Pages

Monday, July 19, 2010

SaYaNgI aKu TeMaNiLaH aKu 13

Hari minggu begini Ariff dan Sara memilih untuk pergi belanja barang dapur. Mereka pergi selepas sarapan di rumah tadi. Mereka memilih untuk berjalan dahulu sebelum membeli barang dapur. Sewaktu Sara leka melihat baju di sebuah butik dan Ariff pula hanya sekadar menjadi pemerhati, tiba-tiba Ariff nampak kelibat Amira dan Adam. Ariff mula gelisah. Sara perasan keadaan itu, namun dia tidak mengetahui sebabnya. Sara menegur suaminya.
“ Kenapa wak?”.
“ Hah? Tak ada apa-apa…nak beli ke baju tu?”. Ariff terkejut mulanya apabila Sara tiba-tiba bertanya. Namun dia lega apabila Sara tidak mengesyaki apa-apa tentang kehadiran Amira. Sara memang tidak mengetahui tentang kehadiran Amira dalam hidup Ariff dahulu sebagai bekas tunangnya. Sara juga tidak tahu bahawa hidupnya tidak tenang sejak Amira dan Adam kembali ke Malaysia. Dia memang sudah melupakan Amira, namun apabila ternampak Amira, hatinya sakit dan luka lama kembali berdarah.
“ Tak lah…tengok je…jom”. Ujar Sara dan berlalu. Ariff mengekorinya.
“ Kenapa tak nak beli baju tu tadi…awak macam berminat je tadi?”. Tanya Ariff perlahan apabila tubuhnya sudah berada di sebelah Sara. Ketika mereka berjalan, bahu Ariff dan Sara bersentuhan.
“ Tak nak lah…tadi tengok je…tak berkenan pun”. Jawab Sara endah tak endah. Ketika itu Ariff memerhati sekeliling. Sara pelik melihat Ariff begitu.
“ Kenapa? Awak cari sesuatu?”. Tanya Sara. Ariff terkejut apabila Sara sekali lagi perasan keadaannya itu.
“ Tak ada lah…jom”. Ariff menjawab pendek kemudian menarik tangan isterinya. Sara hanya membiarkan. ‘ Peliklah’. Getus Sara dalam hati.
“ Kita nak ke mana? Awak nak beli apa-apa ke?”. Sara bertanya apabila Ariff laju berjalan sambil tangannya menggenggam erat tangannya. Ariff memandang Sara sekilas.
“ Awak ada nak beli barang lain ke?”. Ariff bertanya kembali. Sara hanay menggeleng.
“ Ok..kalau macam tu jom kita masuk kedai tu…saya nak beli baju…lepas ni baru kita beli barang dapur ok?”. Ujar Ariff sambil merenung isterinya dan kedai di hadapannya sekilas.. Sara mengangguk dan menuruti langkah Ariff apabila Ariff mula menuju ke kedai di hadapan mereka.
“ Ok tak ni?”. Ariff bertanya kepada Sara setelah agak lama mereka berada di dalam kedai itu. Sara mengalihkan pandangannya kepada baju warna kuning cair yang ditunjukkan oleh Ariff.
“ Mmm…ok…tapi kan wak baju awak dah banyak warna ni…apa kata awak beli warna ni pulak”. Ujar Sara sambil menghulurkan kemeja berwarna merah jambu lembut. Ariff mengangkat keningnya.
“ Warna tu? Are you sure?”. Tanya Ariff sambil matanya singgah sebentar kea rah baju yang dipegang oleh Sara. Sara mengangguk laju.
“ Ye lah…kenapa pulak…ok je wak…warna dia lembut…sesuai dengan awak, saya tengok memang awak tak ada baju warna ni lagi kan”. Ujar Sara sambil meletakkan baju tadi ke badan suaminya. Ariff hanya memerhati. Sara perasan Ariff merenungnya bukan baju tadi, kemudian dia mengalihkan baju itu dan menyangkutkan kembali ke tempat asal.
“ Tapi…kalau awak tak suka…saya pun tak paksa ok…saya bagi cadangan je…”. Ujar Sara dan segera berlalu. Ariff tersenyum melihat tingkah-laku isterinya. Kemudian Ariff mencapai baju yang diletak oleh Sara tadi dan meletakkan kembali baju yang dipegangnya tadi. Dia berjalan ke kaunter pembayaran dan membayarnya. Waktu itu Sara sedang leka melihat baju di sebelah sudut kiri kedai. Dia tidak perasan Ariff sudah membayar baju tadi. Tiba-tiba Ariff menghampirinya.
“ Jom”.
“ Dah ke?”. Tanya Sara sambil matanya singgah pada beg plastic yang dipegang oleh Ariff.
