan Ariff naik ke atas. Tidak lama kemudian sara ke dapur dan membuat air nescaffe panas untuk Ariff, itulah rutin Sara lazimnya setiap malam. Lantas dia membawa air itu ke atas. Dilihatnya Ariff baru selesai mandi. Sungguh tidak bermaya Ariff. Sara meletakkan air itu di atas meja. Kemudian duduk di atas katil. Ariff nampak Sara meletakkan air itu, sudah kebiasaannya begitu. Ariff baring di atas sofa di tepi katil mereka. Sara mengadapkan wajahnya kea rah Ariff.

“ Awak tak sihat ke?”. Tanya Sara. Ariff hanya menggeleng.
“ Awak ada masalah?”. Tanya Sara lagi.
“ Tak de apa-apa lah wak…tolong ambilkan air tu boleh?”.Ariff memandang ke arah meja air dan sekilas kepada Sara. Lantas Sara bangun mengambil air nescaffe tadi, apabila Sara menghampiri sofa, Ariff bangun dari pembaringannya dan menyambut air yang diberikan oleh Sara. Sara hanya berdiri di hadapan Ariff.

“ Duduklah..kenapa berdiri?”. Ariff tidak lepas memandang Sara. Barulah Sara perasan dari tadi dia hanya memandang suaminya meneguk air itu. Lantas dia duduk atas katil, namun tidak menghadap Ariff. Ariff memerhatikan gerak geri Sara. Dia memandang sara dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sara memang cantik, walaupun tidak secantik seperti ratu cantik di luar sana, namun Sara mempunyai raut wajah yang manis dan comel. Orangnya agak sederhana dan berkulit putih. Rambutnya kerinting tetapi cantik. Tetapi sayang Sara tidak memakai tudung. Kalau diikutkan Ariff, wanita pilihannya adalah gadis bertudung. Namun dia menerima jodoh yang telah ditentukan Allah untuknya. Apabila Sara berpaling, kelihatan Ariff leka memandangnya. Ariff tersenyum melihat Sara memandang hairan. Sara menghampiri Ariff dan duduk disisinya.

“ Kenapa awak pandang saya macam tu? Saya ada buat salah ke?”. Tanya Sara penuh pengertian.
“ Tak lah…tak ada apa-apa…lauk awak masak tadi ada lagi?”. Sara memandangnya dengan hairan, namun dia masih menjawab pertanyaan suaminya.
“ Ada…tapi saya dah masukkan dalam peti ais, kalau awak nak makan saya boleh panaskan”. Ujar Sara bersungguh.
“ Awak dah makan?”.Tanya Ariff kepada Sara. Sara hanya menggeleng.
“ kenapa tak makan?tunggu saya ke?”. Sara hanya tersenyum kemudian bangkit dari sofa itu.
“ Awak memang belum makan lagi ye?ok saya pergi panaskan lauk kejap…nanti awak turunlah”. Langkah Sara terhenti dipintu apabila Ariff memanggilnya. Sara berpaling.
“ Kenapa awak tak makan?”. Ariff mengulangi soalannya. Sara tersenyum lagi, kemudian menjawab.
“ Tak ada apa-apa saja…tadi tak de selera nak makan”. Ujar sara dan berlalu. Ariff mengekori langkah isterinya. Dia duduk di meja dapur dan memerhati tingkah laku Sara. Sara perasan, namun diaa hanya membiarkan. Apabila semuanya sudah selesai, dia duduk dan menyendukkan nasi untuk suaminya.

“ Awak tak makan?”. Ariff bertanya lagi. Sara membalasnya dengan soalan.
“ Tadi kenapa bila saya Tanya dah makan ke belum, awak bohong?”. Ariff membiarkan sepi soalan itu dan menyuapkan nasi ke mulutnya. Sara hanya menanti dan tidak mendesak. Setelah agak lama barulah Ariff bersuara.
“ Makanlah…nak diet ke?awak tu bukan gemuk pun lah…saya tak nak lah tengok isteri saya kurus kering je…nanti orang kata saya ni tak mampu nak bagi isteri makan”. Sara tergelak.

