Pages

Tuesday, July 20, 2010

RuAnG rInDu 5

“ Jom makan Han…”. Ujar Nizam sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan Farhan. Farhan masih leka termenung.
“ Wei, kau ni apa hal”. Tegur Nizam agak kuat dan menyebabkan Farhan sedikit terkejut.

“ Hah? Apa kau cakap tadi…aku tak dengar”. Farhan melemparkan senyuman.
“ Memanglah tak dengar, berangan entah sampai ke mana…aku ajak pergi makan…jom lah”.
“ Malaslah…”. Balas Farhan pendek.
“ Kau ok ke?”. Tanya Nizam serius.
“ Ok je…kenapa pula?”. Farhan sengaja tidak mahu membuka cerita.

“ Ok kau tak macam ni…kenapa, ceritalah…kau gaduh ke dengan Tasha ke?”. Farhan tergelak kecil.
“ Tak de istilah gaduh dah…aku ngan dia dah putus…it’s over”. Ujar Farhan tenang.
“ Kau bergurau kan Han?”.Nizam membetulkan duduknya.
“ Betul”. Balas Farhan pendek sambil merebahkan badannya.
“ Kiranya dah settle la kan…hari tu kau yang beria nak putus kan”. Farhan duduk kembali.

“ Tapi, bukan aku yang minta putus…dia”. Nizam merenung wajah temannya.
“ Biar betul?”. Soal Nizam seakan tidak percaya.
“ Betul lah…tak kan aku nak buat cerita pula”.
“ Habis tu?”.
“ Habis tu apa pulak? Dah habis, habislah…”. Nizam tergelak kecil.
“ Aku tengok, kau macam tak ok je…kau sayangkan dia lagi ke?”.
“ Tak..Cuma mungkin aku perlukan masa..”. Farhan menghalakan pandangannya ke arah televisyen.

“ Dia dah ada orang lain ke?”. Tanya Nizam berhati-hati.
“ A’a…nak kahwin dah tak lama lagi”. Farhan berlagak tenang.
“ Huh…kau kecewa?”.
“ Entah…tak jugak”.
“ Sikit adalah kan?”.
“ Eh kau ni…nak perli aku ke?”. Farhan merenung temannya.

“ Tak lah…aku Tanya je…biasalah tu, mesti kau terasa juga…lama-lama nanti hilanglah…”. Farhan hanya mengangguk.
“ So, sekarang kau single lah…”. Nizam tergelak kecil. Farhan juga turut sama tergelak.
“ Kau rasa aku yang rugi ke, dia yang rugi?”. Farhan bertanya perlahan.
“ Hei, positifla beb…lepaskan dia dengan tenang…tiada istilah rugi…kau dan dia berhak cari kebahagiaan masing-masing”. Balas Nizam sambil menepuk bahu temannya. Farhan mengangguk.

“ Ya lah…jom pergi makan”. Nizam melemparkan senyuman.
“ Tadi aku dengar kata tak nak…malas lah”. Nizam sengaja memerli temannya.
“ Itu tadi…ni sekarang…jom lah”. Farhan mematikan suis televisyen. Dia bangkit sambil mencapai kunci kereta di meja sisi. Nizam turut sama bangkit sambil tersenyum.
………………………………………………………

“ Jom lah…”. Ria masih memujuk Dania dari tadi.
“ Aku malaslah Ria…kau pergi je lah dengan diorang ek?”. Suara Dania juga seperti memujuk.
“ Ala…tak best tak de kau…kau tak kesian ke kat aku?”. Ria bersuara sedih.
“ Ria kau bukan nak buat apa pun, nak pergi makan je pun…lepas siap makan kau baliklah…”. Dania masih cuba berkeras. Sebenarnya dia bukannya tidak simpati melihat Ria tidak jemu memujuknya keluar makan bersama teman-teman lain, namun hatinya menghalang. Ada rasa tidak enak dan sendu yang seakan lekat setelah bertamu sekian lama.