“ Dah…jom”. Ujar Ariff sambil mengunjukkan beg plastic tadi. Sara tersenyum apabila ternampak isi di dalamnya.
“ Awak beli juga ke baju tadi? Nampak macam tak suka, kenapa beli?”. Sara bertanya sambil matanya tepat merenung anak mata Ariff. Ariff melemparkan senyuman.
“ Ada ke saya kata tak suka? Tak ada kan...”. Jawab Ariff masih tersenyum. Sara hanya mengangkat bahunya.
“ Jom lah…”. Ajak Ariff. Sara mengangguk. Namun sewaktu mereka mahu keluar dari kedai itu, tiba-tiba mereka terserempak dengan Amira dan Adam yang baru mahu masuk ke kedai itu tadi. Amira dan Ariff tersentak, sedangkan Adam hanya bersahaja. Sara pula tidak bereaksi. Amira menyebut nama Ariff perlahan.
“ Ariff…”. Ketika itu Adam mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya, Amira. Sara perasan hal itu. Ariff pula keihatan resah, namun cuba di selindungkan dengan menggenggam erat tangan Sara, Sara agak terkejut apabila dengan tiba-tiba Ariff merapatkan badannya ke sisi.
“ Hi Ariff…”. Adam memulakan kata apabila di lihat masing-masing terdiam.
“ Hi…”. Jawab Ariff sambil tersenyum, namun senyuman itu kelat. Sara perasan tentang itu. Dia sekadar tersenyum kepada Amira.
“ Sayang…ni Adam dan Amira…kawan abang dulu”. Ujar Ariff sambil mengeratkan lagi pelukannya. Sara pelik, namun dia hanya memaniskan muka, kemudian besalam dengan Amira. Amira menyambut tangannya namun pandangannya beralih pada Ariff.
“ Ini isteri I…Sara…”. Ariff menjelaskan apabila Amira dan Adam seperti inginkan penjelasan. Amira sekadar mengangguk. Sara pula dapat merasakan kelainan pada Ariff. Tadi Ariff membahasakan diri sebagai abang dan memanggilnya sayang.
“ Ok lah…kami kena minta diri dulu…ada barang nak beli”. Ujar Ariff sambil memaut bahu Sara. Sara hanya membiarkan. Amira dan Adam sekadar mengangguk. Ariff terus mengajak Sara untuk berlalu. Sebelum Sara berlalu, sempat dia mengahdiahkan senyuman buat wanita yang di panggil Amira tadi. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Ariff daripadanya. Selepas sahaja mereka berdua masuk ke dalam pasaraya di shopping complex itu, Ariff melepaskan pautan tangan di bahu Sara. Kemudian Sara sibuk memilih barang yang ingin di belinya. Dia perasan Ariff lebih banyak mendiamkan diri berbanding tadi, namun dia hanya membiarkan.
“ Awak…teh sabah ni agaknya sedap tak ye?”. Tanya Sara namun pandangannya terlekat pada bungkusan plastic teh itu. Setelah perasan Ariff tidak menjawab soalannya, Sara memandang sekilas kepada Ariff. Waktu itu Ariff sedang termenung. Sara memanggil perlahan suaminya.
“ Awak…”. Ariff masih tidak sedar. Sara menyentuh bahu suaminya. Waktu itu Ariff terus mengalihkan pandangannya kepada Sara.
“ Kenapa wak?”. Ariff cuba member tumpuan kepada Sara.
“ Awak ok ke?”. Sara memulang soalan kepada Ariff. Lantas Ariff segera mengangguk.
“ Ok…saya ok…kenapa tadi awak ada Tanya saya apa-apa ke?”. Sara merenung suaminya hairan.
“ Awak nampak macam tak ok…pasal tadi ke?”.Sara masih mahukan penjelasan. Ariff sekadar menggeleng. Waktu itu Sara terus meletakkan bungkusan teh itu ke dalam troli mereka.
“ Ok”. Ujar Sara pendek. Sungguh dia terasa dengan sikap Ariff tadi. Ariff dapat mengagak isterinya berkecil hati.
“ Sorry…wak…”. Ariff berkata perlahan kepada Sara.
“ Awak tak salah apa-apa”. Sara menjawab pendek kemudian berlalu. Ariff menuruti langkah Sara sambil menolak troli barang mereka. Ariff dapat merasakan suasana yang dingin bersama Sara sekarang. Tapi dia tahu bukan salah Sara. Pasti Sara dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena antaranya dan juga pasangan tadi apabila bahasa panggilan antara mereka tiba-tiba berubah. Tetapi dia beruntung Sara tidak berkata apa-apa. Walaupun Sara berhak berbuat demikian. Tiba-tiba Sara merenung suaminya.