“ Kenapa gelak?saya serius tau…makanlah..teman saya”. Tawa Sara terhenti.
“ Saya kan tengah teman awak makan ni”. Ujar Sara serius.
“ Tak..lain, itu awak teman tengok je..saya nak awak teman saya makan…makan sekali dengan saya”. Ariff juga serius. Akhirnya Sara bangkit mengambil pinggan apabila Ariff tidak lepas memandangnya.
“ Walau apa pun terjadi…awak kena makan, perut tu kena isi…agaknya selalu bila saya balik lewat dan dah makan kat luar bila ada urusan, awak memang tak makan ye?”. Ariff bertanya lagi.
“ Tak lah…kadang saya makan, kadang tak”. Sara menjawab acuh tak acuh.
“ Saya bukan nak paksa atau atur hidup awak…tapi kalau awak sakit nanti saya yang susah tau”. Ujar Ariff serius. Sara memandangnya.

“ Seriusnya awak malam ni…tadi awak balik macam tak de semangat..tapi sekarang bersemangat pulak berceramah kat saya”. Kata-kata itu disambung dengan ketawa. Ariff memandangnya serius. Sara menutup mulutnya dengan tangan.
“ Oops sorry…”. Ujar Sara. Ariff membasuh tangannya di sinki. Lalu duduk kembali. Sara juga bangkit untuk membasuh tangan, namun dihalang oleh Ariff.
“ Habiskan dulu nasi tu, dah lah awak makan sikit…lepas tu tak habis pulak…kesian tau nasi tu, menangis dia”. Sara duduk kembali. Lalu memandang Ariff sekilas. Ariff mengangguk dan mengunjukkan kea rah pinggan nasi Sara. Sara tersenyum sendirian. Ariff pelik.

“ Kenapa senyum?saya buat lawak ke?” Tanya Ariff. Cepat Sara menggeleng.
“ Taklah…awak ni macam ayah je, selalu ayah yang cakap macam ni pada saya”. Akhirnya Ariff tersenyum juga. Sara turut membalasnya.
“ Awak tak jawab soalan saya lagi tadi, kenapa awak bohong kata dah makan tadi bila saya Tanya?”.
“ Sebab tadi…mmm…entahlah”. Ariff mengangkat bahunya.
“ Tak baik tau bohong…”. Ujar Sara sambil tersenyum.
“ Baiklah puan…lain kali saya tak bohong lagi”. Ariff menjawab sambil mengangkat tangannya seperti orang berikrar. Sara tergelak melihatnya. Ariff juga turut tergelak. Selepas Sara siap makan dan berkemas, mereka naik ke atas. Ariff menunggu Sara sehingga selesai. Sara membaca majalah di atas katil, Ariff pula duduk di balkoni luar bilik mereka.

Sara dapat merasakan Ariff seperti ada masalah dan menyembunyikan sesuatu, namun dia tidak mahu mendesak Ariff memberitahunya. Dia memang bersedia untuk berkongsi suka dan duka bersama suaminya. Dia berjanji dengan dirinya sendiri akan menjadi pendengar yang baik kepada Ariff. Kini dia sudah boleh menerima hakikat yang Zammil bukan jodohnya, walaupun belum sepenuhnya dapat melupakan Zammil.

Dia juga masih belum bersedia untuk memunaikan kewajipan sebagai seorang isteri dari segi batinnya. Ariff juga seakan faham dan tidak memaksa. Sara begitu terharu dengan keprihatinan Ariff menjaganya sewaktu dia sakit dahulu. Sekarang dia sudah boleh berjalan semula. Dia akui Ariff memang seorang suami yang baik. Malam itu Sara terlena sambil majalah ditangannya. Apabila Ariff masuk dia mengalihkan majalah itu dan menyelimutkan isterinya. ‘ Saya memang sayangkan awak…sungguh…tapi kemunculan semula Amira telah menggoncang ketenangan saya’. Ujar Ariff dalam hati sambil membelai kepala Sara. Setelah itu dia berbaring disisi Sara dan terlelap akhirnya.

3 comments:

  1. err..awak jngn marah tau.. cme nk bgtau layout nie xseswai la..agk susa nk bce

    cite + menarek :)

    ReplyDelete
  2. thanks..xmarah pun..xbg tau, sy xtau kan..ri2 de org kate die minat layout nie, so igt sesuai la..xpe..6t sy tukar..anyway thnks again, i'm appreciate it..:)

    ReplyDelete
  3. thnx da tukar :)

    aisyah

    ReplyDelete