“ Sampai hati kau, Nia…tak pe lah…aku pun tak nak pergi lah”. Ria segera bangkit menuju ke pintu. Dania menggeleng perlahan.
“ Hei, mak nenek…mengada betul lah…nak merajuk-rajuk dengan aku…ya lah, aku pergi”. Dania bersuara geram. Ria berpaling dan tersenyum.
“ Aku sayang kau Nia”. Ujar Ria sambil tersenyum dan berlalu keluar. Setelah pintu ditutup rapat, Dania mengeluh sendirian. Namun tidak lama kemudian dia melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk. Setelah usai menunaikan solat maghrib, dia segera bersiap seadanya.

Tepat jam lapan, Ria terpacak di hadapan pintu bilik Dania. Mereka berempat menaiki kereta Maya. Sengaja mereka membuli Maya memandu keretanya. ‘ Entah dari mana datangnya idea gatal si Naina mahu berkunjung ke restoran mewah ini. Katanya sengaja nak belanja makan. Naina itu bila datang perangai gilanya, memang tidak kedekut nak belanja makan.

Siang tadi katanya dia sudah berbaik semula dengan bekas teman lelakinya. Memang kelakar, pasal itu pun sampai sanggup berhabisan duit untuk teman-teman. Memang tak faham. Tapi kalau aku jadi dia pun, mesti gembira sangat, dapat kembali bersama dengan orang yang kita sayang. Mesti akulah orang yang paling bahagia. Eh, kenapa pula aku fikir sampai ke situ. Teman lelaki Naina itu dah sah memang orang baik-baik, Cuma si Naina yang banyak karenah sikit. Mana nak tahan kalau hari-hari di ajak pergi membeli belah. Nasib baiklah dia berubah sedikit demi sedikit selepas putus dengan teman lelakinya dulu. Kini dia berjanji akan mengubah perangainya itu.

Tapi dalam kes aku ini, aku ditinggalkan kerana dia curang dengan perempuan lain yang kini sudah pun bergelar tunangannya. Dia buta dengan kecantikan dan kemewahan dunia. Aku benci dia. Kalau pun dia ingin kembali, dia tidak patut diberi peluang. Manusia macam dia tidak perlu diberi peluang kedua. Dia tidak layak bahagia sebab buat aku merana dan menderita berbulan lamanya sehingga kini. Aku yang lemah. Bodoh masih mengingati insan macam dia’.

“ Woi…berangan apa?”. Naina menegur Dania. Ria dan Maya tergelak kecil.
“ Minah ni kalau tak berangan, memang tak sah…tu rezeki depan mata…cepat makan, berangan tak habis-habis”. Naina menyambung kata. Dania tersenyum manja.
“ Senyum-senyum…aku lekuk nanti baru tahu..dah makan”. Naina membalas senyuman temannya. Dania mula menikmati makanan. Namun fikirannya masih memikirkan hal tadi.
“ Kenapa?”. Dania bertanya hairan apabila melihat mereka bertiga seperti berbisik perlahan.

“ Tak de apa lah…makanlah cepat”. Ria cepat menggesa.
“ Mana boleh tak de apa…cepat cakap kenapa?”. Dania tidak percaya dengan kata-kata mereka. Waktu itu dia terpandang seseorang. Orang itu juga memandangnya sambil merangkul erat tunangnya itu. Dania kaku sebentar, namun kemudian dengan perlahan dia meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan.
“ Aku nak pergi tandas kejap”. Dania segera bangun.

“ Nia…”. Ria cuba menghalang.
“ Aku pergi kejap je…tunggu sini”. Ujarnya tegas. Mereka saling berpandangan. Namun Dania tidak mengendahkan. Dia segera ingin ke tandas. Air matanya sudah laju membasahi pipi. Tanpa dia sedari, dia terlanggar seorang lelaki. Dania jatuh terduduk.