“ Saya minta maaf…saya tak niat nak bersikap dingin pada awak dan tak sepatutnya saya layan awak macam tu…maafkan saya ye?”. Tiba-tiba Sara berkata demikian. Ariff hanya menggelengkan kepalanya.
“ Tak…awak tak pernah salah apa-apa dengan saya…kita lupakan ye…kita nak beli apa lagi?”. Ujar Ariff.
“ Mm…ubat gigi, susu, mandian, shampoo….”. Sara membalas sambil melemparkan senyuman.
“ Ok…saya pergi cari ubat gigi, mandian dan shampoo…awak tunggu sini kejap…”. Ujar Ariff kemudian berlalu. Sara tersenyum melihat tingkah-laku suaminya. Sara termenung mengenangkan kembali peristiwa tadi semasa mereka terserempak dengan Amira dan Adam tadi. Hatinya tidak keruan mengenangkan renungan mata perempaun itu tadi. Ada sayu dan sendu pada renungan itu. ‘Mungkinkah ada cerita di sebalik renungan itu?’. Getus Sara dalam hati. Sara tersedar daripada lamunan apabila seseorang melanggarnya. Sara jatuh terduduk akibat perlanggaran yang kuat. Waktu itu Ariff juga tiba, lalu dia bergegas kea rah Sara, barang-barang yang dipegang tadi dimasukkan ke dalam troli dan terus tunduk menghadap Sara. Lelaki yang melanggarnya tadi hanya menjadi pemerhati, pada mulanya dia ingin bergegas pergi namun akhirnya dia berhenti di situ. Ada rasa bersalah dalam hatinya apabila melihat Sara jatuh terduduk.
“ Sara…awak tak apa-apa?”. Tanya Ariff sambil membelek-belek tubuh isterinya. Sara hanya menggeleng. Kemudian Ariff membantu isterinya bangun. Kemudian Ariff menoleh kepada lelaki itu tadi.
“ Lain kali tolong hati-hati sikit….”. Ujar Ariff tegas. Lelaki itu menghampiri Ariff kemudian berkata.
“ Saya minta maaf…tadi saya nak cepat…tak perasan, saya langgar dia…maaf ye”. Ujar lelaki itu tadi sambil menghulurkan tangan ingin meminta maaf kepada Sara. Sara merenung lelaki itu dan memandang Ariff sekilas, Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Ariff segera menyambut huluran tangan leaki itu.
“ Minta maaf…tapi tindakan isteri saya tu memang betul kan?”. Ariff membalas dengan lembut. Lelaki tadi tertunduk malu kemudian bersuara.
“ Owh…ok..minta maaf…saya minta maaf ye”. Ujar lelaki tadi sambil memandang Sara. Lantas Sara menganggukkan kepalanya.
“ Ok…saya minta diri dulu”. Ujar lelaki itu dan berlalu. Ariff mengangguk perlahan.
“ Macam mana dia boleh langgar awak tadi?”. Tanya Ariff sambil menolak troli. Apabila menghampiri rak susu, dia mengambil lima tin susu dan meletakkan ke dalam troli.
“ Entah…saya pun tak perasan tadi”. Ujar Sara pendek. Ariff menolak troli ke kaunter pembayaran setelah memastikan tiada lagi barang yang ingin dibeli. Sara hanya mengekori dari belakang. Dia membelek tangannya. Tadi sewaktu dia terjatuh, tangannya kuat menahan tubuhnya daripada terbaring. Jadi tangannya sedikit sengal. Sara mengelus perlahan tangannya. Waktu itu Ariff menoleh ke belakang.
“ Kenapa? Tangan awak luka ke?”. Tanya Ariff risau. Sara menggeleng laju. Ariff pantas menyentuh tangan Sara dan membeleknya. Apabila Ariff ingin memusingkan tangannya, Sara mengaduh perlahan.
“ Auhh…”. Ariff merenung isterinya.
“ Tangan awak terseliuh ni…”.
“ Tak pe…sikit je ni…kita bayar dulu wak…”.Sara membalas perlahan kemudian melepaskan tangannya daripada Ariff. Ariff membayar di kaunter, sementara Sara hanya menjadi pemerhati. Selepas semuanya selesai, mereka terus pulang ke rumah. Pada mulanya Ariff ingin membawa Sara ke klinik, namun Sara menolak. Menurutnya tangannya itu hanya perlu di sapu minyak sahaja. Tiada yang serius. Ariff terpaksa bersetuju apabila Sara berkeras.

No comments:

Post a Comment