“ Cik…cik tak apa-apa?”. Dania memandang wajah lelaki yang dilanggarnya. Dia hairan melihatnya.
“ Maaf, saya tak apa-apa…”. Dania segera bangkit dan bergegas ke tandas. Di tandas dia menangis lagi.
“ Nizam, kau tunggu kat kereta kejap ye…”. Ujar Farhan perlahan.
“ Kau nak pergi mana? Anak dara orang tu…biarlah”.
“ Alah kejap je…”. Akhirnya Nizam mengangguk. Farhan menunggu di luar tandas. Dania keluar setelah memastikan air matanya kering.

“ Awak…”. Dania terkejut dengan sapaan lelaki tadi. Namun aku merenungnya. ‘ Lelaki itu ’.
“ Awak ok?”. Dia bertanya perlahan.
“ Ok…”. Dania menjawab pendek dan ingin berlalu.
“ Nanti..”. Dia menoleh kembali.
“ Awak…”. Kata-katanya terhenti di situ. Waktu itu Ria menghampiri mereka.

“ Nia…kau..”. Ria juga kehilangan kata.
“ Aku nak balik…korang makanlah dulu…aku tunggu kat kereta”. Ujarnya dan berlalu. Ria memandang lelaki di hadapannya.
“ Awak kenal dia?”. Farhan mengangguk perlahan.
“ Tapi saya tak kenal pun sebenarnya, Cuma dah beberapa kali terserempak…setiap kali tu juga lah, dia sedang menangis…awak kawan dia ke?”. Farhan cuba merungkai kata.
“ A’a…”. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ria segera menjawab panggilan.

“ Nia dah tunggu kat kereta…korang dah siap makan belum? Ok…pergi kat kereta dulu…aku datang kejap lagi”. Ria mematikan talian.
“ Nia?”. Farhan masih menanti.
“ Ya…nama dia Dania, dia ada masalah sikit”. Ria tidak mahu membuka cerita pada orang yang tidak dikenalinya.
“ Masalah?”.
“ Mmm…biasalah…masalah cinta”. Ria menekup mulutnya.
“ Oops…ok lah, saya kena pergi dulu ni”. Ria melangkah pergi, namun dihalang perlahan oleh Farhan.

“ Nanti…”. Ria menoleh ke arah Farhan.
“ Boleh bagi saya nombor telefon dia?”. Minta Farhan penuh mengharap.
“ Awak nak buat apa?”. Tanya Ria hairan.
“ Mungkin saya dapat bantu dia”. Ria menjawab panggilan apabila telefon itu berdering lagi.

“ Ya…ok, aku datang sekarang”. Ria memandang wajah lelaki dihadapannya.
“ Mmm…saya…”. Ria menggaru perlahan kepalanya. Farhan masih seperti tadi. Akhirnya Ria membuat keputusan drastik.
“ Ok, bagi saya telefon awak”. Farhan pantas menghulurkan telefonnya.
“ Saya tak nak dengar awak mempermainkan dia atau menyakitkan hati dia…kalau tak, saya sendiri cari awak”. Ria menyimpan nombor Dania di situ dan mendail nombornya di telefon Farhan, kemudian memadam di ruang nombor di dail. Farhan hanya memerhati.
“ Nah…saya dah simpan atas nama Dania…ingat saya dah simpan nombor awak…kalau awak buat hal siaplah awak”.

“ Baik bos”. Ria mahu tergelak, namun ditahannya. Setelah itu dia bergegas pergi. Farhan hanya tersenyum, kemudian berbisik perlahan. ‘ Sayang kawan rupanya ’. Farhan menyambung gelaknya. Tiba-tiba telefonnya bordering. Segera dijawab.
“ Ok…aku datang sekarang”. Farhan melangkah pergi. Namun, bibirnya mengucap perlahan. ‘ Dania ’.

1 comment: